Santai Bersama Pemuda Kepala Gajah! 33 Anak Muda Sertai UMNO!
Posted On Feb 9, 2012 at at Thursday, February 09, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalSeramai 50 orang hadir bagi Program Santai Pemuda dan mendengar penerangan daripada Hj Rashidi dan Cikgu Zul (Ketua Penerangan UMNO NTebal) di Restoran Nasmir, Spg 4.
Alhamdulillah...
Pemuda UMNO Kepala Gajah dah lama berkubur, namun dengan penyertaan dan semangat golongan muda ini, Pemuda Cawangan Kepala Gajah akan ditubuhkan semula.Usaha mendekati golongan akar umbi pemuda ini akan terus digerakkan.
Malam Ramah Mesra bersama Pemuda Jalan Baru (DUN Sungai Acheh)
Posted On Jan 20, 2012 at at Friday, January 20, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram yang berkonsepkan santai ini telah diadakan di gelanggang badminton Jalan baru, Sungai Acheh.
Rata-rata yang anak muda yang hadir mendengar dengan penuh minat serta berikrar akan membantu UMNO dalam PRU13 akan datang. Mereka sendiri mengakui bahawa pakatan rakyat tidak boleh dipercayai dan banyak merugikan orang melayu sahaja.
300 Ahli & Penyokong Tinggalkan Pakatan & Menyokong UMNO/BN! Di Nibong Tebal
Posted On Jan 7, 2012 at at Saturday, January 07, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal



Seramai 300 ahli & penyokong Pakatan Rakyat kawasan Dun Sungai Acheh , Nibong Tebal hari ini bertindak keluar parti itu dan menyertai parti dalam BN iaitu UMNO , MCA , MIC dan Gerakan setelah kecewa dan hilang kepercayaan dgn kepimpinan kerajaan DAP diterajui Lim Guan Eng .
Kumpulan itu menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepad Pengerusi BN Parlimen Nibong Tebal , Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Sungai Acheh di sini, hari ini."
Menurut Mantan Pengerusi JKKKN & Ketua Ranting PKR Sg Acheh Hj Ahmad Bin Ibrahim berkata, mereka telah memberi peluang Kerajaan negeri DAP menjalankan tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini tetapi mereka gagal melaksanakan apa yang dijanjikan .
"Mereka langsung tidak pedulikan masalah rakyat terutama kami di sini di Dun Sungai Acheh , Sebaliknya UMNO dan BN banyak membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini " katanya .
Selain itu, juga dimaklumkan bahawa lebih 1000 orang penyokong Pakatan Rakyat telah keluar secara senyap lebih dahulu dan kelompok ini berjanji akan menyokong BN pada PRU 13 akan datang.
Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YBhg Dato' Zainal Abidin Bin Osman
Posted On Jan 4, 2012 at at Wednesday, January 04, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPertandingan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal ini telah diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh ini berjaya menarik 32 buah pasukan dari kawasan sekitar Parlimen Nibong Tebal. 5 Pasukan dari kaum India turut sama menyertai pertandingan ini.
Juara kejohanan ini dimenangi oleh Pasukan Taman Harapan Kg Kedah B,
Naib Juara disandang oleh Melliu FC dari Sungai Acheh
Ketiga pasukan Seberang Tasek dan keempat dimenangi oleh Sinar Ilmu FC.
Majlis perasmian telah dilakukan oleh Encik Abu Bakar Bin Md Noor yang mewakili Dato' Zainal Abidin manakala majlis penyampaian hadiah telah dilakukan oleh ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria.
Bagi pihak PPUBNT, admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang membantu menjayakan pertandingan kali ini. InsyaAllah, PPUBNT akan dari masa ke semasa mengadakan program yang bermanfaat kepada golongan muda ini bagi memastikan mereka tidak akan dilupakan.




Santai BBQ Bersama Pemuda Sungai Buaya & Kg Besar
Posted On Dec 27, 2011 at at Tuesday, December 27, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
PPUBNT dengan kerjasama Pemuda UMNO Cawangan Sungai Buaya telah mengambil insiatif untuk mengadakanmerapatkan ukhuwah bagi sesama ahli pemuda dengan mengadakan program barbeque. Alhamdulillah, kehadiran cukup baik dimana sekitar 80 orang anak muda di kawasan berdekatan telah hadir.
