Tok Non. Antara Cabaran dan Harapan

Klik pada imej untuk lebih jelas

Artikel yang dipetik dari Berita Harian untuk kita tahu lebih lanjut biodata Ketua Bahagian AS yang dikasihi, Dato Zainal Abidin serta cabaran dan harapan beliau dalam menggalas tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baru.

Sama-samalah kita doakan agar beliau diberi kekuatan dan keyakinan yang tinggi didalam memikul amanah yang telah diberikan.

Posted in Labels: , | 3 comments

Pemuda meneruskan agenda mendekati akar umbi di DUN Sungai Acheh

Dari Kanan, Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan PPUBNT),Sdr Saiful (Penyelaras Pemuda DUN Sungai Acheh, Pn Jamilah, (Pengerusi GB4B Kwsn/Ketua Puteri Bhgn),Pn Norzira (S/U GB4B Kwsn), Sdr Shamsol( S/U Kerja PPUBNT)

Antara anak muda yang hadir
Penyerahan kalendar 2011 PPUBNT oleh S/U PPUBNT kepada Sdr Idziady
Sdr Idziady menyerahkan 25 orang borang ahli baru Pemuda UMNO kepada Setiausaha PPUBNT (Sdr Amiruddin) sebagai tanda sokongan anak muda kawasan tersebut terhadap UMNO

Meneruskan agenda mendekati golongan muda kali ini di Kawasan Sri Taman yang majoritinya dari Taman Sempadan, Taman Pekaka dan Taman Transkrian. (DUN Sungai Acheh).

Program kali ini agak menarik kerana berdasarkan sejarah penubuhan taman tersebut, inilah kali pertama Pemuda Bahagian turun padang mendekati secara terus dan memberi penerangan yang sewajarnya kepada anak muda di kawasan tersebut. Tambahan pula kawasan taman-taman ini majoriti anak mudanya merupakan golongan yang agak berpelajaran. Majority yang hadir mempunyai tahap pendidikan yang baik dimana mereka memiliki sijil, diploma dan ijazah. Dan khabar baik yang didengari bahawa rata-rata mereka sebelum ini majoritynya pro pembangkang sebelum ini.

Lebih 60 orang hadir yang terdiri daripada anak muda untuk menubuhkan Sayap Pemuda UMNO Cawangan Sri Taman dan Gerakan Belia 4B.
Perjumpaan program ini adalah insiatif bersama YB Dato Mahmud, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan Sdr Idziady Idris.

Sesi yang paling menarik ialah sesi dalog, yang mana banyak persoalan berkaitan pendekatan mendekati golongan muda, daftar pemilih dan peranan parti kerajaan membantu golongan muda.
Alhamdulillah semua soalan dan penerangan telah dijawab dengan berhemah oleh Cikgu Rosli Hashim (Pengerusi JKKKP Seri Ampangan yg juga Ketua UMNO Cawangan), Pn Jamilah Awang (Pengerusi GB4B Nibong Tebal/Ketua Puteri UMNO Bhgn) dan wakil daripada pemuda bahagian.

Sebanyak 25 borang keahlian pemuda UMNO telah diterima bagi menambahkan lagi ahli pemuda dan seterusnya dapat menubuhkan sayap pemuda di cawangan tersebut.
Apa yang dapat dirumuskan, perbincangan bersama golongan muda di Sri Taman yg agak membuka minda atau lebih tepat 'luar dari kotak' memberi input yg baik kepada kepimpinan.Terima kasih Sdr Idziady yg berusaha membantu membuka ruang kepada Pemuda untuk bersama mereka

Posted in Labels: | 7 comments

Tahniah Dato' Zainal Abidin, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal kerana dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Yang Baru


Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal mengucapkan tahniah diatas perlantikan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang yang baru.

PPUBNT menyokong penuh diatas perlantikan ini dan amat berharap Dato' dapat membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh Dato' Seri Najib dengan sama-sama kita berjuang habis-habisan demi untuk merampas kembali Negeri Pulau Pinang daripada Kerajaan DAP serta kerusi DUN Sungai Bakap, Jawi dan Parlimen Nibong tebal khususnya.

Semoga Dato' dapat bekerja dengan lebih giat untuk parti dan rakyat walaupun dikala ini kami memahami Dato' masih dalam keadaan bersedih diatas pemergian arwah isteri tersayang. Pihak kami yakin berdasarkan pengalaman dan kebolehan Dato', UMNO Pulau Pinang akan kembali bersinar, InsyaAllah..

