Setelah hampir 2 tahun berlalu, cadangan pengambilan tanah
oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi tanah berkeluasan lebih kurang
100 ekar di Kampung Genting (iaitu hampir separuh dari keluasan kampung)
telah mulai dilupai oleh warga kampung.
Tiba-tiba
sahaja apabila hampir luput tarikh warta pengambilan, penduduk kembali
dikejutkan dengan berita pengambilan tanah yang belum selesai itu.
Menyingkap
kembali peristiwa yang telah berlaku, Pihak kerajaan negeri telah
mewartakan pengambilan beberapa lot tanah Kampung Genting pada awal
bulan Ogos 2010.
Sekitar
awal bulan Oktober 2010, penduduk terbabit telah mula menerima notis
daripada Pejabat Daerah dan Tanah. Beberapa perbincangan telah diadakan
sesama mereka mengenai hal pengambilan tanah itu dan pada 20hb.
Oktober
tahun 2010, para penduduk telah pun menghantar surat bantahan keras
terhadap pengambilan tanah Kampung Genting kepada Ketua Menteri, malah
beberapa orang dari mereka telah berjumpa dengan YB Dato’ Mansor Othman –
TKM1.
Mereka telah menyatakan bantahan keras mereka akan pengambilan tanah mereka oleh pihak Kerajaan Negeri.
Ini
bermakna, pihak kerajaan negeri telah maklum akan bantahan ini. Tanah
itu telah di wartakan di bawah Seksyen 8 Kanun Tanah Negara. Ini
bermakna pemilik tanah tidak boleh melakukan sebarang pemindahan ke atas
tanah mereka sekaligus telah hilang hak ke atas tanah mereka selama 2
tahun.
Mengikut bancian, terdapat 12
pemlik tanah Melayu berkeluasan lebihkurang 44 ekar dan 10 pemilik Cina
berkeluasan lebihkurang 29 ekar dan selebihnya tanah milik syarikat.
Kebanyakan
pemilik tanah Melayu berkongsi tanah dengan ramai ahli keluarga.
Pemilik tanah berketurunan Melayu dan Cina bersama-sama penduduk kampung
telah membuat protes di kampung mereka secara aman setelah mengetahui
keinginan kerajaan negeri untuk mengambil tanah mereka.
Akhirnya, kesan daripada protes tersebut yang berterusan sebanyak 2 kali,
kerajaan negeri mengambil langkah mendiamkan diri hampir 2 tahun dan
secara tidak langsung memberi bayangan kemungkinan cadangan untuk
membina IPTS telah dibatalkan.
Setelah
hampir dua tahun berlalu, masyarakat Balik Pulau khususnya, kembali
panas dengan isu pengambilan tanah di Kampung Genting.
Semuanya
berlaku selepas penduduk menerima sekeping surat daripada Pejabat
Daerah dan Tanah, Daerah Barat Daya Ruj PTBD/B/315(50) bertarikh 29 Jun
2012 dan kemudiannya disusuli pula dengan surat daripada pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Ruj : PSUKPP/05/0761/27 Klt.18
bertarikh 20 Jun 2012.
Surat
dari Pejabat Derah dan Tanah itu bertajuk – Perjumpaan tuan tanah
bersama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang bagi Permohonan Pengambilan tanah
untuk Tujuan Awam (Institusi Pendidikan) di Mukim J dan 7, Daerah Barat
Daya, Pulau Pinang.
Sementara surat dari Pejabat SUK pula membawa tajuk Pembinaan Universiti di Genting, Balik Pulau – Asian Women Leadership University (AWLU) dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Persekutuan.
Melalui
surat tersebut, penduduk diminta untuk berjumpa dengan Ketua Menteri
pada 3 Julai 2012 bertempat di KOMTAR untuk membincangkan mengenai harga
yang akan ditawarkan.
