Mesra Raya PPUBNT Bersama Pemuda Seberang Tasek

Jamuan Hari Raya yang dianjurkan oleh Pemuda Seberang Tasek telah berlangsung di Taman Layang-Layang, Simpang Ampat, DUN Sungai Bakap. Majlis yang meriah ini dihadiri oleh pelbagai lapisan umur di kawasan taman terbabit.

PPUBNT yang bersama-sama di dalam program ini dapat meluangkan masa untuk beramah mesra dan meninjau permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak muda di kawasan tersebut.

Majlis ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah diantara PPUBNT bersama anak muda di kawasan terbabit dengan masing-masing dapat menerima mesej @ agenda yang dibawa oleh PPUBNT yang sentiasa komitmen untuk membantu rakyat melalui dasar kerajaan BN yang prihatin.


Ketua PPUBNT, Sdr Hj Rashidi Hadir Berbual Bersama Pemuda Sekitar Kawasan
Sekitar 20 orang pemuda mendaftarkan diri menjadi ahli UMNO pada malam tersebut.

PPUBNT menyampaikan sumbangan bagi mereka untuk menggerakkan program

Lagi gambar diSINI

Posted in Labels: |

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    Tahniah Chegu Sham, Anuar dan Gerombolan Pemuda NT..

    Aku Orang Seberang Tasek
    Kawasan ni bg aku cukup stategik..Geng Belia dan Pemuda mmg ramai...depa kaki bola, futsal, mentara Kenduri dan konvoi..

    Aku mmg dok dgar pemuda umno NTebal dan umno tasek dok masuk...baguih la..

    Aku sokong..sbb ada satu lagi geng pembangkang depa ada belia WGW..tapi semua org tau dah jadi port ketum rumah ketua dia..

    Apa pun syabas kat hangpa..utmanya kat Chegu Sham,Anuar dan geng2 Tasek yg tak jemu bantu dan turun padang jumpa geng2 muda seberang tasek...

    la ni pun dah jadi bualan bila ketua pemuda nibong tebal mai jamuan malam tu bagi sumbangan RM500 dan bagi mandat kat sbrg tasek buat futsal..nampak makin ramai geng muda nak join umno dan belia..

    Aku YAKIN pru yg nak mai ni Seberang Tasek akan jadi Port Besaq untuk Pemuda UMNO..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...