Peniaga Wanita Ini Sanggup Selak Baju di Khalayak Ramai Kerana Tertekan Dengan Guan Eng!!


Kezaliman rejim Guan Eng telah menyebabkan peniaga wanita diatas sudah hilang kewarasan dan 
pertimbangan. Rakyat nak cari makan pun susah di P.Pinang ni sejak Guan Eng memerintah.
Dulu masa BN memerintah, tidak pula berlaku keadaan sehingga macam ini.

Ringkasan yang aku boleh ceritakan dari video diatas ialah mereka ni merupakan penjaja yang
dah tak tahan sangat dan sudah hilang sabar dengan tindakan penguatkuasa
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di bawah telunjuk Guan Eng yang tak habis-habis
'mengganggu' mereka ini berniaga.

Sudahlah tidak dibenarkan berniaga di situ, apabila nak pohon kebenaran permit berniaga tidak dibenarkan pula. Pintu rundingan ditutup terus dengan pihak Majlis.
Mereka yang berniaga di Padang Kota lama ini bukannya buat sampah pun, hanya berniaga cenderahati, permainan serta urut refleksologi, Secara tak langsung, mereka ini memeriahkan susana di kawasan tarikan pelancong tersebut.


Yang tak patutnya, MPPP sanggup gunakan wang rakyat untuk bayar elaun kerja lebih masa kepada
penguatkuasa tersebut untuk bertugas memantau kawasan tersebut setiap pagi petang siang malam demi untuk memastikan sesiapapun tidak dapat menjalankan operasi perniagaan mereka.

Zalim.. Guan Eng memang zalim

Posted in | 9 comments

Majlis Perasmian Gelanggang Futsal & Kejohanan Futsal 1 Malaysia Parlimen Nibong Tebal (Gambar2)

Kejohanan diadakan di 2 venue iaitu: Kategori lelaki terbuka Disertai 40 pasukan Di Gelanggang Sg Kechil
Kategori Wanita : 8 Pasukan - Di Gelanggang Sungai Acheh
Kategori Remaja 13-15 Tahun : 10 Pasukan
kategori Bawah  12 Tahun        : 12Pasukan

Pemenang Kategori lelaki : Juara-SNTT FC, Naib- NTFC Ketiga-Ara Damai FC Keempat : Perdatech
Pemenang Kategori wanita : Juara-River Gate Naib-Small River Ketiga-Vonite Keempat: Tmn Sg Acheh A

Majlis Pengundian Perlawanan
 
Dato Zainal sedang menyampaikan ucapan perasmian


Majlis Penyerahan Gelanggang dari Pengarah Jab Belia & Sukan Kpd Pengerusi JKKKP Sg Kechil
dato Zainal menandatangai plak perasmian gelanggang di Sg kechil
Simbolik Perasmian
Urusetia yang bekerja keras di Gelanggang Sg Acheh
Aksi bawah 12
Aksi Pemain Wanita
Aksi Perlawanan Akhir

Posted in | 0 comments

Ribuan Anak Muda Sokong BN Menggegarkan Sunway Convention Centre. (Gambarr-Gambar)


Siapa cakap orang muda di P.Pinang tak sokong BN ?? Hari ini lebih 4 ribu anak muda berkumpul  bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN di PRU akan datang .


Program yang diberi nama 'BN Pilihan Orang Muda' ini diadakan dengan mengumpul generasi - generasi muda dari kalangan anak - anak di seluruh P.Pinang  turut disertai oleh pelbagai kaum yang mewakili suara komponen BN.
Add caption
Ia dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi  di dewan Sunway Convention Centre Seberang Jaya . 

Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Pengerusi  Pemuda BN , Datuk Rosnah Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato Zainal Abidin Osman , Timbalan Pengerusi   BN P.Pinang , Ketua Pemuda BN P.Pinang Sdr Oh Tong Keong , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Dr Shaik Hussein Mydin   ,  ADUN - ADUN dan Ketua - Ketua Pemuda Bahagian.


Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal menghantar penyertaan yang agak ramai iaitu seramai 230 orang manakala puteri bahagian Nibong Tebal pula seramai 80 orang. Kesemua yang hadir pergi tanpa dipaksa dan semuanya seikhlas hati demi untuk memastikan kesinambungan perjuangan BN membela rakyat terus dapat dilaksana.