Ketua
Menteri Pulau Pinang dilihat telah mengambil kesempatan untuk
menawarkan tanah Kampung Genting kepada AWLU setelah cadangan untuk
membina sebuah IPTS di Pulau Pinang diminta oleh pihak AWLU. Kita
percaya Ketua Menteri telah mencadangkan tanah Kampung Genting kepada
pihak tersebut kerana kegagalan beliau untuk mengambil tanah Kampung
Genting hampir dua tahun yang lalu.
Namun hanya 25% pemilik yang hadir. Mereka membantah tentang cadangan pengambilan tanah tersebut di atas beberapa sebab iaitu :
i.
Mereka tiada tanah lain untuk berpindah dengan keluarga yang besar dan
mereka memang tidak mampu untuk membeli rumah yang terlalu mahal di
Balik Pulau kerana kerajaan negeri tidak pernah membina rumah kos
rendah.
ii.
Harga pampasan pengambilan tanah yang ditawarkan terlalu rendah iaitu
RM8 ke RM10 sekaki persegi. Harga pasaran sekarang adalah dalam
lingkungan RM35 ke RM40 sekaki persegi. Pemilik tanah tidak akan dapat
membeli tanah atau rumah lain dengan harga pampasan yang ditawarkan
kerana ianya terlalu rendah berbanding harga pasaran. Ini seolah-olah
kerajaan negeri mengambil tanah mereka untuk diberikan kepada pihak
swasta.
Mengikut
surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu ( Ruj :
PSUKPP/05/0761/27 Klt.18 bertarikh 20 Jun 2012), Timbalan Perdana
Menteri YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyidin bin Mohd Yasin telah meluluskan
sebuah Universiti Awam Antarabangsa bernama ASIAN Women Leadership
University (AWLU) di Hub Pendidikan Pulau Pinang sebagai Entry Point
Project (EPP).
Penduduk
tertanya apabila membaca surat tersebut. Antara persoalannya adalah :
apakah benar ini sebuah universiti Awam (IPTA) yang merujuk kepada
universiti milik kerajaan seperti USM, UM dan UKM? Atau sebuah
universiti Swasta (IPTS) kerana surat tersebut menyatakan tentang
pelaburan sebanyak RM 492.00 Juta.
Apakah
perkataan AWAM itu adalah berniat untuk mengaburi pemikiran masyarakat
kampung yang kononnya kalau itu sebuah Universiti Kerajaan Persekutuan,
maka penduduk akan menyokong dan kalau Universiti itu dimiliki oleh
selain dari kerajaan Pusat penduduk tidak akan menyokong!
Hakikatnya,
penduduk telah dengan tegas dari awal lagi telah memaklumkan bahawa
mereka tidak akan menjualkan atau menyerahkan tanah mereka kepada
sesiapa sekalipun kerana mereka mahu terus memiliki dan tinggal disana.
Sebab
itulah ketika menghantar surat bantahan kepada TKM-1, mereka semua
menandatangani dengan dakwat merah (simbolik kepada darah) tetapi
diperlekehkan oleh YB Mansur yang mengatakan orang kampung tidak tahu
menandatangani surat (sebab tidak mengunakan dakwat hitam)
Para
ketiga surat itu menyatakan bahawa pihak AWLU telah mengenalpasti tanah
seluas 100 ekar di Genting, Balik Pulau. Persoalannya, bagaimanakah
pihak AWLU mengetahui berkaitan dengan tanah ini? Tentunya dengan
maklumat dari pihak Kerajaan Negeri sendiri.
Yang
menghairankan adalah, setelah pihak Kerajaan sendiri telah tahu akan
bantahan penduduk, mengapa mereka masih memaklumkan kepada pihak AWLU
bahawa tanah itu boleh digunakan untuk pembinaan universiti mereka.
Mengapa
pihak kerajaan negeri tidak terus sahaja menunjukkan tanah yang telah
pun dimiliki oleh mereka di Pondok Upeh (yang kini akhirnya ditawarkan
kepada pihak AWLU) !