Posted in Labels: , | 5 comments

Misi Mendekati Akar Umbi di Kawasan Yang Sukar Ditembusi Sebelum Ini Diteruskan(Kg Kepala Gajah, DUN Sungai Bakap)

Majlis BBQ sebelum Program

Ucapan dari Ketua Pemuda

Ucapan dari Sdr Shamsol, Timb. Pengerusi GB4B Nibong Tebal
Sessi Soal Jawab

Antara Yang Hadir

Penyerahan Kalendar 2011 PPUBNT

Penyerahan 21 borang pendaftaran baru keahlian Pemuda UMNO

Sessi Bergambar Kenangan

Misi mendekati golongan muda di akar umbi diteruskan dengan Pemuda & Puteri Kawasan Kg Kepala Gajah di DUN Sungai Bakap telah dihimpunkan.
Lebih 60 orang hadir yang terdiri daripada golongan muda,belia dan beliawanis untuk menubuhkan Belia 4B & Pemuda UMNO cawangan Kg Kepala Gajah.Mereka seakan teruja dengan penubuhan Belia 4B dan juga penerangan yang telah disampaikan.
Alhamdulillah sebanyak 53 borang keahlian Belia 4B telah diserahkan dan 21 borang keahlian baru pemuda untuk penubuhan Pemuda UMNO Kg Kepala Gajah.

Turut hadir bersama Hj Rashidi Zinol, Sdr Shamsol Arifin (Tim. Pengerusi GB 4B Nibong Tebal), Tn Hj Yusof Abd Rahman (Ketua UMNO Kepala Gajah), En Omar (Pengerusi JKKKP),kepimpinan 4B Nibong Tebal, Pemuda UMNO Bahagian, Rela Tasek dan lain-lain.
Hj Rashidi selaku Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal mengingatkan kepada golongan muda supaya bersedia dari semua sudut dalam menghadapi cabaran dan persaingan dari kaum lain yg semakin jauh meninggalkan kita.Kunci utama kejayaan Orang Melayu ialah BERSATU dari sudut Agama,Pendidikan dan Ekonomi.

Terima Kasih kepada Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan PPUBNT) yang bekerja keras mengaturkan perjumpaan ini dan Sdr Salahuddin Aziz(Pengerusi Penaja GB4B Kepala Gajah) dan rakan-rakan yang dapat menghimpunkan ramai anak-anak muda walaupun kawasan tersebut agak sukar untuk ditembusi sebelum ini.
Ternyata hasil dari pertemuan ini dapat dinilai bahawa masih ramai anak muda yang perlu didampingi dan diberi penerangan yang sebenarnya. InsyaAllah dari masa ke semasa jika golongan seperti mereka ini terus diberi perhatian, maka anak-anak muda akan terus dekat dengan UMNO dan segala dakyah negatif pihak lawan dapat ditepis dan seterusnya misi untulk menawan kembali DUN Sungai Bakap InsyaAllah akan terlaksana.

Posted in Labels: | 4 comments

PPUBNT berdoa Semoga Ketua Bahagian Yang Dikasihi, Diberi Kekuatan Untuk Menghadapi Saat Sukar Seperti Ini

Posted in Labels: | 4 comments

Program Mendekati Golongan Anak Muda diteruskan di Kampung Sungai Setar Kechil

Program Dimulakan Dengan Tayangan Skrin Besar Piala AFF


YB Dato' Mahmud turut hadir meluangkan masa untuk bersama anak muda


Antara Yang Hadir


Sessi soal jawab dan luahan masalah/pendapat turut diadakan


Kempen Daftar Pemilih untuk menjadi pengundi berdaftar SPR

Usaha yang istiqamah mendekati golongan muda diteruskan bagi menjamin sokongan yang berterusan.

Kali ini program diteruskan dengan mendekati golongan muda di Kampung Sungai Setar Kechil, Nibong Tebal. Pihak penganjur Menyediakan Khas Skrin Besar bagi Anak Muda menonton beramai-ramai bagi Menonton Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam. Disusuli dengan majlis Penerangan Bersama Dato Mahmud,Pemuda/Puteri Bahagian dan Penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Sungai Setar Kechil.

Alhamdulillah sambutan begitu baik sekali lebih 50 orang muda termasuk belia wanita turut bersama serta tidak berganjak sehingga selesai majlis pada jam 12 pagi.

Pelbagai persoalan telah dibangkitkan dalam sesi soal jawab seperti peruntukan kepada golongan belia, masalah masyarakat dan program latihan.YB Dato Mahmud, Sdr Norhiesam selaku Ketua Penerangan PPUBNT mewakili Sdr Hj Rashidi yang tak dapat hadir dan Pn. Jamilah selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Kwsn/Ketua Puteri UMNO nibong Tebal telah menjawab dengan baik semua persoalan yang diutarakan.

Namun apa yg menarik, YB Dato Mahmud telah memberi suntikan semangat kepada golongan muda Sg Setar Kechil dengan berjanji akan membantu sepenuhnya permohonan mereka.Begitu juga komitmen daripada Pemuda dan Puteri UMNO Nibong Tebal.

Secara rumusannya, program ini adalah berjaya dan rata-rata mereka berpuas hati kerana ramai golongan muda dapat dikumpulkan semula setelah berpecah suatu masa dulu.
Syabas dan tahniah kepada Sdr Shahrul (Ketua Pemuda Sg Setar Kechil) bersama Fairuz (Pengerusi GB4B Sg Setar Kechil) dan rakan-rakan dalam menggerakkan program tersebut.

