MAIPP Diminta Bertindak!
Posted On Aug 7, 2012 at at Tuesday, August 07, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin menggesa pihak Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang bertindak sewajarnya dengan segera ke atas pelancong asing yang dikatakan cuba memurtadkan umat Islam di negeri itu.
Beliau berkata segala gerakan, ajaran dan tarikan yang bersifat memesongkan akidah terhadap agama Islam adalah salah, namun tindakan perlu mengikut peruntukan dan undang-undang Majlis Agama Islam negeri masing-masing.
“Jadi kita minta mereka (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) menjalankan tugas dan tanggungjawab…untuk hal seperti ini, ianya tidak boleh dibiarkan berlaku begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan skim biasiswa insentif khas pelajar cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp)ke luar negara.
Khamis lepas, sebuah akhbar melaporkan cubaan dua lelaki Eropah yang dikatakan menyampaikan ajaran agama mereka kepada orang ramai di sekitar Pulau Pinang ketika umat Islam bersiap sedia untuk berbuka puasa.Klik Sini
Di harapkan MAIPP kena bertindaklah ! Salleh Man yang kini menjawat jawatan YDP MAIPP seharusnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Jangan pula selepas ni bagitahu rakyat Pulau Pinang tak boleh ambil tindakan kerana mereka tak langgar undang-undang.
Ataupun tak berani ambil tindakan sebab takut dekat Karpal Singh !
Kerajaan DAP didesak atasi masalah kesesakan negeri
Posted On Aug 6, 2012 at at Monday, August 06, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Pulau
Pinang supaya segera menangani masalah kesesakan di sepanjang
jalan-jalan yang sibuk di Pulau Pinang.
Kerajaan negeri baru-baru ini telah mengambil langkah untuk menempatkan
semula Bazar Ramadan sepanjang Jalan Penang dengan menyatakan kesesakan
lalu lintas sebagai salah satu alasan utama.
Jika kerajaan negeri benar-benar serius dalam menangani isu kesesakan
jalan ini, langkah segera yang perlu diambil bagi mengatasi masalah ini
ialah di kawasan-kawasan berikut yang mendapat pemerhatian CAP sebagai
kawasan yang mengalami masalah kesesakan:
Semua jalan di mana terdapat sekolah terutama sewaktu tamat sesi persekolahan;
- Jalan Burma, di hadapan Kedai Biskut Him Heang yang terkenal, di mana penduduk tempatan dan pelancong meletak kenderaan mereka secara tidak teratur untuk ke kedai tersebut;
- Jalan Burma, di hadapan kedai makan terletak jauh sedikit dari kedai Him Heang di mana orang ramai berhenti untuk membeli makanan;
- Di Fettes Park, di bahagian hadapan kedai makan;
- Di Jalan Penang dan Lorong Keng Kwee berdekatan kedai cendol Jalan Penang;
-Jalan utama di mana terdapat pentas opera, sesetengah jalan tidak dapat dilalui sepenuhnya terutama sekali ketika Perayaan Hantu Lapar;
-Jalan utama di seluruh negeri Pulau Pinang di mana terdapat gerai makan sementara yang didirikan semasa Perayaan Nine Emperor;
-Jalan di kawasan Little India sebelum perayaan Deepavali di mana khemah didirikan menjadikan jalan sempit dan hampir tidak dapat dilalui;
-Jalan Masjid Kapitan Keling pada waktu malam di mana ramai orang mengunjungi gerai nasi kandar, meletak kereta dan motosikal secara tidak teratur ketika solat Jumaat dan Tarawih, dan mereka yang berhenti di hadapan kedai tukaran wang;
- Meletak kenderaan secara tidak teratur di hadapan Mahkamah di Lebuh Light di mana kereta boleh dilihat diletakkan di atas garisan kuning, kaki lima jalan dan juga di hadapan sekolah.
Melainkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang ada, pulau ini akan menjadi tempat yang tidak lagi sesuai untuk didiami.

Tok Non Minta Guan Eng Berhenti Dari Terus menipu Rakyat.
Posted On Aug 4, 2012 at at Saturday, August 04, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
PULAU PINANG, 3 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman meminta agar Lim Guan Eng berhenti menipu rakyat berkenaan isu rumah kos rendah dan sederhana kerana rakyat sudah semakin bijak menilai dan putar belit Ketua Menteri Pulau Pinang itu sudah semakin diketahui umum.
Menurut Zainal, fakta angka yang sering Guan Eng umumkan berkenaan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana selama ini adalah tidak benar atau dalam kata lain adalah penipuan semata. Ianya tidak benar kerana sehingga kini tiada bukti Kerajaan Negeri telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat.
“Telah empat tahun DAP mengambil alih pucuk pimpinan negeri ini namun sehingga kini mereka gagal membuktikan bahawa mereka telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat. Setiap kali isu ini dibangkitkan mereka hanya berdolak dalih dan terus menipu untuk mengelirukan rakyat. “Rakyat masih lagi menagih jawapan tentang isu ini.
Angka-angka yang didedahkan sebelum ini adalah yang dibina oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu BN dan kebetulan siap semasa DAP telah mengambil alih Pulau Pinang. Sehingga kini kita masih menunggu lokasi, senarai pembeli dan bila ianya mula dibina untuk rumah kos rendah ini,” ujar Zainal Abidin dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.
Tambah Zainal, rata-rata rungutan setiap hari daripada rakyat yang mahu membeli rumah kos rendah dan sederhana ini adalah di mana lokasi rumah ini bakal dibina. Sehingga kini tiada hitam putih ataupun ‘benda’ yang dapat mereka lihat secara mata kasar untuk membuktikan bahawa memang wujud pembinaan rumah kos rendah dan sederhana ini.
“Jadi kita harap kerajaan DAP tidak akan terus berdolak dalih dan meletakkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana ini sebagai satu keutamaan untuk rakyat secara keseluruhan di negeri ini. Kita lihat kerajaan DAP selain daripada rumah kos rendah ini mereka juga berdolak dalih tentang beberapa isu tentang alam sekitar, tentang pembinaan di lereng bukit dan semua ini dibuat dalam keadaan mereka mempunyai kekuatan untuk tidak menyatakan fakta sebenar.
“Rakyat boleh dikaburi dengan satu dua isu tetapi lama kelamaan mereka akan merasa kerajaan ini tidak boleh dipercayai tentang data angka yang diberi dan lama kelamaan kerajaan DAP akan membayar harga yang tinggi kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

