Malam Ramah Mesra bersama Pemuda Jalan Baru (DUN Sungai Acheh)

Program yang berkonsepkan santai ini telah diadakan di gelanggang badminton Jalan baru, Sungai Acheh.


Alhamdulillah kehadiran cukup baik dimana sekitar 60 orang anak muda sekitar Jalan Baru telah hadir bagi mendengar apa yang telah disampaikan oleh wakil dari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian iaitu Sdr Setiausaha, Ketua Penerangan berserta sebahagian AJK PPUBNT.Rata-rata yang anak muda yang hadir mendengar dengan penuh minat serta berikrar akan membantu UMNO dalam PRU13 akan datang. Mereka sendiri mengakui bahawa pakatan rakyat tidak boleh dipercayai dan banyak merugikan orang melayu sahaja.

Posted in Labels: | 0 comments

300 Ahli & Penyokong Tinggalkan Pakatan & Menyokong UMNO/BN! Di Nibong Tebal






Seramai 300 ahli & penyokong Pakatan Rakyat kawasan Dun Sungai Acheh , Nibong Tebal hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai parti dalam BN iaitu UMNO , MCA , MIC dan Gerakan setelah kecewa dan hilang kepercayaan dgn kepimpinan kerajaan DAP diterajui Lim Guan Eng .

Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepad Pengerusi BN Parlimen Nibong Tebal , Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Sungai Acheh di sini, hari ini."

Menurut Mantan Pengerusi JKKKN & Ketua Ranting PKR Sg Acheh Hj Ahmad Bin Ibrahim berkata, mereka telah memberi peluang Kerajaan negeri DAP menjalankan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini tetapi mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan .

"Mereka langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini di Dun Sungai Acheh , Sebaliknya UMNO dan BN banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini " katanya .

Selain itu, juga dimaklumkan bahawa lebih 1000 orang penyokong Pakatan Rakyat telah keluar secara senyap lebih dahulu dan kelompok ini berjanji akan menyokong BN pada PRU 13 akan datang.

Posted in Labels: | 0 comments

Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBhg Dato' Zainal Abidin Bin Osman

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal ini telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh ini berjaya menarik 32 buah pasukan dari kawasan sekitar Parlimen Nibong Tebal. 5 Pasukan dari kaum India turut sama menyertai pertandingan ini.

Juara kejohanan ini dimenangi oleh Pasukan Taman Harapan Kg Kedah B,
Naib Juara disandang oleh Melliu FC dari Sungai Acheh
Ketiga pasukan Seberang Tasek dan keempat dimenangi oleh Sinar Ilmu FC.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh Encik Abu Bakar Bin Md Noor yang mewakili Dato' Zainal Abidin manakala majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria.

Bagi pihak PPUBNT, admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu menjayakan pertandingan kali ini. InsyaAllah, PPUBNT akan dari masa ke semasa mengadakan program yang bermanfaat kepada golongan muda ini bagi memastikan mereka tidak akan dilupakan.





Posted in Labels: | 2 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...