Program Jelajah Sumbangan Duit Raya Kepada Pelajar Sekolah
Posted On Aug 26, 2011 at at Friday, August 26, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal telah mengambil insiatif untuk mendekati para pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah di sekitar Parlimen Nibong Tebal. Disamping itu juga dengan pendekatan yang diambil ini, diharapkan 'hubungan' para ibu bapa/waris pelajar akan sentiasa dekat dengan Pemuda UMNO bahagian Nibong Tebal itu sendiri.
Program yang julung-julung kali ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan meraikan kegembiraan pelajar-pelajar sekolah rendah yang akan menyambut hari raya Aidilfitri, PPUBNT telah mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk memberi duit raya kepada pelajar-pelajar dari prasekolah hingga ke darjah 6 di 7 buah sekolah rendah yang terpilih dimana kebanyakkannya terletak di luar bandar.
Lebih dari 3000 orang pelajar menerima duit raya dari PPUBNT kali ini dimana 3 sekolah dari DUN Jawi & masing-masing 2 Sekolah dari DUN Sungai Bakap dan DUN Jawi.
Ketua Pemuda, Sdr Hj Rashidi Zinol bersama Exco dan sebahagian jawatankuasa telah meluangkan masa untuk berkunjung ke tujuh-tujuh buah sekolah terbabit bagi menyampaikan sumbangan tersebut di samping kesempatan yang ada itu dipergunakan untuk beramah mesra dengan guru-guru sekolah serta berkongsi cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya.
InsyaAllah, jika ada rezeki dan kesempatan, tahun depan kita buat lagi..
Dato' Non: Tuduhan LGE Biadap & Keterlaluan!
Posted On Aug 19, 2011 at at Friday, August 19, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBadan Perhubungan UMNO negeri membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang secara terbuka menuduh UMNO menjadi dalang kejadian membakar Pejabat DAP Pulau Pinang, awal pagi ini.
Sambil menyifatkan kenyataan Guan Eng itu sebagai biadab, Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menegaskan, tuduhan tersebut amat keterlaluan malah dibuat tanpa menyatakan sebarang bukti.
Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan menghantar notis tujuh hari meminta Guan Eng menyatakan bukti berhubung kenyataan tersebut atau tampil meminta maaf secara terbuka jika gagal berbuat demikian.
‘‘Bagi saya, kenyataan ini sangat biadab dan tidak bertanggungjawab. Sebagai Ketua Menteri, beliau (Guan Eng) sepatutnya malu kerana membuat tuduhan cukup berat tanpa menyatakan sebarang bukti,” katanya di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang dipetik beberapa blog dan portal berita bahawa UMNO menjadi punca berlakunya ketegangan agama di Pulau Pinang sehingga membawa kepada kejadian membakar Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi ini.
Guan Eng dipetik portal pembangkang, The Malaysian Insider sebagai berkata: ‘‘Kami merasakan bahawa ini adalah sebahagian serangan orang UMNO berhubung isu bacaan al-Quran”.
Guan Eng merujuk kontroversi larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum solat subuh oleh Jawatankuasa Fatwa negeri.
Zainal Abidin bagaimanapun menegaskan, kenyataan Guan Eng itu amat bahaya kerana cuba meniup api kebencian dalam kalangan orang bukan Islam terhadap UMNO di Pulau Pinang.
‘‘UMNO negeri mengutuk perbuatan tersebut (membakar Pejabat DAP negeri) tetapi kenyataan menuduh UMNO sebagai dalang adalah tidak berasas sama sekali.
‘‘Api yang membakar pejabat tersebut mungkin tidak terlalu marak tetapi kenyataan Guan Eng itu sebenarnya memarakkan api kebencian khususnya orang Cina untuk membenci UMNO yang digambarkan sebagai dalang dalam kejadian itu,” katanya.
Beliau menambah, kes tersebut merupakan kes jenayah dan tidak sepatutnya dipolitikkan dengan mencetuskan sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian sesuatu kaum kepada kaum yang lain.
‘‘Kita sedang meneliti beberapa laporan mengenai kenyataan tersebut, Guan Eng perlu mengemukakan bukti dan jika beliau gagal, kita akan bawa perkara ini ke mahkamah,” tegas beliau.
Program Bubur Lambuk Perdana Di DUN Sungai Bakap
Posted On Aug 15, 2011 at at Monday, August 15, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram Anjuran UMNO Cawangan Tasek yang diterajui oleh Sdr Anuar Bin Md Desa yang juga AJK PPUBNT bersama Puteri UMNO Bahagian Nibong Tebal ini telah dianjurkan dengan jayanya baru-baru ini dengan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Dato' Zainal Abidin Bin Osman.
