Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih gagal!


Merujuk kepada keratan akhbar sinar harian diatas, dapatlah dibuat kesimpulan yang Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dibawah kerajaan negeri Pulau Pinag masih belum mampu menangani masalah sampah di negeri ini.
Lagi menyedihkan, keadaan pantai di tempat 'tourist spot' di Persiaran Gurney dikatakan
'MAKIN TERCEMAR'!. Keadaan ini amatlah memalukan kepada pelancong-pelancong asing terutamanya. Tidak keterlaluan jika dikatakan inilah salah satu sebab yang menyebabkan pelancong luar makin kurang datang ke Pulau Pinang.
Ini bermaksud langkah-langkah pembersihan yang dijalankan MPPP masih gagal mencapai standard yang dikehendaki dimana masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Adakah KM dan exco asyik sibuk berpolitik? Atau Penguatkuasa MPPP asyik sibuk mencari gerai melayu mana yang hendak dirobohkan?

Posted in Labels: | 2 comments

Kerajaan BN sungguh prihatin terhadap rakyat!


RM 60 Juta bantu Pesawah terjejas.
ALOR SETAR – Bantuan segera berjumlah RM60 juta akan diperuntukkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membantu pesawah yang terjejas banjir melakukan penanaman semula padi mengikut jadual.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, daripada jumlah itu, peruntukan RM50 juta melibatkan bantuan berupa baja, benih padi sah, serta kerja-kerja membadai dan meratakan tanah.

“Manakala RM10 juta lagi diperuntukkan untuk membaiki infrastruktur seperti parit pecah agar sistem pengairan tidak terganggu.

“Perkara ini akan kita akan bawa ke Kabinet untuk mendapatkan kelulusan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan pinjaman semula kepada usahawan Tekun Nasional (Tekun) yang terjejas banjir di negeri ini, di sini, semalam.

Menurutnya, RM60 juta itu hanya melibatkan bantuan kepada pesawah dan tidak termasuk bantuan terhadap kerugian yang ditanggung penternak mereka yang terlibat dalam perikanan.

“Selepas peruntukan ini mendapat kelulusan Kabinet, Kementerian akan membuat pembayaran segera dalam bulan ini juga, bagi memastikan pesawah dapat memulakan tanaman mengikut jadual.

“Bagaimanapun, saya meminta agar semua agensi tidak perlu mengikut prosedur biasa dalam menyalurkan bantuan kepada pesawah yang menjadi mangsa banjir, tidak perlu,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan pinjaman semula kepada 360 usahawan Tekun yang terlibat dalam bencana banjir di negeri ini, dengan jumlah pinjaman RM1,985,000.

Sinar Harian difahamkan, sejumlah RM136,704,000 dipinjamkan kepada 16,193 usahawan Tekun di negeri ini dan daripada jumlah itu, seramai 360 peminjam dengan jumlah pinjaman RM3,332,489, terjejas dengan banjir.

Noh berkata, pinjaman semula itu adalah siri kedua untuk agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi Tekun memberikan bantuan segera berupa pinjaman semula untuk peminjam yang terjejas banjir memulakan kembali perniagaan mereka.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar peminjam Tekun diberikan insentif dalam usaha menggalakkan mereka membuat bayaran balik yang lebih baik.

“Sebagai contoh, peminjam Tekun yang terlibat banjir tetapi mempunyai rekod baik dalam pembayaran balik pinjaman, yang menerima pinjaman semula, boleh dipertimbangkan untuk diberi insentif.

“Jika ada yang membayar mengikut jadual atau lebih cepat daripada jadual, juga boleh dipertimbangkan Tekun untuk memberikan rebat kepada mereka. Dengan itu baru ada perbezaan antara peminjam yang bayar cepat dengan peminjam yang culas,” katanya

PPUBNT- Inilah contoh slogan realiti Pencapaian Didahulukan, Rakyat diutamakan.
Rakyat yang ditimpa musibah sentiasa mendapat perhatian dari kerajaan UMNO/BN tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Posted in Labels: | 1 comments

Kebajikan Kaum India tetap mendapat perhatian Pemimpin UMNO Bahagian

UMNO Bahagian Nibong Tebal sentiasa peka terhadap kebajikan SEMUA KAUM. Ketua Bahagian, Dato' Zainal bersama Haji Mohd Foad(Naib Ketua Bahagian) menziarahi rumah-rumah masyarakat India yang memerlukan perhatian dari pemimpin.
Gambar yang dipaparkan adalah sebahagian daripada siri ziarah yang dilakukan di DUN Sungai Bakap baru-baru ini. Semoga masyarakat dapat membuka mata bahawa walaupun BN tidak menjadi wakil di DUN Sungai Bakap dan Parlimen Nibong Tebal, namun kebajikan rakyat tetap diutamakan.

