Pertandingan Futsal 3 Cawangan dalam DUN Sungai Acheh

Sukan merupakan medium terbaik dalam usaha PPUBNT mendekati anak muda. Baru-baru ini, PPUBNT mengambil insiatif untuk mengumpulkan 3 cawangan dalam DUN Sungai Acheh iaitu Sungai Bakau, Sungai Tongkang dan Pinggir Laut.

12 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Sdr Hj Rashidi telah turun bersama untuk berbicara dan sempat menyampaikan agenda pemuda untuk dikongsi bersama para pemain. InsyaAllah dari masa ke semasa PPUBNT sentiasa mendekatkan diri dengan mereka bagi mengenalpasti permasalahan yang ada di cawangan-cawangan serta meneruskan misi menambah bilangan pengundi dan ahli UMNO yang baru.



Lagi gambar di SINI

Posted in Labels: | 0 comments

Majlis Ramah Mesra dan Sessi Dialog Bersama Pemuda Sungai Duri

PPUBNT telah mengadakan majlis ramah mesra dan sessi dialog bersama pemuda-pemuda di sekitar kampung Sungai Duri (DUN Sungai Bakap) bertempa t di Dewan Perda Sungai Duri. Majlis ini diadakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwah di antara pemuda bahagian bersama pemuda Sungai Duri.

PPUBNT yang dihadiri oleh Ketua Pemuda, Naib bersama sebahagian ahli jawatankuasanya telah turun padang bagi mengenal pasti permasalahan yang ada disamping mendengar luahan dan pendapat yang datang dari pemuda Sungai Duri sendiri.

PPUBNT bersama pemuda Sungai Duri sedang mencari jalan bagaimana untuk menguatkan lagi kekuatan UMNO di kampung tersebut disamping menambahkan lagi bilangan pengundi baru beserta mendaftarkan ahli baru UMNO. Terima kasih kepada Ketua UMNO Cawangan , Tuan haji Abdul Hadi yang turut sama hadir bagi memberikan semangat dan perangsang kepada anak-anak muda yang hadir.

Posted in Labels: | 2 comments

ziarah Pemuda Prihatin (Kampung Sg kechil, DUN Sungai Bakap)

ZPP kali ini PPUBNT dengan kerjasama pemuda sungai kechil telah membantu Encik Majid menyudahkan kerja bagi bantuan membaiki rumah yang diusahakan oleh PPUBNT.

PPUBNT bersama Pemuda Sg Kechil telah mengecat bahagian rumah yang baru siap dibina sebagai tanpa prihatin pemuda membantu golongan yang memerlukan.

PPUBNT telah mencari dana bagi membantu membina 2 bilik baru untuk keluarga beliau dan membantu memperbaiki kerosakan rumah yang dihadapi.
Alhamdulillah, keluarga Encik Majid dapat hidup dengan lebih selesa selepas ini hasil bantuan PPUBNT dan Pemuda Sg kechil.



Lagi gambar-gambar dan keratan akhbar lebih jelas diSINI

Posted in Labels: | 2 comments

Majlis Santai & Ramah Mesra Bersama Belia Kg Tasek (DUN Sungai Bakap)

PPUBNT dengan kerjasama Pemuda & Belia Kampung Tasek telah mengadakan majlis santai dan ramah mesra bersama belia tasek serta penduduk setempat. Majlis ini diserikan dengan jamuan Barbekue yang diadakan oleh anak muda setempatl

Majlis yang diadakan di perkarangan kediaman Sdr abdul Rahim ini mendapat sambutan yang agak baik dimana sekitar 60 ke 70 orang pemuda, belia dan penduduk sekitar telah hadir bagi mendengar penerangan dan ramah mesra yang telah disampaikan oleh Sdr Norhiesam Ismail, Ketua Penerangan PPUBNT.

Turut hadir bersama, Sdr Amiruddin Nasrudin S/U PPUBNT, Sdr Shamsol (SUKerja) & Sdr Ku Norzaidi serta Sdr Anuar Bin Md Desa, Ketua UMNO Cawangan Tasek yang banyak memberi galakan kepada pemuda setempat.




Lagi gambar-gambar di SINI

Posted in Labels: | 2 comments

Walk about BN Pulau Pinang Di Nibong Tebal

BN Pulau Pinang memperhebatkan usaha didalam merampas kembali kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi pihak lawan dalam PRU12 yang lalu.

Kali ini, keseluruhan kepimpinan parti-parti Komponen BN Pulau Pinang telah turun padang bagi mendekati para pengundi secara langsung di Pasar Awam Nibong Tebal di Taman Berjaya dan sebahagian Pekan Nibong Tebal.

Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemimpin didalam menyelami hati dan perasaan pengundi amatlah dipuji. Dato' Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi UMNO Pulau Pinang yang juga Pengerusi BN Nibong Tebal, bersama Dato' Dr Teng Hock Nan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang bersama-sama pemimpin MCA, MIC dan PPP telah berusaha menemui seramai mungkin rakyat di kesempatan yang ada.








Posted in Labels: , | 10 comments

Kejohanan Futsal Liga Sukan Untuk Semua Daerah SPS

KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN UNTUK SEMUA DAERAH SPS ANJURAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SPS DENGAN KERJASAMA BANTUAN TEKNIKAL SERTA URUSETIA DARI PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN NIBONG TEBAL TELAH BERLANGSUNG PADA 26.6.2011 DARI JAM 9.00 PG HINGGA 11.00 MLM.

SEBANYAK 40 PASUKAN LELAKI DAN 10 PASUKAN WANITA MENGAMBIL BAHAGIAN.UCAPAN TAHNIAH KEPADA PEMENANG DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBANTU DALAM MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.HADIAH DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI KHAS DATO MAHMUD HJ ZAKARIA IAITU EN ISHAK BIN ISMAIL..








Posted in Labels: | 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...