Misi Mendekati Akar Umbi di Kawasan Yang Sukar Ditembusi Sebelum Ini Diteruskan(Kg Kepala Gajah, DUN Sungai Bakap)

Majlis BBQ sebelum Program

Ucapan dari Ketua Pemuda

Ucapan dari Sdr Shamsol, Timb. Pengerusi GB4B Nibong Tebal
Sessi Soal Jawab

Antara Yang Hadir

Penyerahan Kalendar 2011 PPUBNT

Penyerahan 21 borang pendaftaran baru keahlian Pemuda UMNO

Sessi Bergambar Kenangan

Misi mendekati golongan muda di akar umbi diteruskan dengan Pemuda & Puteri Kawasan Kg Kepala Gajah di DUN Sungai Bakap telah dihimpunkan.
Lebih 60 orang hadir yang terdiri daripada golongan muda,belia dan beliawanis untuk menubuhkan Belia 4B & Pemuda UMNO cawangan Kg Kepala Gajah.Mereka seakan teruja dengan penubuhan Belia 4B dan juga penerangan yang telah disampaikan.
Alhamdulillah sebanyak 53 borang keahlian Belia 4B telah diserahkan dan 21 borang keahlian baru pemuda untuk penubuhan Pemuda UMNO Kg Kepala Gajah.

Turut hadir bersama Hj Rashidi Zinol, Sdr Shamsol Arifin (Tim. Pengerusi GB 4B Nibong Tebal), Tn Hj Yusof Abd Rahman (Ketua UMNO Kepala Gajah), En Omar (Pengerusi JKKKP),kepimpinan 4B Nibong Tebal, Pemuda UMNO Bahagian, Rela Tasek dan lain-lain.
Hj Rashidi selaku Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal mengingatkan kepada golongan muda supaya bersedia dari semua sudut dalam menghadapi cabaran dan persaingan dari kaum lain yg semakin jauh meninggalkan kita.Kunci utama kejayaan Orang Melayu ialah BERSATU dari sudut Agama,Pendidikan dan Ekonomi.

Terima Kasih kepada Sdr Norhiesam (Ketua Penerangan PPUBNT) yang bekerja keras mengaturkan perjumpaan ini dan Sdr Salahuddin Aziz(Pengerusi Penaja GB4B Kepala Gajah) dan rakan-rakan yang dapat menghimpunkan ramai anak-anak muda walaupun kawasan tersebut agak sukar untuk ditembusi sebelum ini.
Ternyata hasil dari pertemuan ini dapat dinilai bahawa masih ramai anak muda yang perlu didampingi dan diberi penerangan yang sebenarnya. InsyaAllah dari masa ke semasa jika golongan seperti mereka ini terus diberi perhatian, maka anak-anak muda akan terus dekat dengan UMNO dan segala dakyah negatif pihak lawan dapat ditepis dan seterusnya misi untulk menawan kembali DUN Sungai Bakap InsyaAllah akan terlaksana.

Posted in Labels: |

4 comments:

  1. Anonymous Says:

    Tahniah Pemuda Nibong Tebal..
    Berjaya menerjah masuk mendekati org muda di kg kepala gajah

    sepengetahuan aku yg dok kat ctu dah puluhan tahun, x prnah ada program yg melibatkan org muda

    usaha pemuda Nibong Tebal ini memang dipuji..
    sekadar mengingatkan..sentiasalah follow up dengan mereka ini, jangan tinggal dan sentiasa atur program bersama mereka ini

    syabas pemuda Umno Nibong Tebal

  2. Anonymous Says:

    Wow..Kepala Gajah dah berjaya ditembusi oleh pemuda umno..

    hebat ni..usaha yang baik

  3. lol Says:

    slm pemuda
    awat aku tak tau pun hangpa buat program ni?
    aku ni duk bdr tasek mutiara dekat sgt dgn kepala gajah ni..
    lenkali nk buat apa2 bgtau la awai..
    ni dh buat selesai baru nk crita dlm blog? mcmna nk pi?
    kurang2 kalau aku pi bleh ajak membe 2-3 org bg peramai..

    prog hangpa ni baguih sgt tapi hebahan hangpa kpd kroni2 hangpa saja ka?
    abis tu org yg sokong dr jauh mcm aku smpai bila buleh bersua muka dgn rashidi ketua pemuda tu?

  4. Anonymous Says:

    pemuda zaman shidi jauh beza dibandinf dgn zaman shapie kasim dan yb foad..
    harap kerja keras kalian yg nampak sungguh dekati anak muda sebegini dpt membuahkan hasil.
    cuma saya nk pesan satu, pastikan yg umur 21 thn tu didaftarkan spr secepat mungkin. jgn bg tertinggal seorg pun kerna setiap undi begitu bermakna!
    apatah lg iklim politik semasa skrg ni majority kaum cina dh tolak umno/bn..

    -dok peqati dari jauh-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...