BN boleh tawan semula Nibong Tebal @dzainalabidin

Nibong Tebal : Barisan Nasional P.Pinang yakin mampu menawan semula Parlimen Nibong Tebal pada PRU 13 akan datang . 
Keyakinan itu disuarakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang , Dato Zainal Abidin Osman berdasarkan prestasi Ahli Parlimen sekarang Tan Tee Beng sejak menang padap 2008 .

Katanya , Tee Beng sudah menjadi Ahli Parlimen hampir 5 tahun tetapi tiada sumbangannya kepada rakyat di sini ." Mungkin ketika awal menang dulu ada la ..sikap ini jelas menunjukkan bahawa dia tidak bertanggungjawab pada pengundi yang memilihnya dulu "

Jesturu, kita yakin dengan kerja keras yang dibuat , membantu rakyat selesaikan masalah , memberi pembangunan kepada mereka , BN mampu merampas kembali Nibong Tebal " katanya .

Pemuda UMNO dan Seluruh Jentera BN harus yakin bahawa kita mampu untuk menawan kembali kerusi Parlimen Nibong Tebal. InsyaAllah, tiada yang mustahil. 
Yang pentingnya kerja keras & usaha yang berterusan serta tidak jemu-jemu dan terus berdoa kepada Allah SWT agar dimakbulkannya.

Posted in |

5 comments:

  1. Unknown Says:

    assalamualaikum,
    Dalam pilihanraya sudah tentu ada menang dan kalahnya.Yang pasti samada BN atau PR menang ketua menterinya tetap berbangsa CINA. UMNO menang sebanyak mana kerusi DUN pun tidak akan dapat ketua Menteri Melayu. jadi Kita tinggalkan persoalan CM tu.
    Mari kita berlapang dada melihat apa yang terjadi kepada melayu Pulau Pinang.Setelah lebih menguasai tampuk kerajaan, melayu masih dikatakan terpinggir kenapa?
    Kita lihat soal pendidikan agama , SABK - Bantuan yang baik tetapi hanya untuk pelajaran akedemik sahaja- tidak ada langkah2 untuk memperkasakan pendidikan Ruhiyah yang bakal membentuk manusia melayu yang beriman dan dapat mengenali yang mana makruf dan yang mana mungkar- tidak adakah perjuangan dari dalam umno sendiri untuk memperbetulkan pekara ini . Adakah orang islam melayu wajib menerima tanpa mempersoalkannya kenapa jadi begini- Saya tahu nhal ini kerana saya terlibat dengan SABK . Memperkasakan Pendidikan Islam mestilah menjadi Agenda Utama UMNO Pulau Pinang.Kerana Melayu yang beriman lebih kuat daripada Melayu Islam Yang tidak beriman.

  2. Anonymous Says:

    hahahahahahahahahahahahahah ! boleh komen je la...sapa menang pun Melayu akan kena muhong gak lepas ni

  3. pemuda umno taman jawi indah Says:

    gerombolan kalah...india ntebal tetap dapat peruntukan juta2.

    hidup ketuanan melayu!

  4. Anonymous Says:

    apa pun, umno dah tak patut diberi tempat dalam PP ni,,mengabihkan boghehh ajaa,,,

  5. Anonymous Says:

    Tak payah beranganlah Tok Non..Hang tu lembik macam Taik Ayam Candu. Cakap pun tak serupa bikin, dah berapa kali hang kalah tapi hang masih nak muhong lagi, berundur sajalah Tok Non oiii...anak kariah Nibong Tebal, Sg. Acheh dan Sg. Bakap nampak hang pun macam tak nampak saja.
    Kami dah meluat nak tengok hangpun.
    Lebih baik hang tubuh parti baru dengan geng geng hang tu, bagi nama PARTI PULUN atau PARTI BALUN. Kena sangatlah hang dengan Foad Gila tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...