Alfatihah

Arwah Semasa Diziarahi Datok Zainal semasa di hospital

PPUBNT mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Radzi Bin Ramli diatas pemergian beliau pada jam 3 petang semalam. Difahamkan beliau meninggal dunia akibat penyakit leukimia.

Arwah merupakan Ketua UMNO Cawangan Sri Keledang (DUN Jawi), mantan Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal dan juga pernah menjadi Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.

Jenazah arwah disemadikan pada jam 11 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kg Changkat, Nibong tebal. Sama-samalah kita sedekahkan bacaan Surah Al Fatihah dan didoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.

Posted in Labels: | 4 comments

BN PUNYA SUSU! DAP DAPAT NAMA!


Inilah yang dikatakan dengan perpatah Melayu, "Lembu Punya Susu Sapi Dapat Nama". dalam kes ini, "Mukhriz Punya Kerja, Lim Guan Eng Dapat Nama". Sudahlah kerajaan Pulau Pinang tidak tahu bersyukur, lepas itu mengaku pula kononnya segala pelaburan yang diterima oleh negeri itu daripada pihak luar, adalah hasil titik peluh mereka sendiri.


"Banyak Cantik Muka Lu Lim Guan Eng", sedap mulut sahaja nak mengaku itu semua usaha kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau tiada MITI yang membantu, jangan harap Pulau Pinang dapat projek daripada pelabur luar. Rakyat bukan lagi bodoh dan mudah digula-gulakan dengan pengakuan semudah itu. Baca laporan Bernama di bawah :

TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu. Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-PKR-PAS itu tidak harus cepat 'mengambil kredit' di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan. "Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di Sungai Petani. Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak 'pilih kasih' dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar. "Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri. "Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.

Pada Rabu lepas, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya. Beliau berkata kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti. --Bernama

Posted in Labels: | 3 comments

Ziarah Pemuda Prihatin Ke Kampung Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap







Ziarah Pemuda Prihatin Pemuda UMNO bahagian kali ini turun padang membuat lawatan kerumah penduduk sungai kechil,melihat lebih dekat pemasalahan Penduduk yg memerlukan bantuan.Lawatan yang dihadiri olej Sdr Ketua Penerangan, Bendahari dan Setiausaha Kerja PPUBNT ini cukup bermakna kepada dua keluarga di Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap ini apabila Pemuda UMNO bahagian akan berusaha membantu keluarga yg terlibat yg memerlukan bantuan melalui saluran-saluran yang tertentu.

Disebabkan kesempitan hidup yang dialami oleh keluarga-keluarga terbabit, PPUBNT menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga terbabit bagi mengurangkan beban perbelanjaan persekolahan anak mereka.Jenis bantuan lain akan diusahakan kemudian setelah mereka selesai membuat pemantauan nanti.

Posted in Labels: | 7 comments

Misi Mendekati Akar Umbi Diteruskan di Jalan Bukit Panchor






'Sentiasa Mendekati Akar Umbi'...itulah garapan dan iltizam Pemuda UMNO Nibong Tebal untuk menarik golongan muda bersama pemuda.

Program Sembang2 Agama kali ini diteruskan dengan Pemuda Jalan Bukit Panchor menjadi tuan rumah dan diadakan di Dewan KAFA Jln Bukit Panchor.

Alhamdulillah sambutan untuk program sebegini memang tidak mengecewakan lebih 70 orang hadir terdri daripada golongan belia, beliawanis,wanita dan orang veteran turut bersama.

Pengisian pada malam tersebut amat mencuit hati dengan fokus perbincangan berkaitan Remaja dan Cabaran.

Program dimeriahkan dengan Cabutan Nama Bertuah yang disumbangkan oleh YB Dato Mahmud Zakaria yg juga merupakan Ketua Cawangan Jalan Bukit Panchor.
Turut hadir Hj Rashidi Zinol, Nor Azman Jamil, Hashim Chik dan Ishak Shafiee (Pengerusi JKKKP Jalan Bukit Panchor).
Sekalung Penghargan kepada Sdr Nor Azman Jamil dan Sdr Sazalie Salleh (Pengerusi Belia 4B Jalan Bukit Panchor) yg telah berjaya menggerakkan program tersebut.

Posted in Labels: | 5 comments

Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Mahmud yang sungguh meriah!














9 Januari 2011, PPUBNT telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud bin Zakaria bertempat di Gelanggang Serbaguna Rakyat,Sungai Acheh.
Walaupun pertandingan ini dijalankan secara tertutup dimana penyertaan hanya dibuka kepada pasukan yang berada dalam DUN Sungai Acheh sahaja, penyertaan amatlah menggalakkan dan melebihi sasaran pihak penganjur dimana 40 pasukan pelbagai kaum telah berdaftar untuk menyertainya.

Pemenang-Pemenang kejohanan adalah seperti berikut:

Johan : Pasukan Sungai Setar
Naib Johan : Pasukan Tanjung Berembang
Ketiga : Pasukan Jalan baru, Sungai Acheh
Keempat : Pasukan Taman harapan

Terima Kasih kepada YB Dato kerana sudi menaja sebahagian dari perbelanjaan untuk mengadakan pertandingan ini.

