Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Peringkat DUN Jawi

Alhamdulillah, kejohanan ini berjalan dengan jayanya yang berlangsung di Padang Awam Jawi. Sebanyak 32 pasukan dari sekitar DUN Jawi telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini juga diadakan dengan kerjasama pemuda parti-parti komponen BN di DUN Jawi yang diselaraskan oleh Biro Belia dan Sukan, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal.

Keputusan pertandingan akhir ialah Pasukan NTFC telah menewaskan Pasukan Taman Desa Jawi dengan keputusan 2-0. Tempat ketiga dan keempat telah disandang oleh SKJ FC dan Anjung United.

Aksi Sekitar kejohanan
Para Penonton Yang Hadir
YB Dato' Mahmud telah merasmikan kejohanan
PSemua kaum Menyertai Kejohanan Ini Berteraskan Semangat 1 Malaysia
Kaunter Daftar Pemilih SPR juga mendapat sambutan yang agak menggalakkan
Sdr Abu Bakar Md Noor, Setiausaha UMNO Bahagian bersama Sdr Shuib Noh, penyelaras UMNO Dun Jawi turut hadir pada majlis penutup.
Majlis Penyampaian hadiah

Bergambar bersama Johan dan Naib johan kejohanan

Lagi gambar-gambar sila ke Facebook PPUBNT

Posted in Labels: | 9 comments

Ziarah Pemuda Prihatin Di Kampung Changkat


Keratan akhbar kosmo 16/2/2011 Memaparkan Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal bersama Jawatankuasa PPUBNT turun padang menziarahi rakyat yang memerlukan bantuan. Bagi yang ingin sama turut membantu, silalah rujuk keratan akhbar diatas untuk keterangan lanjut.

Posted in Labels: | 8 comments

Inilah Harga Yang Perlu Dibayar Bila Diperintah Oleh Kerajaan DAP

Salam semua…
TV 3 telah menyiarkan slot berita bergambar mengenai kekejaman Kerajaan DAP Pulau Pinang melalui penguatkuasaan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang bertindak kasar ke atas salah seorang peniaga di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Tindakan memalukan itu berpunca daripada sikap Kejam penguatkuasa MPSP yang merobohkan gerai-gerai makanan dan minuman haram mereka yang telah lama beroperasi di situ.
Hari ini pula khabarnya, satu demonstrasi aman oleh peniaga-peniaga kecil Melayu telah diadakan di Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang bagi membantah operasi penguatkuasaan MPSP tersebut.
Penulis rasa sedih kerana selalunya alasan yang diberikan oleh penguatkuasa MPSP terhadap peniaga-peniaga malang sebelum ini seperti di Tanjong Tokong, Bandar Perda dan yang terbaru di Taman Pelangi, Juru ini adalah kerana mereka telah melanggar peraturan dan undang-undang Kerajaan Tempatan iaitu Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Syeksyen 72 Akta 133) – yang membolehkan Notis Meruntuh dikeluarkan dan dilaksanakan.
Tidak seperti di tempat-tempat lain di Malaysia, apa yang peliknya di Pulau Pinang ini, hanya peniaga-peniaga Melayu Islam sahaja yang menjadi sasaran penguatkuasaan samada oleh MPPP (di Pulau Pinang) ataupun MPSP (di Seberang Perai).
Orang ramai terutamanya orang-orang Islam Pulau Pinang termasuk penulis sendiri tertanya-tanya kenapa sikap berat sebelah Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam menguatkuasakan peraturan ini hanya tertumpu kebanyakkannya di kawasan tempat orang-orang Melayu Islam mencari rezeki mereka sahaja dan tidak di kawasan-kawasan orang Cina berniaga?
Penulis serta orang ramai bukanlah iri hati atau sengaja ingin menyusahkan peniaga-peniaga kaum lain dengan sengaja menghasut penguatkuasa kerajaan tempatan supaya bertindak balas, malah jauh sekali ingin mengganggu atau menutup periuk nasi mereka.
Sebenarnya tidak salahpun penguatkuasaan peraturan ini kerana semua orang kena patuh kepada undang-undang. Undang-undang digubal sebenarnya bukanlah untuk menyusahkan semua orang. Tetapi, masalahnya di sini, bila kerajaan DAP Pulau Pinang ingin menguatkuasakan satu-satu undang-undang, biarlah pendakwaan dan penguatkuasaannya mestilah adil tanpa mengira daripada mana asal-usul kaum mereka.
Di seberang Perai sendiri misalnya, cuba pergi sendiri atau intai-intai bagaimana ramainya peniaga-peniaga kecil Cina beroperasi secara haram (sebelah malam) di sepanjang Jalan Raja Uda Butterworth. Kenapa penguatkuasaan oleh MPSP tidak dijalankan secara adil ke atas gerai-gerai haram mereka?
Memang betul dan tepatlah seruan Timbalan Perdana Menteri sempena lawatan beliau ke Pulau Pinang baru-baru ini, bilamana beliau secara sinis memberi amaran kepada kerajaan DAP Pulau Pinang menerusi Ketua Menterinya, Lim Guan Eng, supaya beliau (LGE) perlu bersikap lebih adil kepada peniaga-peniaga Melayu Islam di Pulau Pinang.
Sikap beliau yang sering menindas dan berat sebelah itu bukanlah ciri-ciri sebenar malah jauh terpesong daripada beberapa contoh amalan terpuji daripada Khalifah Umar yang selalu beliau ucapkan kepada orang ramai.
SUMBER ; BLOG MIM