YAB
Ketua Menteri dalam siding akhbarnya telah menunjukkan kepada wartawan
surat daripada YB Senator Idris Jala bertarikh 12 Jun 2012 sebagai bukti
bahawa projek itu adalah projek EPP (Entry Point Project) yang telah
diluluskan dalam mesyuaratnya yang telah dipengerusikan oleh YAB
Timbalan Perdana Menteri.
Tidak
ada saya ayat pun yang menjuruskan kepada pemilihan Kampung Genting
sebagai tapak AWLU. Tetapi, yang agak menghairankan adalah ayat terakhir
surat tersebut yang menyatakan “ the above is for YAB’s information and
follow-up to enable TRANSFER of 100 acres to the AWLU Malaysian
Foundation”.
Ayat
ini seolah-olah memaklumkan bahawa tanah telah sedia untuk dipindah
milik kepada AWLU. Tanah orang kampung Genting? Mudah benar nak pindah
milik tanah orang! Atau mungkin juga pihak Kerajaan Negeri telah
memaklumkan kepada AWLU dan YB Idris Jala bahawa mereka telahpun
memiliki tanah Kampung Genting itu.
Pada
tarikh 22 Julai 2012, pemilik tanah telah dipanggil sekali lagi ke
Pejabat Daerah Barat Daya untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.
Dalam
perjumpaan itu, Ketua Menteri telah menunjukkan sepucuk surat bahawa
beliau yang telah mencadangkan kepada pihak AWLU supaya memilih tanah di
tempat lain untuk pembinaan universiti tersebut.
Ini
jelas menunjukkan Ketua Menteri mahu pemilik tanah serta seluruh
masyarakat di Balik Pulau memandang beliau sebagai ‘hero’ kerana
mempertahankan hak orang kampung.
Tetapi
harus diingat bahawa beliau juga adalah orang yang bertanggungjawab
mencadangkan tanah Kampung Genting untuk pembinaan universiti tersebut
dan juga pada peringkat permulaan Seksyen 8 itu di wartakan sebelum
kedatangan pihak AWLU lagi.
Pihak
AWLU sendiri yang telah menolak pengambilan tanah di Kampung Genting
atas dasar prihatin tentang kesulitan yang akan timbul kesan daripada
pengambilan tersebut setelah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pulau
Pinang sebenarnya mahu mengambil tanah orang kampung untuk membina
universiti tersebut.
Persoalannya,
mengapa Ketua Menteri, Lim Guan Eng berminat sangat untuk mengambil
tanah Kampung Genting padahal masih banyak lagi tanah kosong yang lebih
luas di Balik Pulau ini.
Timbul
spekulasi bahawa beliau ingin mengusir penduduk tempatan secara halus
dan menggantikan dengan penduduk luar yang lebih berkemampuan untuk
membeli rumah kos tinggi yang sedang giat dibina di Balik Pulau.
Mungkin
benar ada di antara masyarakat Cina di pulau ini yang membuat
pemerhatian mengatakan “Sekarang di Pulau Pinang rumah sangat mahal.
Kedai pun mahal, sewa pula terlalu tinggi…Macam mana mahu berniaga?
Akhirnya penduduk asal pulau ini akan berpindah beramai-ramai ke
seberang dan pulau ini akan diduduki oleh bangsa Inggeris, Jepun, Taiwan
dan juga Singapura.”
Dalam sidang akhbar, dipetik dari akhbar The Star,
pada 23hb. Julai, 2012, YAB Ketua Menteri berkata “ we had initially
offered them the plot in Jalan Pondok Upeh, along with areas in Batu
Kawan, but they rejected them and chose Kampung Genting”.
