Alfatihah
Posted On Jan 29, 2011 at at Saturday, January 29, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBN PUNYA SUSU! DAP DAPAT NAMA!
Posted On Jan 26, 2011 at at Wednesday, January 26, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Inilah yang dikatakan dengan perpatah Melayu, "Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama". dalam kes ini, "Mukhriz Punya Kerja, Lim Guan Eng Dapat Nama". Sudahlah kerajaan Pulau Pinang tidak tahu bersyukur, lepas itu mengaku pula kononnya segala pelaburan yang diterima oleh negeri itu daripada pihak luar, adalah hasil titik peluh mereka sendiri.
TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu. Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan. "Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.
"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani. Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar. "Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri. "Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.
Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya. Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti. --Bernama
Ziarah Pemuda Prihatin Ke Kampung Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap
Posted On Jan 22, 2011 at at Saturday, January 22, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal


Ziarah Pemuda Prihatin Pemuda UMNO bahagian kali ini turun padang membuat lawatan kerumah penduduk sungai kechil,melihat lebih dekat pemasalahan Penduduk yg memerlukan bantuan.Lawatan yang dihadiri olej Sdr Ketua Penerangan, Bendahari dan Setiausaha Kerja PPUBNT ini cukup bermakna kepada dua keluarga di Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap ini apabila Pemuda UMNO bahagian akan berusaha membantu keluarga yg terlibat yg memerlukan bantuan melalui saluran-saluran yang tertentu.
Disebabkan kesempitan hidup yang dialami oleh keluarga-keluarga terbabit, PPUBNT menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan anak mereka.Jenis bantuan lain akan diusahakan kemudian setelah mereka selesai membuat pemantauan nanti.
Misi Mendekati Akar Umbi Diteruskan di Jalan Bukit Panchor
Posted On Jan 17, 2011 at at Monday, January 17, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal



Program Sembang2 Agama kali ini diteruskan dengan Pemuda Jalan Bukit Panchor menjadi tuan rumah dan diadakan di Dewan KAFA Jln Bukit Panchor.
Alhamdulillah sambutan untuk program sebegini memang tidak mengecewakan lebih 70 orang hadir terdri daripada golongan belia, beliawanis,wanita dan orang veteran turut bersama.
Pengisian pada malam tersebut amat mencuit hati dengan fokus perbincangan berkaitan Remaja dan Cabaran.
Program dimeriahkan dengan Cabutan Nama Bertuah yang disumbangkan oleh YB Dato Mahmud Zakaria yg juga merupakan Ketua Cawangan Jalan Bukit Panchor.
Turut hadir Hj Rashidi Zinol, Nor Azman Jamil, Hashim Chik dan Ishak Shafiee (Pengerusi JKKKP Jalan Bukit Panchor).
Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Mahmud yang sungguh meriah!
Posted On Jan 13, 2011 at at Thursday, January 13, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal9 Januari 2011, PPUBNT telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud bin Zakaria bertempat di Gelanggang Serbaguna Rakyat,Sungai Acheh.
Walaupun pertandingan ini dijalankan secara tertutup dimana penyertaan hanya dibuka kepada pasukan yang berada dalam DUN Sungai Acheh sahaja, penyertaan amatlah menggalakkan dan melebihi sasaran pihak penganjur dimana 40 pasukan pelbagai kaum telah berdaftar untuk menyertainya.
Pemenang-Pemenang kejohanan adalah seperti berikut:
Johan : Pasukan Sungai Setar
Naib Johan : Pasukan Tanjung Berembang
Ketiga : Pasukan Jalan baru, Sungai Acheh
Keempat : Pasukan Taman harapan
Terima Kasih kepada YB Dato kerana sudi menaja sebahagian dari perbelanjaan untuk mengadakan pertandingan ini.
InsyaAllah, dari masa ke semasa PPUBNT akan terus menganjurkan program seperti ini dan PPUBNT telah merangka untuk mengadakan pertandingan ini di DUN Sungai bakap dan DUN jawi pada Februari bagi membuktikan bahawa PPUBNT akan senantiasa mendekati anak muda di Bahagian Nibong Tebal.