DS Zahid Hamidi yakin dengan dengan kembali sokongan orang muda kepada
BN , tak mustahil P.Pinang boleh ditawan kembali ...







YB Sdr  Khairy berkata petunjuk kebangkitan semula anak muda ini menyokong BN ialah  menerusi kemenangan besar di  Piliharaya Kampus di mana Pro Aspirasi y menguasai  18  daripada 20 IPT . Di samping itu , perbentangan Bajet 2013 oleh PM kali ini  ternyata banyak memberi keistimewaan  untuk  orang muda yang kesannya melalui kehadiran ramai hari ini .




Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Sdr Ir Dr Shaik Hussein Mydin cabar 
tunjuk apa diberikan  Guan Eng kepada orang muda  selama 
memerintah P.Pinang 












Gambar

Posted in | 6 comments

Tok Non: Mansor Tak Perlu Takut Untuk Mengaku Itu Suaranya


Jangan terus berdolak dalik atau berbohong kepada rakyat kerana mereka sudah mengenali suaranya yang disiarkan dalam televisyen beberapa hari lalu.Oleh itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mansor Othman perlu mengakui kebenaran rakaman suara yang dirakam dalam satu mesyuarat PKR Pulau Pinang beberapa bulan lalu adalah suaranya dan beberapa pemimpin parti itu ketika menghadiri mesyuarat berkenaan.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, rakaman yang disiarkan itu adalah jelas suara Mansor dan tidak perlu terus berdolak dalik atau  masih mahu menafikannya.Beliau berkata, rakyat hanya mahu kebenaran dan pemimpin PKR itu tidak perlu mengelak daripada menyatakan perkara sebenar sebagai seoang pemimpin yang telus dan berwibawa.

"Kenapa masih mahu mengelak menyatakan kebenaran. Rakyat Pulau Pinang cerdik dan tahu menilai kewibawaan pemimpin nombor dua di negeri ini."Tidak perlu takut untuk mengakui kesilapan yang dilakukan demi menegakkan kebenaran," katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran program Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Pulau Pinang di Dewan Masyarakat Sungai Acheh di sini.

Menurutnya, Mansor sebagai pemimpin Kerajaan Negeri tidak perlu takut kepada sesiapa termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng jika mesyuarat itu adalah sejajar dengan perjuangan PKR di Pulau Pinang.

"Kenapa perlu takut kepada Guan Eng jika adalah agenda dan pegangan PKR di Pulau Pinang."Orang Pulau Pinang tidak suka dengan pemimpin yang bercakap bohong.
Apa yang mereka mahu ialah setiap pemimpin yang dipilih perlu menyatakan kebenaran dan mempertahankan kenyataan yang dikeluarkannya. Jangan sesekali cuba berdolak dalik," katanya.

Zainal Abidin yang juga Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal berkata kini terserah kepada Mansor untuk menyatakan pendirianya sama ada mengakui kebenaran rakanan suara itu atau terus berbohong kepada rakyat.“Rakyat akan membuat penilaian dan penentuan mengenai pemimpin terbabit dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Semalam, Mansor dipetik sebagai PKR akan mengambil tindakan terhadap dalang yang membocorkan rakaman suara dan minit Mesyuarat Perancangan Strategik PKR Pulau Pinang beberapa bulan lalu.     Bagaimanapun, beliau tidak mengakui atau menafikan suara yang disiarkan itu adalah suaranya.

Posted in | 1 comments

Parti-Parti Komponen Di P.Pinang Harus Bersatu Menghadapi PRU13

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Saudara Teng Chang Yeow memaklumkan
parti-parti komponen dalam Barisan Nasional hendaklah bersatu bagi menhadapi pilihanraya yang ke 13 nanti.

Beliau juga meminta supaya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional memahami bahawa kuasa mutlak menentukan kekuasaan teletak dalam tangan rakyat. Justeru itu, Parti-parti Barisan Nasional harus memahami dan berkerja menjurus kepada memenangi hati rakyat dalam pemilihanraya ini.

