Gesa polis siasat Wei Aik, ADUN Komtar hina mahkamah.
Posted On Sep 17, 2012 at at Monday, September 17, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal![]() |
| Klik Untuk Besarkan |
Pegawai Khas kepada Pengerusi BN Pulau Pinang, Davi
Beliau berkata, Wei Aik juga didapati mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran yang difailkan oleh 10 penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng, Pahang.
Menurutnya, tindakan Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang malah dengan secara berani menghina mahkamah secara terbuka.
“Tindakan Wei Aik ini jelas bertentangan dengan Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan keputusan hakim di tempat awam.
"Tindakannya mengutuk institusi kehakiman ini seolah-olah mahu menghasut orang awam supaya menentang badan kehakiman di Malaysia,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN di sini semalam.
Boon Leong berkata, perbuatan Wei Aik itu amat berbahaya dan mampu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman negara selain mewujudkan ketegangan sosial.
Menurutnya, dalam ucapan Wei Aik pada malam itu, beliau juga mengaitkan keputusan mahkamah dengan rasuah namun tidak memberikan sebarang bukti terhadap tuduhannya itu.
“Adakah Wei Aik cuba mengatakan badan kehakiman kita dan hakim yang terlibat dengan kes berkenaan terima rasuah?
“Tindakan Wei Aik ini menjejaskan kebebasan kehakiman dan juga campur tangan dalam isu undang-undang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau dan beberapa pimpinan BN negeri membuat tiga laporan di Balai Polis Jalan Patani pagi semalam berhubung tindakan biadab Adun Komtar itu.
Mereka juga akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara supaya mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP berkenaan.
(Bergambar) 25,000 Membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian N.Tebal / Majlis perkahwinan Anak Ketua Bahagian
Posted On Sep 10, 2012 at at Monday, September 10, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalKerajaan DAP campak Jalur Gemilang perbuatan biaDAP !
Posted On Sep 5, 2012 at at Wednesday, September 05, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalTindakan tersebut diambil oleh MPPP kononnya adalah atas arahan pihak atasan. Bendera Malaysia yang dipasang bersama bendera Barisan Nasional (BN) adalah bersempena Program Semboyan Dibunyikan anjuran BN Bukit Bendera.
Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir, alasan MPPP bahawa ianya diarahkan oleh pihak atasan membuktikan bahawa Kerajaan DAP memang tidak tahu adab dan sedikitpun tidak mempedulikan maruah Negara. “Jalur Gemilang adalah lambang maruah negara.
Sekiranya di negara lain, bendera ini disanjung dan dijaga dengan baik. Tetapi DAP bila mengajar pengikutnya bersikap kurang ajar dan biadap. Ianya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. “
Disebabkan ajaran biadap inilah, maka bukan sahaja MPPP bersikap tidak rasional hanya kerana menurut arahan malah apa yang terjadi di malam merdeka di Kuala Lumpur juga adalah bukti ajaran kurang ajar pembangkang. Penyokong mereka memijak gambar pemimpin dan membawa bendera yang kononnya nak digantikan dengan Jalur Gemilang adalah sesuatu yang benar-benar mencabar maruah negara,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Oleh itu, Musa berharap agar rakyat di negara ini berfikir semula, adakah pemimpin yang menerapkan ajaran biadap dan cuba menanam rasa kebencian di hati rakyat sehingga boleh mengundang keadaan huru hara ini layak untuk terus diangkat dan diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin.
“Rakyat boleh menilai, pembangkang hanya mementingkan politik dan hanya berpolitik 24 jam… Kerana politik mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk membelakangkan maruah negara dan masa hadapan rakyat. Harus diingat, Jalur Gemilang adalah ‘panji’ Negara.
Sekiranya ‘panji’ negara diperkotak katikkan, bermakna maruah kita selaku rakyat negara ini juga dipermain-main dan diinjak sesuka hati mereka.
“Sikap pembangkang semakin hari semakin melampau… Kita lihatlah apa yang terjadi kebelakangan ini, terlalu banyak isu provokasi yang mereka lakukan. Semakin dekat pilihan raya, semakin teruk kelakukan mereka.