Orang kuat disebalik program ini ialah Sdr Norhiesam Bin Ismail yang juga Ketua Penerangan PPUBNT bersama-sama belia di Tasek bersama Puteri UMNO Bahagian yang diketuai oleh Puan Jamilah Awang. Dilihat pada program ini, penglibatan adalah dari semua lapisan masyarakat di sekitar Tasek.
menerima cenderahati Dari Dato' Zainal
Fatwa Melulu Mengenai Larangan baca al-Quran guna pembesar suara mampu pecah-belahkan Umat Islam.
Posted On Aug 13, 2011 at at Saturday, August 13, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di masjid dan surau di negeri itu kerana ditakuti mendatangkan kesan kepada penyatuan Umat Islam di negara ini.
Pengerusinya Prof Datuk Dr Abd Shukor Husin, berkata larangan itu sebenarnya tidak perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri, sebaliknya ditentukan mengikut budi bicara dan disesuaikan dengan keadaan sesuatu tempat.
Beliau berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri seharusnya mengadakan perbincangan dulu bersama mufti di negeri lain melalui Majlis Agama Islam kerana larangan itu dibimbangi akan menjadi asas hukum kepada larangan sama di negeri lain.
Katanya, pertemuan dengan masyarakat setempat perlu diadakan bagi memperoleh kata sepakat sama ada mereka bersetuju jika dilaksanakan larangan itu atau tidak.
"Sepatutnya tak payah keluarkan fatwa dulu, fatwa itu harus berhemah dan berhikmah, kena kaji sama ada tempat itu memerlukan larangan atau tidak, kerana bila sudah difatwakan ia akan menjadi isu yang boleh menjadi punca masyarakat Islam tidak bersatu.
"Contohnya satu kes masjid berdekatan dengan hospital, bila nak masuk waktu solat, imam baca al-Quran sehingga mengganggu pesakit, jadi mereka jumpa dengan mufti dan larangan itu boleh dipertimbangkan mengikut kawasan,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
Akhbar ini, semalam melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengeluarkan larangan selaras dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri itu kerana amalan berkenaan dikatakan bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Mengenai tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang memutuskan larangan itu adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abi Sa’id al-Khudri menerusi kitab Sunan Abi Daud, Abd Shukor berkata sabda itu diiktikaf oleh Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk tidak mengganggu bacaan al-Quran yang dibaca oleh jemaah lain pada waktu sama di masjid.
"Sama juga ketika membaca khutbah, jika kita berbual di belakang adalah dilarang, tetapi masjid sekarang kosong ketika waktu sebelum subuh jadi kita kena mengimarahkan dengan bacaan al-Quran.
"Dan bacaan al-Quran di satu kawasan yang majoritinya diduduki umat Islam tanpa ada faktor penghalang adalah digalakkan,” katanya.
Katanya, beliau ada menghubungi Jawatankuasa Fatwa Negeri, tetapi sehingga kini masih tidak dapat maklum balas daripada pihak berkenaan berkaitan hal terbabit.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Negeri menarik balik larangan berkenaan sebelum badan itu mengambil tindakan.
“Kita sudah membaca al-Quran sebelum waktu subuh berpuluh-puluh tahun lamanya dan tidak sepatutnya baru sekarang ia ditimbulkan,” katanya.
Isu Rumah Kos Rendah, Kerajaan Pulau Pinang Tipu Rakyat
Posted On Aug 11, 2011 at at Thursday, August 11, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKUALA LUMPUR 11 Ogos – Kerajaan Pulau Pinang tidak perlu berdolak dalik dan mempolitikkan isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana kerana tindakan itu menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah kepada rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata kerajaan negeri pimpinan DAP perlu bertindak segera menyelesaikan masalah itu kerana keperluan untuk itu amat tinggi dan jangan jadikannya sebagai modal politik.
“Isu rumah kos rendah ini bukan perkara baru, sudah banyak kali diperkatakan namun saya lihat kerajaan negeri cuba mencari untuk memperlambatkan proses pembinaan itu dengan pelbagai alasan untuk merencatkan perancangan itu.
“Sebenarnya, mereka nak jadikan isu rumah kos rendah ini sebagai modal politik, mereka tahu pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi jadi mereka nak gunakan isu untuk pancing undi dengan buat pelbagai janji.
“Tetapi apabila dah berjaya memerintah, segala janji yang dibuat tidak ditunaikan dan yang menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan rendah,”
Zabariah berkata, keperluan rumah kos rendah amat tinggi di Pulau Pinang, namun perkara itu seperti tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri dan lebih berminat untuk membuat pembangunan membabitkan rumah dan pangsapuri mewah yang dilihat lebih banyak membawa keuntungan kepada mereka.
“Jika benar mereka ingin membantu serta meringankan beban rakyat, sudah lama mereka menunaikan janji mereka dahulu dan bukannya membuat janji-janji baru dan akhirnya tidak ditunaikan,” katantya.
Menurutnya, kerajaan negeri perlu menangani masalah perumahan kos rendah dan sederhana dengan segera dan jangan asyik tumpukan perhatian kepada perumahan mewah yang hanya mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi serta mereka yang datang dari luar .