Beliau memaklumkan, perjumapaan telah diadakan dengan Pegerusi MCA P. Pinang YB Dato’ Sri Ng Yen Yen, dan beliau bersetuju dengan ketetapan bahawa sekiranya ahli-ahli bawahan UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan PPP membuang masalah peselisihan sesama sendiri maka Barisan Nasional Pulau Pinang mempunyai peluang memenangi pilihanraya ke 13 di Pulau Pinang. Ini adalah kerana bilangan ahli MCA dan Gerakan sahaja merangkumi 25% hingga 35% dari bilangan pengundi negeri Pulau Pinang.

“Dalam masa 4 tahun ini,pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai memburuk-burukan Barisan Nasional dengan tuduhan yang tidak berasas serta bertanggungkawab. Berlainan dengan Barisan Nasional yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bulu, contohnya dengan Bantuan BR1M, tetapi Pakatan Rakyat memberi bantuan RM100 dengan memilih pengundi-pengundi sahaja untuk memancing undi.”

“Dari sudut pembandingan ini, kita dapat lihat bahawa BN lebih telus dari aspek pemberian bantuan kepada rakyat.”

Ucapan ini dibuat oleh Pengerusi BN P. Pinang Teng Chang Yeow pada 16 September 2012 bertempat di Majlis Pelancaran Semboyan Dibunyikan BN Bahagian Nibong Tebal, Persidangan Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian Nibong Tebal bersempena Sambutan Hari Malaysia ke 46.

Kehadiran ahli-ahli komponen BN adalah seramai 1,500 orang.

Teng Chang Yeow berkata, dalam masa 4 tahun ini, kita telah belajar dan menerima hukuman yang diberi oleh rakyat Pulau Pinang dengan hati terbuka. Ini terbukti bahawa mana-mana parti yang memerintah hendaklah mendahulukan kepentingan rakyat.”Rakyat Didahulukan” , Negeri Pulau Pinang bukanlah hak mutlak mana-mana parti tetapi ianya kepunyaan rakyat.

Beliau juga kata, dengan siapnya jambatan Pulau Pinang yang kedua yang mehubungi Pulau dengan Seberang Perai Selatan , ianya akan membantu penumbuhan senario ekonomi ke kawasan berkenaan.

Pengerusi Barisan Nasional Barisan Nasional Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin bin Osman berkata UMNO sekarang sedang mentranformasikan parti ini, bagi memajukan pendekatannya dengan rakyat. UMNO juga telah meruntuhkan tembok pemisahan ideologinya dengan pendekatan yang baru, seperti menjemput Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang dan ahli-ahli BN ke majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Nibong Tebal.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang memaklumkan bagi mendapat sebuat kerajaan yang aman, ahli-ahli UMNO harus membuka minda dan transformasikan cara pemikiran yang lama supaya menerima kaum-kaum lain duduk bersama-sama mentadbir negeri ini.

“Untuk memenangi pilihanraya kita tidak boleh harap dengan undi satu kaum sahaja. Seperti di Parlimen Nibong Tebal terdapat kawasan lokaliti yang mempunyai 80% hingga 90% pengundi melayu menyokong. Tetapi terdapat juga di kawasan berkenaan yang dimana terdapat juga pengundi cina dan india, jikalau BN tidak boleh memperolehi 20% keatas undi daripada mereka, maka BN tidak boleh memenanginya.”

“Kebanyakan pengundi-pengundi di Parlimen Nibong Tebal adalah terdiri daripada peniaga-peniaga. Kemajuan ekonomi dan pembangunan di kawasan tersebut adalah penting bagi mereka supaya perkembangan ekonomi perniagaan mereka akan meningkat dengan pesat.”

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri P. Pinang Dato Zainal Abidin memaklumkan apa saja pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi BN P. Pinang Teng Chang Yeow, akan disokong penuh oleh UMNO setelah perkara itu dibincang dan ambil keputusan dalam mesyuarat Barisan Nasional.

Satu-satunya contoh adalah Pelabuhan Bebas yang dicadangkan oleh Barisan Nasional Negeri,dan bukan seperti yang ditohmahkan oleh Pakatan Rakyat iaitu datangnya daripada parti Gerakan Pulau Pinang.
Modul polisi pelabuhan bebas yang baru adalah berlainan dari konsep polisi pelabuhan yang lama. Konsep ini yang direkabentuk oleh Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang akan diangkat ke peringkat kerajaan pusat untuk mendapat persetujuan dan kelulusan.

