BN memang dua pertiga DUN Sarawak: Sekali lagi impian kosong Anwar terkubur
Posted On Apr 16, 2011 at at Saturday, April 16, 2011 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Walaupun berdepan saingan sengit, Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan negeri Sarawak selepas menguasai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya negeri ke 10.
Komponen BN memenangi 55 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Jumlah itu, bagaimanapun merosot kerusi berbanding 63 kerusi yang ada sebelum ini.
Pakatan pembangkang yang optimis dapat menafikan majoriti dua pertiga BN hanya memperolehi 15 kerusi – meningatkan tujuh sebelum DUN Sarawak bubar 21 Mac lalu.
DAP memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi dan PKR pula hanya tiga kerusi daripada 49 kerusi.
Antara kawasan dimenangi DAP adalah di Bukit Assek, Dubong,Pelawan, Piasau, Pujiot dan Kidurong.
PAS yang menaruh harapan menang di DUN Beting Baro juga tewas termasuk empat kerusi lain yang ditandingi.
Satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas George a/k Lagong di DUN Pelagus.
Bekas Adun PKR DUN Padungan, Dominique Ng kim Ho yang bertanding tiket Bebas di kawasan sama turut kecundang.
SNAP yang dijangka memberi tentangan gagal disemua 26 kerusi yang ditandingi.
Parti Cinta Malaysia (PCM) juga tewas kesemua enam kerusi yang ditandingi buat kali pertama dalam pilihanraya.
Di pihak BN pula, Ketua Menteri yang juga Presiden PBB, Pehin Sri Taib Mahmud menang di Balingian dengan majoriti 5,302 selepas menewaskan dua pencabarnya dari PKR dan Bebas.
Walaupun jadi modal utama pembangkang kerana 30 tahun jadi Ketua Menteri, majoriti beliau hanya merosot sedikit kerana pada 2006, beliau mendapat majoriti 5,726 undi.
Presiden PRS Datuk Seri James Masing menang di DUN Baleh manakala Presiden SPDP Datuk Seri Willian Mawan juga menang di DUN Pakan.
Bagaimanapun, Presiden SUPP George Chan tewas kepada calon DAP Ling Sie Kiong di DUN Piasau.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang diuar-uarkan bakal Ketua Menteri baru jika pembangkang menang Berjaya memenangi kerusi Bakalalan.
Beliau menewaskan calon BN Willie Liau. PKR turut menang di DUN Batu Lintang dan Tebedu.
Pilihanraya Sarawak kali ini dianggap paling sengit dengan BN berkempen untuk Transformasi manakala pembangkang pula bercadang Ubah negeri itu.
Pasti paling menerima tamparan Ketua Pembangkang Datuk seri Anwar Ibrahim yang adakan sidang media sehari sebelum pengundian membayangkan pembangkang bersedia membentuk kerajaan baru di Sarawak tetapi semua itu hanya impian dan angan-angan kosong.
Bagi BN pula, walaupun kekal dengan majoriti dua pertiga tetapi dengan kehilangan 16 kerusi kepada pembangkang dan Bebas, ianya signal bahawa wakil rakyat yang baru dipilih perlu bekerja lebih kuat untuk kepentingan rakyat bukan individu.
Cabaran besar tentunya pada pilihanraya umum yang mungkin diadakan akhir tahun atau awal tahun depan.
Jika Transformasi gagal dilaksanakan dalam tempoh itu, dikhuatri pengundi Sarawak bersedia mengubah sokongan pada pilihanraya umum kelak.
2006 pembangkang sarawak 8 kerusi
2011 pembangkang sarawak 15 kerusi
PRU 13 pembangkang sarawak 30 kerusi ? hilang 2/3 majoriti
Apapun syabas di ucapkan kepada dap dan pkr sebab dapat menang 15 kerusi walaupun berhadapan dengan BN yg taboq 500 juta kat sarawak.
