Lagu 1 Malaysia berkumandang di Program Datuk Mansor di Nibong Tebal
Posted On Feb 25, 2013 at at Monday, February 25, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Nibong Tebal- Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang sedang menyertai acara senamrobik bersama para peserta maraton anjuran pejabatnya di Padang Awam Jawi di sini hari ini, ternyata terkejut apabila secara tiba-tiba lagu 1Malaysia berkumandang.
Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang pada mulanya tekun mengikut pergerakan seorang pengajar di depan bersama para peserta lain diiringi beberapa lagu.
Bagaimanapun, beliau terus berhenti sebaik sahaja lagu 1Malaysia dimainkan.
Beliau kelihatan terpinga-pinga seketika dan memandang ke arah meja urus setia tetapi terpaksa meneruskan senaman sebaik sahaja melihat para peserta meneruskan pergerakan mereka.
Terdapat juga beberapa peserta cuba 'mengusik' Mansor kerana melakukan pergerakan mengikut rentak lagu berkenaan tetapi tidak diendahkannya.- UTUSAN
PERDA bukan seperti kerajaan DAP bina rumah mampu milik RM400 ribu
Posted On Feb 13, 2013 at at Wednesday, February 13, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
NIBONG TEBAL 9 Feb. - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)
memperuntukkan RM17 juta untuk membina 140 unit rumah berkembar mampu
milik di Taman Pancur Utama, dekat sini.
Projek membabitkan kawasan seluas 4.4 hektar itu dimulakan sejak Oktober tahun lalu dijangka siap pada April 2014.
Pengerusi Perda, Datuk Azhar Ibrahim berkata, projek tersebut dilaksanakan tanpa membebankan rakyat kerana dijual dengan harga antara RM170 hingga RM200,000 sebuah.
Beliau berkata, Perda tidak membina rumah mewah kerana memahami tanggungjawab sosial untuk membolehkan rakyat negeri ini memilik rumah mampu milik.
"Kita bukan macam kerajaan DAP negeri mahu membina rumah mampu milik kepada rakyat dengan harga RM400,000 seunit, ini semua janji palsu Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk rakyat.
"Macam mana dia nak bina rumah kalau Bajet 2013 itu tidak dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu. Ini semua pembohongan untuk menipu rakyat kerana pilihan raya sudah dekat," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan projek perumahan tersebut di sini semalam.Yang hadir sama Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.
Azhar yang juga Ketua Pembangkang berkata, sejak mentadbir negeri ini pada 2008 tidak pernah Guan Eng membentangkan bajet untuk pembinaan rumah mampu milik di negeri ini.
Sementara itu, beliau berkata, Perda sedang berunding dengan kerajaan untuk membina Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Ara Kuda, Tasek Gelugor tidak lama lagi.
Menurutnya, Perda mempunyai tanah seluas 102.4 hektar untuk tujuan itu.
"Kita masih dalam perbincangan dengan PR1MA kerana tanah itu dibeli Perda dan PR1MA juga perlu membayar kos bagi projek tersebut.
"Hal ini berbeza dengan kerajaan negeri Perak, Johor dan Pahang yang mempunyai tanah untuk ditawarkan secara percuma kepada PR1MA," ujarnya.

BR1M 2.0 bukti kerajaan BN tunai janji kepada rakyat!
Posted On Feb 4, 2013 at at Monday, February 04, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini melancarkan program Bantuan Rakyat
1Malaysia 2.0 peringkat Kebangsaan di Padang Taman Dagang, Ampang.
Beliau berkata, BRIM2.0 ini adalah merupakan satu janji kerajaan BN
kepada rakyatMalaysia. Janji kerajaan BN merupakan satu janji yang
ditepati, tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur
janji, namun sebaliknya gagal dan tidak mampu menunaikan segala janji
yang telah mereka taburkan selama ini.
“Kita menepati janji kita, bila kita janji BRIM 1.0, kita telah tunaikan janji kita. Bila kita janji BRIM 2.0, mulai hari ini, janji yang kita buat akan kita tunaikan kepada rakyat dan mereka yang layak.

Sebab itu, semakin hari rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN. Rakyat
Selangor sudah yakin, sebab itu rakyat yang sayangi Selangor harus
menyokong BN. Sudah menjadi hasrat kita, agar kerajaan negeri dan
kerajaan pusat datang dari parti yang sama, Barisan Nasional.
