BR1M 2.0 bukti kerajaan BN tunai janji kepada rakyat!

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini melancarkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 peringkat Kebangsaan di Padang Taman Dagang, Ampang.
Beliau berkata, BRIM2.0 ini adalah merupakan satu janji kerajaan BN kepada rakyatMalaysia. Janji kerajaan BN merupakan satu janji yang ditepati, tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur janji, namun sebaliknya gagal dan tidak mampu menunaikan segala janji yang telah mereka taburkan selama ini.

“Kita menepati janji kita, bila kita janji BRIM 1.0, kita telah tunaikan janji kita. Bila kita janji BRIM 2.0, mulai hari ini, janji yang kita buat akan kita tunaikan kepada rakyat dan mereka yang layak.
Sebab itu, semakin hari rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN. Rakyat Selangor sudah yakin, sebab itu rakyat yang sayangi Selangor harus menyokong BN. Sudah menjadi hasrat kita, agar kerajaan negeri dan kerajaan pusat datang dari parti yang sama, Barisan Nasional.
Banyak masalah yang berlaku hari ini di Selangor, terutamanya masalah bekalan air kerana mereka asyik mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan pusat wal hal mereka patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah air, walaupun mereka dating dari parti yang lain di peringkat negeri, tetapi masalah air ini merupakan masalah hak rakyat yang seharusnya tidak dijadikan permainan politik oleh pihak kerajaan negeri Selangor,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebantar tadi.
Tambahnya, kerajaan pusat akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air ini tetapi Najib membayangkan bahawa cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui proses pilihanraya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
“Kita dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi, sebab banyak pemaju  projek perumahan, 430 buah projek tertangguh sebab kurangnya masalah bekalan air. Banyak pelabur dari luar negara tidak akan melabur di Selangor, akhirnya rakyat Selangor yang akan rugi.
Kita tidak boleh lagi membiarkan keadaan ini berterusan. Manifesto merupakan satu janji, tetapi Menteri Besar Selangor kata, ia hanya manifesto, bukan janji pada rakyat.
Sebagai manusia , apatah lagi pada pemimpin, kita berpegang pada cakapnya. Pemimpin yang ada nilai diri adalah pemimpin yang pada percakapannya, boleh dipegang oleh rakyat apatah lagi janji pada rakyat, mesti ditunai dan dilaksanakannya,” tambahnya lagi.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar, Penyelaras BN Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pemimpin-pemimpin masyarat setempat.
“Kita tidak mahu pembangkang menghasut rakyat, dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas atau separuh benar semata-mata untuk membuatkan rakyat marah pada kerajaan.
Mereka tidak mampu, mereka tabor janji tetapi janji mereka janji palsu. Tanyalah pada kaum ibu tunggal di Selangor, janji elaun bulanan dapat atau tidak, tanya juga mereka yang ada kedai-kedai perniagaan, adakah janji mereka untuk menurunkan cukai pintu sudah dilaksanakan, sebaliknya cukai pintu ini naik.
Sebahagian besar dari janji mereka tidak ditunaikan dan akhirnya jadi janji kosong,” tambahnya lagi.

Posted in |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...