Dato Zainal berkata pilihanraya kali ini tidaklah sama seperti pilihanraya yang sudah-sudah. Ini kerana kita terpaksa hadapi tentangan yang hebat dari parti lawan. Walaubagaimana pun, Barisan Nasional Pulau Pinang sudah bersiap sedia untuk menhadapi pilihanraya umum yang ke 13 pada bila-bila masa yang akan berakhir pada bulan Apirl 2013.

"Parlimen Nibong Tebal mempunyai 25 pusat peti mengundi oleh yang demikian beliau mengarahkan ahli-ahli barisan nasioanal supaya mengunakan pusat-pusat ini sebagai bilik gerakan setempat untuk mengatur dan merangka strategi bagi menhadapi propaganda musuh-musuh dari parti lawan."

Posted in | 0 comments

(Gambar2) Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2012 Hangat Membara!

Alhamdulillah..

Selesain sudah Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2012 yang telah berjaya diadakan di Dewan Khairat kematian Sungai Kechil.

Lebih 300 perwakilan dan pemerhati telah hadir ke persidangan ini.
Terima kasih kepada YBhg Dato Musa Sheh Fadzir,kerana sudi merasmikan persidangan ini.
Pemuda bahagian Nibong Tebal telah bersedia ke arah PRU13 yang akan datang.
Hanya menunggu semboyan dibunyikan sahaja.

Tahniah kepada Sdr Jaafar Din dan Sdr Adi Fauzi yang dipilih menjadi perwakilan ke Mesyuarat Pemuda UMNO Pusat di KL tanpa perlu bertanding.
Ini adalah diatas semangat setiakawan dan tolak ansur sesama ahli pemuda di Nibong Tebal.
Teruskan! Misi merampas kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal harus dilipatgandakan lagi.






Posted in | 0 comments

Gesa polis siasat Wei Aik, ADUN Komtar hina mahkamah.


Klik Untuk Besarkan
Barisan Nasional (BN) menggesa polis menyiasat Adun Komtar, Ng Wei Aik yang didakwa menghina mahkamah apabila mengulas dan mempertikaikan keputusan badan kehakiman itu pada satu majlis makan malam phor thor (hantu lapar) anjuran Persatuan Penjaja Datuk Keramat, 6 September lalu.

Pegawai Khas kepada Pengerusi BN Pulau Pinang, Davi

d Yim Boon Leong berkata, Wei Aik ketika menyampaikan ucapan dalam majlis itu mengutuk keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan penduduk Kampung Bukit Koman di Raub, Pahang bagi mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar meluluskan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (PEIA) kepada sebuah syarikat melombong emas.

Beliau berkata, Wei Aik juga didapati mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran yang difailkan oleh 10 penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng, Pahang.

Menurutnya, tindakan Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang malah dengan secara berani menghina mahkamah secara terbuka.

“Tindakan Wei Aik ini jelas bertentangan dengan Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan keputusan hakim di tempat awam.

"Tindakannya mengutuk institusi kehakiman ini seolah-olah mahu menghasut orang awam supaya menentang badan kehakiman di Malaysia,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN di sini semalam.

Boon Leong berkata, perbuatan Wei Aik itu amat berbahaya dan mampu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman negara selain mewujudkan ketegangan sosial.

Menurutnya, dalam ucapan Wei Aik pada malam itu, beliau juga mengaitkan keputusan mahkamah dengan rasuah namun tidak memberikan sebarang bukti terhadap tuduhannya itu.

“Adakah Wei Aik cuba mengatakan badan kehakiman kita dan hakim yang terlibat dengan kes berkenaan terima rasuah?

“Tindakan Wei Aik ini menjejaskan kebebasan kehakiman dan juga campur tangan dalam isu undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau dan beberapa pimpinan BN negeri membuat tiga laporan di Balai Polis Jalan Patani pagi semalam berhubung tindakan biadab Adun Komtar itu.

Mereka juga akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara supaya mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP berkenaan.