Posted in Labels: | 2 comments

Pertandingan Sepaktakraw Peringkat JKKK Simpang Tiga (DUN Sungai Acheh)

Kejohanan Sepaktakraw Peringkat JKKK Simpang Tiga (DUN Sungai Acheh) ini telah dianjurkan pada 3 Februari 2011 (cuti hari raya Cina) bertempat di Gelanggang Sepaktakraw Sungai Acheh. Sebanyak 10 regu (30 orang pemain) telah menyertai pertandingan tersebut.


Pertandingan ini dianjurkan hasil dari cetusan idea Ketua Pemuda Bahagian sendiri yang tinggal di Taman tersebut yang berniat mahu mengumpulkan anak-anak muda memanfaatkan hari cuti dengan aktiviti yang berfaedah disamping dapat meneruskan tradisi PPUBNT yang sentiasa mendekati anak muda di akar umbi.





Posted in Labels: | 9 comments

Tok Non: Seharian Bersama Masyarakat Cina

YG.BHG DATO' ZAINAL ABIDIN OSMAN TURUN PADANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN BERBENTUK HAMPER & ANG POW KEPADA 200 MASYARAKAT CINA NIBONG TEBAL YANG TERDIRI DARIPADA PENDUDUK MISKIN, KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & JUGA KEPADA PESAKIT-PESAKIT BERBANGSA CINA.

DALAM UCAPAN Y.BHG DATO' ZAINAL ABIDIN OSMAN KEPADA MASYARAKAT CINA
BELIAU SANGAT BERBESAR HATI MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.

"BULAN SEPTEMBER LEPAS, SEMASA MELAYU RAYA SEMUA KAUM CINA,INDIA DLL DATANG UNTUK MEMBERI SOKONGAN SEMASA HARI RAYA AIDILFITRI, SEKARANG CINA HENDAK RAYA KAMI UMNO DATANG UNTUK MENYAMBUT RAYA BERSAMA MASYARAKAT CINA, NANTI SEMASA DEEPAVALI KAMI UMNO AKAN BERSAMA-SAMA MASYARAKAT INDIA MENYAMBUT PERAYAAN DEEPAVALI. INILAH KEUNIKAN KITA DI MALAYSIA, 1 MALAYSIA."

Y.BHG DATO' ZAINAL ABIDIN OSMAN JUGA MENYAMPAIKAN AMANAT BAHAWA, BELIAU YAKIN MASIH BANYAK LAGI PEMBANGUNAN PERLU DILAKUKAN DI KAWASAN NIBONG TEBAL & BELIAU AKAN BERUSAHA UNTUK MEMAJUKAN KAWASAN NIBONG TEBAL DAN MENGAJAK SELURUH BANGSA MALAYSIA BERSAMA MENUNTUT ILMU & MEMBERIKAN PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK AGAR DAPAT MEMAJUKAN MALAYSIA KELAK TERUTAMANYA DI KAWASAN NIBONG TEBAL INI.

Permatang Tok Mahat (DUN Sungai Acheh)

Pekan Sungai Acheh


Bomba Sungai Udang (DUN Sungai Acheh)

Union Pai Teik, Jalan Pintu 10 (DUN Jawi)

Balai Bomba Sukarela, kampung Jawi Camp

Perkarangan Tokong Cina Kampung Changkat (DUN Jawi)

Ziarah Ke Perkampungan Cina Sungai Bakap

Kedai makan Jalan Badak Mati, Sungai Bakap

Bandar Tasek Mutiara (Pusat Kitar Semula)

SUMBER: anak seberang

Posted in Labels: | 19 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...