Posted in Labels: | 3 comments

Ketua Bahagian bersama Timbalan Berganding Bahu membantu rakyat

Posted in Labels: | 11 comments

Pilihanraya Pemilihan Ahli Majlis PBT tidak dimaklumkan! Apa agenda tersembunyi LGE?

Pasca PRU12 turut menyaksikan Guan Eng mahukan satu pilihanraya PBT,mengunakan alasan ia akan membantu memindahkan balik kuasa kepada rakyat dan mempertingkat keupayaan pentadbiran PBT sementara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula khuatir yang ia akan membuka laluan bagi politiking yang lebih banyak seperti terbukti dalam sejarah.

Apakah implikasinya?

Jika ia diluluskan maka penguasaan kerajaan negeri pada kerajaan tempatan melalui proksi proksi politik ,dan masyarakat cina dan india akan menguasai PBT di bandar.

Bayangkan berapa banyak PBT yang hanya di kuasai oleh orang melayu di seluruh Selangor dan Pulau Pinang?Berapa ramai melayu yang tinggal di kawasan bandar?Berapa ramai exco berbangsa melayu yang menganggotai exco PBT atas lantikan parti politik?

Adakah anda rela PBT punyai exco tempatan yang dikuasi oleh chauvanist cina dan menjadikan bandar bandar Selangor dan Pulau Pinang sebagai salah satu pusat pentadbiran mereka.

PPUBNT melihat isu dalam konteks negeri Pulau Pinang hampir keseluruhan kerusi exco PBT akan dikuasai oleh bukan melayu.

Usaha secara halus ini secara tidak langsung memudahkan gerak kerja menghambat orang melayu keluar dari bandar,malahan pelbagai implikasi akan timbul seperti bebas mendirikan kuil dan rumah ibadat ditanah milik kerajaan tanpa had.Menghapuskan kuota penduduk bumi di sesuatu kawasan perumahan,memudah milik hartanah dan pemberian lesen hiburan tanpa kawalan.

Implikasi pilihanraya PBT harus dilihat secara mendalam oleh kaum melayu,jangan hanya berkiblatkan parti politik anda menghalalkan cara tanpa memikirkan untung nasib bangsa sendiri.:klik sini

Namun kegusaran ini sudah terlambat apabila pihak kerajaan DAP sudah pun menjalankan pilihanraya PBT,dibuat tanpa pengetahuan umum dan hanya sesetengah pihak saja yang terlibat membuktikan ada agenda yang tersembunyi yang mahu dilaksanakan .

Proses pembuangan undi oleh 300 orang pemilih.

Video di bawah dirakamkan pada 14 Nov 2010 semasa berlangsungnya pemilihan calon PBT di Penang Chinese Girls Alumni Association.



Wakil yang terpilih sebagai ahli majlis MPPP :
» Teo Lee Ken
» Lim Mah Hui
» Chin Khuan Sui
» Loh Swee Heong
» Dalbinder Singh

Wakil yang terpilih sebagai ahli majlis MPSP.

» Tiun Ling Ta
» Sivagurupatham a/l S Vadivelu
» Teng Kim Chew
» Krishnan a/l Samiah

Adakah dengan hanya 300 orang yang mengundi kepada calon masing masing sudah mewakili keseluruhan rakyat Pulau Pinang? Dimanakah suara suara Melayu? Mengapa tidak ada langsung pengumuman atau pun sebaran maklumat mengenai pilihanraya ini kepada keseluruhan rakyat negeri Pulau Pinang,inikah yang dikatakan CAT?

Untuk pengetahuan anda,sejarah 1965 sudah berulang, ketika itu Barisan Sosialis menguasai pentadbiran Majlis Bandar Raya George Town walaupun pentadbiran negeri dikuasai Parti Perikatan.

Seperti biasa,melayu melayu haprak pakatan tidak akan berani bersuara malah langsung tidak akan berani mempersoalkan tindakan Guan Eng,semuanya akan dihalalkan .

Guan Eng lebih banyak mengunakan masanya berpolitiking dan mengaut kekuasaan sepenuh penuhnya,harapan beliau adalah untuk mendapatkan kuasa secara total dari kerajaan negeri hinggalah kepada PBT.