Contohnya di Selangor, sikap Kerajaan Negeri yang membelakangkan Sultan dalam sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri… termasuklah apa yang terjadi di Pulau Pinang ini. Semuanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar pembangkang. “Jadi saya amat menyeru kepada seluruh rakyat Negara ini, berfikirlah dengan bijak dan jangan sesekali terpengaruh dengan pembangkang yang semakin hari semakin terserlah kebiadapan mereka..,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
Pemuda UMNO Bidas Sifat @cmlimguaneng Yang Semakin 'Besar Kepala'.
Posted On Sep 2, 2012 at at Sunday, September 02, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalAntara skandal yang masih tidak terjawab sehingga kini adalah Penipuan mengenai jumlah Rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh LGE dan Zairil Khir Johari, Skandal Tapak rumah PPR Taman Manggis, Skandal Penjualan Tapak Masjid dan Tapak Sekolah Bayan Mutiara, Skandal penjualan Tanah Kampung Genting, Skandal Mak Mandin Hijau, Skandal Tanah Kg. Pokok Asam, Skandal Kampung Buah Pala, Skandal Perobohan tempat letak kereta "kancil",Skandal penjualan harta milik MPPP,Skandal pembangunan dilereng bukit dan lain-lain lagi.
Apabila LGE mendiamkan diri dan cuba metar belitkan setiap isu diatas, Rakyat mula tersedar bahawa LGE sebenarnya adalah penyangak Tanah di Pulau Pinang.Sifat mendiamkan diri PKR dan PAS pula membuktikan bahawa mereka hanya pelakon simpanan dalam wayang LGE. Terbaru apabila Skandal Taman Manggis yang mana pemilik rumah LGE dijalan Pinhorn adalah salah seorang pengarah didalam syarikat yang berjaya mendapatkan tender tanah tersebut.
Sikap LGE yang selalu mengungkapkan perkataan "Tender Terbuka" tetapi pada hakikatnya hampir kesemua tender yang dikendalikan oleh CMI tidak memenuhi syarat dan prosedur tender terbuka sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Pemuda UMNO PP mencabar LGE melantik badan bebas seperti Lembaga Jurukur Bahan Malaysia untuk menilai samada LGE mematuhi keperluan Tender Terbuka.
PKR dan DAP P.Pinang Perang Dingin: Butiran Minit Mesyuarat PKR Negeri Yang Bocor!
Posted On Aug 24, 2012 at at Friday, August 24, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalGuan Eng Untung Besar Jual Tanah Perumahan Rakyat?
Posted On Aug 22, 2012 at at Wednesday, August 22, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalLim Guan Eng di penghujung karier beliau sebagai ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim. Kenapa?
Banyak
isu penyelewengan beliau didedahkan kepada umum,sekarang ini telah
membuka mata ramai pihak terutamanya komuniti masyarakat cina di Pulau
Pinang.Sebelum ini Guan Eng dianggap sebagai tuhan ,jika Umno kritik
Guan Eng dan DAP akan dituduh sebagai rasis,perkauman ,nah sekarang ini
masyarakat cina bangkit menentang DAP dan Lim Guan Eng.
Malah
akhbar berbahasa cina juga banyak mendedahkan penyelewengan regim DAP
Pulau Pinang.Ini semua gara gara melepaskan geram kerana puluhan tahun
mengidamkan menjadi pemerintah,sebaik saja memegang jawatan Ketua
Menteri bagaikan melahap beliau makan hingga muntah.
Kali ini
skandal tanah di Taman Manggis bakal menjerat ketua menteri paling
celaka dalam sejarah regim. Tanah yang sepatutnya untuk perumahan rakyat
dijual kerana Guan Eng mempunyai kepentingan dan memperolehi keuntungan
daripada hasil penjualan tanah tersebut.
Kemelut Tanah Kampung Terang – Dalam Terang Kita Semakin Gelap
Posted On Aug 16, 2012 at at Thursday, August 16, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalGuan Eng salahguna kuasa isu tanah Taman Manggis?
Posted On Aug 13, 2012 at at Monday, August 13, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalIni berikutan apabila semakan dibuat dengan kepada Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang mendapati tanah itu masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Ketua Penerangan Pemuda BN, H'ng Khoon Leong berkata, ekoran itu pihaknya telah meminta peguam menulis surat kepada Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang untuk mendapat pengesahan status tapak tanah namun masih belum mendapat jawapan.
"Kami Pemuda BN sekarang hairan sama ada Ketua Menteri memberikan 'hak istimewa' kepada pemaju, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. dengan mengekalkan status pemilik adalah kerajaan DAP negeri bagi membantu pemaju mengelak membayar cukai dan tafsiran tanah.
