Fakta yang disembunyikan disebalik kenaikan tarif air di P.Pinang.
Posted On Oct 7, 2010 at at Thursday, October 07, 2010 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalPembohong serta putarbelit semakin sinonim dengan nama Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng. Setiap isu yang timbul berkaitan dengan Setiausaha DAP ini, pasti berbaur pembohongan dan ayat-ayat mengelirukan rakyat seolah-olah ada agenda tersembunyi disebaliknya.
Sebelum ini saya telah mendedahkan tentang kisah disebalik kenaikan tarif air di P.Pinang yang dikatakan sebagai langkah penjimatan dan hukuman bagi rakyat P.Pinang yang suka membazir air.
Dan ini adalah lanjutan tentang artikel tersebut mengenai kemusykilan yang berlaku didalam Perbadanan Bekalan Air P.Pinang yang tidak diketahui umum.
Sebelum menaikkan tarif air di P.Pinang, Lim Guan Eng serta kerajaan DAP negeri ternyata menyembunyikan fakta sebenar kedudukan kewangan PBAPP. Penurunan keuntungan selama dua tahun berturut-turut yang dialami oleh PBAPP semenjak diambil alih oleh DAP dari Barisan Nasional, langsung tak didedahkan malah seboleh-bolehnya ditutup bagi mengelakkannya diketahui umum.
Kedudukan kewangan PBAPP bagi tahun 2008 dan 2009 telah menunjukkan bahawa keuntungan yang diperolehi oleh Perbadanan berkenaan merosot dengan teruk sejak DAP campurtangan didalam pengurusan PBAPP.
Namun, apa yang menghairankan ialah, tindakan Lim Guan Eng yang tetap menaikkan elaun yang diterima oleh Lembaga Pengarah PBAPP pada setiap tahun. Untuk pengetahuan semua, Lim Guan Eng sendiri ialah Pengerusi Lembaga Pengarah PBAPP.
Sebab itulah lakonan Ketua Menteri P.Pinang ini yang mahu rakyat berjimat dengan menaikkan tarif air merupakan satu pembohongan besar. Ini kerana, dia sendiri tak tahu berjimat dan boros menghabiskan wang PBAPP.
Jika dirujuk kepada laporan tahunan kewangan PBAPP, revenue Perbadanan Bekalan Air P.Pinang tidak selari dengan keuntungan bersih yang diperolehinya pada tahun 2008 dan 2009. Sedangkan, tahun 2007 dan sebelumnya, revenue PBAPP dan keuntungan bersihnya sentiasa stabil.
Dan saya telah katakan didalam artikel sebelum ini bahawa PBAPP sendiri telah mengatakan bahawa salah satu punca kemerosotan teruknya adalah dari beban perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh mereka.
Inikah yang Lim Guan Eng dan DAP P.Pinang katakan sebagai pemerintahan Cekap, Adil dan Telus?
Ketidak cekapan serta kedungguan bekas akauntan DAP ini sedang menghukum rakyat negeri P.Pinang melalui PBAPP. Apakah ini yang Lim Guan Eng katakan sebagai gaya pemerintahan Khalifah Umar dengan “merompak” hak rakyat.
-Che Wan-