Banyak masalah yang berlaku hari ini di Selangor, terutamanya masalah
bekalan air kerana mereka asyik mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan
pusat wal hal mereka patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
air, walaupun mereka dating dari parti yang lain di peringkat negeri,
tetapi masalah air ini merupakan masalah hak rakyat yang seharusnya
tidak dijadikan permainan politik oleh pihak kerajaan negeri Selangor,”
ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebantar
tadi.
Tambahnya, kerajaan pusat akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air
ini tetapi Najib membayangkan bahawa cara yang paling mudah untuk
menyelesaikan masalah ini ialah melalui proses pilihanraya yang bakal
menjelang tidak lama lagi.
“Kita dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi, sebab banyak pemaju
projek perumahan, 430 buah projek tertangguh sebab kurangnya masalah
bekalan air. Banyak pelabur dari luar negara tidak akan melabur di
Selangor, akhirnya rakyat Selangor yang akan rugi.
Kita tidak boleh lagi membiarkan keadaan ini berterusan. Manifesto
merupakan satu janji, tetapi Menteri Besar Selangor kata, ia hanya
manifesto, bukan janji pada rakyat.
Sebagai manusia , apatah lagi pada pemimpin, kita berpegang pada
cakapnya. Pemimpin yang ada nilai diri adalah pemimpin yang pada
percakapannya, boleh dipegang oleh rakyat apatah lagi janji pada rakyat,
mesti ditunai dan dilaksanakannya,” tambahnya lagi.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar,
Penyelaras BN Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ahli Parlimen Pandan, Datuk
Seri Ong Tee Keat dan pemimpin-pemimpin masyarat setempat.
“Kita tidak mahu pembangkang menghasut rakyat, dengan mengeluarkan
kenyataan yang tidak berasas atau separuh benar semata-mata untuk
membuatkan rakyat marah pada kerajaan.
Mereka tidak mampu, mereka tabor janji tetapi janji mereka janji palsu.
Tanyalah pada kaum ibu tunggal di Selangor, janji elaun bulanan dapat
atau tidak, tanya juga mereka yang ada kedai-kedai perniagaan, adakah
janji mereka untuk menurunkan cukai pintu sudah dilaksanakan, sebaliknya
cukai pintu ini naik.
Sebahagian besar dari janji mereka tidak ditunaikan dan akhirnya jadi janji kosong,” tambahnya lagi.
Guan Eng tidak boleh tutup mulut rasis & rasuah DAP
Posted On Feb 1, 2013 at at Friday, February 01, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Bekas
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus
Khairuddin percaya DAP tidak mampu untuk menjawab apatah lagi menyangkal
kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
berhubung isu rasuah dan rasis yang diamalkan parti itu.
Ini kerana tegasnya sehingga kini DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim
Guan Eng terus mengunci mulut walaupun isu rasuah dan rasis yang
dibangkitkan Tunku Aziz itu sudah lama berlarutan.
“Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Ini belum
lagi isu kesilapan kira undi. Nampaknya DAP sudah terkena ludah mereka
sendiri.
“Mereka terutama Guan Eng boleh terus tutup mulut tapi rakyat akan terus
buka mata dan fikiran untuk menilai sejauh mana kebenaran kononnya DAP
ini satu parti yang bersih, telus dan ada akauntabiliti”, katanya kepada
UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang
sehingga kini masih berdiam diri berhubung dakwaan oleh bekas Naib
Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkenaan isu rasuah dan
rasis parti berkenaan.
Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah DAP hanya nampak
kesalahan dan kesilapan orang lain umpama mengata kain orang koyak
tetapi kain sendiri makin terlondeh.
“Sebenarnya pelbagai pendedahan serta dakwaan oleh Tunku Aziz menjadi
bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri. Dan
seharusnya Tunku Aziz perlu mendedahkan apa lagi yang belum didedahkan
untuk kepentingan umum.
“Percayalah….bangkai jika ditutup dengan apa sekali pun ianya akan tetap
berbau dan akhirnya diketahui umum juga akhirnya. Apa yang mereka
lakukan hanyalah sekadar untuk menyembunyikan wajah hodoh mereka yang
sebenarnya,” ujar beliau.
Beliau seterusnya percaya DAP akan selamanya berdiam diri dan tidak akan
berani tampil untuk memberikan penjelasan yang sepatutnya. -MediaUMNO