BN Sarawak sekarang nih hanya berkuasa kat kawasan ulu kampung di sarawak, kawasan bandar yang ada internet di kuasai oleh DAP.
hang makan le babi panggang dgn lim guan eng barua cina...
pastu bagi jubuq hitam hang kt anwar bg dia balas...bru jd pkatan haram jadah
cuma tinggal melayu/orang asal dok kat rumah panjang aje yg sokong bn...(tu pun nak pupus dah puak org tua2)
kesian bn.....
penduduk bandar/pinggir bandar dah tak kelapaq ngan bn.....
kesian bn.....
apa komplot ketua pemuda umprono pesembur786 yg baru?
nak bawa keranda lagi ke?
nak sapot bas bawa pecacai umprono rm30 nie buat demo?
tak pun nak buat kelas bahasa tamil untuk pemuda umprono ppinang?
kesian umprono ntebal....
nampak gayanya umprono kena 4-0 pada pru13 nanti....
Analisis Pilihanraya Sarawak...Siapa yang menang ....siapa pulak yang kalah .
Pilihanraya DUN Sarawak dah pun tamat dan disini diharap mod dapat izinkan saya menghuraikan pandangan saya tentang siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Terbukti BN masih menguasai negeri Sarawak yang mengandungi satu per lima dari jumlah keseluruhan kerusi Parlimennya. Taib Mahmud ni ternyatalah bukannya sorang tua yang dah nyanyok tetapi sorang yang memang cerdik sungguh. Dia ni memang handal dalam permainan politik kat Sarawak, kalau tak takkanlah dia boleh menyerahkan fixed deposit selama 30 tahun kepada BN di semenanjung, betui tak ?
Kalaulah dahulu presiden UMNO yg terkuat, Chedet sendiri pun tak sanggup suruh si Taib untuk mengundur diri, apa korang ingat Najib atau org UMNO yang lain ada teloq ka nak suruh Taib resign ? Masa si Taib start perintah negeri Sarawak, kebanyakkan ahli politik yg suruh dia resign tu samada masih belum lahir lagi ataupun masih dok pakai pampers lagi :) .
Pengundi, terutamanya yang berada di pendalaman masih lagi berada genggaman kuat Taib..pasai tu la parti PBB dia tu menang kesemua 35 kerusi yang di pertandingkan. Ishhh...memanglah confirm yang pengundi kawasan pendalaman ni happy sangat jadi hamba kepada Taib.
Ada laporan yang mengatakan BN telah menghabiskan 500 juta semasa pihanraya ini sebagai projek-projek yang di janjikan dan utk membeli undi dari serendah RM20 hingga RM300 hinggit kepada setiap pengundi yg miskin dan buta huruf di daerah Dudong, RM1,000 hinggit setiap sorang di daerah Meradong dan RM7,000 setiap sorang di Ba'kelalan. Nampaknya pihak pembangkang tak ada can langsung nak celen BN bila berhadapan dengan pembelian undi apatah lagi dengan duit yang macam nih punya gedabak besaq. Memang sah hancuss pembangkang kalau cam nih kalau BN taboq duit ratusan juta.
Jom kita lihat siapa yang menang dan siapa pulak yang kalah berpandukan kepada keputusan yang PPUNT buat. Lain kali jangan la copy and paste bro...buat la analisa sendiri cam aku buat nih..baru la blog banyak traffic heh heh.
1. Menteri Besaq Taib Mahmud (Menang)
Tabik spring aku buat MB Taib Mahmud. Memang aku benci kat Taib , tapi aku akui yang Taib nih memang terer tahap dewa. Apa tak nya, Taib nih teruih angkat sumpah jadi MB tak sampai pun sejam lepas confirm menang majoriti mudah di Sarawak. Taib wai-wai dah tau si najib punya plan nak buat upset ambik org lain jadi MB dan paksa Taib pencen awal. Tu la Najib...la nih si Taib dah pun angkat sumpah jadi MB dan parti PBB pulak sapu bersih 100% semua kerusi...memang jangan harap laa org BN ataupun Najib yang berani suruh Taib berhenti. Nak bagi sedapkan hati Najib, Taib pun boleh sound yang dia akan resign dalam masa 2 atau 3 tahun lagi.
Sah - sah la tarak siapa pun dari BN lepaih nih akan akan berani sound Taib lagi untuk resign. Hebat betui Si Taib nih.