Posted in Labels: | 6 comments

Lim Guan Eng Ketua Menteri Yang Kami 'Sayangi' Juga Nak Bakul Sampahkan Ketuanan Melayu


Konvensyen Pakatan Rakyat bermula pagi ini dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi amaran supaya jangan membiarkan pemimpin Melayu 'memerintah' kerana Pemimpin melayu boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Katanya, Melayu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu adalah Melayu Dayus dan pengecut kerana selalu menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka. Pada dasarnya mereka memang bodoh.

Namun, tegasnya, pemimpin melayu selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab kita perlu membakul sampahkan ketuanan Melayu agar kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Kesamarataan

Posted in Labels: | 0 comments

Majlis Berkhatan Beramai-Ramai Anjuran Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh







Majlis Berkhatan Beramai-Ramai yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud bin Zakaria. Majlis ini telah selamat diadakan di Dewan PERDA, Sungai Acheh pada 11 Disember lalu, Sabtu.

Seramai 75 orang kanak-kanak dari sekitar DUN Sungai Acheh telah menyertai program ini. Bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa kanak-kanak terbabit, peserta yang mendaftar hanya dikenakan yuran serendah RM10 sahaja.
Alhamdulillah, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan selamat berlangsung dengan jayanya. Bagi pihak Pusat Khidmat DUN Sungai Acheh, PPUBNT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung didalam menjayakan program ini.

Posted in Labels: | 4 comments

Konsep Sembang-Sembang Agama dan Santai Bersama Pemuda Terus Diteruskan

Hj Rashidi (Ketua Pemuda Nibong Tebal) menyampaikan penerangan dan isu-isu semasa berkaitan Agama,Halatuju politik Melayu, Sosial dan pendidikan Melayu di Negeri Pulau Pinang
Ust Ashaari sedang menyampaikan Tazkirah berkisar Hijrah dan Pengorbanan
Sekretariat Daftar Pemilih dan Keahlian sedang melakukan proses pendaftaran ahli.



PROGRAM SEMBANG-SEMBANG AGAMA DAN SANTAI BERSAMA PEMUDA

Pemuda Nibong Tebal meneruskan langkah menjadikan pemuda akar umbi untuk terus didekati. Sekali lagi DUN Sungai Bakap menjadi pilihan, Pemuda Cawangan Sg Kechil telah menjadi tuan rumah untuk Program Sembang-sembang Agama & Santai Bersama Pemuda.
Alhamdulillah lebih 40 orang hadir terdiri daripada pemuda di kawasan sekitar mendengar pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Ashaari b Samsuddin dan Hj Rashidi Zinol.

InsyaAllah,Pemuda akan cuba untuk terus menjelajah ke setiap cawangan pemuda termasuklah kawasan yang tiada cawangan pemuda bagi mendekati dan mendengar permasalahan pemuda.Terima kasih kepada Sdr Hafiz (Ketua Pemuda Sg Kechil) bersama Ajk yang menguruskan program tersebut sehingga berjalan dengan lancarnya.

Posted in Labels: | 11 comments

Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama


Cuba bayangkan negeri Pulau Pinang sekarang tanpa sistem bas Rapid.Ini sebenarnya adalah inisiatif kerajaan pusat untuk membantu negeri itu menyelesaikan masalah pengangkutan yang cukup gawat tak lama dulu.

Jika tidak soal pengangkutan awam sudah tentu bikin Ketua Menteri Lim Guan Eng berserabut memikirkannya.

Sayangnya ibarat lembu punya susu sapi dapat nama.Mungkin ramai yang dok naik turun bas Rapid di negeri itu tak sedar kemudahan itu adalah ehsan kerajaan pusat bukan kerajaan negeri.
Itu baru contoh kecil.Tak perlulah kita cakap bab kerajaan DAP negeri itu kira cuci mangkuk saja dapat bersenang lenang macam depa hebat kerana segala macam sudah tersedia semasa BN perintah dulu.

Mendiang Tun Lim Chong Eu,bekas Ketua Menteri,khususnya yang banyak buat kerja transformasi Pulau Pinang sehingga jadi tempat orang dari segela negeri lain termasuk Kelantan cari makan.

Kawan cakap bab ni untuk panjangkan sikit kisah gesaan Tan Sri Muhyiddin Yasin masa berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor di Shah Alam Khamis.

Timbalan Perdana Menteri antara lain meminta pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor melibatkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak "diculik" oleh pembangkang.

Katanya meskipun Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang, kerajaan pusat tetap menyalurkan peruntukan melalui jabatan dan agensinya yang beroperasi di negeri itu demi kepentingan rakyat.

Oleh kerana kita tidak ada 'ownership' menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN.

"Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat 'diculik' oleh kerajaan Pakatan Rakyat walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka," katanya.

