Lagu 1 Malaysia berkumandang di Program Datuk Mansor di Nibong Tebal
Posted On Feb 25, 2013 at at Monday, February 25, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Nibong Tebal- Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang sedang menyertai acara senamrobik bersama para peserta maraton anjuran pejabatnya di Padang Awam Jawi di sini hari ini, ternyata terkejut apabila secara tiba-tiba lagu 1Malaysia berkumandang.
Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang pada mulanya tekun mengikut pergerakan seorang pengajar di depan bersama para peserta lain diiringi beberapa lagu.
Bagaimanapun, beliau terus berhenti sebaik sahaja lagu 1Malaysia dimainkan.
Beliau kelihatan terpinga-pinga seketika dan memandang ke arah meja urus setia tetapi terpaksa meneruskan senaman sebaik sahaja melihat para peserta meneruskan pergerakan mereka.
Terdapat juga beberapa peserta cuba 'mengusik' Mansor kerana melakukan pergerakan mengikut rentak lagu berkenaan tetapi tidak diendahkannya.- UTUSAN
PULAU PINANG PASTI MILIK KEKAL PAKATAN RAKYAT.
ABU...KITA TGK PAS SG ACHEH AKAN SEDAYA UPAYA KALAKAN BN.TAKBIR.
ABU
.......ABU......ABU
Dulu aku dah kata dan bagi peringatan kat hampa. Jangan gunapakai 06 dan abg long mi sepek. tak nak dengar.Sekarang apa sudah jadi PRU 12 kalah 3008 PRU 14 8000 .Jangan dok buat Program syiok sendiri.Tok Non mmg Bagus dan baik tapi orang kiri dan kanan dialah yang menghancurkan karier POLITIK Tok Non. Pueh la Hati Bakaq Botak dok pembohong Tok Non Idup-idup dan yang merana ialah orang-orang Melayu yang mmg mengharapkan pertolongan Tok Non.Untuk PRU 14 di harap gunapakai la Bang Long Mi sepet ngan gang 06. Jamu cina Kapiaq kat jawi camp lagi.