Mesra Raya PPUBNT Bersama Pemuda Seberang Tasek

Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Pemuda Seberang Tasek telah berlangsung di Taman Layang-Layang, Simpang Ampat, DUN Sungai Bakap. Majlis yang meriah ini dihadiri oleh pelbagai lapisan umur di kawasan taman terbabit.

PPUBNT yang bersama-sama di dalam program ini dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dan meninjau permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak muda di kawasan tersebut.

Majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah diantara PPUBNT bersama anak muda di kawasan terbabit dengan masing-masing dapat menerima mesej @ agenda yang dibawa oleh PPUBNT yang sentiasa komitmen untuk membantu rakyat melalui dasar kerajaan BN yang prihatin.


Ketua PPUBNT, Sdr Hj Rashidi Hadir Berbual Bersama Pemuda Sekitar Kawasan
Sekitar 20 orang pemuda mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO pada malam tersebut.

PPUBNT menyampaikan sumbangan bagi mereka untuk menggerakkan program

Lagi gambar diSINI

Posted in Labels: | 1 comments

Mesra Raya PPUBNT Bersama Pemuda Cawangan-Cawangan

Untuk sambutan Aidilfitri pada kali ini, PPUBNT mengambil insiatif untuk bersama-sama mengadakan jamuan raya bersama pemuda-pemuda UMNO cawangan dalam bahagian Nibong Tebal.

Dikesempatan yang ada, Ketua Pemuda bersama barisan jawatankuasa yang hadir dapat beramah mesra bersama pemuda-pemuda yang hadir ke jamuan tersebut disamping mengeratkan silaturahim sesama muslim/ahli pemuda.


Bersama Pemuda Sungai Buaya

Bersama Pemuda Taman Ilmu / Sri Taman

Bersama Pemuda Ara Damai / Sungai Bakap

Lagi gambar di SINI

Posted in Labels: | 0 comments

Ziarah Pemuda Prihatin (Kampung Sg kechil, DUN Sungai Bakap)

Ziarah Pemuda Prihatin kali ini mengunjungi 3 buah rumah yang memerlukan bantuan di Kampung Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap.

PPUBNT diwakili oleh Sdr Setiausaha,Amiruddin dan Ketua Penerangan, Norhiesam bersama-sama AJK Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kechil bersama UMNO Cawangan sempat menziarahi insan yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Menziarahi nenek kepada seorang ahli pemuda yang sangat uzur dan hidup dalam kedaifan.

Menziarahi anak kepada seorang pemuda yang OKU yang memerlukan bantuan persekolahan dan perubatan.

Menziarahi warga emas yang tinggal dalam kesulitan seorang diri

Lagi gambar-gambar di SINI

Posted in Labels: | 4 comments

Umno P. Pinang Gesa Kerajaan Negeri Kaji Semula Pengharaman Sukan Air

KEPALA BATAS, 10 Sept -- Umno Pulau Pinang Sabtu menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pengharaman aktiviti jet ski dan belon udara di kawasan pantai dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata kerajaan negeri sepatutnya memikirkan kepentingan 12 pengusaha aktiviti berkenaan yang mengalami kerugian dan kira-kira 200 pekerja yang hilang sumber pendapatan ekoran tindakan itu.

"Tindakan itu juga memberi kesan kepada kemasukan pelancong. Mereka mungkin tidak mahu lagi datang ke Pulau Pinang kerana tiada lagi sukan air," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian dermasiswa Bank Persatuan 2011 di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan, bukannya mengambil tindakan mudah dengan mengharamkan aktiviti berkenaan apabila timbul sebarang masalah.

"Pada saya langkah kerajaan Pulau Pinang kurang tepat dan kurang wajar. Tak tahulah dari mana kerajaan negeri dapat nasihat.

"Sepatutnya mereka memikirkan langkah yang lebih bijaksana seperti mengambil langkah pencegahan, menyediakan garis panduan dan melaksanakan penguatkuasaan bagi mengelak sebarang kemalangan," katanya.

Laporan akhbar menyebut pengharaman aktiviti berkenaan berikutan beberapa kemalangan yang berlaku di kawasan Batu Ferringhi dan Tanjung Bungah baru-baru ini.

Posted in Labels: | 8 comments

Program Lemang Perdana PPUBNT

Program yang dijalankan pada 29 Ramadhan ini telah diadakan di perkarangan Dewan PERDA Sungai Acheh. Hampir 1000 batang lemang telah berjaya dibakar dimana penglibatan ahli pemuda yang hadir bersama bergotong-royong menyiapkan lemang ini adalah sekitar 250 orang.

Lemang-lemang yang berjaya dibakar diagihkan kepada pemuda yang hadir membantu disamping lemang tersebut juga diagihkan kepada rumah-rumah penduduk di sekitar kawasan terbabit iaitu Sungai Acheh dan Sungai Chenaam.

Program ini berjaya mewujudkan ikatan ukhuwah sesama anak muda di dalam bahagian Nibong Tebal disamping mewujudkan semangat bekerjasama diantar satu sama lain. Kesempatan yang ada juga orang muda yang hadir dapat menambahkan kenalan dan masing-masing boleh bertukar-tukar fikiran untuk membincangkan hala tuju Pemuda UMNO di bahagian Nibong Tebal.

InsyaAllah, jika dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan, PPUBNT akan terus menganjurkan program-program sebegini pada masa akan datang.

Masing-masing sibuk mengawal api dan 'menjaga' lemang

Berbaju Putih, Sdr Mohd Zain Bendahari PPUBNT Yang Menjadi Tonggak Utama Program Ini

Bersama-sama Mengisikan beras pulut ke dalam lemang

Penggunaan Mesin Yang Memudahkan Proses Memotong Buluh

Lemang Yang Dibakar, meriah Sekali

lagi gambar-gambar di SINI

Posted in Labels: | 7 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...