Showing posts with label Dato' Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Dato' Mahmud. Show all posts
Kejohanan Futsal Piala YB Dato' Mahmud yang sungguh meriah!
Posted On Jan 13, 2011 at at Thursday, January 13, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal9 Januari 2011, PPUBNT telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala ADUN Sungai Acheh, YB Dato' Mahmud bin Zakaria bertempat di Gelanggang Serbaguna Rakyat,Sungai Acheh.
Walaupun pertandingan ini dijalankan secara tertutup dimana penyertaan hanya dibuka kepada pasukan yang berada dalam DUN Sungai Acheh sahaja, penyertaan amatlah menggalakkan dan melebihi sasaran pihak penganjur dimana 40 pasukan pelbagai kaum telah berdaftar untuk menyertainya.
Pemenang-Pemenang kejohanan adalah seperti berikut:
Johan : Pasukan Sungai Setar
Naib Johan : Pasukan Tanjung Berembang
Ketiga : Pasukan Jalan baru, Sungai Acheh
Keempat : Pasukan Taman harapan
Terima Kasih kepada YB Dato kerana sudi menaja sebahagian dari perbelanjaan untuk mengadakan pertandingan ini.
InsyaAllah, dari masa ke semasa PPUBNT akan terus menganjurkan program seperti ini dan PPUBNT telah merangka untuk mengadakan pertandingan ini di DUN Sungai bakap dan DUN jawi pada Februari bagi membuktikan bahawa PPUBNT akan senantiasa mendekati anak muda di Bahagian Nibong Tebal.





