Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBhg Dato' Zainal Abidin Bin Osman

Pertandingan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal ini telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh ini berjaya menarik 32 buah pasukan dari kawasan sekitar Parlimen Nibong Tebal. 5 Pasukan dari kaum India turut sama menyertai pertandingan ini.

Juara kejohanan ini dimenangi oleh Pasukan Taman Harapan Kg Kedah B,
Naib Juara disandang oleh Melliu FC dari Sungai Acheh
Ketiga pasukan Seberang Tasek dan keempat dimenangi oleh Sinar Ilmu FC.

Majlis perasmian telah dilakukan oleh Encik Abu Bakar Bin Md Noor yang mewakili Dato' Zainal Abidin manakala majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria.

Bagi pihak PPUBNT, admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu menjayakan pertandingan kali ini. InsyaAllah, PPUBNT akan dari masa ke semasa mengadakan program yang bermanfaat kepada golongan muda ini bagi memastikan mereka tidak akan dilupakan.





Posted in Labels: |

2 comments:

  1. lol Says:

    balik balik sg acheh
    semua buat kat sg acheh
    mcm di kadun lain takdak padang dah
    apa punya turr

  2. Unknown Says:

    Syabas! Bersaing dengan cara menawarkan program/perkara bermanfaat untuk rakyat, jauh lebih baik berbanding menyerang peribadi lawan dengan ungkapan-ungkapan kurang manis. Teruskan usaha sebegini, rakyat memerhati dan menilai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...