Setelah lebih 20 tahun berniaga, tahun ini peniaga-peniaga melayu dihalang oleh Kerajaan DAP
Posted On Aug 9, 2010 at at Monday, August 09, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
27 peniaga Bazar Ramadan dihalang
PULAU PINANG 7 Ogos - Setiap kali Ramadan sejak lebih 20 tahun lalu, di situlah orang ramai berpusu-pusu bertumpu untuk membuat persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.Sebut apa sahaja, kuih raya, baju kurung, songkok, samping, semuanya boleh diperolehi di situ.
Namun tahun ini, kemeriahan Bazar Ramadan yang terletak di tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) itu mungkin tidak dapat lagi dilihat atau dinikmati. Ini kerana, pihak pengurusan kompleks tersebut, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu terbabit daripada berniaga di kawasan itu.
Lebih dikesalkan, Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, kesemua 27 peniaga yang terlibat hanya dimaklumkan semalam tentang keputusan itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk memulakan perniagaan mereka hari ini.Menurutnya, pihaknya dan Jawatankuasa Pemulihan Komtar yang dipengerusikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik ketika bermesyuarat kali terakhir pada 5 Ogos lalu bersetuju untuk meneruskan tradisi Bazar Ramadan yang dianjurkan setiap tahun.
Tambahnya, para peniaga juga telah membuat bayaran sewa tapak gerai kepada KMA selaku penganjur dan memenuhi syarat-syarat ditetapkan."Kontraktor yang kami lantik mula memasang gerai sejak pukul 10 pagi semalam tetapi tiba-tiba pukul 7 malam mereka diminta berhenti oleh pegawai-pegawai PDC atas arahan Wei Aik."Alasan yang mereka berikan adalah pembinaan gerai-gerai ini tidak mendapat kelulusan Wei Aik."Saya curiga kenapa setelah sembilan jam kerja-kerja ini dibuat, baru PDC menghalang dan saya percaya mereka sengaja tidak mahu peniaga terlibat berniaga di situ," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Tinjauan di tapak Bazar Ramadan itu mendapati gerai-gerai yang belum siap didirikan dibiarkan tanpa sebarang aktiviti.Kelihatan beberapa pegawai keselamatan juga berkawal di tapak tersebut untuk menghalang kontraktor meneruskan kerja-kerja.Sementara itu, peniaga kain, Hanim Mydin, 47, memberitahu, ini kali pertama sejak lebih 20 tahun lalu dia tidak dibenarkan berniaga di Bazar Ramadan tersebut."Setiap tahun pada bulan puasa, di situlah saya berniaga bagi mencari pendapatan tambahan.
"Para pelanggan khususnya dari sekitar Pulau Pinang sudah tahu tempat ini, mereka boleh mencari pakaian, biskut, kuih dan pelbagai barangan untuk menyambut hari raya," ujarnya.Lebih merisaukan, jelas Hanim, dia mengeluarkan modal sebanyak RM60,000 dan jumlah tersebut bakal lenyap begitu sahaja jika tidak dapat meneruskan perniagaan di situ.Pengusaha pakaian tradisional Melayu, Aliff Amka, 50, pula berkata, dia hairan dengan keputusan Wei Aik yang dibuat pada saat-saat akhir itu.Jelasnya, dia dan para peniaga lain telah memenuhi semua syarat perniagaan yang ditetapkan."Kalau dibatalkan sebulan lalu, boleh juga kami mencari alternatif untuk mencari tapak baru," katanya.Seperti juga peniaga-peniaga lain, dia mungkin menanggung kerugian yang dianggarkan bernilai RM100,000
PROGRAM SEMBANG-SEMBANG AGAMA & ISU-ISU SEMASA PPUBNT DI BATU 3, SG ACHEH
Posted On Aug 8, 2010 at at Sunday, August 08, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram Jom Tengok Bola di Dataran Sungai Acheh
Posted On at at Sunday, August 08, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPerlawanan Persahabatan Bolasepak Pilihan PPUBNT vs Pemuda Cwgn Sg Star Kechil / Tanah Kebun
Posted On at at Sunday, August 08, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram Generasi Terbilang
Posted On at at Sunday, August 08, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalMajlis Pemimpin Bersama Pemuda Cawangan Desa Jawi
Posted On at at Sunday, August 08, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPersidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2010
Posted On at at Sunday, August 08, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKejohanan Futsal Antara Pemuda-Pemuda Cawangan Dalam Bahagian Nibong Tebal
Posted On at at Sunday, August 08, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram Sembang-Sembang Agama di Batas Pinang (DUN Sungai Acheh)
Posted On May 9, 2010 at at Sunday, May 09, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram Sembang-Sembang Agama yang diadakan secara berkala, kali ini memilih Kampung Batas Pinang di DUN Sungai Acheh sebagai tuan rumah pada 30 April 2010. Ustaz Nazri lulusan dari Mesir turut berkesempatan memberikan sedikit tazkirah yang banyak berkisar kepada sirah Rasulullah dan sahabat-sahabat kepada para hadirin untuk dimanfaat bersama.
Walaupun keadaan cuaca yang hujan lebat, namun ia tidak mematahkan semangat kira-kira 50 orang hadirin untuk turut sama hadir didalam majlis ilmu ini. YB Dato' Mahmud Zakaria (ADUN Sungai Acheh) turut sama hadir dengan memberi sumbangan berupa peralatan sukan kepada Gerakan Belia 4B Cawangan Batas Pinang.
InsyaAllah, dari masa ke semasa PPUBNT akan terus menganjurkan program sebegini bagi mendekati anak muda dengan bukan hanya melauli berpolitik sahaja, namun membawa sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama melalui Ilmu keagamaan.
Program Juara Rakyat (Bulan Belia dan Sukan) anjuran PPUBNT
Posted On May 3, 2010 at at Monday, May 03, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal17 April 2010 (SMK Jawi) 8pagi-4 Petang
Pentas Rakyat (Ceramah Politik) Dewan Perda Sungai Acheh 17/4-9.00 Malam
18/4, SMK Saujana Indah, 8.00 Pagi-7.00Petang



Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, program itu merupakan salah satu tanggungjawab UMNO dalam memberi khidmat serta mendekati masyarakat.
Katanya, melalui program berkenaan, pihaknya dapat merapatkan dan mendekati golongan belia serta memenuhi kehendak semasa mereka dengan mengajurkan program sebegini.
"Selaku ahli UMNO, perjuangan kita dalam menjaga kebajikan rakyat amat penting kerana kita mahu hidup rakyat sentiasa berada di tempat yang terbaik.
"Pada masa yang sama, program seperti ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat perpaduan di kalangan rakyat dan memberi kesederan kepentingan bersukan." katanya.
Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Datuk Mahmud Zakaria; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rashidi Zinol dan pemimpin-pemimpin UMNO.
Pelbagai acara telah berlangsung selama dua hari tersebut antaranya, kejohanan bola sepak 1 Malaysia, sukaneka rakyat, kejohanan pingpong 1 Malaysia, kejohanan bola jaring 1 Malaysia, pertandingan melukis dan motivasi pelajar.
Tidak ketingalan pameran daripada pelbagai agensi dan dimeriahkan lagi dengan pertunjukan kereta serta motosikal antik.

