Bila Najib kelam kabut dan pi camping kat Sarawak utk tolong Taib, aku tengok si Taib tu cool aje. Apa taknya, Najib dah gelabah tahap gaban bila dapat laporan dari SB yang Sarawak dah goyang. Taib dah tau benar yang Najib tak sanggup hilang 2/3 majoriti. Kalau majoriti 2/3 BN hilang, naib PM si mat sembab akan paksa Najib pencen awal ....sama macam Najib kenakan Pak Lah dulu masa PRU 12.
Sekarang ini kalaulah BN try nak paksa si Taib pencen awal, Taib akan pastikan Najib takkan dibayar satu sen pun dari fixed depositnya. Andaikata kalaupun Najib berjaya jugak, Taib Mahmud anytime boleh buat lompat katak join Pakatan.
Dalam tangan Taib Mahmud sekarang ada 35 kerusi Parlimen yang membolehkannya menentukan siapa yang pegang kuasa kat Malaysia nih. Kalau dia boleh jentik Mahathir 30 tahun dulu sudah pastinya dia boleh jentik si Najib ..tarak hal punya pasai si Najib lagi la lemah banding dengan Mahathir. Kalau BN tekan si Taib lagi sampai dia tak boleh tahan, Taib anytime boleh join Anwar dan Pakatan Rakyat...sah sah Anwar jadi PM jugak nanti kalau Najib (atau Rosmah) dok press si Taib.
sambung esok.
bodo punya Def Leppard.. bila masa plak taib mahmud ada 35 kerusi parlimen.. apa punya bengong la hang nie.. tu la.. org suruh p ngaji, hang p main guli.. 35 kerusi DUN la.. pasai apa plak kerusi DUN bleh ubah nasib malaysia... bengong sungguh la hang nie.. hang p ngaji dlu la pasal politik nie.. aku rasa pakatan haram jadah nie x ajaq abis kt pengikut2 dia nie.. sampai kerusi DUN dgn kerusi parlimen pun xtau dah..
nie aku nk ajaq skit kat hang Def Leppard oii..
kerusi DUN = menentukan sapa yg akan perintah negeri itu..
kerusi parlimen = menentukan siapa yg akan perintah NEGARA itu..
ada paham?????
bodo punya statement..
ingat ka cerdik pandai pakatan haram jadah nie pandai sgt.. rupa2nya memang bodo..
patut la pun anwar bleh dok pemohong hangpa mcm tu saja.. aku ingat kalu anwar kata babi tu lembu, hangpa pun percaya n mkn la babi tu..
utk ppunt, teruskn niat murni anda demi kelangsungan anak bangsa..
insyaallah.. ALLAH melihat setiap perkara baik yg anda lakukan..
mana gi def leppard,kata nak sambung,kita punya laaaa tunggu,
nak baca cerita...
dr org bodoh,yg x sedar dirinya bodoh,tapi lagak pandai,akhirnya bawa cerita yg memang menunjukkan dia bodoh,yg syoknya pakai nama cam spy,tapi itulah sebenarnya perangai manusia yg x sedar diri.
pd def leppard,ni nak nasihat sikit p belajar politik sikit,belajar juga jadi pemimpin dikampung kaaa atau mana2 pertubuhan, pastu baru laa masuk diskusi dgn pemuda umno nt,baru ada umh.....kita berbicara dgn ilmu dan pengalaman.
baru kita boleh salahkan mana2 pihak dgn beri cadangan yg membina,bari kita digelar manusia yg bertanggungjawab,akhirnya kita jadi bangsa berfikir....dan banyak zikir,
Alamak..betui aaa...ada silap....ha ha ha ..pembetulan...sepatutnya DUN dan bukan Parlimen..
Sambungan bahagian kedua tentang siapa yang menang dan sia[a yang kalah dalam pilihanraya negeri sarawak baru-baru ini
2) Parti Pembangkang DAP (Menang)
DAP telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan setelah berjaya mencilok 12 dari 15 kerusi yang dipertandingkan - kelas gitu...pasai peratusan kejayaannya adalah 80%. Tambah pulak DAP telah berjaya dengan cemerlangnya menggandakan 6 buah kerusi yang dimilikinya pada pilihanraya negeri terdahulu tahun 2006. Walaupun BN mendapat majoriti 2/3, undi popular BN sebenarnya telah melingkup dari 62.93% kepada 55.24% dengan kebanyakkan merosotan undi berlaku di kawasan bandar dimana DAP telah menang dengan majoriti yang amat besar sekali. Hebat..memang hebat.