Kesimpulanya mudah, usaha ini dilakukan secara berperingkat,pertama mendapatkan hak autonomi kemudian apabila kesemua perancangan hagemoni berjaya langkah seterusnya adalah memisahkan Pulau Pinang daripada Semenanjung,penyatuan 2 bekas negeri selat yang diperintah oleh DAP dan PAP pasti akan berjaya.

-pisau-

Posted in Labels: | 2 comments

Video Mereka Yang Dipinggirkan di tengah Bandaraya Georgetown



Terletak di celah-celah diantara Kampung Malabar dengan Lebuh Chulia, Penang, kita akan dapat jejaki sebuah penempatan yang tiada nama yang hidup dalam serba kekurangan. Tiada siapa yang pedulikan mereka.

Tonton dan fokus video ini pada minit ke 5:45. Dahulu mereka diambil berat. Kawasan dan sampah mereka diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sekarang??
Dalam hal ini, Kerajaan Pusat dan Negeri seharusnya sama-sama membantu rakyat yang tinggal di dalam kawsan ini.
Seperti yang mereka pinta, sediakan mereka rumah sewa dan beli menjadi hakmilik. Mereka tak mahu menyewa.

Apa yang Kerajaan Negeri sekarang buat? Dikatanya kerajaan berkebajikan. kalau sekarang lagi teruk dari dulu baik tak payah memerintah. nanti alasan mudah tipikal Pakatan Haram ialah salahkan kerajaan terdahulu.

Posted in Labels: | 2 comments

96 lesen rumah urut dan 1376 lesen hiburan awam diluluskan pada tahun 2009 di Pulau Pinang


Salam semua…

Diberitakan sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam diluluskan di seluruh Pulau Pinang pada 2009.

Saya ada terbaca dalam artikel bahawa kata-kata berkenaan datangnya sendiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, saudara Chow Kon Yeow.

Katanya lagi, berikutan pemberian lesen baru itu, Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mengutip hasil sebanyak RM880,677.

Wow ! besarnya hasil haram ini…seram bulu rema saya…

Kalau nak tau, aktiviti terkutuk ini berlaku berleluasa terutamanya di Penang Road dan di Chulia Street serta di beberapa buah hotel di sekitar Bukit Mertajam.

Kalau nak tau, keadaan ini akan menjadi bertambah terok bila kerajaan negeri meluluskan sebanyak 96 lesen premis rumah urut dan 1,376 lesen hiburan awam di seluruh Pulau Pinang pada 2009.

Saya juga ada terbaca artikel di laman blog yang menceritakan bahawa;

“MEREKA INI MENJALANKAN DASAR SEPERTI RONNIE LIU DI SELANGOR.
LIHAT SAHAJA APA YANG TELAH BERLAKU DI BEBERAPA BUAH PUSAT HIBURAN DI BANDAR BARU PERDA.

HIBURANKAH INI SEKIRANYA SEKS DIJADIKAN LANDASAN PERNIAGAAN YANG LUMAYAN.HOTEL MURAHAN MILIK KAUM CINA BOLEH MENAWARKAN PAKEJ SATU JAM PENGINAPAN UNTUK PASANGAN REMAJA ISLAM MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS.

DALAM HAL INI PAS HANYA PANDAI BERKOKOK, TAPI EKOR BERTABURAN TAHI.” Kata penulis blog berkenaan.

Saya secara peribadi nak tanya apa yang PAS dah buat di dalam kerajaan Pakatan Haprak ini?

Kes hasil haram judi kuda masih belum selesai sekarang kita dihidangkan pula dengan cerita hasil dari rumah urut di P. Pinang.

Bagi kerajaan DAP di bawah LGE, agaknya menutup rumah urut bukanlah satu jalan penyelesaian untuk mengurangkan maksiat di kalangan orang Islam.

Kerana bagi mereka perbuatan itu halal dan tidak berdosa bagi agama mereka. Akan tetapi ianya seolah-olah mencabar agama kita dan juga krebiliti orang Islam di P.Pinang khasnya.

Di dalam hal ini, di manakah aktivis agama dari PAS dan PKR yang selama ini melaungkan mereka berjuang untuk agama?

Mana perginya kata-lata bergema dari Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi? , Ustaz Idris? Ustaz Haron Taib?, Ustaz Salleh Man, Ustaz Anuar Ibrahim?...maaf saya tersasul pula, maksud saya Datuk Sri Anuar Ibrahim?

Adakah ini antara cara untuk Pakatan Haprak ini mendapatkan sokongan daripada rakyat terutamanya daripada kaum bukan Islam?