Ramai juga kawan-kawan kata Pakatan Rakyat ibarat tikus jatuh dalam guni beras bila dapat Selangor dan Pulau Pinang masa pilihanraya umum 2008 dulu.

Makanya apa depa cakap pun semuanya dah nampak elok.

Jadi senang nak jual air liur.

Kawan-kawan yang dah lama hidup tentu masih ingat atas nama politik DAP bukan main riuh mengata macam-macam masa nak buat Jambatan Pulau Pinang dulu.Membazir,projek megalah semata-mata cari point nak tibai kerajaan.

Hari ini bila perintah negeri tu depa yang riuh minta jambatan kedua yang sedang dibina oleh kerajaan pusat sekarang segera siap segala macam.

Begitu juga kalau tak ada beratus-ratus kilang di kawasan pulau dan di Seberang Perai,pasti Guan Eng jenuh garu kepala nak wujudkan peluang pekerjaan seperti yang ada hari ini.

Sama juga halnya di Selangor bagi Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata orang mengepak sakanlah.

Cuma yang ramai orang dok tanya lepas lebih dua tahun perintah apa yang special depa buat.

Masa sembang dengan kawan-kawan di dua negeri termaju di Malaysia tu ramai yang golek kepala kata setakat ni tak nampak apa yang hebat.

Ini kita cakap kalau nak ambil kira manifesto depa yang janji tinggi mengunung menjelang pilihanraya dulu.

Bukan saja banyak janji dalam manifesto tu yang tak tertunai,Guan Eng dan Khalid nampak masih terkial-kial mencari arah.

Dalam politik bukan susah sangat untuk cover line.Tibai sana ..tibai sini…riuh sana…riuh sini agar orang tak nampak habuk pun tarak.

Kalau ulat dalam batu pun boleh hidup…apa lagi tikus jatuh dalam beras.Kalau tak percaya tanya Guan Eng dan Khalid.

Agenda Daily

Posted in Labels: | 0 comments

Mendekati Anak Muda Melalui Persatuan Belia (Kg Sepulau Dan Kg Balik Bukit, DUN Sungai Bakap)


Bagi meneruskan misi mendekati akar umbi, KADUN Sg Bakap kini menjadi fokus PPUBNT mendekati anak muda yang dilihat kurang didampingi oleh mana-mana pihak. Fokus PPUBNT ialah untuk menarik minat anak muda melalui aktiviti berpersatuan seterusnya menjadi ahli UMNO serta mendaftar untuk menjadi pemilih SPR.

Hasil usaha Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan PPUBNT) yang beberapa kali mengadakan perbincangan dengan anak-anak muda di kawasan tersebut serta atas sokongan Pengerusi 4B Kawasan Nibong Tebal(Puan Jamilah Awang) maka ditubuhkan Gerakan Belia 4B Cawangan Seri Bukit yang menggabungkan 2 kawasan iaitu Kg Balik Bukit dan Seri Pulau atau Sepulau yang terletak di DUN Sungai Bakap.
Alhamdulillah kehadiran begitu menggalakkan lebih 70 orang hadir sehinggakan penganjur terpaksa menambah makanan dan kerusi.

Sdr Hj Rashidi yang yang hadir bersama barisan Ahli Jawatankuasa PPUBNT turut berpeluang menyampaikan ucapan yang banyak menekankan bagaimana untuk meningkatkan kualiti ekonomi, pendidikan dan sosial bangsa melayu.

Konklusinya, pendekatan seperti ini telah membuka ruang untuk terus mendekati golongan muda dan belia serta mendengar hasrat,pandangan dan luahan dari mereka sendiri.

Sekalung penghargaaan kepada tuan rumah iaitu Sdr Rosaidi dan Hamiz Shafiq yang bertungkus lumus membantu menggerakkan program ini.

Posted in Labels: | 17 comments

Mendekati Anak Muda Melalui Gerakan Belia (Kg Bagan Buaya, DUN Jawi)








pBagi terus mendekati golongan akar umbi dan mendengar denyut nadi golongan belia, maka penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Bagan Buaya telah digerakkan. Selain itu sesi dialog dan penerangan isu2 semasa telah disampaikan oleh Ketua Penerangan PPUBNT, Sdr Norhiesam Bin Ismail yang mewakili Sdr Hj Rashidi yang tidak dapat hadir.
.
Alhamdulillah sambutan golongan belia amat baik sekali. Sejumlah 56 orang telah mendaftar sebagai Ahli Belia 4B pada malam tersebut. Ada juga yang baru mendaftar ahli umno dan daftar pemilih SPR.

Selain itu juga sesi dialog yang diadakan mendapat sambutan yg cukup baik dengan pelbagai pandangan dan persoalan telah diutarakan. Sdr Rosaidi Hj Hashim bekas Pelopor awal pemuda Parti KeAdilan Rakyat telah mendedahkan pengalaman beliau.

