Tok Non: Mansor Tak Perlu Takut Untuk Mengaku Itu Suaranya
Posted On Sep 27, 2012 at at Thursday, September 27, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Parti-Parti Komponen Di P.Pinang Harus Bersatu Menghadapi PRU13
Posted On Sep 24, 2012 at at Monday, September 24, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBeliau juga meminta supaya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional memahami bahawa kuasa mutlak menentukan kekuasaan teletak dalam tangan rakyat. Justeru itu, Parti-parti Barisan Nasional harus memahami dan berkerja menjurus kepada memenangi hati rakyat dalam pemilihanraya ini.
Beliau memaklumkan, perjumapaan telah diadakan dengan Pegerusi MCA P. Pinang YB Dato’ Sri Ng Yen Yen, dan beliau bersetuju dengan ketetapan bahawa sekiranya ahli-ahli bawahan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan PPP membuang masalah peselisihan sesama sendiri maka Barisan Nasional Pulau Pinang mempunyai peluang memenangi pilihanraya ke 13 di Pulau Pinang. Ini adalah kerana bilangan ahli MCA dan Gerakan sahaja merangkumi 25% hingga 35% dari bilangan pengundi negeri Pulau Pinang.
“Dalam masa 4 tahun ini,pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai memburuk-burukan Barisan Nasional dengan tuduhan yang tidak berasas serta bertanggungkawab. Berlainan dengan Barisan Nasional yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bulu, contohnya dengan Bantuan BR1M, tetapi Pakatan Rakyat memberi bantuan RM100 dengan memilih pengundi-pengundi sahaja untuk memancing undi.”
“Dari sudut pembandingan ini, kita dapat lihat bahawa BN lebih telus dari aspek pemberian bantuan kepada rakyat.”
Ucapan ini dibuat oleh Pengerusi BN P. Pinang Teng Chang Yeow pada 16 September 2012 bertempat di Majlis Pelancaran Semboyan Dibunyikan BN Bahagian Nibong Tebal, Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Nibong Tebal bersempena Sambutan Hari Malaysia ke 46.
Kehadiran ahli-ahli komponen BN adalah seramai 1,500 orang.
Teng Chang Yeow berkata, dalam masa 4 tahun ini, kita telah belajar dan menerima hukuman yang diberi oleh rakyat Pulau Pinang dengan hati terbuka. Ini terbukti bahawa mana-mana parti yang memerintah hendaklah mendahulukan kepentingan rakyat.”Rakyat Didahulukan” , Negeri Pulau Pinang bukanlah hak mutlak mana-mana parti tetapi ianya kepunyaan rakyat.
Beliau juga kata, dengan siapnya jambatan Pulau Pinang yang kedua yang mehubungi Pulau dengan Seberang Perai Selatan , ianya akan membantu penumbuhan senario ekonomi ke kawasan berkenaan.
Pengerusi Barisan Nasional Barisan Nasional Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin bin Osman berkata UMNO sekarang sedang mentranformasikan parti ini, bagi memajukan pendekatannya dengan rakyat. UMNO juga telah meruntuhkan tembok pemisahan ideologinya dengan pendekatan yang baru, seperti menjemput Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang dan ahli-ahli BN ke majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Nibong Tebal.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang memaklumkan bagi mendapat sebuat kerajaan yang aman, ahli-ahli UMNO harus membuka minda dan transformasikan cara pemikiran yang lama supaya menerima kaum-kaum lain duduk bersama-sama mentadbir negeri ini.
“Untuk memenangi pilihanraya kita tidak boleh harap dengan undi satu kaum sahaja. Seperti di Parlimen Nibong Tebal terdapat kawasan lokaliti yang mempunyai 80% hingga 90% pengundi melayu menyokong. Tetapi terdapat juga di kawasan berkenaan yang dimana terdapat juga pengundi cina dan india, jikalau BN tidak boleh memperolehi 20% keatas undi daripada mereka, maka BN tidak boleh memenanginya.”
“Kebanyakan pengundi-pengundi di Parlimen Nibong Tebal adalah terdiri daripada peniaga-peniaga. Kemajuan ekonomi dan pembangunan di kawasan tersebut adalah penting bagi mereka supaya perkembangan ekonomi perniagaan mereka akan meningkat dengan pesat.”
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri P. Pinang Dato Zainal Abidin memaklumkan apa saja pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN P. Pinang Teng Chang Yeow, akan disokong penuh oleh UMNO setelah perkara itu dibincang dan ambil keputusan dalam mesyuarat Barisan Nasional.