Bekas staf pejabat Guan Eng tinggal di rumah RM 1.8 juta!
Posted On at at Saturday, August 04, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal![]() |
| Pic Hiasan |
Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai staf pejabat Ketua Menteri.
"Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan meminta izin beliau untuk mendedahkannya.
"Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita di pejabat KITA Sungai Petani di sini
"Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri.
"Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA
P.Pinang: Slogan CAT Akan Bertukar Menjadi DOG!
Posted On Aug 3, 2012 at at Friday, August 03, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Kerajaan DAP Pulau Pinang disaran menukar slogan daripada Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) kepada Kerajaan Beroperasi Dogmatik (DOG) kerana dasarnya yang seolah-olah tidak mengendahkan keperluan rakyat. Penyelaras Parlimen Bayan Baru, Por Joo Tee berkata, pentadbiran kerajaan negeri dilihat melaksanakan sesuatu mengikut kehendak sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat. Sebagai contoh jelasnya, dalam isu rumah mampu milik, kerajaan negeri masih gagal menyenaraikan projek yang telah disiapkan selepas mentadbir pada 2008.
"Kita (rakyat) nak tahu projek mana yang berjaya dilaksanakan kerajaan negeri. "
Jika tidak mampu memenuhi permintaan ini, tukar sahaja slogan daripada CAT kepada DOG kerana mereka memerintah mengikut suka mereka bukan memikirkan keperluan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. .
Video Mesti Ditonton Oleh Rakyat P.Pinang. Sila Like Dan Sebarkan!!
Posted On Aug 2, 2012 at at Thursday, August 02, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Ikuti luahan demi luahan rakyat P.Pinang yang rata-rata kecewa dengan cara pemerintahan Guan Eng yang dikatakan tidak memberi manfaat pun untuk rakyat.
PRU13 kita pakat tukar ini Ah Beng kasi balik Melaka
Botol Arak Gergasi: Syawal Ceria Di P.Pinang?
Posted On Aug 1, 2012 at at Wednesday, August 01, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Orang ramai terutama umat Islam yang melalui kawasan pusat membeli-belah di Pusat Bandar George Town akan terkejut melihat replika susunan botol arak gergasi yang dipamerkan. Lokasi: Penang Times Square, Pemaju Ivory.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengecam tindakan pengurusan sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya Georgetown yang mempromosikan minuman keras sempena sambutan Aidilfitri.
Presidennya S M Mohamed Idris berkata pihaknya kesal dengan pihak pengurusan pusat-beli belah itu kerana mempamerkan kira-kira 480 botol bir kosong di bawah kain rentang tertera "Syawal Ceria"."Perkara ini jelas menunjukkan sikap tidak peka pihak tertentu yang tidak menghormati bulan Ramadan dan umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.
Umum mengetahui bahawa Islam mengharamkan minuman keras."Kita tidak tahu apakah niat sebenar mereka mengadakan promosi minuman keras pada bulan mulia ini," katanya dalam kenyataan kepada Bernama di Georgetown, hari ini.Mohamed Idris menggesa pihak berkuasa terutama Majlis Perbandaran Pulau Pinang agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melanggar syarat perlesenan penjualan minuman keras.
Janji BN Untuk PRU13 vs Janji DAP Yang Tong Kosong
Posted On Jul 31, 2012 at at Tuesday, July 31, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Ilustrasi diatas menggambarkan keazaman kerajaan BN yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat. Bukannya sekadar retorik belaka seperti di bawah!
Ni semua tipu saja. Duit RM500 juta pun tak nampak duk kat mana lagi. Kerajaan DAP P.Pinang memang kaki pemuhong kuat.
Ada ka patut?, rumah flet 22 Tingkat di Batu Kawan yang nilai tanahnya masih murah dijual RM72,000?
Ni pemuhong rakyat namanya!!
Ketua UMNO Bukit Gelugor timbang untuk saman Guan Eng
Posted On Jul 30, 2012 at at Monday, July 30, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta supaya menilai setiap tindakannya terlebih dahulu sebelum mudah menuduh pihak lain sebagai tidak beretika.
.jpg)

.jpg)