Turut hadir Pn. Jamilah Awang (Pengerusi GB 4B NTebal/Ketua Puteri UMNO NT dan pimpinan AJK Pemuda Nibong Tebal.

Posted in Labels: | 11 comments

Tahniah ANAK SEBERANG, Blogger UMB Pemuda UMNO Nibong Tebal


Gambar Dipetik dari artikel Zaini Hassan bertajuk 'Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?; (Utusan Malaysia ms 11)

Pihak PPUBNT mengucapkan tahniah kepada blogger UMB PPUBNT, ANAK SEBERANG

Blogger dibawah Unit Media Baru PPUBNT, Anak Seberang walaupun baru dilihat hanya baru bergerak aktif kembali semenjak Oktober 2010, namun keupayaannya menduduki ranking ke 54 dalam senarai ini amatlah dihargai.
Pesanan dari PPUBNT, teruskan perjuangan anda dalam dunia maya ini demi untuk menegakkan kebenaran, membongkar kepalsuan dalam arena politik negara. Lebihkan lagi artikel mengenai Pulau Pinang dan Nibong Tebal khususnya. Semoga hasil dari usaha anda, Parlimen Nibong Tebal dan DUN Sungai Bakap dan Jawi dapat dirampas kembali kerana peranan Media Baru pada masa kini amatlah signifikan terutamanya kepada pengundi muda dan yang celik internet.

CUBA BAYANGKAN JIKA ESOK MEREKA BERALIH KIBLAT

MALAM Rabu minggu lalu saya berpeluang menemui para blogger mesra-kerajaan yang hebat-hebat dalam satu forum di Petaling Jaya. Mereka merupakan blogger yang berhempas-pulas siang dan malam menyajikan pelbagai maklumat bagi membantu kerajaan, UMNO, BN dan orang Melayu.

Bahan-bahan dalam blog mereka cukup kuat. Siap dengan gambar, grafik dan fakta-fakta yang cukup mengkagumkan, yang media arus perdana – akhbar-akhbar, radio dan televisyen – gagal melakukannya (lagi).

Sebagai wartawan akhbar yang berkecimpung dalam bidang kewartawanan konvensional melebihi 20 tahun, saya melihat revolusi para blogger pasca reformasi 1997/98 ini berupaya memporak-perandakan subjek mereka. Dalam dunia propaganda dan perang psikologi media di Malaysia, mereka ini cukup bernilai.

Bagi saya, yang menjadi ahli panel forum malam itu, mereka sebenarnya ialah penggerak utama (the prime-movers) dalam peperangan siber di negara ini. Diakui pada sebelum, ketika dan selepas reformasi itu dulu, kemunculan mereka ini cukup memudaratkan kerajaan memerintah.

‘‘Saya sebagai penggerak laman web Mahazalim serta Mahafiraun ketika itu berjaya
memporak-perandakan pemikiran rakyat terhadap Mahathir,” kata Anuar Md. Nor,
blogger yang kini menggerakkan blog UMNO Reform atau pembaharuan UMNO yang mesra-kerajaan.

Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah mengakui kekuatan media baru itu. Pemikiran rakyat ketika itu — sama ada faktanya sahih atau tidak – telah dibentuk oleh media tersebut. Persepsi rakyat terhadap kerajaan, para pemimpin parti, UMNO dan BN ketika itu, dicorak oleh mereka. Bagi yang tidak boleh mencapai siber, bahan-bahan daripadanya dicetak dan diedarkan ke seluruh pelosok bandar dan kampung.

Revolusi wartawan siber ini telah diwujudkan dengan begitu cepat dan amat menarik sekali. Mereka berupaya merunsingkan semua pihak. Namun sebagai pemimpin bijak, Dr. Mahathir ketika itu tidak kalut. Malah beliau mewujudkan koridor raya multimedia bagi memberi ruang yang lebih luas bagi medium baru ini berkembang.

Hari ini peranan blog kewartawanan baru itu menjadi satu fenomena. Ia amat penting dalam perang propaganda politik dan sosial di negara ini. Dr. Mahathir sendiri melalui chedet.com berkecimpung menulis melalui laman siber itu. Blognya adalah blog paling popular di negara ini.

Tapi siapa prime-movers yang dimaksudkan itu? Mereka boleh ditentukan dalam beberapa kategori. Jika diikut format blog Rocky‘s Bru (yang dianggap oleh para bloggers mesra-kerajaan sebagai penghulu mereka), ia terbahagi kepada yang utama; Journo-Bloggers, Socio-Political (So-Po), So-Po Anonymous (penulisnya tidak dikenali), Politicians (Ahli-ahli Politik), Blog Gambar dan lain-lain.

Journo-Bloggers sendiri terdiri daripada wartawan dan bekas wartawan media konvensional yang menulis blog di atas kapasiti peribadi. So-Po pula terdiri daripada pelbagai pihak termasuk para profesional dan bergerak aktif meluahkan perasaan dan mendedahkan fakta-fakta yang cukup mengancam. Antaranya Zakhir Mohd atau Big Dog melalui blognya Thirteen Million Plus Ringgit, Syed Azidi AlBukhary melalui blognya yang cukup anti pemerintah dulu, Sheih Kickdefella.

