Sokongan rakyat kepada BN di Nibong Tebal meningkat

ZAINAL Abidin Osman (dua dari kanan) menyerahkan bantuan sara hidup kepada para nelayan pada Majlis Penyampaian Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan di Dewan Perda, Sungai Acheh di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini


NIBONG TEBAL - "Pelaksanaan walkabout, ceramah, melawat pesakit dan turun padang pemimpin dan jentera UMNO telah meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN)."

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menambah:

"Hasil daripada program-program yang dilaksanakan itu menunjukkan UMNO sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.

"Jentera parti telah bersiap sedia. Orang ramai telah menyertai program yang diadakan itu, ini petanda baik kepada BN."

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan Sara Hidup Nelayan di daerah Seberang Perai Selatan di Dewan Perda, Sungai Acheh di sini semalam.

Posted in | 7 comments

Bajet defisit selama 3 tahun bukti kerajaan DAP tak cekap urus kewangan

NIBONG TEBAL  – Pembentangan bajet defisit selama tiga tahun berturut-turut merupakan kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang akibat memilih pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, keputusan rakyat memilih pembangkang dengan harapan mampu membawa perubahan lebih baik ternyata silap kerana mereka tidak memiliki pengalaman serta kepakaran untuk mentadbir.

Menurutnya, bajet defisit yang dicapai itu menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak cekap untuk mentadbir dan keadaan sedemikian jika dibiarkan berterusan akan menjadi lebih buruk kepada pembangunan.

"Keadaan ini bermakna perbelanjaan negeri termasuk hutang mengatasi pendapatan dan rakyat tidak nampak perubahan yang dibawa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Secara fizikal kita tidak dapat melihat pembangunan oleh kerajaan negeri. Projek mega yang ada dibuat oleh Kerajaan Persekutuan seperti jambatan, lapangan terbang, landasan berkembar keretapi, jalan raya dan kemudahan pelajaran serta kebajikan.

"Kita sendiri tidak tahu bagaimana DAP mengurus kewangan," katanya.

Zainal Abidin ditemui pada majlis perasmian kursus haji anjuran kariah Masjid Sungai Acheh di sini pada hari Sabtu (12 Jan 2013).

Rabu lalu, Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Hing Tiek mendedahkan tentang ancaman bankrap yang sedang dihadapi Pulau Pinang ekoran pembentangan bajet defisit tiga tahun berturut-turut.

Menurut pembentangan bajet oleh kerajaan negeri pada November tahun lepas, Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit sebanyak RM262.04 juta iaitu peningkatan RM105.93 juta berbanding bajet defisit 2011 berjumlah RM213.71 juta.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin menjelaskan, rakyat khususnya di Pulau Pinang tidak seharusnya mengambil risiko berterusan untuk memberi mandat sekali lagi kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Katanya, DAP lebih sesuai menjadi pembangkang daripada pentadbir dan tempoh lima tahun mereka memerintah negeri ini sudah cukup untuk dinilai.

Posted in | 0 comments

PRU13 : BN ramal perubahan besar berlaku di P.Pinang

Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka membawa perubahan besar kepada corak politik di negeri ini ekoran peningkatan sokongan kaum Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN).
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, perubahan itu disebabkan rakyat mahukan keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding sekarang.

"Kita semua tahu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng lebih mementingkan soal politik daripada menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya untuk mentadbir negeri ini," katanya kepada pemberita dalam program gotong-royong Komuniti 1Malaysia peringkat negeri di Taman Tun Sardon di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN negeri memberitahu, rakyat lebih bijak bagi menentukan wakil rakyat dan parti yang lebih layak untuk membela mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Setiap parti politik mempunyai harapan untuk menang dan dalam dasar demokrasi, keputusan terletak di tangan rakyat.
"Kita perlukan strategi kukuh bagi menarik rakyat untuk mempercayai serta meyakini pemimpin BN," ujarnya.

Posted in | 2 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...