Adakah mereka ini sudah kehabisan modal hinggakan rumah urut pun dijadikan sumber pendapatan serta modal isu politik mereka untuk menagih undi terutamanya dari kaum bukan Islam?

Mungkin alasan mereka nanti ialah, DAP mengambil berat akan kesihatan batin rakyat P.Pinang dengan mewujudkan lebih banyak lagi rumah-rumah urut.

Saudara Anuar Ibrahim pun pernah mengurut di Thailand, siap ada gambar lagi. Jadi, apa salahnya? Mungkin itu antara alasan mereka?

Apa yang pasti saya amat kesian kepada penyokong-penyokong Melayu-Islam PAS kerana mereka terang-terang ditipu oleh pemimpin-pemimpin DAP dan saudara Anwar Ibrahim.

Dilihat penyokong-penyokong PAS yang kini membabi-buta menyokong DAP dan Anuar Ibrahim hingga sampai ke tahap yang boleh kita katakan sebagai taksub.

Segala-gala perkara yang dibuat oleh DAP dan Anwar Ibrahim adalah benar kata mereka, dan bagi mereka selaku Murshidul Am PAS tak mungkin TGNA berbohong pada pengikut-pengikutnya.

Kita tunggu dan lihat apa reaksi pemimpin PAS dan PKR tentang isu ini….

MIM

Posted in Labels: | 5 comments

Pemimpin Bahagian sentiasa erat bersama Pemuda (Program)

Sdr Amiruddin, Setiausaha Pemuda PPUBNT yang mengacarakan majlis.

Sdr Hj Rashidi, Ketua Pemuda yang sedang menyampaikan ucapan pembakar semangat.

Encik Mohd Noor Pegawai dari JASA menerangkan tentang isu-isu politik semasa.



YB Dato Mahmud memberikan respon kepada soal jawab dan pendapat yang diluahkan pemuda.

Hadirin yang duduk bersantai di tepi dewan turut memberi perhatian terhadap ucapan.



Program yang dinamakan Santai Pemuda Bersama Pemimpin ini diadakan di Kompleks Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Jawi yang diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah diantara sayap pemuda cawangan-cawangan dengan kepimpinan utama Pemimpin UMNO Bahagian. Encik Mohd Noor dari JASA turut hadir bagi menyampaikan penerangan tentang isu-isu semasa terutamanya yang berlaku di negeri Pulau Pinang.

Walaupun keadaan cuaca yang kurang mengizinkan dengan hujan yang turun sepanjang malam sejak Maghrib lagi, keadaan ini tidak mematahkan semangat perjuangan kira-kira hampir 100 orang pemuda dari cawangan-cawangan yang hadir. Sessi soal jawab dan luahan pendapat yang diadakan turut mendapat perhatian hadirin dimana seramai 6 orang pemuda yang hadir berpeluang menanyakan sendiri permasalahan yang dihadapi dan meluahkan pendapat kepada kepimpinan UMNO Bahagian yang hadir.

Antara pemimpin UMNO Bahagian yang hadir ialah Timbalan Ketua Bahagian YB Dato' Mahmud bin Zakaria, Tuan Hj Mohd Foad (Naib Ketua Bahagian), Encik Abu Bakar (Setiausaha Bahagian), Datuk Ahmad Ramizun (Bendahari) dan Hj Zulkafli (Ketua Penerangan). Ketua Bahagian, Dato Zainal Abidin Bin Osman tidak berpeluang untuk hadir disebabkan beliau menguruskan rawatan isteri beliau yang sakit di luar kawasan.

Pihak pemuda mengharapkan kerjasama dan perhubungan erat bersama UMNO Bahagian dan JASA dapat dikekalkan pada masa akan datang untuk terus menguatkan UMNO Bahagian Nibong Tebal. InsyaAllah, semoga dengan kerja keras dari semua peringkat kepimpinan UMNO Bahagian, Parlimen Nibong Tebal,DUN Sungai Bakap dan Jawi akan dapat dirampas kembali dan DUN Sungai Acheh dapat dikekalkan dengan majoriti yang lebih tinggi pada Pilihanraya Umum akan datang.

Posted in Labels: | 15 comments

TKM 2 Penang layan pemohon bantuan seperti penjenayah?


Kisah Rakyat Pulau Pinang yang mengalami sakit kronik bersama isteri beliau yang juga mengidapi 2 penyakit kanser yang memohon bantuan bagi menyambut Deepavali. Namun malangnya dia dilayan dengan buruk oleh Pejabat Timbalan Ketua Menteri 2, P Ramasamy.

