Ziarah Pemuda Prihatin (Kg Sungai Kechil & Hospital Sungai Bakap)

PPUBNT yg dihadiri oleh Sdr Amiruddin (S/U) & Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan) Menziarahi Anak Sdr Syahrul, Nur Qaisara 7 Bulan yang menghidapi sumbing yang kritikal. Keluarga ini memerlukan bantuan untuk menjalani 4 siri pembedahan kerana penyakit ini turut menggangu pernafasan & pemakanan anak ini yang langsung tak boleh menjamah sebarang makanan. Terima kasih kepada Pemuda Cwgn Sg Kechil yang memberi Kerjasama cukup baik.


Seterusnya, siri ZPP bergerak ke Wad hospital Sungai Bakap bagi menziarahi pula remaja yang mengalami kecederaan akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya di Bandar Tasek Mutiara. Mangsa, iaitu Saudara Sobri merupakan adik kepada ahli pemuda di Cawangan Seri Pulau, DUN Sungai Bakap.
InsyaAllah, PPUBNT dari masa ke semasa selagi dizinkan Allah akan sentiasa turun ke akar umbi bagi membantu mengikut tahap kemampuan yang seadanya.

Posted in Labels: | 6 comments

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Nibong Tebal. Satu Iltizam!







Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian nibong tebal telah diadakan pada Ahad lalu Tampak Ahli-Ahli UMNO di Bahagian Nibong Tebal bersungguh-sungguh melalui semangat dan komitmen yang ditunjukkan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Nibong Tebal Ahad kali ini dimana hampir kesemua perwakilan dapat menunggu sehingga selesainya ucapan penangguhan Ketua Bahagian..

Dato Seri Shafie Afdal Naib Presiden UMNO Malaysia telah hadir merasmikan dan memberikan ucapan yang membakar semangat kepada semua yang hadir. Hampir 1000 orang perwakilan dan pemerhati UBNT yang hadir pada Perasmian Mesyuarat tersebut dapat menunggu dan tidak meninggalkan kerusi masing-masing sehingga majlis tamat bagi mendengar amanat dari DS Shafie Apdal dan Dato Zainal Abidin Osman selaku Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang kali ini disifatkan cukup membakar semangat.

Diharapkan komitmen dan keterujaan para perwakilan dan ahli yang ditunjukkan pada majlis tersebut, menjadi satu indikator yang cukup baik dalam usaha UMNO untuk merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal terutamanya melalui gerak kerja yang tersusun dan bersepadu. Tiada Yang Mustahil, InsyaAllah.

Posted in Labels: | 11 comments

Kejohanan Snuker 1 Malaysia Anjuran Pemuda BN Nibong Tebal

Baru-baru ini, Pemuda Nibong Tebal telah membuat eksperimentasi dengan mengadakan program di 'luar kotak' dimana telah bekerjasama dengan parti komponen BN iaitu MCA dengan menganjurkan Kejohanan Snuker 1 Malaysia. Pertandingan ini telah diadakan di Pusat Snuker Sungai Udang (DUN Sungai Acheh).

Sambutan agak menggalakkan dimana 48 orang dari pelabagai bangsa pemain telah menyertai pertandingan ini dimana rata-rata memuji usaha Pemuda BN mendekati golongan muda dengan kaedah ini. Pemuda juga mengambil insiatif didalam menganjurkan kejohanan ini dengan mengedarkan risalah berunsur nasihat dimana hendaklah meninggalkan unsur-unsur pertaruhan yang selalu dikaitkan dengan permainan snuker ini disamping risalah isu-isu semasa terutamanya di Pulau Pinang.

InsyaAllah, PPUBNT dari masa ke semasa akan terus mendekati golongan pemuda melalui pelbagai kaedah demi untuk menyampaikan agenda UMNO/BN yang sentiasa turun ke akar umbi mendekati rakyat.