Satu-satunya contoh adalah Pelabuhan Bebas yang dicadangkan oleh Barisan Nasional Negeri,dan bukan seperti yang ditohmahkan oleh Pakatan Rakyat iaitu datangnya daripada parti Gerakan Pulau Pinang.
Modul polisi pelabuhan bebas yang baru adalah berlainan dari konsep polisi pelabuhan yang lama. Konsep ini yang direkabentuk oleh Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang akan diangkat ke peringkat kerajaan pusat untuk mendapat persetujuan dan kelulusan.
Dato Zainal berkata pilihanraya kali ini tidaklah sama seperti pilihanraya yang sudah-sudah. Ini kerana kita terpaksa hadapi tentangan yang hebat dari parti lawan. Walaubagaimana pun, Barisan Nasional Pulau Pinang sudah bersiap sedia untuk menhadapi pilihanraya umum yang ke 13 pada bila-bila masa yang akan berakhir pada bulan Apirl 2013.
"Parlimen Nibong Tebal mempunyai 25 pusat peti mengundi oleh yang demikian beliau mengarahkan ahli-ahli barisan nasioanal supaya mengunakan pusat-pusat ini sebagai bilik gerakan setempat untuk mengatur dan merangka strategi bagi menhadapi propaganda musuh-musuh dari parti lawan."
(Gambar2) Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2012 Hangat Membara!
Posted On Sep 18, 2012 at at Tuesday, September 18, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalAlhamdulillah..
Selesain sudah Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2012 yang telah berjaya diadakan di Dewan Khairat kematian Sungai Kechil.
Lebih 300 perwakilan dan pemerhati telah hadir ke persidangan ini.
Terima kasih kepada YBhg Dato Musa Sheh Fadzir,kerana sudi merasmikan persidangan ini.
Pemuda bahagian Nibong Tebal telah bersedia ke arah PRU13 yang akan datang.
Hanya menunggu semboyan dibunyikan sahaja.
Tahniah kepada Sdr Jaafar Din dan Sdr Adi Fauzi yang dipilih menjadi perwakilan ke Mesyuarat Pemuda UMNO Pusat di KL tanpa perlu bertanding.
Ini adalah diatas semangat setiakawan dan tolak ansur sesama ahli pemuda di Nibong Tebal.
Teruskan! Misi merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal harus dilipatgandakan lagi.
Gesa polis siasat Wei Aik, ADUN Komtar hina mahkamah.
Posted On Sep 17, 2012 at at Monday, September 17, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKlik Untuk Besarkan |
Pegawai Khas kepada Pengerusi BN Pulau Pinang, Davi
Beliau berkata, Wei Aik juga didapati mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran yang difailkan oleh 10 penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng, Pahang.
Menurutnya, tindakan Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang malah dengan secara berani menghina mahkamah secara terbuka.
“Tindakan Wei Aik ini jelas bertentangan dengan Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan keputusan hakim di tempat awam.
"Tindakannya mengutuk institusi kehakiman ini seolah-olah mahu menghasut orang awam supaya menentang badan kehakiman di Malaysia,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN di sini semalam.
Boon Leong berkata, perbuatan Wei Aik itu amat berbahaya dan mampu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman negara selain mewujudkan ketegangan sosial.
Menurutnya, dalam ucapan Wei Aik pada malam itu, beliau juga mengaitkan keputusan mahkamah dengan rasuah namun tidak memberikan sebarang bukti terhadap tuduhannya itu.
“Adakah Wei Aik cuba mengatakan badan kehakiman kita dan hakim yang terlibat dengan kes berkenaan terima rasuah?
“Tindakan Wei Aik ini menjejaskan kebebasan kehakiman dan juga campur tangan dalam isu undang-undang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau dan beberapa pimpinan BN negeri membuat tiga laporan di Balai Polis Jalan Patani pagi semalam berhubung tindakan biadab Adun Komtar itu.
Mereka juga akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara supaya mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP berkenaan.
(Bergambar) 25,000 Membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian N.Tebal / Majlis perkahwinan Anak Ketua Bahagian
Posted On Sep 10, 2012 at at Monday, September 10, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKerajaan DAP campak Jalur Gemilang perbuatan biaDAP !