Mujurlah beliau mendapat bantuan yang sewajarnya dari Jabatan kebajikan Masyarakat bersama parti komponen BN seperti MCA dan MIC.
Inikah yang dikatakan kerajaan negeri yang berkebajikan dan prihatin???


DCM's aide treated me like a criminal, claims man
By JOSEPHINE JALLEH
josephine@thestar.com.my


GEORGE TOWN: An ailing man is crying foul over his being treated like a wanted criminal by a staff member of Deputy Chief Minister II Dr P. Ramasamy when he sought financial aid during Deepavali.

S. Murali, 37, said he sent emails to Chief Minister Lim Guan Eng and Dr Ramasamy on Oct 25 to request the aid.

"I received feedback two days later and was told to meet Dr Ramasamy at his office in Komtar.

"When I went there, I was told that he was busy and was asked to leave my name and contact number," he told a press conference called by the state MCA Public Services and Complaints Bureau yesterday.

Murali claimed that he sent another email to Dr Ramasamy and called the office but was again told that the state exco member was busy and a staff member gave him a number to call.

"I called the number and it turned out to be Dr Ramasamy's private secretary. The man said that I was not to be entertained or to be given aid under the orders of the State Secretary," he said.

"He claimed that I was involved in syndicate and criminal activities, and had sent petitions to the public.

"He also claimed that I had made prank calls and that I was supposedly under the watch of the Home Ministry, the police and the State Secretary," he added.

"But when I called up the State Secretary's office, his personal assistant said there were no such orders," said Murali, who suffers from chronic asthma, 80% bronchial blockage and was in coma previously.

He had also lodged a police report on the matter.

He said his wife T. Nagaletchmy, 41, was also unemployed and had suffered early stage uterus cancer and breast cancer. She had undergone 18 operations.

The couple, who have four children aged seven to 16, receive a monthly income of RM791 from the Social Welfare Department and Social Security Organisation.

Bureau deputy chief Lim Thoon Deong said: "The MCA, MIC and the Penang Hospital Visitors' Board will work together in helping him.

"It's unfair that they have received such treatment. In the meantime, the board will provide medical support for them."

When contacted, Dr Ramasamy acknowledged receiving emails from Murali and said the matter would be investigated.

"He should have come to me to talk about it. People have easy access to me. He can come to see me if he wants," he said.

Posted in Labels: | 0 comments

Kerajaan Zalim DAP tak habis-habis lagi merampas dewan





Kira-kira 150 penduduk serta pemimpin masyarakat sekitar Telok Air Tawar di sini mengadakan perhimpunan secara aman membantah kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa mahu merampas sembilan buah dewan kegunaan orang ramai di kawasan tersebut.

Mereka yang terdiri daripada penduduk beberapa taman perumahan sekitar sini mengecam tindakan kerajaan negeri yang menghantar notis mengarahkan supaya semua bangunan dewan di kawasan tersebut dikosongkan dalam masa terdekat.

Bangunan terbabit ialah Dewan Panorama, Dewan Orang Ramai Taman Tun Dr. Awang, Taman Sri Pantai, Taman Melati, Taman Robina, Taman Senangan, Kampung Contoh, Dewan Belia Bagan Lebai Tahir dan Dewan Gerakan Daya Wawasan (GDW) Telok Air Tawar.

Menurut mereka, kerajaan negeri tidak mempunyai hak mutlak ke atas dewan berkenaan kerana semuanya dibina menggunakan pembiayaan sepenuhnya Kerajaan Pusat.

Kerajaan negeri sebelum ini sudah mengambil alih tiga buah dewan di kawasan itu untuk kegunaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) selepas menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi penduduk mendakwa ia terbiar tanpa diselenggara.

Seorang penduduk, Abdul Hamid Ahmad, 76, mempersoalkan kenapa dewan-dewan berkenaan mahu diambil alih sedangkan ia sudah diurus dengan baik dan penduduk bebas menggunakannya bagi pelbagai tujuan termasuk penganjuran kelas malam pelajar, tabika, kenduri kahwin serta aktiviti persatuan.

‘‘Kita minta kepada kerajaan negeri, hentikanlah berpolitik berlebihan sampai dewan kegunaan orang ramai pun nak ambil. Kalau ambil alih, rakyat kena bayar sewa, kena isi dan hantar borang, bukankah itu hanya menyusahkan penduduk,” katanya


PPUBNT: Dewan yang sudah diurus tadbir dengan baik dan penuh dengan aktiviti tu biarkanlah, janganlah busuk hati sangat !!