Sepatutnya, penduduk kawasan bandar ini sepatutnya telah mengundi parti pembangkang macam DAPsejak dulu lagi. Korang nak tau tak pasai apa ? Logiknya di sini amatlah mudah...korang ingat kerajaan sanggup ka membiarkan bandar-bandar atau negeri-negeri seperti Kuala Lumpur, Penang, Selangor, Johor, Kuching, Kota Kinabalu, Sibu dll tanpa sebarang projek pembangunan walaupun bandar-bandar ini dah jatuh ke tangan parti pembangkang ? Mudah aja jawapannya...org BN terutamanya UMNO mesti tau punya. Jawapannya ialah kalau tak buat sebarang pembangunan di kawasan bandar, maka taraklah lagi projek....dan taraklah lagi fulus masyukk..dan terngangalah lagi segala jenis dan keturunan kontraktor ali baba UMNO ..betul tak ? :) . Kering kontang poket camnih..
Sebaliknya pulak, kalau penduduk bandar memberikan undi kepada parti pembangkang, maka akan bertambah banyak lagi projek dan juga pembangunan yang akan di usul dan di jalankan kerana kerajaan pusat sudah tentulah nak tunjuk yg depa power dan ingin menyaingi dan ingin membuktikan kepada pengundi yang BN boleh membawa pembangunan. Dalam hal ni, saya ucapkan Syabas dan tahniah kepada DAP kerana telah berjaya membuat Penang sebagai sebuah contoh yang terbaik bahawa pembangkang memang boleh memimpin sebuah negeri .....malah lebih baik lagi dari puak BN yang terdahulu.
Kenyataan akhbar pro-kerajaan, Utusan Malaysia sebenarnya adalah tepat kerana menasihati Najib dan BN supaya mengendahkan golongan Cina kerana mereka sudah tidak lagi menyokong parti BN dalam pilihan negeri sarawak kali ini. Sebab utama ialah kerana penduduk Cina yang merupakan kaum majoriti dikawasan bandar dah buat keputusan untuk mengundi pembangkang iaitu DAP, pasai depa semua dah fedup habis KM Taib Mahmud. Korang ingat depa tak tau ka akibatnya....mesti lah depa tau ..tapi kali nih depa semua dah tak boleh tahan dah....lagi pun kaum Cina semua dah tau sangat yang kaum Cina boleh hidup tanpa memerlukan sebarang hak istimewa, bumi kuota, kontrek dari kerajaan.
Ha ha..korang tentulah nak tau apsal kerajaan tak ikut cakap Perkasa suruh penduduk Cina ni semua pi terjun laut dan balik Tongsan ? Mudah saja sebabnya....pasai bangsa Cina ni lah yang dok bayar lebih dari 90% dari jumlah keseluruhan cukai yang kerajaan dok kutip. Bro..fakta ni si Mahathir sendiri yang habaq dulu. Sebenarnya, walaupun 80% dari jumlah pengundi Cina memihak kepada pembangkang, BN masih lagi berupaya untuk membentuk kerajaan pusat..itu dah memang pasti. Tapi aku teringin betui nak tengok si Najib ni....mau ka dia ikut nasihat Utusan ? Ha ha ha..
sambung bahagian 3 esok.
Sambungan
3) Pembangkang PKR (Menang dan Kalah)
Pada pendapat aku, parti PKR boleh di diterima sebagai menang tapi pada masa yang sama juga kalah. Dari segi jumlah kerusi, PKR jelas menang pasai dapat memenangi 3 kerusi...up dari 1 kerusi saja pada tahun 2006..ini merupakan penambahan prestasi sebanyak 200%. Walaubagaimanapun, kalau kita membuat analisis dari segi kadar kejayaan, PKR ni hanya mampu dapat 3 kerusi dari jumlah 49 yang di pertandingkan....hanya 6% dari segi kadar kejayaan. Yang nih aku sendiri terpaksa mengaku yg ianya sungguh la memalukan.Jangan la tamak haloba nak celen kat semua DUN...nah ni la akibatnya. Parti SUPP yg kena sembelih hidup-hidup oleh DAP pun dapat jugak 32% kadar kejayaan.