InsyaAllah, dari masa ke semasa PPUBNT akan terus menganjurkan program seperti ini dan PPUBNT telah merangka untuk mengadakan pertandingan ini di DUN Sungai bakap dan DUN jawi pada Februari bagi membuktikan bahawa PPUBNT akan senantiasa mendekati anak muda di Bahagian Nibong Tebal.

Posted in Labels: , | 5 comments

Majlis Penyerahan Jersi untuk Pertandingan Futsal Piala Dato Mahmud anjuran PPUBNT / Majlis Penerangan Pemuda

7 Januari 2011, Bertempat di Dewan PERDA Sungai Acheh, telah diadakan Majlis Penyerahan Jersi Bolasepak sempena pertandingan futsal Piala YB. Dato Mahmud Bin Haji Zakaria, anjuran Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal. Penyerahan jersi adalah sebanyak 21 set kepada persatuan-persatuan belia serta pasukan futsal dan bolasepak yang berada dalam DUN Sungai Acheh.

Sebanyak 40 pasukan telah menyerahkan borang penyertaan pada malam tersebut untuk permainan akan berlangsung pada 9 Januari 2011. Cabutan undian perlawanan juga diadakan pada malam tersebut.

Dalam ucapan YB. Dato pada majlis tersebut, Beliau amat berpuas hati dengan jumlah penyertaan yang amat menggalakan itu dan akan terus memberikan komitmen serta perhatian terhadap golongan pemuda di dalam Kadun Sungai Acheh.

Pada malam tersebut juga turut diadakan penyerahan borang keahlian Umno oleh 5 orang bekas pemimpin pelajar SMKSA mewakili rakan-rakan 'batch' mereka.




Posted in Labels: , | 4 comments

Komen Dato' Non sebagai Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri PP terhadap Si Rasis Ng Wei Aik


DAP hari ini terserlah sebagai parti perkauman tulen yang hanya membela nasib golongan tertentu dan bukannya menjadikan agenda pembelaan untuk seluruh rakyat sebagai tumpuan utama mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata peristiwa yang berlaku terhadap pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar semasa operasi penyitaan di premisnya mengesahkan apa yang tersirat selama ini.

Menurut beliau, jika benarlah apa yang didakwa oleh pengusaha restoran berkenaan bahawa Adun Komtar, Ng Wei Aik menggunakan kata-kata kesa ketika operasi berkenaan, ianya satu penghinaan yang melampau dan tidak menggambarkan apa yang dicanang oleh Kerajaan negeri pimpinan DAP hari ini.

“Ini bukan sahaja penghinaan kepada kaum India malah menunjukkan bahawa DAP ini adalah parti “racist” tulen. Sebenarnya bangsa India dipandang sinis di dalam parti terbabit. Kenapa saya katakan begitu. Bukankah sebelum ini Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran tewas dalam pemilihan jawatan di negeri berkenaan

Posted in Labels: | 0 comments

Kejohanan Badminton Tertutup Pemuda Sungai Bakap

Antara Aksi Permainan

Sdr Amiruddin, Setiausaha PPUBNT menyampaikan hadiah kepada para pemenang

Bergambar Beramai-Ramai

PPUBNT dengan kerjasama Pemuda Cawangan Sungai Bakap dan Ara Damai mengambil insiatif untuk menggerakkan aktiviti anak muda di kawasan Sungai Bakap. Pertandingan Badminton Tertutup ini telah disertai oleh 24 orang pemain yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman kesumba, Permatang Ara, Sungai Bakap.

Tujuan dianjurkan program ini adalah sebagai satu pendekatan untuk memberi daya tarikan kepada para pemain yang rata-rata masih belum menjadi ahli pemuda UMNO dengan menonjolkan bahawa PPUBNT sentiasa turun ke akar umbi untuk bersama-sama anak muda dalam apa jua aktiviti.

Terima Kasih kepada YB Dato' Mahmud yang sudi menyumbangkan peralatan badminton seperti bulu ayam dan jaring untuk bersama-sama menjayakan program ini

Posted in Labels: | 1 comments

Tayangan Skrin besar Final Piala Suzuki dan Santai Bersama Pemuda









Program Menonton Final Piala Suzuki PPUBNT ini dianjurkan dengan kerjasama YB Dato' Mahmud Zakaria, UMNO Cawangan Taman Ilmu dan KRT Taman Ilmu ini telah diadakan di Dataran Ilmu, di Taman Ilmu DUN Sungai Acheh.


Alhamdulillah, sambutan dari penduduk taman amat menggalakkan kira-kira 200 orang penduduk bersama-sama memeriahkan memberi sokongan kepada pasukan harimau malaya untuk mencapai kemenangan.. Lelaki,wanita,tua,muda tidak ketinggalan bersama-sama memeriahkan program ini. Hasrat YB ADUN Sungai Acheh bersama PPUBNT untuk bersama-sama penduduk nampaknya tercapai dengan rata-rata memuji usaha penganjur yang menyediakan ruang bagi penduduk untuk beramah mesra dan berinteraksi dalam kelompok kejiranan mereka.

Posted in Labels: | 11 comments

Konvoi Amal Bersama Anak Muda Kampung Kepala Gajah

SINAR HARIAN- Sila Klik Pada Keratan akhbar untuk lebih jelas

Para Peserta Mendengar Ucapan dan Nasihat dari YB Dato' Mahmud Zakaria

Bergambar beramai-Ramai


Majlis Pelepasan Konvoi



Posted in Labels: | 7 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...