Begitu juga dengan Syed Akbar Ali melalui blog OutSyed The Box – yang analisis terbarunya cukup analitikal dan tidak termampu ditulis oleh wartawan akhbar arus perdana (sekarang).

Beliau menggarap corak pemilihan DAP secara cukup menarik. Bagaimana Teresa Kok dipilih sebagai Pengerusi DAP Selangor – walaupun corot di tempat kelima ke bawah. Sayang sekali tulisan seperti itu tidak dapat dilakukan oleh wartawan akhbar dengan cepat. Syed Akbar – seorang bekas ahli bank, lulusan luar negara dan kini berniaga kedai emas – berjaya membuat analisis mengalahkan wartawan Utusan Malaysia sendiri!

So-Po Anonymous (yang tidak berselindung lagi dan mulai dikenali) seperti Parpu Kari melalui House PK merupakan blogger terhebat memainkan peranan mempertahankan kerajaan semasa daripada pihak pembangkang. Parpu Kari kini berada di tempat ke-3 paling popular mengikut ranking Alexa untuk blog dan portal politik sehingga 28 November ini.

Begitu juga Ruang Bicara Faisal atau rbf online (ranking ke-10), cukup berbisa dengan berita dan analisis sempoi warna-warni politik semasa.

The Unspinners (ke-6), yang kononnya merupakan sekumpulan bloggers yang tidak dikenali juga memainkan peranannya yang tersendiri. Juga Jebat Must Die yang baru-baru ini menggarap secara bersiri dengan begitu detail dan akademik peristiwa di sebalik Tragedi 13 Mei. Tabik juga kepada Husin Lempoyang, seorang blogger yang cukup kritis pemikirannya. Juga blogger Apanama serta Lydia USM (Lawyer Garang) yang cukup garang dengan coretannya.

Blog GAP atau Gerakan Anti-PKR yang diasaskan oleh seorang bekas hardcore ahli PKR yang taksub kepada Anwar Ibrahim dan kini berpatah arang 360 darjah. Ia kini berkedudukan ranking ke-5 paling popular.

Tidak ketinggalan blogger foto Minaq Jinggo yang berjaya merakamkan gambar bersejarah Nik Aziz membahagi-bahagikan wang kepada pengundi di Galas. Gambarnya dipetik oleh Utusan Malaysia dan menjadi panas selama kempen itu berlangsung. Pas akhirnya kalah di situ.

Itu hanyalah sekadar yang tersebut. Banyaklah lagi yang tidak tersebut. Banyak yang akan berkecil hati kerana nama-nama blog mereka tidak tersebut. Yang nyata mereka ini terlalu hebat. Bahan-bahan berserta analisis mereka cukup membantu kerajaan daripada tekanan dan serangan pihak pembangkang, yang juga mempunyai jentera siber yang cukup konsisten, terancang dan sistematik.

Dalam forum itu saya membangkitkan satu persoalan: ‘‘Bayangkan sekiranya anda semua yang berada dalam dewan ini swing atau berpatah balik ke sebelah sana (pembangkang), apa akan jadi kepada kerajaan, UMNO, BN, PM…?”

Apa akan jadi jika Anuar, Parpu Kari, GAP, RBF, Kickdefella atau Syed Akbar, Big Dog (yang terlalu kuat UMNOnya) berpatah mengasak kerajaan…???

Semua dalam dewan itu terdiam. Penganjurnya dari pihak kerajaan juga turut terdiam. Para bloggers sebenarnya amat pasrah. Mereka yang saya panggil sebagai penggerak utama propaganda itu sebenarnya amat berkecil hati. Mereka mengadu tiada siapa yang mengambil berat terhadap mereka. Tiada siapa yang mengkoordinasi mereka.

Semasa berdialog mereka merungut. Mereka memberontak. Ada yang diam kerana memikirkan perjuangan menentang sebelah sana amat mustahak sekali. Tapi sampai bila mereka boleh bertahan? Peranan mereka dipandang sepikah? Bukan semua mereka bekerja tetap, profesional atau berniaga emas seperti Syed Akbar. Yang gagal bertahan akan tutup kedai.

Blog AIDC yang hebat menghentam pembangkang hampir-hampir mati (sudah mati pun) kerana tiada bantuan. Kos untuk mengekalkan jentera pelayarnya sahaja sekitar RM26,000 sebulan. Siapakah yang menjaga mereka?

Apakah pihak-pihak tertentu sedar perkara ini?

Bukan tujuan saya untuk mendapatkan atau mencari jawapannya. Kita sedar pihak tertinggi ada bertemu mereka. Tapi mana susulan (follow-up)? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan perlu makan.

Cuba bayangkan jika esok mereka beralih kiblat?

