Kontrak WiFi di P.Pinang. Bukti ketidaktelusan LGE

Walaupun menerima desakan yang kuat saban hari dari masyarakat, sehingga ke hari ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang masih gagal menjawab persoalan pemberian kontrak RM8.5 juta projek WiFi kepada syarikat REDtone tanpa mengadakan tender terbuka dan mengapakah tiada seorangpun pemimpin Pakatan Haram yang membantah mengenai perkara ini. Ini bersanggah dengan amalan CAT (Competency, Accountability adn Transperancy) yang kononnya diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Buku JingGAY yang kononnya dijanjikan untuk diamalkan oleh Pakatan Haram sekiranya dapat memerintah Malaysia.

Umum mengetahui betapa eratnya pemilik REDtone dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan umum juga mengetahui bahawa pihak pengurusan REDtone merupakan penyokong tegar DAP. Alasan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang gagal merungkai persoalan yang dikemukakan. Persoalan yang sering kali dipersoalkan di ruang sosial Twitter terutama oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang, kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Haram, turut gagal mendapat balasan walaupun mereka boleh merapu dan meraban menjawab lain-lain isu.

Kerajaan Pakatan Haram hanya pandai berjanji dan mengkritik tetapi gagal dari segi perlaksanaan. Begitu jugalah dengan omongan-omongan kosong yang terdapat di dalam Buku JinGAY yang tidak lebih sekadar retorik semata-mata. Pengikut-pengikut Anwar meroyan setiap hari dibuai mimpi-mimpi indah yang dijanjikan. Itupun Pakatan Haram masih ada hati hendak menawan Sarawak.

-cucutokselampit-

Posted in Labels: | 3 comments

UMNO P.Pinang Laksana Program Turun Padang

Umno Pulau Pinang akan melaksanakan program ‘turun padang’ di 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata langkah itu bagi mengetahui secara dekat masalah yang dihadapi penduduk kawasan terbabit.

“Setakat ini kita telah pergi ke empat kawasan dan ada 11 lagi kawasan yang kita jangka akan selesai kita lawati dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Umno negeri, di sini, malam tadi.

Katanya Umno juga akan turut turun padang dan mendengar masalah rakyat di 25 kawasan DUN yang akan ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

“Selepas selesai kawasan Umno kita juga akan membantu Gerakan, MIC dan MCA di kawasan mereka,” katanya.

“Bila kita sendiri turun padang, kita dapat tengok masalah penduduk. Banyak masalah di Pulau Pinang yang perlu diselesaikan,” katanya.

Selain itu, katanya, Umno telah menggerakkan jentera pilihan raya di peringkat Parlimen serta DUN dan langkah itu akan diteruskan ke peringkat peti undi.

“Kita juga sedang meneruskan usaha di peringkat akar umbi bagi menambah bilangan pengundi,” katanya

Posted in Labels: | 2 comments

Tahniah kepada IR Shaikh Hussein Kerana Telah Dilantik Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Yang Baru


Khairy Umum Rombakan Kecil Pemuda Negeri Pulau Pinang

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa beliau telah membuat satu rombakan kecil kepimpinan Pergerakaan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bagan, Shaikh Hussein Mydin telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru, Norman Zahalan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri.

Perlantikan ini adalah bertujuan memantapkan struktur organisasi dan kepimpinan di peringkat Pemuda negeri terbabit bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut Khairy, beliau amat yakin perlantikan ini mampu untuk menguatkan lagi jentera PRU di seluruh Bahagian negeri Pulau Pinang di dalam objektif merampas semua kerusi-kerusi yang diwakili oleh Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

Saya amat berharap agar pergerakan Pemuda di semua bahagian negeri Pulau Pinang dapat memberi kerjasama yang baik disamping memperbanyakkan lagi program-program di peringkat Pemuda bagi mendekati mengundi muda pada setiap masa,” ujarnya menerusi kenyataan media yang diedarkan hari ini. – MediaUMNO


PPUBNT mengucapkan selamat berkhidmat kepada Sdr Shaikh Hussain. Semoga dengan perlantikan ini Pemuda UMNO Negeri akan lebih mantap dan bertaring untuk menawan kembali Pulau Pinang dari Regim DAP yang menindas orang melayu.