Program turun padang sebegini akan lebih digiatkan lagi pada masa terdekat ini bagi menggerakkan lagi semangat anak muda untuk membantu UMNO/BN dalam menghadapi PRU13 yang bakal menjelang. Mudah-mudahan , Allah swt memberkati segala usaha murni kami.Pengagihan Borang BR1M di Nibong Tebal Berjalan Lancar
Posted On Dec 16, 2011 at at Friday, December 16, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Alhamdulillah, keprihatinan kerajaan BN untuk membantu rakyat meringankan beban amatlah disambut baik oleh semua golongan yang berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan untuk seisi keluarga.
Tinjauan yang dilakukan menunjukkan rakyat berbilang kaum hadir ke pusat-pusat pengagihan borang BR1M. 4 lokasi utama yang menjadi tempat pengagihan borang dan bantuan mengisinya adalah di:
1.Pejabat Penyelaras Parlimen Nibong Tebal di Taman Jawi Jaya, Jawi
2.Pejabat Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh di Dewan PERDA Sungai Acheh
3.Pejabat Penyelaras DUN Sungai Bakap di Jalan Besar Sungai Bakap
4. Pejabat Penyelaras DUN Jawi di Jalan Sungai Daun, Nibong Tebal.
Sebarang pertanyaan berkenaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini bolehlah menghubungi di talian 04-5821777.
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan..
Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Posted On Dec 6, 2011 at at Tuesday, December 06, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Barisan perwakilan PPUBNT ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia tahun ini terdiri daripada dari kiri, Sdr Setiausaha Amiruddin, Sdr Hasni, Dato' Razali Ibrahim, Sdr KP Tn Hj Rashidi. Sdr Abd Malik dan Sdr NKP, Noorazman Jamil.
30 November 2011 Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC telah berlangsungnya Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2011.
Perhimpunan dimulakan dengan penyampaian anugerah khas Kesatria Terbilang.Anugerah ini adalah satu penghargaan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengiktiraf Allahyarham Noramfaizul yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia.
![]() |
Semua Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO membaca Al-Fatihah untuk jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebelum memulakan persidangan pagi tadi. |
Kemudiannya satu Anugerah Khas Pemuda UMNO 2011 turut diserahkan kepada Abdul Samad Abdul Dawood Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam merangkap Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.
Seterusnya Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia dimulakan dengan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin.
Ikuti ucapan tersebut.
| Sdr Ir. Shaikh Hussin Maidin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang |
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.
"Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, Facebook dan Twitter, jangan takut kalau orang mengata BN... kita bagi penerangan, jangan lari," katanya.
Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.
"Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya," katanya.
Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.
"Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini".
Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden." - BERNAMA.
Orang UMNO Tidak Akan Berubah Hati, Derhaka Pada Parti
Posted On Dec 2, 2011 at at Friday, December 02, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
"Saya tidak dapat membayangkan kita datang ke Perhimpunan Agung UMNO pada tahun hadapan sebagai pembangkang. Bagaimana kita mahu menghadapi situasi ini dan apa yang mahu kita usul dan bahaskan. Saya sudah merasa di Pulau Pinang.
"Dahulu kita menganggap kekalahan di beberapa tempat itu adalah kes terpencil. Kita yakin menang namun selepas apa yang terjadi pada tahun 2008, kita seperti tersedar. Oleh itu, Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, jangan kita ambil mudah," ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.
Katanya, ucapan dasar Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan istilah ahli UMNO perlu menjadi orang UMNO amatlah tepat sekali dalam situasi negara bakal menghadapi satu 'perang' besar penentu hala tuju parti.
Menurut Zainal, ahli UMNO adalah mereka yang membayar yuran tetapi orang UMNO adalah individu mereka yang setia kepada parti.
"Orang UMNO tidak akan menolak dan berubah hati. Orang UMNO akan tetap setia pada parti dan tidak akan sama sekali derhaka kepada parti. Itu orang UMNO. Kita ada 3.2 juga ahli UMNO.
"Alangkah manisnya sekiranya keseluruhan jumlah ini adalah orang UMNO dan menghayati perjuangan UMNO dan tidak akan lari daripada perjuangan UMNO serta memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada UMNO. Inilah perbezaan antara ahli UMNO dan orang UMNO," ujarnya kepada UMNO-Online.