Oleh: Zaini Hassan – Utusan Malaysia

Posted in Labels: | 4 comments

Pemilihan UMNO ditangguh, rombakan kepimpinan diumum hujung tahun (With Video)

video

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa malam berkata, UMNO akan menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat selama 18 bulan sebagai sebahagian dari proses memantapkan parti. Selain itu beliau memaklumkan bahawa rombakan kepimpinan UMNO hanya akan diumumkan hujung tahun ini, bagi membolehkan beliau berbincang lebih lanjut dengan kepimpinan negeri.

“Penangguhan pemilihan ini bukanlah sesuatu yang baru dan kita tidak mahu berada dalam keadaan yang tertekan dalam usaha untuk terus memantapkan UMNO,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, Selasa malam.

Pada masa yang sama beliau yang juga Perdana Menteri memberitahu bermula awal tahun 2010, kursus-kursus diperingkat akar umbi akan dimulakan dengan melibatkan kepimpinan cawangan, pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. “Seramai 50,000 pemimpin UMNO akan dilatih bagi meneruskan perubahan-perubahan sejajar dengan Model Ekonomi Baru dan juga prinsip-prinsip dalam Gagasan 1Malaysia, mengutamakan kepentingan rakyat dan meneruskan sistem penyampaian kepada akar umbi.”

Beliau turut memberitahu bahawa kepimpinan perhubungan UMNO peringkat Negeri akan diumumkan sebelum akhir tahun ini. “Kita perlukan masa untuk membuat penilaian dan penelitian serta berjumpa dengan pemimpin-pemimpin peringkat Negeri berkaitan apa yang patut dilakukan. Ada yang kita akan lantik semula dan ada juga pembaharuan dibuat,” jelasnya.

Dalam masa yang sama beliau turut memberitahu bahawa usaha memantapkan parti diteruskan dengan melakukan proses transformasi yang telah pun bermula dalam UMNO melalui perubahan radikal semasa pindaan Perlembagaan parti. “Dalam Barisan Nasional (BN) juga transformasi akan dilakukan melalui Konvensyen BN yang akan berlangsung hujung minggu ini.”

Sebelum itu, beliau juga memaklumkan berkaitan perkembangan semasa dengan laporan berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah. “Perkembangan terkini yang menjurus kepada keadaan lebih positif telah menampakkkan kejayaan dan keyakinan rakyat lantas diterjemah dengan kemenangan dalam PRK.


PPUBNT: SEKARANG MASA BEKERJA UNTUK MENGHADAPI PRU YANG AKAN DATANG. KETEPIKAN DULU BAB-BAB PEMILIHAN PARTI. MARI KITA SAMA-SAMA KUATKAN UKHUWAH SESAMA AHLI PARTI DEMI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG GEMILANG.

Posted in Labels: | 14 comments

Meraih sokongan generasi muda pada PRU-13

Kekuatan sebuah pertubuhan politik atau parti banyak bergantung pada sokongan generasi muda. Mereka ini adalah tenaga penting yang memainkan peranan kea rah kejayaan dan kekuatan sesebuah parti politik. Banyak parti politik di Negara ini bergantung kekuatannya pada generasi muda. Tanpa generasi muda parti tersebut tidak bermaya dan pemimpinnya tidak mahu bersuara.

Generasi muda juga penentu masa depan sesebuah kerajaan pada masa depan. Oleh itu setiap parti politik dikatakan cuba memenangi hati pengundi terutama generasi muda yang dianggarkan 4 juta pengundi baru menjelang PRU 13 yang akan datang.

Pemikiran dan pandangan generasi muda pada masa kini berubah-ubah mengikut situasi semasa berkaitan politik. Mereka lebih memandang parti mana yang boleh menjamin masa depan mereka dalam bidang pelajaran, pekerjaan dan juga ekonomi.

Justeru, kekuatan sesebuah pasukan dalam parti akan menentukan kejayaan dalam PRU ke-13. Usaha memenangi pemikiran, hati dan persepsi generasi muda sangat penting dalam mengekalkan kekuatan sesebuah parti. Ini diakui kerana tenaga, pemikiran dan strategi banyak bergantung pada kekuatan generasi muda.

Dalam hal ini, setiap parti menggunakan pelbagai strategi ‘’serampang dua mata” malah ada “serampang tiga mata” bagi menarik sokongan generasi muda menyokong parti tersebut. Dalam politik strategi sangat penting bagi kejayaan sesebuah parti terutama bagi memenangi pilihanraya.

Generasi muda pada masa kini banyak menumpukan perhatian, aktiviti dan pemikiran melalui media baru. Parti yang Berjaya menggunakan media baru sebagai strategi akan dapat menarik lebih ramai golongan muda.

Senjata paling ampuh bagi menarik golongan ini adalah melalui tarikan oleh generasi muda juga.
Masalah yang dihadapi generasi muda pada masa kini adalah untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik. Usaha mengatasi pengangguran akan dapat menarik lebih ramai generasi muda menyokong parti yang dapat menyelesaikan masalah mereka.