Majlis Penyerahan Jersi untuk Pertandingan Futsal Piala Dato Mahmud anjuran PPUBNT / Majlis Penerangan Pemuda
Posted On Jan 9, 2011 at at Sunday, January 09, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal7 Januari 2011, Bertempat di Dewan PERDA Sungai Acheh, telah diadakan Majlis Penyerahan Jersi Bolasepak sempena pertandingan futsal Piala YB. Dato Mahmud Bin Haji Zakaria, anjuran Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal. Penyerahan jersi adalah sebanyak 21 set kepada persatuan-persatuan belia serta pasukan futsal dan bolasepak yang berada dalam DUN Sungai Acheh.
Sebanyak 40 pasukan telah menyerahkan borang penyertaan pada malam tersebut untuk permainan akan berlangsung pada 9 Januari 2011. Cabutan undian perlawanan juga diadakan pada malam tersebut.
Dalam ucapan YB. Dato pada majlis tersebut, Beliau amat berpuas hati dengan jumlah penyertaan yang amat menggalakan itu dan akan terus memberikan komitmen serta perhatian terhadap golongan pemuda di dalam Kadun Sungai Acheh.
Pada malam tersebut juga turut diadakan penyerahan borang keahlian Umno oleh 5 orang bekas pemimpin pelajar SMKSA mewakili rakan-rakan 'batch' mereka.
Komen Dato' Non sebagai Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri PP terhadap Si Rasis Ng Wei Aik
Posted On Jan 8, 2011 at at Saturday, January 08, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata peristiwa yang berlaku terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar semasa operasi penyitaan di premisnya mengesahkan apa yang tersirat selama ini.
Menurut beliau, jika benarlah apa yang didakwa oleh pengusaha restoran berkenaan bahawa Adun Komtar, Ng Wei Aik menggunakan kata-kata kesa ketika operasi berkenaan, ianya satu penghinaan yang melampau dan tidak menggambarkan apa yang dicanang oleh Kerajaan negeri pimpinan DAP hari ini.
“Ini bukan sahaja penghinaan kepada kaum India malah menunjukkan bahawa DAP ini adalah parti “racist” tulen. Sebenarnya bangsa India dipandang sinis di dalam parti terbabit. Kenapa saya katakan begitu. Bukankah sebelum ini Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran tewas dalam pemilihan jawatan di negeri berkenaan
Kejohanan Badminton Tertutup Pemuda Sungai Bakap
Posted On Jan 6, 2011 at at Thursday, January 06, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Antara Aksi Permainan
Sdr Amiruddin, Setiausaha PPUBNT menyampaikan hadiah kepada para pemenang
Bergambar Beramai-Ramai
PPUBNT dengan kerjasama Pemuda Cawangan Sungai Bakap dan Ara Damai mengambil insiatif untuk menggerakkan aktiviti anak muda di kawasan Sungai Bakap. Pertandingan Badminton Tertutup ini telah disertai oleh 24 orang pemain yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman kesumba, Permatang Ara, Sungai Bakap.
Tujuan dianjurkan program ini adalah sebagai satu pendekatan untuk memberi daya tarikan kepada para pemain yang rata-rata masih belum menjadi ahli pemuda UMNO dengan menonjolkan bahawa PPUBNT sentiasa turun ke akar umbi untuk bersama-sama anak muda dalam apa jua aktiviti.
Terima Kasih kepada YB Dato' Mahmud yang sudi menyumbangkan peralatan badminton seperti bulu ayam dan jaring untuk bersama-sama menjayakan program ini
Tayangan Skrin besar Final Piala Suzuki dan Santai Bersama Pemuda
Posted On Jan 3, 2011 at at Monday, January 03, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal


Program Menonton Final Piala Suzuki PPUBNT ini dianjurkan dengan kerjasama YB Dato' Mahmud Zakaria, UMNO Cawangan Taman Ilmu dan KRT Taman Ilmu ini telah diadakan di Dataran Ilmu, di Taman Ilmu DUN Sungai Acheh.Konvoi Amal Bersama Anak Muda Kampung Kepala Gajah
Posted On Jan 2, 2011 at at Sunday, January 02, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalTok Non. Antara Cabaran dan Harapan
Posted On Dec 30, 2010 at at Thursday, December 30, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Klik pada imej untuk lebih jelas
Artikel yang dipetik dari Berita Harian untuk kita tahu lebih lanjut biodata Ketua Bahagian AS yang dikasihi, Dato Zainal Abidin serta cabaran dan harapan beliau dalam menggalas tugas sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baru.
