Laporan Polis Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal Mengenaii Kebiadaban Terhadap YDP Agong

Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal bersama NGO-NGO  dalam Nibong Tebal telah membuat laporan polis terhadap kebiadaban individu yang menghina Yang dpertuan Agong di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, di Jawi.


Kelantangan yang ditampilkan oleh seorang blogger apabila menggelarkan DYMM Yang Dipertuan Agong sebagai anjing nyata mendatangkan kemarahan pelbagai pihak yang masih sayang dan hormat akan Institusi Raja Berpelembagaan di negara ini.


Dek kerana tidak tertahan dengan kebiadapan yang ditunjukkan oleh blogger tersebut, pagi tadi sekumpulan anak muda yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan beberapa NGO telah berhimpun dihadapan Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan bagi membuat laporan polis.

Di bawah ini adalah sebahagian gambar yang admin maksudkan;





Berdasarkan pemerhatian admin, blogger yang dimaksudkan bukan sahaja memiliki sebuah blog yang dikenali sebagai blog serius, tetapi tanpa sedar beliau juga mempunyai sebuah lagi blog yang menghentam kerajaan dan dilihat lebih condong untuk menyokong pakatan.

Apakah doktrin yang ditanamkan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan kebanyakan mereka yang terlalu taksub menyokong sanggup menghina institusi istana?

Sedarkah mereka bahawa baginda DYMM Yang Dipertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri- negeri yang tidak mempunyai Sultan mahupun Raja?

Sekiranya kerusi DYMM Yang Dipertuan Agung dijumudkan, apakah dinegeri tertentu seperti Pulau Pinang, kuasa sebagai Ketua Agama Islam akan dipegang oleh Lim Guan Eng yang secara terang- terangan mahu menggadaikan kalimah Allah kepada kristian suatu ketika dahulu?

Akhir kata dari admin, JANGAN JADI BANGANG YANG SUSAH DIBERIKAN TUNJUK AJAR!!!

Posted in |

4 comments:

  1. Anonymous Says:

    Tahniah dan Syabas Cikgu Sham dan rakan2 atas semangat dan keberanian..pemuda kena lantang!! Tak lupa hidup Shuib!

  2. Anonymous Says:

    Itu sahaja le yang dapat PEMUDA UMNO dapat lakukan. PEMUDA UMNO dizaman Dato Harun Idris dulu tak semacam ini. Tak ada seorang pun yang berani untuk mencabar Raja2 Melayu atau pun pemimpin melayu dengan sesuka hati. Jika ada yang mencuba maka padah akan diterima. Bergitu lah semangat PEMUDA UMNO dahulu. PEMUDA UMNO telah dipondankan semasa Anuar Ibrahim menjadi ketua hingga la ke zaman sekarang. Walaupun Khairy nampak sedikit berlainan namun sokongan dari ketua2 PEMUDA BAHAGIAN tidak menyeluruh. Ini adalah kerana masih ramai ketua2 PEMUDA yang masih bersama musuh no 1 Kahiry iaitu Mukhriz.

  3. Anonymous Says:

    Jika benar PEMUDA ingin menjadi jaguh kepada bangsa, apa yang PEMUDA harus lakukan ialah menyingkir Non Panjang dari jawatan Ketua Bahagian. Non Panjang seharusnya dipaksa berundur demi mengembalikan sokongan kepada UMNO oleh orang melayu di Nibong Tebal khususnya orang melayu di kawasan Nibong,Sg Duri dan Sg Bakap. Ramai yang tidak menyokong UMNO adalah kerana sikap sombong dan bongkak Non Panjang.

  4. Anonymous Says:

    mampoih pi la kat hampa UMNO weii..menyesal aku pangkah BN..cina dok kutuk islam hina raja hina melayu hampa buat bodoh ja...pemimpin2 umno tau camana nak bagi penuh poket hampa ja...biaq pulau pinang buleh kat cina....mampoih pi..lagipon dunia ni sementara ja...hampa yg kaya kami mcm tu jugak....payah2 next election bagi ja kat anuar juboq tu..baru hampa tau...awat hampa takut sgt kat cina...?? dah berapa kali kena hina dok diam ja..no action...sesuai la dgn nama UMNO...u may no object..zaman mahathir tak jadi pon camni...ekonomi bumi semakin hancuss..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...