Tetapi
jika dirujuk pula kepada surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri kepada
Ms. Barba Hou, President AWLU Project bertarikh 20 July 2012 dinyatakan
pula …
”
Further to your request to locate the AWLU Project Campus on a site
that has already been acquired by the State Government, I am pleased to
confirm that there is such a site. We therefore suggest the site
previously identified at Jalan Pondok Upeh, balik Pulau, Penang which
will not result in any dislocation of residents and which already been
acquired by and is in possession of the State Government. The site will
be immediately available for the AWLU Project campus”.
Kita
yakin jika sekiranya dari awal lagi pihak AWLU diberikan maklumat
sebenar berkaitan dengan tanah dan pendirian pemilik tanah Kampung
Genting , tentunya keputusan mereka juga akan berbeza.
Kita
juga berasa amat pelik apabila mendapati surat daripada Setiausaha
Kerajaan Negeri Ruj. PSUKPP/05/0762/27 Klt.18 bertarikh 20 July 2012
yang di hantar kepada Ms Barbaea Hou, President AWLU Project yang
beralamat di Menara UOA Bangsar memaklumkan perkara diatas telah dibalas
oleh Dato’Latifah Merican Cheong pada tarikh 20hb. July 2012 dan
diterima oleh Pejabat Ketua Menteri pada 20hb. Julai 2012.
Ketiga-tiga
surat dibuat, dihantar dan diterima oleh tiga pejabat yang berlainan
pada hari yang sama! Pelik tapi benar. Inilah yang dikatakan Cekap,
Akauntibiliti dan Telus ala DAP.
Apapun yang berlaku telah berlaku. Kini anggota masyarakat Balik Pulau berbalah sesama sendiri mengikut siapa yang disokong.
Kesimpulannya,
telah berjayalah pihak-pihak tertentu yang mahukan perpecahan dan
perbalahan berlaku dikalangan masyarakat di Balik Pulau ini. Harapan
kita adalah agar Kampung Genting tidak akan berada dalam keadaan genting
lagi.
Kita
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak AWLU kerana prihatin
terhadap keresahan dan tidak puas hati para pemilik tanah dan juga
penduduk kampung tentang pengambilan tanah oleh Kerajaan Negeri.
Juga
ucapan terima kasih ingin dirakamkan kepada Ketua UMNO Bahagian
merangkap ADUN Telok Bahang YB Dato’ Seri Dr. Helmi Hj.Yahaya dan YB
Tuan Syed Ameruddin ADUN Bayan Lepas kerana banyak membantu warga
Kampung Genting dalam menghadapi permasaalahan yang dihadapi oleh orang
kampung dalam kes ini.
Mereka
turut membantu mendapatkan fakta sebenar dari pejabat YAB Timbalan
Perdana Menteri dan juga dari Kementerian Pengajian Tinggi.
Tidak
pernah sekalipun wakil-wakil rakyat kita menimbulkan persoalan
perkauman dalam kes ini. Adalah amat tidak wajar YAB Lim Guan Eng dalam
perjumpaannya dengan wakil penduduk di Komtar yang menuduh pemimpin kami
mengamalkan perkauman.
Mereka
telah lama bersama kita diwaktu susah dan diwaktu senang, maka mereka
memahami hati dan perasaan masyarakat di Balik Pulau, baik Melayu
mahupun Cina dan India.
Kepimpinan
UMNO dan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi telah berusaha kearah
menjadikan Balik Pulau sebagai hub-pendidikan antaranya pembinaan Kolej
Kemahiran Tinggi MARA, Maktab Rendah Sains MARA, Kolej Vokesional, SKM
Pondok Upeh, Politeknik Balik Pulau dan Kampus Sementera UiTM.
Hub-pendidikan
adalah usaha berterusan kepimpinan Barisan Nasional sejak dari dulu dan
bukannya sekelip mata berlaku dibawah Pakatan-DAP.
Harap perkara ini menjadi renungan dan pengajaran kepada semua pihak.
*Penulis adalah ADUN BN Pulau Betong,Balik Pulau YB Haji Muhamad Farid Haji Saad.
No comments:
Post a Comment