Sama-samalah kita doakan agar beliau diberi kekuatan dan keyakinan yang tinggi didalam memikul amanah yang telah diberikan.
Pemuda meneruskan agenda mendekati akar umbi di DUN Sungai Acheh
Posted On Dec 28, 2010 at at Tuesday, December 28, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Dari Kanan, Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan PPUBNT),Sdr Saiful (Penyelaras Pemuda DUN Sungai Acheh, Pn Jamilah, (Pengerusi GB4B Kwsn/Ketua Puteri Bhgn),Pn Norzira (S/U GB4B Kwsn), Sdr Shamsol( S/U Kerja PPUBNT)
Antara anak muda yang hadir
Penyerahan kalendar 2011 PPUBNT oleh S/U PPUBNT kepada Sdr Idziady
Sdr Idziady menyerahkan 25 orang borang ahli baru Pemuda UMNO kepada Setiausaha PPUBNT (Sdr Amiruddin) sebagai tanda sokongan anak muda kawasan tersebut terhadap UMNO
Meneruskan agenda mendekati golongan muda kali ini di Kawasan Sri Taman yang majoritinya dari Taman Sempadan, Taman Pekaka dan Taman Transkrian. (DUN Sungai Acheh).
Program kali ini agak menarik kerana berdasarkan sejarah penubuhan taman tersebut, inilah kali pertama Pemuda Bahagian turun padang mendekati secara terus dan memberi penerangan yang sewajarnya kepada anak muda di kawasan tersebut. Tambahan pula kawasan taman-taman ini majoriti anak mudanya merupakan golongan yang agak berpelajaran. Majority yang hadir mempunyai tahap pendidikan yang baik dimana mereka memiliki sijil, diploma dan ijazah. Dan khabar baik yang didengari bahawa rata-rata mereka sebelum ini majoritynya pro pembangkang sebelum ini.
Lebih 60 orang hadir yang terdiri daripada anak muda untuk menubuhkan Sayap Pemuda UMNO Cawangan Sri Taman dan Gerakan Belia 4B.
Perjumpaan program ini adalah insiatif bersama YB Dato Mahmud, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan Sdr Idziady Idris.
Sesi yang paling menarik ialah sesi dalog, yang mana banyak persoalan berkaitan pendekatan mendekati golongan muda, daftar pemilih dan peranan parti kerajaan membantu golongan muda.
Alhamdulillah semua soalan dan penerangan telah dijawab dengan berhemah oleh Cikgu Rosli Hashim (Pengerusi JKKKP Seri Ampangan yg juga Ketua UMNO Cawangan), Pn Jamilah Awang (Pengerusi GB4B Nibong Tebal/Ketua Puteri UMNO Bhgn) dan wakil daripada pemuda bahagian.
Sebanyak 25 borang keahlian pemuda UMNO telah diterima bagi menambahkan lagi ahli pemuda dan seterusnya dapat menubuhkan sayap pemuda di cawangan tersebut.
Apa yang dapat dirumuskan, perbincangan bersama golongan muda di Sri Taman yg agak membuka minda atau lebih tepat 'luar dari kotak' memberi input yg baik kepada kepimpinan.Terima kasih Sdr Idziady yg berusaha membantu membuka ruang kepada Pemuda untuk bersama mereka
Tahniah Dato' Zainal Abidin, Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal kerana dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Yang Baru
Posted On Dec 27, 2010 at at Monday, December 27, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalMisi Mendekati Akar Umbi di Kawasan Yang Sukar Ditembusi Sebelum Ini Diteruskan(Kg Kepala Gajah, DUN Sungai Bakap)
Posted On Dec 25, 2010 at at Saturday, December 25, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Ucapan dari Ketua Pemuda
Ucapan dari Sdr Shamsol, Timb. Pengerusi GB4B Nibong Tebal
Sessi Soal Jawab
Antara Yang Hadir
Penyerahan Kalendar 2011 PPUBNT
Penyerahan 21 borang pendaftaran baru keahlian Pemuda UMNO
Sessi Bergambar Kenangan