Posted in | 0 comments

(Bergambar) 25,000 Membanjiri Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian N.Tebal / Majlis perkahwinan Anak Ketua Bahagian

Majlis rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Nibong Tebal telah berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan penuh sesak dengan hadirin yang diadakan di perkarangan kediaman Ketua Bahagian di Bukit Jawi Golf Villa.

Majlis tersebut turut sama meraikan perkahwinan anak sulung Ketua Bahagian UMNO Nibong Tebal iaitu Nadhir Ashafiq bin Dato' Zainol Abidin dengan pasangannya, Shazwani binti Dato' Mohd Sharif.
Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas serta mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Cuaca yang baik juga mendorong untuk rakyat hadir beramai- ramai sehinggakan dianggar kehadiran dianggarkan hampir 25,000 orang penduduk di sekitar Parlimen Nibong Tbeal terutamanya..

Posted in | 0 comments

Kerajaan DAP campak Jalur Gemilang perbuatan biaDAP !

Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang bukan sekadar menurunkan Jalur Gemilang malah mencampakkannya ke atas tanah adalah satu tindakan biadap dan tidak menghormati bendera Malaysia yang melambangkan maruah negara.

 Tindakan tersebut diambil oleh MPPP kononnya adalah atas arahan pihak atasan. Bendera Malaysia yang dipasang bersama bendera Barisan Nasional (BN) adalah bersempena Program Semboyan Dibunyikan anjuran BN Bukit Bendera.

 Menurut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir, alasan MPPP bahawa ianya diarahkan oleh pihak atasan membuktikan bahawa Kerajaan DAP memang tidak tahu adab dan sedikitpun tidak mempedulikan maruah Negara. “Jalur Gemilang adalah lambang maruah negara.

Sekiranya di negara lain, bendera ini disanjung dan dijaga dengan baik. Tetapi DAP bila mengajar pengikutnya bersikap kurang ajar dan biadap. Ianya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat negara ini. “

Disebabkan ajaran biadap inilah, maka bukan sahaja MPPP bersikap tidak rasional hanya kerana menurut arahan malah apa yang terjadi di malam merdeka di Kuala Lumpur juga adalah bukti ajaran kurang ajar pembangkang. Penyokong mereka memijak gambar pemimpin dan membawa bendera yang kononnya nak digantikan dengan Jalur Gemilang adalah sesuatu yang benar-benar mencabar maruah negara,” ujarnya kepada UMNO-Online.

 Oleh itu, Musa berharap agar rakyat di negara ini berfikir semula, adakah pemimpin yang menerapkan ajaran biadap dan cuba menanam rasa kebencian di hati rakyat sehingga boleh mengundang keadaan huru hara ini layak untuk terus diangkat dan diberi kepercayaan untuk menjadi pemimpin.

 “Rakyat boleh menilai, pembangkang hanya mementingkan politik dan hanya berpolitik 24 jam… Kerana politik mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk membelakangkan maruah negara dan masa hadapan rakyat. Harus diingat, Jalur Gemilang adalah ‘panji’ Negara.

Sekiranya ‘panji’ negara diperkotak katikkan, bermakna maruah kita selaku rakyat negara ini juga dipermain-main dan diinjak sesuka hati mereka.

 “Sikap pembangkang semakin hari semakin melampau… Kita lihatlah apa yang terjadi kebelakangan ini, terlalu banyak isu provokasi yang mereka lakukan. Semakin dekat pilihan raya, semakin teruk kelakukan mereka.

Contohnya di Selangor, sikap Kerajaan Negeri yang membelakangkan Sultan dalam sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri… termasuklah apa yang terjadi di Pulau Pinang ini. Semuanya menunjukkan sikap biadap dan kurang ajar pembangkang. “Jadi saya amat menyeru kepada seluruh rakyat Negara ini, berfikirlah dengan bijak dan jangan sesekali terpengaruh dengan pembangkang yang semakin hari semakin terserlah kebiadapan mereka..,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

Posted in | 1 comments

Pemuda UMNO Bidas Sifat @cmlimguaneng Yang Semakin 'Besar Kepala'.