Posted in Labels: | 3 comments

Guan Eng mahu projek landasan dihentikan!


Guan Eng arah henti kerja landasan berkembar, bimbang banjir

Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mengarahkan MMC Corporation Berhad-Gamuda Berhad (MMC-Gamuda JV) memberhentikan dengan segera kerja projek landasan kereta api berkembar Ipoh ke Padang Besar melibatkan tanah di negeri itu bagi mengelak banjir.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, mesyuarat exco kerajaan negeri pagi tadi membuat keputusan agar kerja projek itu dihentikan sehingga syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dipenuhi.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata, kerajaan negeri meminta MMC-Gamuda JV bersedia untuk memecahkan apa-apa landasan yang dibina supaya air tidak akan bertakung dan bertanggungjawab untuk menanggung segala kos kewangan akibat banjir.

"Kami berharap MMC-Gamuda JV dapat memberikan satu jaminan bertulis kepada pihak kerajaan negeri untuk memenuhi dua syarat baru yang ditetapkan,” katanya.

Guan Eng berkata, arahan henti kerja itu akan berkuatkuasa dengan serta merta dan wakil daripada MMC-Gamuda JV seharusnya berjumpa dengan wakil kerajaan negeri untuk berbincang tentang syarat baru itu. - Bernama

Ini KM Lim Guan Eng sedang berusaha membuatkan pembinaan landasan berkembar di Pulau Pinang menjadi antara yang mahal dalam sejarah.

Tindakan menyuruh kontraktor memecahkan landasan yang baru dibina adalah BODOH, TIDAK EKONOMIK, MERUGIKAN WANG dan penuh dengan citra politik bolak-balik pembangkang yang sememangnya menghalalkan cara demi matlamat.

Mereka berfikir bahawa jurutera pembinaan adalah bodoh, seperti MB Kedah yang menuduh pembinaan landasan keretapi berkembar menjadi punca banjir di Kedah sehingga MMC Gamuda menjelaskan bukti ianya tidak bersangkut paut.

Pihak kontraktor projek mega seperti ini tidak pernah lalai dari memastikan aliran semulajadi dikekalkan dan berbekalkan peralatan dan perisian canggih, mereka mampu mengadakan laluan air untuk menampung aliran air saat hujan paling lebat sekalipun.

Masalah Pulau Pinang Darul Sampah belum pernah selesai dan Guan Eng masih lagi menutup mata atas sikap rakyat yang memenuhkan parit dan tali air dengan sampah.
Jangan merosakkan harapan sebahagian besar penduduk di utara untuk menikmati perkhidmatan tren elektrik selewat-lewatnya hujung 2013.

Tolak DAP di Pulau Pinang kerana mereka ini memudaratkan rakyat atas topeng kebajikan.

Posted in Labels: | 6 comments

Banglo Mewah Guan Eng



Apa status kediaman rasmi Guan Eng?

PULAU PINANG - Status kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus menjadi tanda tanya apabila setelah lebih setahun dibaik pulih, ia masih belum diduduki sehingga kini.

Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) membangkitkan perkara itu selepas tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Lim Hock Seng (DAP-Bagan Jermal) pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-12 semalam.
Menurut Shabudin, jawapan bertulis yang diterima menyatakan bahawa rumah tersebut masih dalam pegangan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk rawatan anai-anai dan pembaikan kecil lain.

"Saya tidak faham kenapa selepas lebih setahun rumah itu dibaiki tapi masih lagi dalam pengawasan JKR. Ini bukti pengurusan yang tidak cekap.
"erbelanjaan untuk baik pulih itu juga melibatkan kos yang tinggi," katanya kepada pemberita di DUN di sini malam tadi.
Awal tahun lalu, Guan Eng meninggalkan Seri Teratai dan berpindah ke banglo mewah di No. 25, Jalan Pinhorn di sini atas alasan kediaman rasmi itu mempunyai banyak semut api, anai-anai dan musang.

Kos pengubahsuaian banglo sewa tersebut yang pada asalnya hanya sebuah banglo biasa kepada banglo mewah dikatakan melebihi RM1.5 juta.
Shabudin turut mempersoalkan kenapa perlu ada dua kos yang perlu dibayar iaitu elaun rumah sewa dianggarkan RM6,000 sebulan dan kos baik pulih yang sedang berjalan.
Terdahulu ketika membahaskan usul Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2011, beliau berkata, ia merupakan satu bentuk pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Kalau rasa rumah itu tidak lagi sesuai diduduki, bolehlah diubah untuk kegunaan lain seperti pejabat atau kuarters.
"Kalau ada pertubuhan bukan kerajaan yang berminat, boleh diserahkan untuk dipulihara sebagai bangunan warisan atau pusat operasi mereka," ujarnya

Posted in Labels: | 5 comments

Lim Guan Eng silalah ke Nibong Tebal bina rumah "mampu milik" bernilai RM 150,000


Lim Guan Eng, hanyalah sekadar parasit yang sekadar bertenggek dengan segala perancangan sosioekonomi yang telah dijalankan oleh kerajaan BN sebelum ini.