Posted in Labels: , | 22 comments

Isu Wifi Percuma Di Pulau Pinang! Video Dari Tok Non

Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri DAP yang tidak memberi kemudahan perkhidmatan WIFI Percuma di tiga kawasan Parlimen yang bukan milik Pakatan Rakyat ( Kepala Batas , Tasek Gelugor & Nibong Tebal ) .
Beliau menganggap kenyataan dikeluarkan oleh Jeff Ooi iaitu orang kanan Guan Eng merupakan hukuman kepada rakyat kawasan berkenaan yang mengundi BN .



LGE telah membidas Bernama dan New Straits Times kerana kononnya tidak menyiarkan penjelasan tentang inisiatif WiFi percuma. Beliau juga berkata bahawa Wifi itu adalah untuk semua, termasuk kawasan parlimen BN.

Padahal, sudah terbukti bahawa Jeff Ooi DAP telah "Jika penduduk di kawasan tersebut mahukan WiFi, mereka hendaklah mengundi Pakatan,"

Jeff Ooi sendiri telah mengaku bahawa Wifi akan diberikan kepada penduduk kawasan tersebut hanya jika mereka mengundi Pakatan!

Dan sekarang, Lim Guan Eng mahu menafikannya pula!

Posted in Labels: | 1 comments

Buku Jingga. Analisis berfakta negara bankrap dalam 2 tahun saja

Saya amat teruja apabila mendapat tahu bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan dasar-dasar utama ekonomi dan kerajaan mereka jika dapat menawan Putrajaya. Saya gembira kerana PR akhirnya sedar bahawa untuk memenangi hati rakyat dan untuk menjadi kerajaan Persekutuan, mereka tidak boleh lagi menggunakan pendekatan retorik semata-mata. Akhirnya mereka harus akur kepada tuntutan “two-party-system” iaitu mempersembahkan dasar-dasar alternatif yang berbeza dengan parti pemerintah.

Agaknya atas kesedaran ini, maka lahirlah Buku Jingga yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato Seri Abdul Hadi Awang. Kini sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai antara keberkesanan Buku Jingga dan Model Ekonomi Baru ilham Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya mengharapkan satu buku yang sarat dengan hujah-hujah ekonomi yang berdasarkan fakta yang nyata. Harapan saya ternyata meleset apabila membaca 3 mukasurat yang pertama sahaja, saya agak terkejut kerana PR masih lagi menggunakan berbagai-bagai label dan ungkapan-ungkapan retorik untuk mencemuh BN. Antaranya: selamatkan Malaysia, noda hak rakyat, rasuah, salahguna kuasa, bolot, tidak peduli, mengekang, tidak berjiwa rakyat, krisis parah, perkauman, durjana, pudar, ketinggalan, meraba-raba, bongkak, pentingkan sendiri, mundur, merudum, penderitaan, ketirisan, songsang, hambar, menunggang, lemah, kemelut, malap, gelap, ketakutan dan kabur.

Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik berlebihan yang tidak kena pada tempatnya.

Saya faham tentang politik. Setiap parti akan cuba sedaya upaya untuk mendapat pulangan politik terhadap apa saja yang mereka lakukan. Itu tidak salah kerana itulah lumrah politik. Tetapi dalam hal ini PR sepatutnya belajar daripada BN. Contohnya dalam dokumen Model Ekonomi Baru yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, tidak ada satu ayat pun yang memperlekehkan pembangkang. Semuanya ditulis dengan rasa keinsafan dan kesedaran bahawa Model Ekonomi Baru adalah milik semua rakyat Malaysia, tidak kira apa pegangan politik mereka. BN menyedari bahawa untuk Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan berjaya, semua rakyat Malaysia termasuk yang menyokong BN dan PR perlu menerimanya. Sebab itu, adalah penting untuk PR menyedari bahawa untuk berjaya, Buku Jingga juga perlu memenangi majoriti hati rakyat termasuk penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.

Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan ialah cara ianya dirancang. Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan dirancang oleh BN setelah mendapat pandangan dan cadangan daripada rakyat melalui beberapa siri interaksi dan perhubungan dengan mereka. Antara lainnya ialah:

· 190,152 respon daripada orang awam melalui SMS
· 20,000 pengunjung bengkel-bengkel awam (public workshop)
· 24,719 respon daripada kajian on-line (on-line polls)
· 900 ahli makmal yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pakar-pakar industri dan NGO
· 6,213 respon dari orang awam secara bertulis
· dan 26,000 pengunjung Hari Terbuka (open days) PEMANDU mengenai Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Setelah mendengar dan mengambil kira respon dan pandangan orang awam, barulah kerajaan BN membuat “endorsement” terhadap Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan . Buku Jingga pula, sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pandangan umum sebelum ianya digubal. Mungkin sebab itulah rakyat kurang merasai potensi Buku Jingga ini.

Selain itu, satu lagi perbezaan ketara antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan BN ialah pendekatan masing-masing dalam usaha memacu ekonomi negara. BN meletakkan sektor swasta sebagai “driver” kepada ekonomi negara (Private sector driven - contohnya 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta) manakala Buku Jingga pula meletakkan kerajaan sebagai driver ekonomi dengan menuntut kerajaan PR untuk berbelanja besar (big government spending!).

Apapun, saya teruskan tulisan ini dengan analisa saya terhadap Buku Jingga. Saya ucapkan terimakasih kepada MOF, EPU dan PEMANDU yang telah banyak memberi pandangan dan input kepada saya.

Buku Jingga boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah 10 janji yang akan diimplementasikan dalam masa 100 hari PKR menjadi kerajaan persekutuan dan kategori kedua ialah 39 janji dibawah tajuk “Dasar Bersama” atau “Common Policy”. Saya akan memberi keutamaan dan menjawab janji-janji berkenaan ekonomi dahulu kerana ianya mempunyai kesan dan implikasi yang besar kepada ekonomi negara. Janji-janji tiada kaitan dengan ekonomi secara langsung akan saya jawab pada posting yang akan datang dalam blog ini.

Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.

Antara lain:

· Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
· pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
· menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
· meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
· penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer – Penjana Tenaga Bebas)
· menaikan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%


(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
– Kos kepada kerajaan RM50 billion

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serbi Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
– Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Jika PR gagal mengembangkan pendapatan isirumah pada kadar 21.7% (dan ini mungkin berlaku), PR terpaksa menokok sejumlah wang untuk memastikan janji mereka ditunaikan. Berapakah yang perlu PR belanjakan?

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).

(3) Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
– Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).
Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)


(4) Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
– Kos kepada kerajaan RM1.2 billion

Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.

(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.

Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Oleh kerana Buku Jingga tidak mempunyai maklumat tentang defisit bajet (peratusan dari KDNK), saya terpaksa menggunakan unjuran peratusan defisit yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam bajet 2011. Jumlah defisit ini bolehlah dikira sebagai “starting point” untuk bajet kerajaan PR jika mereka memerintah Putrajaya.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

· Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
· Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
· Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
· Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK) tambah
· Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK) tambah
· Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut. Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK. Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)!

Nota:

(1) Anggaran ini hanya mengambil senario dimana kos pengambilan 19 lebuhraya negara ini ialah RM50 billion. Ada pakar ekonomi yang menjangkakan kos pengambilan ini boleh mencecah RM100 billion.

(2) Anggaran ini juga hanya mengambil senario di mana hanya gaji guru yang diberi tambahan RM500 sebulan. Jika semua kakitangan perkhidmatan awam yang berjumkah 1.2 juta mendesak kerajaan PR untuk memberi mereka jumlah yang sama, tambahan kos ialah RM7.2 billion dan bukannya RM2.4 billion setahun.

Dari Mana PR bercadang menambah pendapatannya?

Saya difahamkan bahawa PR merancang untuk menggunakan “penjimatan” RM19 billion yang dipotong dari subsidi kepada Penaja Kuasa Bebas (IPP) untuk menampung dasar-dasar yang saya sebut diatas (sebenarnya fakta Buku Jingga ini adalah salah. RM19 billion bukanlah semuanya subsidi untuk IPP sahaja).

Jawapan saya ialah penjimatan itu tidak akan dirasai oleh rakyat kerana besar kemungkinan IPP akan memindahkan kos mereka kepada pengguna elektrik dalam bentuk bil elektrik yang tinggi. Kita perlu ingat bahawa sebahagian daripada subsidi RM19 billion itu adalah untuk mengurangkan kos IPP agar kos sebenar elektrik tidak tinggi.