Zabariah jika perkara ini dibiarkan, yang bakal menerima akibatnya adalah rakyat tempatan dan Pulau Pinang pada suatu hari nanti akan dipenuhi dengan rumah mewah yang didiami oleh orang luar sedangkan rakyat sendiri terpaksa merempat di tempat sendiri. -MediaUMNO
Pertandingan Sepaktakraw 2 Cawangan DUN Sungai Bakap
Posted On Aug 8, 2011 at at Monday, August 08, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalSukan merupakan medium terbaik dalam usaha PPUBNT mendekati anak muda. Baru-baru ini, PPUBNT mengambil insiatif untuk mengumpulkan 2 cawangan dalam DUN Sungai Bakap iaitu Sungai Bakap dan Ara Damai.
12 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Encik Hashim Chik selaku AJK UMNO Bahagian Nibong Tebal bersama S/U PPUBNT telah turun bersama untuk berbicara dan sempat menyampaikan agenda pemuda untuk dikongsi bersama para pemain.
InsyaAllah dari masa ke semasa PPUBNT sentiasa mendekatkan diri dengan mereka bagi mengenalpasti permasalahan yang ada di cawangan-cawangan serta meneruskan misi menambah bilangan pengundi dan ahli UMNO yang baru.
Lagi gambar-gambar di SINI
Guan Eng lebih perkauman tuduh saya mahu jadi Ketua Menteri PP -Tok Non
Posted On Aug 3, 2011 at at Wednesday, August 03, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalTok Non sudah bersuara. Beliau mahu rakyat P.Pinang fikir siapa sebenarnya yang rasis dan main politik perkauman yang menebal untuk kekalkan kuasa di PP .
UMNO PP sentiasa bermuafakat dalam BN dan soal siapa menjadi Ketua Menteri sudah dinoktahkan iaitu milik parti komponen . DAP main isu UMNO mahu jawatan Ketua Menteri hanya sebagai helah untuk tarik undi Cina dan pecahbelahkan BN PP.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman menyifatkan tuduhan Ketua Menteri DAP itu beliau mahukan jawatannya jika BN menang pada pilihan raya umum akan datang sebagai permainan politik jahat.
"Tuduhannya itu lebih menjurus kepada rasis dan cuba memecahbelahkan BN Pulau Pinang, ini satu permainan politik yang jahat serta berbahaya," katanya kepada wartawan selepas mengadakan tinjauan mesra bersama pemimpin BN Pulau Pinang di bazar Ramadan Kepala Batas Isnin.
"Dia kata UMNO rasis, sebenarnya Setiausaha Agung DAP itu lebih perkauman kerana menuduh saya mahu jadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini,”ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Turut hadir semasa tinjauan itu ialah Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan dan Pengerusi MIC negeri Datuk P.K Subaiyah.
Zainal Abidin mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina mengenai kenyataan Lim yang menuduh beliau akan menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang jika BN menang di negeri ini.
Katanya beliau secara peribadi beliau tidak berminat untuk menjadi pemimpin tertinggi di Pulau Pinang kerana sejak penubuhan BN di negeri ini telah ada perjanjian berhubung pelantikan Ketua Menteri.
"Rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum tidak perlu bimbang kerana jika BN menang pada PRU ke-13, saya atau mana-mana wakil rakyat Umno tidak akan jadi Ketua Menteri.
"Kita (BN) telah ada satu perjanjian iaitu wakil rakyat UMNO tidak akan jadi Ketua Menteri dan calonnya (Ketua Menteri) adalah dari parti komponen BN," katanya.-
Pentas Pemuda Bersama Sdr Lokman Noor Adam
Posted On Aug 1, 2011 at at Monday, August 01, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPada 21 Julai yang lalu, PPUBNT dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri P.Pinang yang diterajui oleh Sdr Ir Shaik Hussein telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Pentas Pemuda di Dewan Perda Sungai Acheh. Kehadiran agak memberangsangkan pada malam itu.
Program Penerangan ini telah menjemput Sdr Lokman Noor Adam selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga bekas setiausaha AMK Pusat. Turut hadir, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria selaku ADUN Sungai Acheh. Sdr Lokman banyak menekankan kepada isu tuntutan Bersih yang disifatkan mempunyai agenda jahat yang lain dan juga isu 'evergreen' yang sungguh tak jemu didengar, perihal DS Anwar Ibrahim berkenaan pelbagai isu dan dakwaan terhadap beliau.
InsyaAllah, dari masa ke semasa, PPUBNT terus tanpa jemu akan mengadakan siri penerangan seperti ini demi untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat dan mendedahkan siri pembohongan yang telah dilakukan oleh puak pakatan. Terima kasih kepada yang hadir dan memberi kerjasama diatas penganjuran program ini.
lagi gambar di SINI