Tiada perancangan yang signifikan yang mampu dilakukan oleh KM itu. Inilah kenyataan yang perlu kita tahu dan ianya sangat memeritkan kerana yang akan hancur ialah negeri Pulau Pinang itu dan bukannya Lim Guan Eng.

Beliau hanya mementingkan program populis beliau di samping menghalalkan kelompok-kelompok peniaga Cina bermaharajalela di tepi-tepi jalan tanpa memikirkan keselesaan pengguna jalanraya yang lain.

Tetapi setakat mana negeri Pulau Pinang boleh berdaya saing dan lebih maju jika itu sahaja yang mampu dilakukan oleh KM putarbelit itu?

1. Di dalam pembentangan belanjawan negeri, Lim Guan Eng secara tidak langsung telah mengaku bahawa ekonomi negeri Pulau Pinang bakal merudum di bawah pentadbiran beliau. KM lidah biawak yang suka bermegah-megah dengan C.A.T beliau itu, ternyata omongan kosong yang tidak menyakinkan.

2. Lebihan kewangan sebanyak RM88.02 juta pada tahun 2008 (ketika BN memerintah sehingga Mac 2008) telah menurun kepada RM77.34 juta pada tahun 2009. Untuk tahun 2010 pula, lebihan kewangan negeri akan merudum lagi kepada RM53 juta.

3. Satu lagi kemusykilan yang timbul di dalam belanjawan Lim Guan Eng ialah kenyataan 'sejumlah RM60 juta diperuntukkan untuk membina sekurang-kurangnya 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau'.

RM60 juta untuk 400 unit rumah mampu milik di kawasan pulau? Dah masuk harga tanah ke tu?

Matematik mudah, 60 juta dibahagi dengan 400, rumah 'mampu milik' itu sebenarnya berharga RM150,000. 'Murahnya' rumah 'mampu milik' itu!! Betulkah ni? Berapa kerat la Melayu mampu beli kalau buat di Sungai Acheh?


4. Selain daripada isu tanah Balik Pulau, satu lagi persoalan besar yang mesti dijawab oleh Lim Guan Eng. Isunya ialah perancangan kerajaan negeri untuk mengambil balik tanah yang bakal terlibat untuk tujuan pembesaran lapangan terbang.

5. Lim Guan Eng perlu memperincikan tanah-tanah yang bakal di ambil balik dan jumlah keluarga yang terlibat di dalam pengambilan tanah tersebut. Apakah keluarga Melayu lagi yang terlibat? Berapa ramai? Apakah nilai tanah yang dibayar sejajar dengan nilai tanah semasa di tempat itu?

Tambahan :

6. Lim Guan Eng beberapa kali telah menyebut skandal tanah Tan Huk Ju yng bernilai RM25 juta tetapi kenapakah Lim Guan Eng langsung tidak menyebut cukai tunggakan 3 tahun Kelab Lumba Kuda (PTC) Pulau Pinang yang berjumlah RM6 juta? Bukankah wang itu juga wang rakyat Pulau Pinang?

Apakah Lim Guan Eng mahu menyembunyikan isu cukai tanah PTC?

7. Yang hairannya juga, Lim Guan Eng tidak menyentuh langsung isu wang Lumba Kuda yang berjumlah RM2 juta ringgit sedangkan beliau merengek pasal isu-isu kecil di dalam belanjawan beliau!

Perancangan belanjawan Lim Guan Eng banyak mendatangkan persoalan dan meragukan. Rakyat Pulau Pinang perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya. Manalah tahu, isu pembohongan Guan Eng sebelum ini juga berlaku di dalam belanjawan negeri!