Posted On Sep 5, 2012 at at Wednesday, September 05, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalTindakan tersebut diambil oleh MPPP kononnya adalah atas arahan pihak atasan. Bendera Malaysia yang dipasang bersama bendera Barisan Nasional (BN) adalah bersempena Program Semboyan Dibunyikan anjuran BN Bukit Bendera.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir, alasan MPPP bahawa ianya diarahkan oleh pihak atasan membuktikan bahawa Kerajaan DAP memang tidak tahu adab dan sedikitpun tidak mempedulikan maruah Negara. “Jalur Gemilang adalah lambang maruah negara.
Sekiranya di negara lain, bendera ini disanjung dan dijaga dengan baik. Tetapi DAP bila mengajar pengikutnya bersikap kurang ajar dan biadap. Ianya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. “
Disebabkan ajaran biadap inilah, maka bukan sahaja MPPP bersikap tidak rasional hanya kerana menurut arahan malah apa yang terjadi di malam merdeka di Kuala Lumpur juga adalah bukti ajaran kurang ajar pembangkang. Penyokong mereka memijak gambar pemimpin dan membawa bendera yang kononnya nak digantikan dengan Jalur Gemilang adalah sesuatu yang benar-benar mencabar maruah negara,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Oleh itu, Musa berharap agar rakyat di negara ini berfikir semula, adakah pemimpin yang menerapkan ajaran biadap dan cuba menanam rasa kebencian di hati rakyat sehingga boleh mengundang keadaan huru hara ini layak untuk terus diangkat dan diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin.
“Rakyat boleh menilai, pembangkang hanya mementingkan politik dan hanya berpolitik 24 jam… Kerana politik mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk membelakangkan maruah negara dan masa hadapan rakyat. Harus diingat, Jalur Gemilang adalah ‘panji’ Negara.
Sekiranya ‘panji’ negara diperkotak katikkan, bermakna maruah kita selaku rakyat negara ini juga dipermain-main dan diinjak sesuka hati mereka.
“Sikap pembangkang semakin hari semakin melampau… Kita lihatlah apa yang terjadi kebelakangan ini, terlalu banyak isu provokasi yang mereka lakukan. Semakin dekat pilihan raya, semakin teruk kelakukan mereka.
Contohnya di Selangor, sikap Kerajaan Negeri yang membelakangkan Sultan dalam sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri… termasuklah apa yang terjadi di Pulau Pinang ini. Semuanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar pembangkang. “Jadi saya amat menyeru kepada seluruh rakyat Negara ini, berfikirlah dengan bijak dan jangan sesekali terpengaruh dengan pembangkang yang semakin hari semakin terserlah kebiadapan mereka..,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
Pemuda UMNO Bidas Sifat @cmlimguaneng Yang Semakin 'Besar Kepala'.
Posted On Sep 2, 2012 at at Sunday, September 02, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalAntara skandal yang masih tidak terjawab sehingga kini adalah Penipuan mengenai jumlah Rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh LGE dan Zairil Khir Johari, Skandal Tapak rumah PPR Taman Manggis, Skandal Penjualan Tapak Masjid dan Tapak Sekolah Bayan Mutiara, Skandal penjualan Tanah Kampung Genting, Skandal Mak Mandin Hijau, Skandal Tanah Kg. Pokok Asam, Skandal Kampung Buah Pala, Skandal Perobohan tempat letak kereta "kancil",Skandal penjualan harta milik MPPP,Skandal pembangunan dilereng bukit dan lain-lain lagi.
Apabila LGE mendiamkan diri dan cuba metar belitkan setiap isu diatas, Rakyat mula tersedar bahawa LGE sebenarnya adalah penyangak Tanah di Pulau Pinang.Sifat mendiamkan diri PKR dan PAS pula membuktikan bahawa mereka hanya pelakon simpanan dalam wayang LGE. Terbaru apabila Skandal Taman Manggis yang mana pemilik rumah LGE dijalan Pinhorn adalah salah seorang pengarah didalam syarikat yang berjaya mendapatkan tender tanah tersebut.
Sikap LGE yang selalu mengungkapkan perkataan "Tender Terbuka" tetapi pada hakikatnya hampir kesemua tender yang dikendalikan oleh CMI tidak memenuhi syarat dan prosedur tender terbuka sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Pemuda UMNO PP mencabar LGE melantik badan bebas seperti Lembaga Jurukur Bahan Malaysia untuk menilai samada LGE mematuhi keperluan Tender Terbuka.