Pemuda Bersama Memajukan Sukan Motorcross Di Nibong Tebal
Posted On May 31, 2011 at at Tuesday, May 31, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBaru-baru ini, Ketua Pemuda bersama sebahagian AJK PPUBNT bersama-sama membantu didalam menjayakan penganjuran Kejohanan Motocross yang telah diadakan di Litar Motocross Tasek (DUN Sungai Bakap). Ini adalah antara komitmen pemuda UMNO untuk mendekati seberapa ramai golongan muda melalui pelbagai pendekatan contohnya seperti penganjuran Pertandingan Motocross ini.
Penyertaan hampir 100 orang peserta membuktikan bahawa masyarakat di sekitar lembah Tasek meminati sukan ini dimana agak ramai golongan semuda 9 tahun sehingga 48 tahun meminati sukan yang dianggap kurang popular ini.
InsyaAllah, PPUBNT dari masa ke semasa akan cuba untuk terus mendekati golongan muda dengan pelbagai kaedah bagi memastikan rakyat sentiasa sedar bahawa Pemuda UMNO amat dekat dihati mereka.
Laporan Polis Oleh PPUBNT Terhadap Fitnah Jahat Pakatan Rakyat (Dgn Video)
Posted On May 29, 2011 at at Sunday, May 29, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPagi tadi, Beberapa orang AJK Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Sdr Nor Azman Jamiltelah membuat laporan agar Polis agar dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik laman blog www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com dan laman web www.tranungkite.net
Kandungan artikel itu ternyata berniat jahat dimana secara terang-terangan pemilik blog ini telah memfitnah dan menuduh tanpa asas dengan mengaitkan UMNO sebagai dalang dalam insiden gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan.
PPUBNT juga kesal dengan blog tersebut yang telah cuba menghasut dan mencetus ketegangan kaum dimana dia cuba mengaitkan kes ini dengan isu perkauman dan agama yang amat sensitif sedangkan mereka percaya ia membabitkan seorang individu sahaja yang terlibat.
Ziarah Pemuda Prihatin - Cawangan Tasek
Posted On May 24, 2011 at at Tuesday, May 24, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBaru-baru ini, PPUBNT yang dihadiri oleh Ketuanya, Hj Rashidi Zinol bersama-sama UMNO Cawangan Tasek telah menziarahi Pn. Hanipah Abd Rahim,64 tahun yang telah kehilangan kaki sebelah kiri sejak 12 tahun lalu akibat kencing manis. Beliau terpaksa bergerak dengan bantuan suaminya sahaja.
Alhamdulillah. Hasrat beliau untuk keluar bersiar-siar diluar rumah akhirnya tercapai setelah kerusi roda tersebut telah diserahkan kepada beliau.
Majlis penyerahan kerusi roda tersebut telah disampaikan oleh Haji Rashidi Zinol (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal) yang turut menyampaikan sumbangan peribadi.
Terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya kepada PUZ Pulau Pinang yang membantu meluluskan permohonan ini dan juga tak lupa kepada Sdr Norhiesam Ketua Penerangan PPUBNT dan Sdr Anuar (Ketua UMNO Cawangan Tasek)yang turun padang meninjau permasalahan penduduk kampung.
Kejohanan Futsal 1 Malaysia Anjuran Pemuda BN Nibong Tebal
Posted On May 16, 2011 at at Monday, May 16, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKejohanan Yang dianjurkan pada 8 Mei 2011 diadakan Dengan Kerjasama Erat Pemuda MIC dan PPP mendapat sambutan yang menggalakkan dari kaum India. Sememangnya kejohanan kali ini menumpukan kepada penyertaan kaum India dimana daripada 40 penyertaan,34 pasukan terdiri dari kaum India dan 6 dari melayu.
Pemilihan Lokasi Program Yang diadakan di Ladang Kalidonia Juga Mencerminkan Hasrat Pemuda BN untuk mendekati akar umbi teritamanya dari masyarakat kaum India.