Jelasnya, strategi pembangkang yang dok mencanang isu-isu seperti rasuah, kebebasan berugama, hak tanah org asli tidak mempunyai sebarang kesan di kawasan pendalaman Sarawak. Memanglah secara keseluruhannya PKR telah berjaya mengurangkan majoriti BN di beberapa kawasan majoriti org asli akan tetapi ianya masih tak cukup power untuk menimbulkan satu tsunami. Tambah pula, hanya org asli yg menetap di kawasan berdekatan dgn bandar yang mempunyai kemudahan kepada infrastruktur dan internet sahaja yang mengalihkan undi mereka kepada pembangkang.
Di sini, Anwar sepatutnya lebih mengetahui bahawa orang asli di kawasan pendalam tak ambil peduli pasal isu rasuah (Anwar..hang dah berapa tahun jadi menteri dalam kerajaan dulu ...takkan hal nih pon hang tak tau ?) . Sebabnya, org asli nih dah hidup dengan rasuah yang diberikan oleh Taib sejak 30 tahun dulu....jadi camna lah mentaliti depa semua nih nak berubah dengan begitu cepat. Org asli ni semua dah boleh di katakan telah ketagih kepada rasuah dan pilihanraya merupakan satu-satunya jalan untuk depa-depa nih semua nak kaut duit yang turun macam hujan kat rumah panjang depa. Pasai tu la jugak yang si Taib boleh cool time pilihanraya bukan macam Najib yang gelabah bewak. Taib ada formula yang gerenti utk menang.....duit kasi turun last minit sekali campoq dengan janji untuk bawak masuk pembangunan. Dengan formula nih, Taib ternyata masih belum pernah kalah lagi di Sarawak. Memang si Taib nih hebat..cayalah.
Di sini Pakatan perlu di ingatkan supaya tidak bermegah-megah dengan kejayaan memperolehi 15 buah kerusi. Pakatan telah menunjuk satu prestasi yang baik dan telah berjaya memporak-perandakan jentera BN. Ada kemungkinan bahawa keputusan piliharanraya ini akan lebih memihak kepada Pakatan jika ianya mengambil haluan yang lebih pragmatik dan cekap didalam hal pembahagian kerusi yang ingin ditandinginya. Perlu dinyatakan juga bahawa amatlah sukar untuk menyekat BN dari mendapat 2/3 dari majoriti apatah lagi untuk mengalahkan lagi BN di sarawak. Saya menyarankan PKR agar mula menghabiskan masa dan tenaga yang lebih banyak pada bahagian akar umbi mulai dari sekarang....dengan memberitahu dan mendidik orang asli supaya tidak lagi mengundi BN yang korup secara membabi buta. Masanya masih belum terlambat untuk mendidik orang asli cara-cara untuk menangkap ikan untuk diri mereka sendiri makan dan bukannya pulak mereka menangkap ikan untuk bagi BN makan.
Sambung bahagian 4 esok.
6) SUPP (kalah)
Yang kalah dengan paling teruk sekali tentulah SUPP dimana presidennya George Chan kena belasah kaw-kaw oleh DAP melalui Ling Sie Kiong sebanyak 1,590 undi di Piasau. Sama juga dengan parti dalam gabungan BN di semenanjung seperti Gerakan, MCA dan MIC yang kalah teruk dalam PRU 12, George telah menyalahkan BN kerana bertindak lambat dalam memperbaiki polisi yang tidak adil dan tidak saksama (unjust and unfair policies). Skripnya sama saja anatara SUPP,Gerakan,MCA dan MIC ....bila kalah kerusi semua salahkan BN.
Bezanya dgn Gerakan ialah parti Gerakan dan lenyap terus di semenanjung, tapi Supp masih ada lagi kawasan DUN. Prestasinya lebih baik lagi dari Gerakan di bawah KOh Tsu Koon. Dan Koh Tsu Koon pulak masih ada hati nak bagi nasihat kepada BN untuk apa yg perlu di buat di Sarawak selepas pilihanraya tersebut. Apapun, George Chan patutlah pencen terus dari politik setelah menerima kekalahan teruk ini. Dia masih boleh lagi pi jumpa Taib Mahmud untuk dapatkan projek sebab anak pompuan dia menikah dengan anak lelaki Taib.
