Kursus Pemantapan Transformasi Organisasi (KPTO) UMNO Bahagian Nibong Tebal

Kursus KPTO yang diadakan baru-baru ini adalah sebagai persediaan untuk menghadapi PRU13 akan datang. Hampir seluruh Kepimpinan Cawangan Dalam Bahagian Nibong Tebal iaitu Ketua Cawangan dan Ketua Sayap-Sayap Cawangan telah menghadiri kursus tersebut dengan begitu bersemangat sekali.

Komitmen Tinggi Dari Semua Peserta Yang Ramai Hadir termasuk Dari Pemuda Seramai 28 Orang membuktikan bahawa kesungguhan untuk merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal dan DUN yang kalah sebelum ini adalah begitu tinggi. Semoga ilmu dan pengalaman yang dipelajari dan ditimba di kursus tersebut dapat digunapakai dengan sebaiknya pada kempen PRU13 akan datang.


Anatar Barisan Jawatankuasa Pemuda Dan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan Yang Hadir

Pemuda Begitu Tekun Mentelaah Bahan Kursus Yg Diterima


Posted in Labels: | 12 comments

BN memang dua pertiga DUN Sarawak: Sekali lagi impian kosong Anwar terkubur


Walaupun berdepan saingan sengit, Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan negeri Sarawak selepas menguasai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya negeri ke 10.

Komponen BN memenangi 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Jumlah itu, bagaimanapun merosot kerusi berbanding 63 kerusi yang ada sebelum ini.

Pakatan pembangkang yang optimis dapat menafikan majoriti dua pertiga BN hanya memperolehi 15 kerusi – meningatkan tujuh sebelum DUN Sarawak bubar 21 Mac lalu.

DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi dan PKR pula hanya tiga kerusi daripada 49 kerusi.

Antara kawasan dimenangi DAP adalah di Bukit Assek, Dubong,Pelawan, Piasau, Pujiot dan Kidurong.

PAS yang menaruh harapan menang di DUN Beting Baro juga tewas termasuk empat kerusi lain yang ditandingi.

Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas George a/k Lagong di DUN Pelagus.

Bekas Adun PKR DUN Padungan, Dominique Ng kim Ho yang bertanding tiket Bebas di kawasan sama turut kecundang.

SNAP yang dijangka memberi tentangan gagal disemua 26 kerusi yang ditandingi.

Parti Cinta Malaysia (PCM) juga tewas kesemua enam kerusi yang ditandingi buat kali pertama dalam pilihanraya.

Di pihak BN pula, Ketua Menteri yang juga Presiden PBB, Pehin Sri Taib Mahmud menang di Balingian dengan majoriti 5,302 selepas menewaskan dua pencabarnya dari PKR dan Bebas.

Walaupun jadi modal utama pembangkang kerana 30 tahun jadi Ketua Menteri, majoriti beliau hanya merosot sedikit kerana pada 2006, beliau mendapat majoriti 5,726 undi.

Presiden PRS Datuk Seri James Masing menang di DUN Baleh manakala Presiden SPDP Datuk Seri Willian Mawan juga menang di DUN Pakan.

Bagaimanapun, Presiden SUPP George Chan tewas kepada calon DAP Ling Sie Kiong di DUN Piasau.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang diuar-uarkan bakal Ketua Menteri baru jika pembangkang menang Berjaya memenangi kerusi Bakalalan.

Beliau menewaskan calon BN Willie Liau. PKR turut menang di DUN Batu Lintang dan Tebedu.

Pilihanraya Sarawak kali ini dianggap paling sengit dengan BN berkempen untuk Transformasi manakala pembangkang pula bercadang Ubah negeri itu.

Pasti paling menerima tamparan Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim yang adakan sidang media sehari sebelum pengundian membayangkan pembangkang bersedia membentuk kerajaan baru di Sarawak tetapi semua itu hanya impian dan angan-angan kosong.

Bagi BN pula, walaupun kekal dengan majoriti dua pertiga tetapi dengan kehilangan 16 kerusi kepada pembangkang dan Bebas, ianya signal bahawa wakil rakyat yang baru dipilih perlu bekerja lebih kuat untuk kepentingan rakyat bukan individu.

Cabaran besar tentunya pada pilihanraya umum yang mungkin diadakan akhir tahun atau awal tahun depan.

Jika Transformasi gagal dilaksanakan dalam tempoh itu, dikhuatri pengundi Sarawak bersedia mengubah sokongan pada pilihanraya umum kelak.

Posted in Labels: | 13 comments

Pertemuan Bersama Pemuda Parti Komponen BN Nibong Tebal


Baru-baru ini bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian Nibong Tebal, Ketua Pemuda, Sdr Hj Rashidi bersama barisan jawatankuasa telah mengambil insiatif dengan mengadakan pertemuan dengan pemuda-pemuda parti komponen BN iaitu MIC dan PPP.

Pemuda MIC Nibong Tebal dihadiri oleh Ketuanya, Sdr Visbaraj manakala Pemuda PPP dihadiri oleh Sdr Segar. Mereka turut hadir bersama jawatankuasa masing-masing.

Majlis Perbincangan ini banyak menumpukan kepada usaha bersama yang paling penting iaitu bagaimana untuk menarik minat pengundi muda untuk mengundi BN pada PRU akan datang. Disamping itu juga, hasil perbincangan ini turut memutuskan untuk menganjurkan program bagi mendekati anak muda kaum melayu dan india bagi menguatkan lagi sokongan terhadap BN.

InsyaAllah dari masa ke semasa PPUBNT akan cuba menganjurkan pertemuan ini pada masa akan datang. PPUBNT akan cuba untuk duduk semeja bersama Pemuda Parti Gerakan dan MCA juga untuk memikirkan bersama strategi terbaik untuk menambat hati pengundi muda kaum tionghua pula.

Posted in Labels: | 11 comments

Pemuda UMNO PP fokus golongan muda , tarik sokongan kepada BN


Pemuda UMNO negeri ini yakin dapat menarik golongan muda di negeri itu untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya Shaik Hussein Mydin berkata keyakinan itu berdasarkan maklumat balas yang diterima oleh pergerakan itu menerusi aktiviti kemasyarakatan dan juga program pendaftaran pengundi baru yang dilaksanakan sejak awal tahun.

"Pemuda UMNO yakin kita mampu memberi tentangan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shaik Hussein berkata maklumat balas yang diterima oleh pergerakan itu juga mendapati golongan pengundi muda telah bosan dengan kerajaan negeri yang banyak berpolitik daripada menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.

Beliau berkata, Pemuda UMNO negeri menganjurkan aktiviti penerangan kepada rakyat bagi menjelaskan kenapa perlunya BN diberi mandat semula sebagai kerajaan negeri.

Shaik Hussein, yang dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang yang baru berkata, pergerakan itu juga akan menemui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan blogger bagi mendapat maklumat balas mengenai isu-isu politik semasa.

Posted in Labels: | 1 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...