Kaunter pendaftaran Pengundi SPR turut dibuka dimana sambutan daftar mengundi terutamanya dari kaum India agak menggalakkan.
Terima Kasih Kepada Dato' Zainal yang sudi merasmikan Majlis serta Sdr IR Shaikh Husain, (Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang) yang sudi hadir datang dari jauh bagi memberi kata-kata semangat kepada pemuda BN
Pertandingan Dam Aji Anjuran Pemuda UMNO Cawangan Batas Pinang
Posted On May 9, 2011 at at Monday, May 09, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPertandingan Dam Aji Yang Diadakan baru-Baru Ini Dianjurkan Oleh Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Batas Pinang (DUN Sungai Acheh).Penyertaan yang diterima agak baik dimana seramai 32 orang jaguh-jaguh pemain dam aji di sekitar Sungai Acheh telah menyertai pertandingan ini.
Walaupun program yang dijalankan ini dalam suasana agak santai, namun hasrat Pemuda UMNO Cawangan untuk terus mendekati akar umbi dengan menganjurkan program yang berfaedah pada hari cuti umum amatlah dihargai.Suasana mesra sesama penduduk kampung yang hadir pada program tersebut mewujudkan persekitaran komuniti yang harmoni dan kondusif.
Kejohanan Futsal Peringkat Peti Undi Changkat
Posted On May 5, 2011 at at Thursday, May 05, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram Kejohanan Futsal Kali Ini, PPUBNT dengan kerjasama erat Pemuda UMNO Cawangan Bagan Buaya (DUN JAWI), telah menganjurkan kejohanan futsal secara berkelompok dengan menghimpunkan pemuda-pemuda di bawah kawasan peti undi Changkat yang terdiri daripada 3 cawangan pemuda UMNO iaitu Bagan Buaya, Seri Keledang dan Changkat.
Penyertaan yang diterima agak baik dimana sebanyak 12 pasukan telah menyertai kejohanan ini. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah dilakukan oleh YB Dato' Mahmud Zakaria, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal.
Hasil dari pemerhatian jawatankuasa PPUBNT, aktiviti bersukan merupakan antara medium yang terbaik dalam mendekati hati anak muda dan kehendak akar umbi dimana didapati respon yang diberi adalah amat baik. Mudah-mudahan tujuan PPUBNT akan terus terlaksana dalam meraih sokongan golongan muda terhadap UMNO/BN. InsyaAllah
Wifi Percuma Kerajaan Pulau Pinang Hanya Satu Penipuan Dan Pembaziran
Posted On May 3, 2011 at at Tuesday, May 03, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKemudahan internet tanpa wayar (Wifi) yang disediakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP adalah satu penipuan dan pembaziran kerana ia tidak dapat digunakan sepenuhnya dan dipasang di kawasan yang tidak strategik, kata Ketua Pemuda parti Gerakan Oh Tong Keong.
Beliau berkata pemantauan oleh sayap parti itu di beberapa lokasi mendapati kemudahan yang disediakan itu langsung tidak boleh digunakan.
"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengumumkan talian itu dapat digunakan biarpun dalam lingkungan 100 meter, tetapi (kini) dalam lingkungan 20 meter pun ia tidak dapat digunakan, kebanyakan tempat tumpuan orang ramai dan perumahan yang dikatakan mempunyai kemudahan Wifi juga tidak dapat digunakan, ini merugikan semua," katanya dalam persidangan media di sini Isnin.
Terdahulu Oh bersama Naib Ketuanya H'ng Khoon Leng meninjau kemudahan Wifi di Lorong Argyll di sini, dan mendapati kemudahan itu langsung tidak dapat digunakan.
Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya memperbaiki kemudahan Wifi yang dipasang pada fasa pertama sebelum melaksanakan fasa kedua yang menelan kos kira-kira RM8.49 juta membabitkan pemasangan 750 wifi router.- BERNAMA