7) SNAP (kalah)
Kalaulah benar SNAP adalah Trojan Horse untuk BN kalau ia menang dengan besar ternyatalah tidak benar. Snap telah melingkup dengan cemerlangnya apabila kesemua 26 wakilnya kecuali Toh Heng San telah hilang wang deposit 5 ribu setiap sorang. Eloklah SNAP bergabung dgn DAP, kalau tak gerenti terkubur.
8) Perempuan (menang)
Daripada 16 calon perempuan yang bertanding, 7 telah berjaya masuk kedalam dewan negeri. 4 adalah dari BN - Fatimah Abdullah, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Simoi Peri dan Rosey Yunus yang mengekalkan kerusi. Pembangkang dari DAP pula menambahkan jumlah tersebut apabila 3 dari 4 calon wanitanya menang. Ketiganya ialah Violet Yong di Pending, Ting Tze Fui di Meradong dan Christina Chiew di Batu Kawah.
Bahagian terakhir
9) Barisan Nasional (kalah)
Aikk ? Camna pulak BN kalah pasai BN bukan saja menang negeri sarawak tapi juga mendapat majoriti 2/3 ? Senang aja jawapannya.
1- Undi popular BN turun banyak dari 62.93% ke tahap 55.24%.
2- BN juga kehilangan 8 lagi kerusi (6 kepada DAP dan 2 kepada PKR) yg kebanyakkan di kawasan bandar kepada Pakatan Rakyat.
3- PM Najib Nazak terpaksa kensel semua meeting kabinet untuk menyelamatkan sarawak dari lebih parah (mengikut report dari SB).
Jika benar laporan yg mengatakan bahawa BN telah menghabiskan sebanyak RM500 juta utk pilihanraya negeri ini....maka ingin aku katakan bravo dan well done kepada Pakatan Rakyat. Aku rasa kebanyakkan ahli UMNO di sini akan kata..Najib lah yang menang dan telah menyelamatkan Sarawak...hmm korang fikir la...si Najib hanya mengfokus pada kawasan bandar dan macam tu pun BN boleh kalah lagi 8 kerusi kat sana. Org bandar sarawak dah ludah kat muka Najib laa sebab depa semua tak ambik peduli janji-janji manis Najib dan kuja ugutan darinya tentang penduduk cina krang perwakilan.
Dari segi perfomance, BN turun 11.3% sebab kurang kerusi dari 62 kepada 55. Sebaliknya, performance pembangkang amat mantap...naik 87.5% ..dari 8 kerusi kepada 15 sekarang. Aku nak tanya korang, kalaulah BN dan pembangkang adalah saham di bursa malaysia, yang mana satu yang korang nak beli kalau di lihat dari segi performance ?
Persoalannya sekarang ini ialah, adakah Najib akan membuat PRU 13 dalam tahun ini juga ? Berpandukan pada keputusan pilihanraya sarawak, Najib pastinya akan berbuat demikian. Najib hanya risaukan yang pengundi cina begitu degil dan teguh sekali dengan pembangkang..bukan sebab org cina suka pembangkang, tetapi sebab org cina masih benci kepada BN. Kata-kata Najib yang kononnya komuniti cina telah kembali beramai-ramai ke pangkuan BN ternyatalah salah...jauh panggang dari api la Najib ooi.
Kalau Najib katakan bahawa komuniti India pulak telah kembali ke BN, aaa...yang ni aku setuju sangat...PPUNT pun di terima oleh mic sahaja..org cina haram tak mau dah umno he he . Apapun, berpandukan kepada fakta-fakta dari sarawak, najib memang anytime boleh buat pilihanraya umum tahun ini. Tapi persoalannya ialah...adakah Najib berani ? Apa lagi butir-butir dalam laporan dari SB memberitahu najib ? 1 Malaysia Najib ternyata tidak berkesan ....kepada komuniti Cina.
Baru aku terperasan yang bahagian no 4 & 5 masih belum di buat...Sepatutnya ada 9 sebab untuk siri analisa siapa yang menang dan siapa yang kalah....
Ok bro...di bawah ni saya letakkan analisa yang tertinggal sebelum ini.