Tidak ada pelaburan yang lebih baik melainkan menyediakan peluang pekerjaan, keselesaan hidup dan peluang masa depan yang lebih cerah kepada golongan ini. Generasi muda hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Berikan sedikit ruang dan peluang untuk generasi muda bersuara.

Cita-cita, impian dan harapan generasi muda mestilah difahami dan dihayati oleh setiap pemimpin pemuda jika ingin menawan hati generasi muda. Merekalah yang seharusnya faham akan kehendak dan arah tuju golongan ini dalam politik.

Ingatlah, tiap-tiap generasi baru lebih maju daripada generasi sebelumnya. Tiap-tiap generasi mempunyai kekuatan pada zamannya. Ilmu dan kemahiran dalam politik juga sangat penting. Generasi baru inilah yang akan membentuk, menentukan dan memperkasa sesuatu bangsanya.

CREDIT: DR AMINUDIN MANSOR-UKM

Posted in Labels: | 4 comments

Parti 'Sakit' Jangan Mimpi Nak Tawan Putrajaya, Kata Wakil Penang


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah
berada dalam keadaan 'sakit' dan menghadapi suasana genting kerana dilihat gagal
menyediakan persiapan rapi dalam usaha untuk menawan
Putrajaya.


Perwakilan Pulau Pinang, Syed Mikail Nizal Aidid berkata, hasrat untuk
menuju ke Putrajaya wajar dilupakan sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu dan
Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak serius bersiap sedia untuk menggalas
tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan.

Menurut beliau, kegagalan
kepimpinan parti menangani perkara kecil seperti menyeragamkan penggunaan logo
Kongres Nasional PKR dan AMK seperti mencerminkan 'kesakitan' yang wujud dalam
parti itu.

"Logo Kongres AMK hari ini berbentuk hati atau seperti logo
kesihatan, manakala logo Kongres Nasional pula kita lihat macam logo hospital.

"Jadi kita dilihat seperti seolah-olah sakit sebab nak buat logo pun
macam menterjemahkan kesakitan yang ada dalam parti.
"Sepatutnya kita kena
kekalkan identiti logo dan tak perlu diubah-ubah," katanya ketika membahaskan
Ucapan Dasar Ketua AMK disini, Jumaat.
Selain itu Syed Mikail berkata, PKR
sebenarnya masih belum bersedia untuk menawan Putrajaya kerana terdapat pelbagai
masalah dalaman parti yang belum diselesaikan sepenuhnya.

Jelasnya
pelbagai isu yang menjadi tuntutan ahli perlu ditangani terlebih dahulu sebelum
mengimpikan untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
"Pemimpin asyik cakap
soal melaksanakan agenda rakyat, agenda nasional tapi dalam masa yang sama
mengabaikan agenda ahli dan parti.

"Realitinya banyak tuntutan ahli yang
belum kita atasi dengan baik," katanya.
Seterusnya beliau turut menegur
kepimpinan AMK kerana gagal menampilkan keunikan kekuatan golongan muda secara
total sebaliknya hanya berpaut kepada ikon atasan.
"Agenda besar kita ialah
untuk menjadi ikon kepada golongan muda sedangkan kita masih berpaut kepada
ikon-ikon atasan.
"Kita gagal mempamerkan keunikan kita sendiri sebagai anak
muda," katanya


PPUBNT: eloklah dikuburkan sahaja parti pemecahbelah rakyat Malaysia ini..

Hinggakan Ketuanan Melayu yang menjadi tunggak kemakmuran negara selama ini pun hendak 'DIBAKULSAMPAHKAN!'

Posted in Labels: | 9 comments

Status pengambilan tanah Kg Genting , pembohongan kerajaan negeri terserlah!



Kenyataan media oleh Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau mengenai status pengambilan tanah untuk pembinaan IPT di Kg Genting .. mana satu betul , peringkat kajian atau tanah itu sudah diambil menggunakan Seksyen 8 ?

Yang dipertikaikan ialah banyak lagi tanah kosong yang lain di Balik Pulau, mengapa sebahagian dari tanah penduduk di kampung genting yang menjadi mangsa? Begitu juga yang dipertikaikan seksyen 8 memperuntukkan tanah yang diambil untuk kegunaan awam, namun tujuan sebenar pengambilan tanah ini ialah untuk tujuan swasta.

Posted in Labels: | 5 comments

TURUN PADANG: YB Dato' Mahmud Bin Zakaria (ADUN Sungai Acheh)







sila klik pada imej untuk besarkan.
Keratan Akhbar dari Berita Harian ruangan Turun Padang.
Kenalilah YB Dato' Mahmud Bin Zakaria (ADUN Sungai Acheh)/ Timbalan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal. YB yang amat disenangi oleh rakyat dan amat mudah didampingi oleh semua golongan.

Posted in Labels: | 12 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...