Pemuda UMNO Pulau Pinang membidas sifat LGE yang semakin "besar kepala" kerana enggan menjawab persoalan2 yang ditimbulkan kepada LGE mengenai skandal skandal yang berlaku di Pulau Pinang. Jelas sekali LGE cuba menutup skandal nya dengan memutarbelitkan fakta dan menuduh pula pihak yang meminta penjelasan. 

Antara skandal yang masih tidak terjawab sehingga kini adalah Penipuan mengenai jumlah Rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh LGE dan Zairil Khir Johari, Skandal Tapak rumah PPR Taman Manggis, Skandal Penjualan Tapak Masjid dan Tapak Sekolah Bayan Mutiara, Skandal penjualan Tanah Kampung Genting, Skandal Mak Mandin Hijau, Skandal Tanah Kg. Pokok Asam, Skandal Kampung Buah Pala, Skandal Perobohan tempat letak kereta "kancil",Skandal penjualan harta milik MPPP,Skandal pembangunan dilereng bukit dan lain-lain lagi.

Apabila LGE mendiamkan diri dan cuba metar belitkan setiap isu diatas, Rakyat mula tersedar bahawa LGE sebenarnya adalah penyangak Tanah di Pulau Pinang.Sifat mendiamkan diri PKR dan PAS pula membuktikan bahawa mereka hanya pelakon simpanan dalam wayang LGE. Terbaru apabila Skandal Taman Manggis yang mana pemilik rumah LGE dijalan Pinhorn adalah salah seorang pengarah didalam syarikat yang berjaya mendapatkan tender tanah tersebut. 
 
Pendedahan yang dibuat oleh pemuda BN negeri jelas menunjukkan bahawa LGE sememangnya seorang yang angkuh kerana enggan menjawab isu berkenaan.LGE nampaknya lebih mementingkan keuntungan Pemaju Swasta berbanding rakyat miskin Pulau Pinang apabila ingin menjual Tanah Taman Manggis dengan harga yang lebih mahal untuk Perumahan Rakyat kepada BN Negeri.

Sikap LGE yang selalu mengungkapkan perkataan "Tender Terbuka" tetapi pada hakikatnya hampir kesemua tender yang dikendalikan oleh CMI tidak memenuhi syarat dan prosedur tender terbuka sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini. Pemuda UMNO PP mencabar LGE melantik badan bebas seperti Lembaga Jurukur Bahan Malaysia untuk menilai samada LGE mematuhi keperluan Tender Terbuka. 
Jika LGE mendiamkan diri dalam isu ini maka terbuktilah bahawa dia telah mengkhianati rakyat Pulau Pinang dengan Penyalahgunaan Kuasa yang melibatkan unsur Pecah Amanah, Rasuah dan Penipuan.
 

Posted in | 5 comments

PKR dan DAP P.Pinang Perang Dingin: Butiran Minit Mesyuarat PKR Negeri Yang Bocor!

Ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman kecewa apabila mendapati minit mesyuarat strategik parti itu berhubung persiapan untuk pilihan raya umum ke-13 dibocorkan di Internet.

Posted in | 0 comments

Guan Eng Untung Besar Jual Tanah Perumahan Rakyat?

Lim Guan Eng di penghujung karier beliau sebagai ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim. Kenapa?

Banyak isu penyelewengan beliau didedahkan kepada umum,sekarang ini telah membuka mata ramai pihak terutamanya komuniti masyarakat cina di Pulau Pinang.Sebelum ini Guan Eng dianggap sebagai tuhan ,jika Umno kritik Guan Eng dan DAP akan dituduh sebagai rasis,perkauman ,nah sekarang ini masyarakat cina bangkit menentang DAP dan Lim Guan Eng.

Malah akhbar berbahasa cina juga banyak mendedahkan penyelewengan regim DAP Pulau Pinang.Ini semua gara gara melepaskan geram kerana puluhan tahun mengidamkan menjadi pemerintah,sebaik saja memegang jawatan Ketua Menteri bagaikan melahap beliau makan hingga muntah.

Kali ini skandal tanah di Taman Manggis bakal menjerat ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim. Tanah yang sepatutnya untuk perumahan rakyat dijual kerana Guan Eng mempunyai kepentingan dan memperolehi keuntungan daripada hasil penjualan tanah tersebut.



