Kezaliman rejim Guan Eng telah menyebabkan peniaga wanita diatas sudah hilang kewarasan dan
pertimbangan. Rakyat nak cari makan pun susah di P.Pinang ni sejak Guan Eng memerintah.
Dulu masa BN memerintah, tidak pula berlaku keadaan sehingga macam ini.
Ringkasan yang aku boleh ceritakan dari video diatas ialah mereka ni merupakan penjaja yang
dah tak tahan sangat dan sudah hilang sabar dengan tindakan penguatkuasa
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di bawah telunjuk Guan Eng yang tak habis-habis
'mengganggu' mereka ini berniaga.
Sudahlah tidak dibenarkan berniaga di situ, apabila nak pohon kebenaran permit berniaga tidak dibenarkan pula. Pintu rundingan ditutup terus dengan pihak Majlis.
Mereka yang berniaga di Padang Kota lama ini bukannya buat sampah pun, hanya berniaga cenderahati, permainan serta urut refleksologi, Secara tak langsung, mereka ini memeriahkan susana di kawasan tarikan pelancong tersebut.
Yang tak patutnya, MPPP sanggup gunakan wang rakyat untuk bayar elaun kerja lebih masa kepada
penguatkuasa tersebut untuk bertugas memantau kawasan tersebut setiap pagi petang siang malam demi untuk memastikan sesiapapun tidak dapat menjalankan operasi perniagaan mereka.
Zalim.. Guan Eng memang zalim
Siapa cakap orang muda di P.Pinang tak sokong BN ?? Hari ini lebih 4 ribu anak
muda berkumpul bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN di PRU akan
datang .
Program yang diberi nama 'BN Pilihan Orang Muda' ini diadakan dengan
mengumpul generasi - generasi muda dari kalangan anak - anak di seluruh
P.Pinang turut disertai oleh pelbagai kaum yang mewakili suara komponen
BN.
|
Add caption |
Ia dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dewan Sunway Convention Centre Seberang Jaya .
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Pengerusi
Pemuda BN , Datuk Rosnah Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Malaysia, Dato Zainal Abidin Osman , Timbalan Pengerusi BN P.Pinang ,
Ketua Pemuda BN P.Pinang Sdr Oh Tong Keong , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang
Ir Dr Shaik Hussein Mydin , ADUN - ADUN dan Ketua - Ketua Pemuda
Bahagian.
Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal menghantar penyertaan yang agak ramai iaitu seramai 230 orang manakala puteri bahagian Nibong Tebal pula seramai 80 orang. Kesemua yang hadir pergi tanpa dipaksa dan semuanya seikhlas hati demi untuk memastikan kesinambungan perjuangan BN membela rakyat terus dapat dilaksana.
DS Zahid Hamidi yakin dengan dengan kembali sokongan orang muda kepada
BN , tak mustahil P.Pinang boleh ditawan kembali ...
YB Sdr Khairy berkata petunjuk kebangkitan semula anak muda ini
menyokong BN ialah menerusi kemenangan besar di Piliharaya Kampus di
mana Pro Aspirasi y menguasai 18 daripada 20 IPT . Di samping itu ,
perbentangan Bajet 2013 oleh PM kali ini ternyata banyak memberi
keistimewaan untuk orang muda yang kesannya melalui kehadiran ramai
hari ini .
Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Sdr Ir Dr Shaik Hussein Mydin cabar
tunjuk apa diberikan Guan Eng kepada orang muda selama
memerintah P.Pinang
Gambar