Begitu juga dengan kenyataan Buku Jingga bahawa mereka akan memastikan ketirisan tidak berlaku. Mereka mendakwa mereka boleh menjimatkan ketirisan sebanyak RM28 billion.

Untuk makluman, jumlah RM28 billion tidak ada dalam lapuran Ketua Audit negara. Saya sendiri telah bertanya kepada Tan Sri Amrin Buang, Ketua Audit Negara dan beliau mengesahkan tidak pernah mengatakan ada ketirisan RM28 billion.

Mungkin pakar-pakar ekonomi PR akan mengatakan bahawa ketirisan banyak berlaku seperti dalam PKFZ, Perwaja dan lain-lain lagi. Saya tidak menyangkal fakta itu. Tetapi sebagai pakar ekonomi, sudah tentu mereka tahu bahawa adalah kurang sesuai untuk membuat unjuran pendapatan negara bersandarkan kepada penjimatan yang disebabkan oleh usaha membenteras salahguna kuasa, rasuah atau pembaziran. Jumlah dari pembenterasan salahguna kuasa, rasuah dan pembaziran sepatutnya diklasifikasikan sebagai “bonus” dan bukannya pendapatan. Ini kerana penjimatan dari salahguna kuasa, pembaziran atau rasuah bukanlah satu jumlah yang boleh dianggarkan dengan tepat dan tidak dapat pula dipastikan bila boleh direalisasikan.

Saya menghargai usaha PR yang akan cuba untuk membanteras gejala-gejala jenayah ini tetapi saya tidak dapat bersetuju untuk memasukkan “penjimatan” ini sebagai satu pendapatan negara yang boleh dianggarkan dengan tepat dan seterusnya dibelanjakan. Ini sudah tentu akan membawa kepada masalah besar jika unjuran pendapatan negara, yang disandarkan kepada sesuatu yang susah dikesan dan agak lama untuk diselesaikan (sebagai contoh PKFZ dan Perwaja,) tidak dapat direalisasikan dalam tahun bajet itu dibuat.

Dari analisis di atas, jelas menunjukkan bahawa Buku Jingga adalah satu percubaan yang baik namun jika kerajaan PR melaksanakan janji-janji mereka, ekonomi Malaysia tentunya akan bankrap dalam masa dua tahun pemerintahannya. Kesimpulannya, bagi saya Buku Jingga adalah satu buku yang “over simplistic”, tidak realistik dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tambahan pulak banyak janji-janji sebelum ini tidak dimasukkan kedalam janji 100 hari itu…. Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?


Posted in Labels: | 3 comments

Majlis Perasmian Serentak Persidangan Cawangan dan Sayap-Sayap Cawangan

Hampir 1000 orang yang membanjiri Dewan ILP
Dato' Zainal Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Nibong Tebal
Semua Kerusi Dewan Dipenuhi Oleh Kepimpinan UMNO cawangan-cawangan
Hadirin tekun mendengar Ucapan Tok Non
Barisan AJK PPUBNT Yang Hadir

Posted in Labels: | 3 comments

Majlis Taklimat dan Penerangan Isu-Isu Semasa PPUBNT

Majlis yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Jawi baru-baru ini bertujuan untuk menyampaikan taklimat tatacara Persidangan Tahunan Pemuda UMNO Cawangan-Cawangan dalam bahagian Nibong Tebal yang akan mengadakan mesyuarat dari 1 Mac 2011 hingga 15 April 2011.Hampir 100 orang Ketua-Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan hadir dalam majlis ini.

Disamping itu juga, di dalam majlis ini juga Ketua Pemuda Bahagian telah berucap dengan mesej yang begitu mendalam dengan meluahkan hasrat beliau dan kepimpinan UMNO Bahagian yang inginkan agar semua pemuda sama-sama bekerja dengan lebih keras dalam menghadapi PRU yang bakal menjelma. Suntikan semangat dari KP disambut baik oleh semua yang hadir.