"Pada masa sama, kerajaan DAP juga menawarkan harga yang banyak kurang daripada harga pasaran pada tahun 2009 iaitu RM11,552,208 dengan mengatakan harga pasaran pada masa itu ialah RM232 setiap kaki per segi sedangkan harga pasaran sebenarnya adalah sekurang-kurangnya RM450 setiap kaki per segi sejak 2006," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, Jalan Datuk Kramat sini hari ini.
Isu tanah di Taman Manggis yang sepatutnya dibangunkan projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua itu telah dibangkitkan oleh Pemuda BN pada Jun lalu kerana tidak berpuas hati apabila tanah milik rakyat itu telah dijual oleh kerajaan DAP negeri kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.
Dalam pada itu, Khoon Leong mempersoalkan kelulusan membina Hospital Pakar Victoria di bawah Victoria International Medical Centre Sdn Bhd sekiranya tanah masih dimiliki Kerajaan Negeri. Beliau seterusnya menunjukkan carta yang mendakwa Victoria International Medical Centre Sdn Bhd dan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd adalah seorang individu berpangkat Datuk yang pernah dianugerahkan Pingat Jasa Pendamai (JP) berasal dari Sabah.
"Sehubungan itu, kami mempertikaikan hubungan Guan Eng dengan Datuk berkenaan dan mengesyaki Ketua Menteri terlibat kepentingan peribadi dalam penjualan tapak tanah ini," dakwanya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda BN Oh Tong Keong mendesak Guan Eng menjelaskan hubungan Kerajaan Negeri dengan pemaju tersebut. Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri dengan segera mendeklasifikasi semua kertas dokumen mengenai penjualan tanah Taman Manggis termasuk dua dokumen penjualan tender secara terbuka pada 10 Ogos 2009 dan 16 Februari 2010.
"Banyak soalan dah kami kemukakan dan meminta Guan Eng menjelaskan tetapi sehingga hari ini beliau masih berdiam diri. "Sekiranya kerajaan DAP negeri masih berbisu dan enggan mendeklasifikasi semua dokumen kepada orang awam, maka, ia bermaksud mereka menyalahgunakan kuasa untuk menjalankan penjualan tanah secara haram," katanya.
Kisah sebenar pengambilan tanah Kg Genting Balik Pulau ..
Posted On Aug 7, 2012 at at Tuesday, August 07, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalMAIPP Diminta Bertindak!
Posted On at at Tuesday, August 07, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Kerajaan DAP didesak atasi masalah kesesakan negeri
Posted On Aug 6, 2012 at at Monday, August 06, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalSemua jalan di mana terdapat sekolah terutama sewaktu tamat sesi persekolahan;
- Jalan Burma, di hadapan Kedai Biskut Him Heang yang terkenal, di mana penduduk tempatan dan pelancong meletak kenderaan mereka secara tidak teratur untuk ke kedai tersebut;
- Jalan Burma, di hadapan kedai makan terletak jauh sedikit dari kedai Him Heang di mana orang ramai berhenti untuk membeli makanan;
- Di Fettes Park, di bahagian hadapan kedai makan;
- Di Jalan Penang dan Lorong Keng Kwee berdekatan kedai cendol Jalan Penang;
-Jalan utama di mana terdapat pentas opera, sesetengah jalan tidak dapat dilalui sepenuhnya terutama sekali ketika Perayaan Hantu Lapar;
-Jalan utama di seluruh negeri Pulau Pinang di mana terdapat gerai makan sementara yang didirikan semasa Perayaan Nine Emperor;
-Jalan di kawasan Little India sebelum perayaan Deepavali di mana khemah didirikan menjadikan jalan sempit dan hampir tidak dapat dilalui;
-Jalan Masjid Kapitan Keling pada waktu malam di mana ramai orang mengunjungi gerai nasi kandar, meletak kereta dan motosikal secara tidak teratur ketika solat Jumaat dan Tarawih, dan mereka yang berhenti di hadapan kedai tukaran wang;
- Meletak kenderaan secara tidak teratur di hadapan Mahkamah di Lebuh Light di mana kereta boleh dilihat diletakkan di atas garisan kuning, kaki lima jalan dan juga di hadapan sekolah.
Melainkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah yang ada, pulau ini akan menjadi tempat yang tidak lagi sesuai untuk didiami.
Tok Non Minta Guan Eng Berhenti Dari Terus menipu Rakyat.