Posted in | 0 comments

Kemelut Tanah Kampung Terang – Dalam Terang Kita Semakin Gelap

Ramai orang telah bercakap dan menyentuh tentang isu Penjualan Tanah di Kampung Terang yang melibatkan sekeping tanah dan dua pemimpin UMNO iaitu Dato Omar Fauzar dan Dato Musa. Difahamkan mereka adalah pemilik Miliion Crest Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang telah membeli tanah tersebut.

Posted in | 0 comments

Guan Eng salahguna kuasa isu tanah Taman Manggis?

GEORGETOWN: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mengesyaki penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin oleh Kerajaan Negeri untuk di bangunkan hospital swasta melibatkan kepentingan peribadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

 Ini berikutan apabila semakan dibuat dengan kepada Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang mendapati tanah itu masih dimiliki oleh Kerajaan Negeri. Ketua Penerangan Pemuda BN, H'ng Khoon Leong berkata, ekoran itu pihaknya telah meminta peguam menulis surat kepada Pejabat Tanah Dan Galian Pulau Pinang untuk mendapat pengesahan status tapak tanah namun masih belum mendapat jawapan.

 "Kami Pemuda BN sekarang hairan sama ada Ketua Menteri memberikan 'hak istimewa' kepada pemaju, Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. dengan mengekalkan status pemilik adalah kerajaan DAP negeri bagi membantu pemaju mengelak membayar cukai dan tafsiran tanah.

 "Pada masa sama, kerajaan DAP juga menawarkan harga yang banyak kurang daripada harga pasaran pada tahun 2009 iaitu RM11,552,208 dengan mengatakan harga pasaran pada masa itu ialah RM232 setiap kaki per segi sedangkan harga pasaran sebenarnya adalah sekurang-kurangnya RM450 setiap kaki per segi sejak 2006," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN, Jalan Datuk Kramat sini hari ini.

 Isu tanah di Taman Manggis yang sepatutnya dibangunkan projek perumahan rakyat (PPR) fasa kedua itu telah dibangkitkan oleh Pemuda BN pada Jun lalu kerana tidak berpuas hati apabila tanah milik rakyat itu telah dijual oleh kerajaan DAP negeri kepada pemaju untuk membina 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital dan lima tingkat tempat letak kereta.

 Dalam pada itu, Khoon Leong mempersoalkan kelulusan membina Hospital Pakar Victoria di bawah Victoria International Medical Centre Sdn Bhd sekiranya tanah masih dimiliki Kerajaan Negeri. Beliau seterusnya menunjukkan carta yang mendakwa Victoria International Medical Centre Sdn Bhd dan Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd adalah seorang individu berpangkat Datuk yang pernah dianugerahkan Pingat Jasa Pendamai (JP) berasal dari Sabah.

 "Sehubungan itu, kami mempertikaikan hubungan Guan Eng dengan Datuk berkenaan dan mengesyaki Ketua Menteri terlibat kepentingan peribadi dalam penjualan tapak tanah ini," dakwanya. 

 Dalam perkembangan sama, Ketua Pemuda BN Oh Tong Keong mendesak Guan Eng menjelaskan hubungan Kerajaan Negeri dengan pemaju tersebut. Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri dengan segera mendeklasifikasi semua kertas dokumen mengenai penjualan tanah Taman Manggis termasuk dua dokumen penjualan tender secara terbuka pada 10 Ogos 2009 dan 16 Februari 2010.

 "Banyak soalan dah kami kemukakan dan meminta Guan Eng menjelaskan tetapi sehingga hari ini beliau masih berdiam diri. "Sekiranya kerajaan DAP negeri masih berbisu dan enggan mendeklasifikasi semua dokumen kepada orang awam, maka, ia bermaksud mereka menyalahgunakan kuasa untuk menjalankan penjualan tanah secara haram," katanya.

Posted in | 0 comments

Kisah sebenar pengambilan tanah Kg Genting Balik Pulau ..

Setelah hampir 2 tahun berlalu, cadangan pengambilan tanah oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bagi tanah berkeluasan lebih kurang 100 ekar di Kampung Genting (iaitu hampir separuh dari keluasan kampung) telah mulai dilupai oleh warga kampung. 

Posted in | 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...