MIM

Posted in Labels: | 0 comments

Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menjelaskan tujuan sepucuk surat menyenaraikan kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno Pulau Pinang


GEORGE TOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menjelaskan tujuan sepucuk surat menyenaraikan kontraktor yang ada hubung kait dengan Umno Pulau Pinang dan dihantar kepada semua ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.
Shahbudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang bersama-sama dengan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang bertindak keluar dewan hari ini, berkata surat bertarikh 27 Oktober dari Pejabat Ketua Menteri itu telah ditanda tangani oleh setiausaha sulit kanannya.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak menyenarai hitamkan kontraktor-kontraktor yang ada hubungan dengan Umno ini, mengapa senarai itu dihantar kepada semua ketua-ketua jabatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata untuk kerajaan negeri pimpinan DAP ini menunjukkan mereka betul-betul Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), mereka mesti memberikan projek kepada syarikat yang disenarai dalam surat.

Dalam surat itu, 46 syarikat kontraktor dikesan dan didakwa mempunyai hubung kait dengan Umno.

Sementara itu, Shahbudin berkata salah seorang penyokong demonstrasi mengoncang pintu pagar pada Selasa lalu itu adalah anggota PAS dan bukannya anggota Umno seperti yang dituduh oleh ADUN Seri Delima R.S.N Rayer.

Menurutnya, orang yang bernama Ariff Ibrahim yang mengaku dirinya sebagai anggota PAS telah mengoncang pintu pagar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ketika demonstrasi minggu lalu.

Beliau berkata Rayer telah mengelar orang yang mengoncang pintu pagar itu sebagai seekor monyet Umno tetapi rupa-rupanya itu adalah anggota PAS.

"Itu bukan monyet Umno, itu monyet PAS kerana Ariff telah mengaku kepada sebuah surat khabar tempatan baru-baru ini bahawa beliau adalah ahli dari parti PAS," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Rayer dapat meminta maaf kepada semua anggota Umno kerana membuat tuduhan palsu.

Sumber : BERNAMA

Posted in Labels: | 1 comments

ADUN DAP Penang gelar rakyat MONYET?


RSN Rayer ADUN DAP-Seri Delima semalam telah membuat kenyataan didalam Sidang DUN P.Pinang bahawa penduduk-penduduk kampung yang membuat demonstrasi protes dihadapan bangunan DUN tersebut sebagai MONYET!

Diatas kapasiti apakah kafir harbi ini sesuka hati boleh menggelarkan penduduk melayu P.Pinang dengan panggilan sedemikian? Apakah ini tahap mentaliti seorang wakil rakyat DAP?

Sudahlah kerajaan DAP negeri merampas hak penduduk-penduduk kampung asal di P.Pinang, dan apabila penduduk-penduduk membuat bantahan, digelar pulak mereka itu sebagai monyet!

Celaka sungguh kafir DAP yang ada di negara kita ini. Mereka bukan sahaja tak tahu menghormati hak bangsa melayu, tetapi mereka-mereka ini juga buta perut kerana sanggup menghina bangsa yang pernah memberikan kerakyatan kepada nenek moyang mereka di negara ini.

Tanah penduduk melayu P.Pinang “dirampas”, hak penduduk kampung juga dinafikan oleh kerajaan cina kiasu Melaka Lim Guan Eng. Kini melayu hendak dipanggil pula sebagai MONYET??

Sebelum ini, sahabat si kafir Rayer ini si Jagdeep bertanggung jawab mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di P.Pinang. Nak jadi macam Singapork lah konon-kononnya. Dia lupa bahawa ini Tanah Melayu! Dan dengan hanya pegang satu negeri, dia dah nak buat suka-suka hati mak bapak dia saja..

Ini lah perangai sebenar kafir laknat DAP yang patut penyokong totok melayu PAS dan PKR sedar. Jangan jadi buta tuli sangat sampaikan hal-hal menjatuhkan maruah orang melayu macam ni pun masih tak nampak.

Hari ini DAP berani menghina melayu kerana sokongan dari melayu-melayu jumud berotak gampang didalam PAS dan PKR. Patutnya, buang kewarganegaraan saja melayu-melayu yang bersekongkol dengan kafir laknat DAP didalam menghancurkan bangsa melayu di dalam negara ni.

PAS dan PKR kini dah menjadi umpama si Kitol moden didalam memporak perandakan bangsa Melayu dan agama Islam di Malaysia.

Jadi, nak salahkan kafir celaka DAP saja pun tak boleh jugak didalam hal penghinaan bangsa melayu ni, sebab yang jadi barua talibarutnya adalah melayu-melayu haprak PAS dan PKR.

Sepuluh keturunan pun tak akan dapat menyucikan pengkhianatan PAS serta PKR terhadap bangsa melayu dan juga agama Islam didalam negara ni!

-Paklong-

Posted in Labels: | 7 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...