Posted On Aug 4, 2012 at at Saturday, August 04, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalMenurut Zainal, fakta angka yang sering Guan Eng umumkan berkenaan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana selama ini adalah tidak benar atau dalam kata lain adalah penipuan semata. Ianya tidak benar kerana sehingga kini tiada bukti Kerajaan Negeri telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat.
“Telah empat tahun DAP mengambil alih pucuk pimpinan negeri ini namun sehingga kini mereka gagal membuktikan bahawa mereka telah membina rumah kos rendah dan sederhana untuk rakyat. Setiap kali isu ini dibangkitkan mereka hanya berdolak dalih dan terus menipu untuk mengelirukan rakyat. “Rakyat masih lagi menagih jawapan tentang isu ini.
Angka-angka yang didedahkan sebelum ini adalah yang dibina oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu BN dan kebetulan siap semasa DAP telah mengambil alih Pulau Pinang. Sehingga kini kita masih menunggu lokasi, senarai pembeli dan bila ianya mula dibina untuk rumah kos rendah ini,” ujar Zainal Abidin dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.
Tambah Zainal, rata-rata rungutan setiap hari daripada rakyat yang mahu membeli rumah kos rendah dan sederhana ini adalah di mana lokasi rumah ini bakal dibina. Sehingga kini tiada hitam putih ataupun ‘benda’ yang dapat mereka lihat secara mata kasar untuk membuktikan bahawa memang wujud pembinaan rumah kos rendah dan sederhana ini.
“Jadi kita harap kerajaan DAP tidak akan terus berdolak dalih dan meletakkan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana ini sebagai satu keutamaan untuk rakyat secara keseluruhan di negeri ini. Kita lihat kerajaan DAP selain daripada rumah kos rendah ini mereka juga berdolak dalih tentang beberapa isu tentang alam sekitar, tentang pembinaan di lereng bukit dan semua ini dibuat dalam keadaan mereka mempunyai kekuatan untuk tidak menyatakan fakta sebenar.
“Rakyat boleh dikaburi dengan satu dua isu tetapi lama kelamaan mereka akan merasa kerajaan ini tidak boleh dipercayai tentang data angka yang diberi dan lama kelamaan kerajaan DAP akan membayar harga yang tinggi kerana tidak memberitahu perkara yang sebenar,” ujarnya lagi. – MediaUMNO
Bekas staf pejabat Guan Eng tinggal di rumah RM 1.8 juta!
Posted On at at Saturday, August 04, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal![]() |
| Pic Hiasan |
Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya sebagai staf pejabat Ketua Menteri.
"Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan meminta izin beliau untuk mendedahkannya.
"Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita di pejabat KITA Sungai Petani di sini
"Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri.
"Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA
P.Pinang: Slogan CAT Akan Bertukar Menjadi DOG!
Posted On Aug 3, 2012 at at Friday, August 03, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Kerajaan DAP Pulau Pinang disaran menukar slogan daripada Cekap, Akauntabiliti, Telus (CAT) kepada Kerajaan Beroperasi Dogmatik (DOG) kerana dasarnya yang seolah-olah tidak mengendahkan keperluan rakyat. Penyelaras Parlimen Bayan Baru, Por Joo Tee berkata, pentadbiran kerajaan negeri dilihat melaksanakan sesuatu mengikut kehendak sendiri tanpa memikirkan nasib rakyat. Sebagai contoh jelasnya, dalam isu rumah mampu milik, kerajaan negeri masih gagal menyenaraikan projek yang telah disiapkan selepas mentadbir pada 2008.
"Kita (rakyat) nak tahu projek mana yang berjaya dilaksanakan kerajaan negeri. "
Jika tidak mampu memenuhi permintaan ini, tukar sahaja slogan daripada CAT kepada DOG kerana mereka memerintah mengikut suka mereka bukan memikirkan keperluan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. .
Video Mesti Ditonton Oleh Rakyat P.Pinang. Sila Like Dan Sebarkan!!
Posted On Aug 2, 2012 at at Thursday, August 02, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Ikuti luahan demi luahan rakyat P.Pinang yang rata-rata kecewa dengan cara pemerintahan Guan Eng yang dikatakan tidak memberi manfaat pun untuk rakyat.
PRU13 kita pakat tukar ini Ah Beng kasi balik Melaka








.jpg)



.jpg)