Sdr Amiruddin, Setiausaha PPUBNT menyampaikan taklimat mengenai tatacara Persidangan Tahunan
Ketua Pemuda Yang Tak Jemu-Jemu menyuntik semangat agar pemuda lebih agresif
Antara Kepimpinan Pemuda Cawangan-Cawangan Yang hadir
Sdr Norhiesam, Ketua Penerangan PPUBNT turut berpeluang menyampaikan isu-isu politik semasa

Posted in Labels: | 2 comments

80 Pasukan Menyertai Kejohanan Futsal 1 Malaysia Peringkat DUN Sungai Bakap

Alhamdulillah, selesainya siri kejohanan Futsal anjuran PPUBNT di ketiga-tiga DUN dalam bahagian Nibong Tebal. Pertandingan di DUN Sungai Bakap ini mencapai kemuncaknya apabila hasil usaha promosi dan publisiti yang dilakukan oleh Jawatan Kuasa Program, sebanyak 80 pasukan telah mendaftarkan diri bagi menyertai kejohanan ini dimana 75% pasukan adalah dari dalam DUN Sungai Bakap.


Kejohanan yang telah berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap ini telah berlangsung dengan jayanya tanpa ada insiden-insiden yang tidak diingini. Semua pasukan bermain dengan semangat 1 Malaysia dimana kesemua kaum menyertainya dengan perasaan yang begitu teruja. PPUBNT merakamkan penghargaan kepada Kelab Sukan Komuniti Sungai Bakap yang turut sama membantu menjayakan program ini.

PPUBNT mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Siri 3 Kejohanan Futsal di Parlimen Nibong Tebal. Dijumlahkan semua pasukan yang menyertai program ini adalah sebanyak 152 pasukan. Misi PPUBNT untuk menambahkan daftar keahlian SPR ini juga terlaksana walaupun masih banyak tugas yang perlu dilakukan bagi dalam hal ini.


Taklimat dan Cabutan undi pasukan di Pejabat UMNO pada 2 malam sebelum kejohanan

YBhg Dato' Zainal Abidin Osman Hadir Merasmikan Kejohanan

Gaya Gimik Perasmian Dimana Dato Zainal Mengambil Sepakan penalti

Suasana Padang Dimana 2 Gelanggang Dibuka Bagi Menampung Jumlah Penyertaan

Antara Gelagat Pemain dan Penyokong

Urusetia Kejohanan Yang Komited Terhadap Program

Wakil SPR yang hadir bagi membantu dalam Daftar Mengundi SPR

Antara 3 Pasukan Dari Kaum Tionghua Yang Turut Serta

Penyampaian Hadiah Tempat ke-8 hingga ke 3 disampaikan oleh Ketua Pemuda Bahagian, Sdr Hj Rashidi Bin Zinol

Encik Hashim B Chik Selaku Setiausaha Kelab Sukan Komuniti Sungai Bakap sedang menyampaikan hadiah kepada johan dan naib johan

Bergambar Kenangan Beramai-Ramai Bersama Pemenang-Pemenang Kejohanan

Posted in Labels: | 6 comments

Ziarah Pemuda Prihatin Di Sungai Acheh

Sdr Saiful Rizal selaku Penyelaras Pemuda DUN Sungai Acheh menyampaikan sedikit sumbangan dari Pemuda Bahagian
Dari Kiri, Saiful, Shamsul (SUK PPUBNT), Nasir dan Sdr Md Zin (Bendahari PPUBNT)

As Salam. bertemu Kembali. Atas kesibukan rutin tugasan seharian, Admin memohon maaf kerana sudah seminggu tidak mengemaskini laman blog ini.

Baru-baru ini wakil PPUBNT telah menziarahi sebuah keluarga di Kampung Sungai Acheh. Mengikut maklumat, ketua keluarga itu Sdr Nasir mempunyai masalah kewangan disebabkan perniagaannya yang terpaksa ditutup. Beliau hanya menjadi pembantu kantin di sebuah sekolah di Nibong Tebal. Dengan pendapatan tak seberapa, beliau terpaksa menampung seluruh keluarga menjalani kehidupan seharian.

Atas dasar prihatin terhadap anak-anak Sdr Nasir yang ingin meneruskan persekolahan, PPUBNT mengambil insiatif membantu sedaya yang termampu bagi meringankan beban beliau. Walaupun Sdr Nasir merupakan orang kuat PKR di Pulau Pinang suatu masa dahulu, namun ini tidak sedikitpun membantutkan hasrat murni PPUBNT membantu keluarga beliau kerana yang penting anak-anaknya perlu bersekolah bagi menjadi anak bangsa yang berguna kepada agama dan negara. Ideologi politik diketepikan sama sekali dalam hal ini.

Posted in Labels: | 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...