Apabila orang UMNO cinta dan kasih kepada parti, dengan sendirinya individu tersebut akan ada rasa ingin berkorban kepada siapa yang sayangi dan kasihi.
"Jadi sekiranya kita kasih dan sayang kepada parti kita, kita dengan sendiri akan timbul naluri ingin berkorban kepada parti tidak kira masa mahupun wang ringgit. PRU sudah semakin hampir. Jadi, tunjukkanlah samada kita ini ahli UMNO ataupun orang UMNO," katanya.
Santai Kedai Kopi Bersama Pemuda
Posted On Nov 15, 2011 at at Tuesday, November 15, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalBaru-baru ini, Ketua Pemuda,Sdr Hj Rashidi bersama sebahagian AJK PPUBNT, telah mengadakan satu perjumpaan bersama anak-anak muda di sekitar cawangan Sungai Chenaam dan Batu 3.
Alhamdulillah, kehadiran sekitar 70 orang anak muda bagi mendengar mesej dan penerangan yang disampaikan secara santai dari ketua pemuda dapat diterima dengan baik dari rata-rata hadirin yang hadir.
Mereka tampak tidak sabar untuk menghadapi PRu13 bagi membantu untuk memenangkan Barisan Nasional kerana pada pendapat mereka pakatan rakyat sememangnya parti yang tak boleh diharap untuk membela mereka tambahan lagi dengan pelbagai masalah yang timbul dari pakatan sesama mereka.
Majlis Korban PemudaUMNO Bahagian Bersama Pemuda Negeri
Posted On Nov 11, 2011 at at Friday, November 11, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalProgram ini berlangsung di perkarangan masjid Sungai Chenaam dengan kerjasama ADUN Sungai Acheh dan Maybank.




lagi gambar-gambar diSINI
Salam Aidiladha Dari PPUBNT. Jemputan ke Majlis Korban.
Posted On Nov 5, 2011 at at Saturday, November 05, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1432 Hijrah.Jadikanlah peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim & Nabi Ismail sebagai wadah terulung bagi membina jiwa, hati dan akal yang lebih kental sebagai seorang hamba yang sejati.Insyaallah.
Dijemput ke Majlis Korban Dan Kenduri Bersama Penduduk Seperti Berikut:
Tarikh : 7 November 2011 (Isnin)
Masa : 9 Pagi - 1.30 Petang
Tempat : Perkarangan Masjid Sungai Chenaam, DUN Sungai Acheh
Gotong Royong Membaiki Rumah Pemuda Bersama ADUN Sungai Acheh
Posted On Oct 26, 2011 at at Wednesday, October 26, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPPUBNT bersama ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria, Puteri UMNO Nibong Tebal, pelajar MRSM Transkrian bersama penduduk kampung telah mengadakan program gotong royong bagi membaiki rumah Encik Shafie yang bertempat di Jalan Baru, Sungai Acheh.
Penduduk kampung di kawasan sekeliling turut sama membantu bagi melancarkan program tersebut. Alhamdulillah, selepas dibaikpulih terutamanya di bahagian bumbung yang begitu uzur, Encik Shafie dapat mendiami kediaman beliau dengan lebih selesa selepas ini.




Pesta Sukan Air Pemuda UMNO Nibong Tebal
Posted On Oct 18, 2011 at at Tuesday, October 18, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalAlhamdulillah, Program ini berlangsung dengan lancar dan dengan jayanya dalam keadaan yang sungguh meriah. kehadiran penduduk setempat dan dari sekitar parlimen Nibong tebal agak memberangsangkan dimana pelbagai acara telah disediakan untuk segenap lapisan.
Rata-rata yang hadir menyifatkan program ini sungguh nostalgik sekali dimana mereka dapat mengimbau kembali kenangan silam. Semua yang hadir pulang dengan senyum dihiburkan dengan pelbagai telatah dan pengalaman manis sepanjang bersama didalam program ini.
Namun apa yang paling penting, usaha PPUBNT didalam mendekati masyarakat adalah misi yang paling penting. Misi mencari seberapa ramai pengundi baru dan mendapatkan persepsi positif dari masyarakat terhadap UMNO/BN merupakan agenda utama didalam penganjuran program ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kali ini..
Lagi gambar-gambar di SINI