Posted in Labels: | 4 comments

Video Komen Dari Tok Non (Pembatalan Pilihanraya Masjid)

Alhamdulillah. PPUBNT bersyukur di atas titah DYMM YDP Agong yang menitahkan untuk membatalkan pilihanraya masjid di PP bagi mengelakkan pepecahan dikalangan umat Islam.

Posted in Labels: | 5 comments

Ziarah Pemuda Prihatin (Kg Bagan Buaya, DUN Jawi)


Siri Ziarah Pemuda Prihatin. Kali ini mengunjungi kediaman Puan Norlizawati, 42 seorang OKU akibat ditimpa kemalangan jalanraya. Seluruh kepimpinan utama pemuda bahagian telah hadir iaitu Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Setiausaha dan Ketua Penerangan

Puan Norlizawati seorang ibu tunggal juga disahkan menghidapi penyakit jantung. Kesengsaraan beliau bertambah lagi apabila suaminya meninggal dunia akibat kanser 2 bulan yang lalu. Beliau terpaksa menyara 4 orang anak yang masih kecil dengan hanya bersumberkan pendapatan menjual kuih secara kecil-kecilan.

Turut hadir ialah Pegawai Jab Kebajikan Masyarakat, Encik Shuib Noh (Penyelaras UMNO DUN Jawi dan Encik Ku Mat selaku ketua UMNO Cawangan Bagan Buaya.

Posted in Labels: | 0 comments

Sekitar Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2011







Posted in Labels: | 3 comments

Mesra Pemuda Bahagian Bersama Pemuda Kampung Sungai Buaya (DUN Sungai Bakap)








Majlis Sembang Santai Bersama Pemuda Kampung Sungai Buaya yang diadakan baru-baru ini nyata telah memberi respon yang positif. Di kesempatan itu juga, PPUBNT juga telah mengambil insiatif dengan dengan menubuhkan Sayap Penaja Pemuda Cawangan Sungai Buaya (DUN Sg Bakap) yang diadakan menunjukkan pemuda bahagian telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menguatkan lagi kekuatan pemuda di akar umbi di dalam Parlimen Nibong Tebal.

Alhamdulillah, kehadiran lebih 30 orang menunjukkan anak muda di Kampung tersebut mahukan UMNO sebagai wadah perjuangan bagi membela Agama dan Bangsa. Semoga semangat anak muda di sana terus utuh dan jitu dalam merealisasikan perjuangan UMNO yang sebenar dalam membela nasib orang melayu.

Ketua Pemuda Bahagian yang hadir turut menyuntik semangat kepada pemuda cawangan tersebut untuk lebih beristiqamah dalam perjuangan dimana bukan sahaja isu politik yang perlu diperbincangkan, anak muda perlu berani menambah nilai dari segi agama, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Terima kasih kepada ketua cawangan, Encik Ghani yang turut hadir bersama.

Posted in Labels: | 1 comments

Program JOM Bersama YB Khairy- Membaiki Rumah Di Kampung Sungai Bakau (DUN Sungai Acheh)

Siri Jelajah One Malaysia(JOM) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia meneruskan misi membantu golongan yang memerlukan untuk membaiki kediaman mereka yang uzur.
Baru-baru ini, YB Khairy Jamaluddin sendiri turun padang ke kampung Sungai Bakau bagi membantu rakyat yang memerlukan pembelaan dan perhatian dari pemuda.

Turut hadir, YB Dato Mahmud selaku ADUN Sungai Acheh, Sdr Ir Shaikh Hussain Ketua Pemuda Negeri, Sdr Hj Rashidi serta kepimpinan UMNO dan pemuda bahagian Nibong Tebal bersama-sama turun ke akar umbi bagi beramah mesra menyelami masalah dan keperluan penduduk sekitar rumah yang dibaiki tersebut.

YB KJ Meletakkan Plak (JOM) Pemuda UMNO Malaysia

YB KJ bersama Tok Mud Beramah mesra Bersama penduduk
Kepimpinan UMNO Yang Hadir
Di Perkarangan Rumah Yang Dibantu
YB KJ yang merendah diri

Posted in Labels: | 2 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...