Ziarah Pemuda Prihatin (Melawat Mangsa Rumah Terbakar di Kg Sungai Setar, Nibong Tebal
Posted On Oct 31, 2010 at at Sunday, October 31, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Keadaan Rumah Terbakar yang dipercayai akibat lintar pintas.
Sdr Norhiesam Ketua Penerangan Pemuda Bahagian mewakili PPUBNT menyampaikan sedikit sumbangan tanda prihatin PPUBNT kepada Sdr Din (Ketua Rumah) yang terbakar di Sg Setar. Turut bersama En. Che Hussin (Pengerusi Kariah Masjid Sg Setar & Ketua Cawangan Sg Setar Kechil) brsama Noraziah (Skuad Sayang Wanita UMNO Nibong Tebal). Semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini.
Tabung Kebakaran yang diusahakan oleh Ketua UMNO Cawangan Sg Setar Kechil dan Kariah
Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat kerana الله
Posted On at at Sunday, October 31, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalZiarah Pemuda Prihatin (Taman Desa Jawi)
Posted On at at Sunday, October 31, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Menziarahi adik Rasdi 18, yang terlibat dalam kemalangan semasa menunggang motosikal. Paha beliau patah dan dimasukkan besi.
Ziarah Pemuda Prihatin PPUBNT yang diwakili Sdr Setiausaha, Amiruddin Nasrudin dan beberapa orang Jawatankuasa bersama Sdr Adi Fauzi, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Desa Jawi.
Anak beliau masih berada di wad ICU akibat kecedaraan
parah di bahagian kepala. Sama-samalah kita mendoakan supaya anak Sdr Sani cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.
Dekati Anak Muda Melalui Program Santai Adalah Pendekatan Terbaik
Posted On Oct 30, 2010 at at Saturday, October 30, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBetulkah Pendekatan Guru ini dalam mendidik pelajar Islam??
Posted On at at Saturday, October 30, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPASIR MAS, 30 Okt (Bernama) -- Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Okt lepas.
Dua d...aripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.
Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya.
Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.
"Entah kenapa pada hari itu ramai daripada kami nyenyak sangat tidur dan ketika itu saya terkejut apabila terasa sesuatu yang panas pada bahagian tapak kaki kiri dan selepas tersedar saya tengok cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas.
"Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat," katanya.
Adiknya, Muhammad Fairuz mengalami lecur di bahagian lengan kiri akibat terkena seterika panas tersebut.
Muhammad Al-Hakim mendakwa sebelum ini guru tersebut pernah mengejutkan mereka dengan cara merotan, menyimbah air sabun serta menggunakan penyapu yang diletakkan di muka.
Ibu mereka, Siti Fatimah Yusof, 52, berkata dia hanya mengetahui insiden itu pada petang hari kejadian selepas salah seorang saudaranya membawa Muhammad Fairuz pulang ke rumah, menyebabkan dia ke sekolah tersebut dan membawa Muhammad Al-Hakim pulang.
"Saya tidak kisah sekiranya anak saya dihukum atau dilakukan apa sahaja oleh cikgu untuk mengajar tetapi kalau guna seterika panas untuk kejut sembahyang Subuh saya rasa itu bukan cara yang betul," katanya.
Katanya, dia turut ke sekolah tersebut bagi mendapatkan penjelasan daripada pengetua serta guru terbabit, namun mereka bukan saja tidak memohon maaf bahkan pihak sekolah turut mempertahankan tindakan guru berkenaan.
"Saya hanya mahukan keadilan, sekurang-kurangnya guru tersebut meminta maaf atas kejadian tersebut tetapi sebaliknya mereka mempertahankan tindakan tersebut serta memarahi saya dan meminta saya menarik semula laporan polis yang dibuat," katanya.