4) Pengundi di kawasan pendalaman / Orang asli (Kalah)
Secara ringkasnya, depa-depa nih dapat la 2 - 3 ratus ringgit sorang, tetapi realitinya ialah mereka telah kehilangan satu peluang keemasan demi untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik. Mereka ini akan tetap hidup di pendalaman tanpa sebarang kemudahan asas seperti bekalan air yang bersih, elektrik, perkhidmatan perubatan, jalan bertar dll. Di sini juga kita di sarankan agar jangan mudah untuk melabelkan orang asli ini sebagai bodoh & bangang yang memang patut tanah mereka dirompak oleh Taib, kerana kita seharusnya menghormati pilihan yang telah mereka buat. Tiada siapa pun yang boleh membantu mereka jika mereka sendiri yang memilih untuk mendapatkan 2 - 3 ratus ringgit (yang tahan utk beberapa bulan shj) dan pada masa yang sama melepaskan peluang untuk penyelesaian masalah mereka dalam jangkamasa yang lebih panjang. Apa boleh buat...biaq pi la kat depa.
Ingat tak bahawa kebanyakkan pengundi di Penang dan juga pengundi di negeri-negeri semenanjung yang maju dengan kemudahan teknologi dan maklumat pun termasuk dalam kategori bodoh dan bangang kerana terus-menerus mengundi untuk BN untuk sekian lama.....sehinggalah Tsunami pada Mac 2008. Dengan mengambil kira fakta ini sebagai kayu pengukur, pendapat saya ialah orang asli di sarawak akan mengambil masa yang lebih panjang lagi sebelum mereka sedar dan mahu berubah. Sudah tentu ianya melibat proses pilihanraya negeri untuk beberapa kali lagi...hmm panjang lagi nih. Mungkin benar bahawa majoriti orang asli memang suka dan mengalu-alukan Taib untuk terus merompak tanah mereka untuk tempoh 5 tahun lagi.
5) Kawasan Bandar (menang)
Seperti yang telah saya katakan dalam sebab no (2) pada analisis saya sebelum ini, pengundi-pengundi di seluruh kawasan bandar di Malaysia sepatutnnya telah membuat langkah pertama dengan mengundi pembangkang untuk tujuan mewujudkan sistem 2 parti. Sistem 2 parti ini bukan sahaja akan bertindak sebagai sistem untuk memeriksa dan pengimbang (check & balance) dengan lebih berkesan tetapi juga untuk memberhentikan amalan rasuah dari terus berkembang.....jika tidak lihatlah apa yang terjadi sekarang ini dimana tanah org asli boleh dirompak / dirampas sesuka hati oleh pemimpin mereka sendiri di sarawak. Pengundi kawasan bandar juga tidak perlu risau kerana kerajaaan gerenti tidak akan memberhentikan sebarang aktiviti pembangunan di kawasan bandar mereka ......kerana projek-projek masih perlu di jalankan untuk menarik masuk pelaburan (untuk mendapatkan rasuah).
Sekarang ni, Taib Mahmud dan pemimpin BN tengah sibuk keluar statement mengatakan tentang kehilangan wakil kaum cina dan komuniti cina telah di pinggirkan. Tapi bro...tu semua gimik murahan yang dicipta semata-mata untuk menakutkan dan memaksa pengundi cina untuk mengundi BN di masaka akan datang. Nak tau apa sebabnya ? Gimik ini tidak akan menjadi melainkan Taib menghantar sejumlah besar bulldozer untuk meratakan bandar-bandar di Kuching, Sibu, Miri dan semua bandar yang di menangi oleh pembangkang. Lihat saja di negeri kita Penang, pelaburan luar tetap bertambah, aktiviti perniagaan masih berjalan lancar, projek pembangunan pun pun bercambah banyak.... Segala aktiviti perniagaaan di bandar-bandar ini akan berjalan seperti biasa. Dan jikalau Taib buat tak kesah pada pengundi bandar di Sarawak, kerajaan pusat gerenti akan take over sebab Najib sedang mencari-cari jalan yang mudah dan cepat untuk mengambil hati pengundi-pengundi kawasan bandar....jadi tentulah mereka ini akan mendapat "layanan" yang amat baik dari kerajaan pimpinan Najib.
Sekian.
Do as you would be done by.