PRU13 : BN ramal perubahan besar berlaku di P.Pinang

Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka membawa perubahan besar kepada corak politik di negeri ini ekoran peningkatan sokongan kaum Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN).
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, perubahan itu disebabkan rakyat mahukan keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding sekarang.

"Kita semua tahu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng lebih mementingkan soal politik daripada menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya untuk mentadbir negeri ini," katanya kepada pemberita dalam program gotong-royong Komuniti 1Malaysia peringkat negeri di Taman Tun Sardon di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN negeri memberitahu, rakyat lebih bijak bagi menentukan wakil rakyat dan parti yang lebih layak untuk membela mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Setiap parti politik mempunyai harapan untuk menang dan dalam dasar demokrasi, keputusan terletak di tangan rakyat.
"Kita perlukan strategi kukuh bagi menarik rakyat untuk mempercayai serta meyakini pemimpin BN," ujarnya.

Posted in |

2 comments:

  1. Anonymous Says:

    MIMPI LA.....

  2. Anonymous Says:

    In shaa Allah. Dulu sy tak pg undi sbb yakin BN menang. Kali ini sy pasti pg.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...