Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Barisan perwakilan PPUBNT ke Persidangan Pemuda UMNO Malaysia tahun ini terdiri daripada dari kiri, Sdr Setiausaha Amiruddin, Sdr Hasni, Dato' Razali Ibrahim, Sdr KP Tn Hj Rashidi. Sdr Abd Malik dan Sdr NKP, Noorazman Jamil.

Di dalam dewan persidangan

Bersama Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Mahmud Zakaria


30 November 2011 Bertempat di Dewan Tun Hussein Onn PWTC telah berlangsungnya Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 2011.

Perhimpunan dimulakan dengan penyampaian anugerah khas Kesatria Terbilang.Anugerah ini adalah satu penghargaan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengiktiraf Allahyarham Noramfaizul yang terkorban semasa mengikuti misi kemanusiaan di Somalia.

Semua Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO membaca Al-Fatihah untuk jurukamera Bernama TV Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sebelum memulakan persidangan pagi tadi.


Kemudiannya satu Anugerah Khas Pemuda UMNO 2011 turut diserahkan kepada Abdul Samad Abdul Dawood Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sabak Bernam merangkap Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia di atas jasa beliau menyelamatkan seorang kanak-kanak yang hampir lemas.

Seterusnya Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia dimulakan dengan ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin.

Ikuti ucapan tersebut.


Selesai ucapan dasar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia maka persidangan di teruskan dengan pembahas-pembahas dari setiap negeri.

Kami cukup tertarik dengan beberapa pembahas yang berjaya mencuit hati para perwakilan dengan ucapan yang cukup tegas disamping diselitkan dengan lawak jenaka.Semua perwakilan dilihat memberikan tumpuan penuh kepada setiap ucapan yang disampaikan.

Sdr Ir. Shaikh Hussin Maidin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang

Tahniah juga kepada semua perwakilan yang begitu komited memberikan tumpuan malahan tidak berganjak dari tempat masing-masing sehingga selesai persidangan.Ini menandakan pemuda UMNO dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin cukup bersedia dan menunjukkan satu semangat yang cukup kuat terutamanya dengan bahang untuk menghadapi pilihanraya ke-13.

Tak cukup dengan itu YB Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungannya telah menggariskan 7 perkara yang perlu dibawa baik oleh semua perwakilan untuk sama-sama bekerja dalam usaha serius pemuda untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya ke-13 nanti.


Kami bawakan kepada semua 7 perkara tersebut.

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggariskan tujuh langkah yang perlu dilakukan pergerakan itu bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti.


Beliau berkata, satu daripadanya ialah Pemuda perlu mewujudkan perpaduan yang ampuh di peringkat bahagian dengan memujuk ahli-ahli yang merajuk supaya kembali menyokong Umno kerana setiap undi adalah berharga.


Katanya, mereka juga perlu bekerjasama dengan Pemuda daripada parti komponen di bahagian masing-masing dalam menyusun strategi yang mencakupi seluruh kawasan termasuk kampung baru Cina dan estet-estet.
"Kita panggil badan bukan kerajaan, belia, persatuan-persatuan seperti pemandu teksi dan pastikan mereka jelas dengan dasar dan hala tuju BN," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda Umno 2011 di sini, hari ini. Selain itu, Khairy berkata, Pemuda perlu mengemaskan jentera kerana mereka kini diiktiraf sebagai hulubalang oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya pemain sampingan.

Pemuda juga diminta mengenal pasti pengundi-pengundi muda dengan berhubung dan berjumpa serta mewujudkan rangkaian hubungan melalui e-mel dan laman sosial.

"Kita kena sebarkan maklumat BN di kedai-kedai kopi, Facebook dan Twitter, jangan takut kalau orang mengata BN... kita bagi penerangan, jangan lari," katanya.

Akhir sekali katanya, Pemuda mesti sentiasa berada dengan pengundi-pengundi muda dan memastikan mereka bersama BN sehingga hari pengundian.
"Seperti dalam permainan bola sepak, kita mesti lawan hingga wisel terakhir, jangan mendahului pada 80 minit tetapi tewas akhirnya," katanya.


Dalam pada itu, Khairy mengingatkan anggota Umno khususnya Pemuda agar tidak merajuk dan merasa sedih sekiranya tidak terpilih sebagai "calon boleh menang."

Beliau berkata, golongan tersebut perlu menyemat rasa sayang kepada parti dan perjuangan parti berbanding jawatan dan kedudukan.

"Tengok saya sendiri, selama tiga tahun jadi Ketua Pemuda, walaupun tidak dapat apa (jawatan dalam Kabinet) tidak pernah wujud istilah merajuk atau sedih kerana sayangkan parti dan perjuangan ini".


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai formula tersendiri dalam memilih calon boleh menang yang berdasarkan maklum balas rakyat akar umbi dan bukan hanya daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), cawangan khas polis dan perisikan tentera serta Kemas, katanya.

Bagaimanapun Khairy berkata: "Saya sudah ada senarai pendek nama (calon Pemuda), kita akan kemukakan kepada presiden." - BERNAMA.

Syabas Pemuda ! Kita nantikan paluan gendang perang dibunyikan.

Posted in Labels: |

1 comments:

  1. boboyuki Says:

    cam mana bau tayek lembu lembah pantai?

    korang bau puas2 tau....jng bawa balik ntebal sudah.

    maklumlah pakcik makcik kat sg cenaam tu,tahu harga lembu dlm pasaran malaysia ni harganya berapa.

    ngeh ngeh ngeh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...