Anak Muda Nibong Tebal Pakat Sertai UMNO


Sdr Hj Rashidi Menerima Borang Permohonan Keahlian Pemuda UMNO Dari Saudara Nizam di Kg Kebun Baru
Sdr Amiruddin PSU PPUBNT Menerima Borang UMNO Dari Sdr Shafarin DI Kg Lima Kongsi
Masih ramai anak muda untuk memilih bersama UMNO.

Contoh mudah yang berlaku di depan mata aku ialah bila aku turun di 2 kampung iaitu satu di Kg 5 Kongsi dlm Dun Sg Bakap dan satu di Kg kebun baru di Dun Jawi. Minggu lepas dan pagi tadi.

Di Kg 5 kongsi, 28 borang, dan Kg kebun baru 19 borang permohonan keahlian umno telah diterima. Sebahagian kecil dari mereka adalah bekas penyokong pakatan. Ini bukan auta tapi fakta.

Ini hanyalah satu contoh yang boleh dijadikan satu bukti jelas bahwa anak muda sebenarnya anti pakatan harom. Ia juga satu manifestasi bahwa anak muda sedar bahwa umnobn banyak membantu mereka dan sentiasa merasai denyut nadi mereka yang sentiasa mahukan perhatian.- Anak Seberang

Posted in | 1 comments

BN boleh tawan semula Nibong Tebal @dzainalabidin

Nibong Tebal : Barisan Nasional P.Pinang yakin mampu menawan semula Parlimen Nibong Tebal pada PRU 13 akan datang . 
Keyakinan itu disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman berdasarkan prestasi Ahli Parlimen sekarang Tan Tee Beng sejak menang padap 2008 .

Katanya , Tee Beng sudah menjadi Ahli Parlimen hampir 5 tahun tetapi tiada sumbangannya kepada rakyat di sini ." Mungkin ketika awal menang dulu ada la ..sikap ini jelas menunjukkan bahawa dia tidak bertanggungjawab pada pengundi yang memilihnya dulu "

Jesturu, kita yakin dengan kerja keras yang dibuat , membantu rakyat selesaikan masalah , memberi pembangunan kepada mereka , BN mampu merampas kembali Nibong Tebal " katanya .

Pemuda UMNO dan Seluruh Jentera BN harus yakin bahawa kita mampu untuk menawan kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal. InsyaAllah, tiada yang mustahil. 
Yang pentingnya kerja keras & usaha yang berterusan serta tidak jemu-jemu dan terus berdoa kepada Allah SWT agar dimakbulkannya.

Posted in | 5 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...