Katanya, Muhammad Fairuz yang merupakan anak kelapannya kini berada dalam keadaan trauma sehingga kadang kala enggan bercakap dan bertemu sesiapa serta takut untuk ke sekolah selepas peristiwa tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 13 Okt lepas dan polis telah menahan guru terbabit yang berumur lingkungan 40-an untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata merbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan," katanya.
-- BERNAMA
DAP Pulau Pinang gagal tarik pelabur!
Posted On at at Saturday, October 30, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Fakta Mudah :
-Pada Tahun 2008 FDI Yang Masuk bernilai RM 10.2 Bilion yang kesemuanya
adalah hasil usaha kerajaan BN yang memerintah sebelum ini.
-Pada Tahun 2009, FDI merudum jatuh hanya RM 2.2 Bilion sahaja
-Pada Tahun 2010 sehingga Jun, dilaporkan hanya RM 930 Juta FDI yang masuk.
Transformasi Pemuda ke arah menarik sokongan akar umbi
Posted On at at Saturday, October 30, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalFakta yang disembunyikan disebalik kenaikan tarif air di P.Pinang.
Posted On Oct 7, 2010 at at Thursday, October 07, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPembohong serta putarbelit semakin sinonim dengan nama Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng. Setiap isu yang timbul berkaitan dengan Setiausaha DAP ini, pasti berbaur pembohongan dan ayat-ayat mengelirukan rakyat seolah-olah ada agenda tersembunyi disebaliknya.
Sebelum ini saya telah mendedahkan tentang kisah disebalik kenaikan tarif air di P.Pinang yang dikatakan sebagai langkah penjimatan dan hukuman bagi rakyat P.Pinang yang suka membazir air.
Dan ini adalah lanjutan tentang artikel tersebut mengenai kemusykilan yang berlaku didalam Perbadanan Bekalan Air P.Pinang yang tidak diketahui umum.
Sebelum menaikkan tarif air di P.Pinang, Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri ternyata menyembunyikan fakta sebenar kedudukan kewangan PBAPP. Penurunan keuntungan selama dua tahun berturut-turut yang dialami oleh PBAPP semenjak diambil alih oleh DAP dari Barisan Nasional, langsung tak didedahkan malah seboleh-bolehnya ditutup bagi mengelakkannya diketahui umum.
Kedudukan kewangan PBAPP bagi tahun 2008 dan 2009 telah menunjukkan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh Perbadanan berkenaan merosot dengan teruk sejak DAP campurtangan didalam pengurusan PBAPP.
Namun, apa yang menghairankan ialah, tindakan Lim Guan Eng yang tetap menaikkan elaun yang diterima oleh Lembaga Pengarah PBAPP pada setiap tahun. Untuk pengetahuan semua, Lim Guan Eng sendiri ialah Pengerusi Lembaga Pengarah PBAPP.
Sebab itulah lakonan Ketua Menteri P.Pinang ini yang mahu rakyat berjimat dengan menaikkan tarif air merupakan satu pembohongan besar. Ini kerana, dia sendiri tak tahu berjimat dan boros menghabiskan wang PBAPP.
Jika dirujuk kepada laporan tahunan kewangan PBAPP, revenue Perbadanan Bekalan Air P.Pinang tidak selari dengan keuntungan bersih yang diperolehinya pada tahun 2008 dan 2009. Sedangkan, tahun 2007 dan sebelumnya, revenue PBAPP dan keuntungan bersihnya sentiasa stabil.
Dan saya telah katakan didalam artikel sebelum ini bahawa PBAPP sendiri telah mengatakan bahawa salah satu punca kemerosotan teruknya adalah dari beban perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh mereka.
Inikah yang Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang katakan sebagai pemerintahan Cekap, Adil dan Telus?
Ketidak cekapan serta kedungguan bekas akauntan DAP ini sedang menghukum rakyat negeri P.Pinang melalui PBAPP. Apakah ini yang Lim Guan Eng katakan sebagai gaya pemerintahan Khalifah Umar dengan “merompak” hak rakyat.
-Che Wan-