Gotong Royong Membaiki Rumah Pemuda Bersama ADUN Sungai Acheh

PPUBNT bersama ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria, Puteri UMNO Nibong Tebal, pelajar MRSM Transkrian bersama penduduk kampung telah mengadakan program gotong royong bagi membaiki rumah Encik Shafie yang bertempat di Jalan Baru, Sungai Acheh.

Penduduk kampung di kawasan sekeliling turut sama membantu bagi melancarkan program tersebut. Alhamdulillah, selepas dibaikpulih terutamanya di bahagian bumbung yang begitu uzur, Encik Shafie dapat mendiami kediaman beliau dengan lebih selesa selepas ini.






Posted in Labels: | 9 comments

Pesta Sukan Air Pemuda UMNO Nibong Tebal

Alhamdulillah, Program ini berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya dalam keadaan yang sungguh meriah. kehadiran penduduk setempat dan dari sekitar parlimen Nibong tebal agak memberangsangkan dimana pelbagai acara telah disediakan untuk segenap lapisan.

Rata-rata yang hadir menyifatkan program ini sungguh nostalgik sekali dimana mereka dapat mengimbau kembali kenangan silam. Semua yang hadir pulang dengan senyum dihiburkan dengan pelbagai telatah dan pengalaman manis sepanjang bersama didalam program ini.

Namun apa yang paling penting, usaha PPUBNT didalam mendekati masyarakat adalah misi yang paling penting. Misi mencari seberapa ramai pengundi baru dan mendapatkan persepsi positif dari masyarakat terhadap UMNO/BN merupakan agenda utama didalam penganjuran program ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kali ini..




Lagi gambar-gambar di SINI

Posted in Labels: | 4 comments

Dijemput Hadir Beramai-Ramai

Posted in Labels: | 2 comments

Wakil rakyat DAP "diharamkan" memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang. Semuanya Palsu Belaka


Wakil rakyat DAP "diharamkan" memohon tanah selagi pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang dan yang ingkar akan dikenakan tindakan disiplin." Itulah jaminan dilontarkan Lim Guan Eng, tepat dua minggu selepas ditabal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang 24 Mac 2008 sebagai bukti ketelusan kerajaan rejim DAP negeri baru kepada rakyat.

Tapi itu cerita empat tahun lalu dan hari ini cerita itu sudah berbeza sama sekali.

Hari ini keikhlasan jaminan kerajaan DAP itu dicabar ekoran dakwaan seorang Adun DAP diluluskan sebidang tanah, satu hektar di Bukit Mertajam baru-baru ini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan berkata beliau mendapat maklumat tanah 1.1 hektar itu diluluskan kepada Adun DAP Padang Lalang, Tan Cheong Heng.

Tanah berkenaan di Jalan Song Ban Kheng, Bukit Mertajam, sebuah lokasi strategik memandangkan kawasan itu sedang pesat membangun.

Ia didaftarkan atas nama beliau dan juga abangnya Tan Chong Hock sebagai pemilik bersama.

Justeru Cheng Guan mempersoal bagaimana permohonan Adun DAP itu, diluluskan.

Menurut Naib Presiden PCM Huang Cheng Guan, "Last time they said tak akan ambil satu inci tanah pun but now what happened? Dia yang cakap kita dengar kata. Tapi ini bukan inci, ini ekar. Jadi mereka perlu jelaskan kepada rakyat Pulau Pinang. Jangan pandai cakap saja. Bagi saya slogan cat tak laku lagi. No more competency, accountability, transparency kalau betul cat jawab la ini isu kepada semua.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menjelaskan dakwaan Cheong Heng diberi diskaun sehingga 80 peratus untuk premium tanah berkenaan.

Menurut Heng lagi,"We as any ordinary people boleh dapat ka 80 peratus diskaun? Jawab la orang biasa boleh dapat ka macam mana dia boleh dapat diskaun premium. Saya mau tanya itu betoi ke dia dapat?

Cheng Guan memberi tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk menjawab.

Jika tidak mendapat jawapan memuaskan, beliau akan membawa perkara ini ke perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).

Posted in Labels: | 1 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...