Aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal (2009)

19 Oktober 2008-Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal bertempat di Dewan Serbaguna Sungai Bakap. 26 Oktober 2008

 Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Nibong Tebal bertempat di Dewan Serbaguna Jawi, Sungai Jawi, S.P.S. 26 Oktober 2008
 Menganjurkan Program taklimat yang bertajuk ‘Pertanian Suatu Perniagaan’ yang diadakan di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Acheh.

1 November 2008

 Barisan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal mengadakan kunjungan hormat dan sessi beramah mesra dengan Dato’ Zainal Abidin Hj Osman, Ketua UMNO Bahagian di Bilik Mesyuarat Pejabat UMNO Bahagian.

9 November 2008

 Mengadakan Sessi Turun Padang Ramah Mesra bersama ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Ara Damai di Dewan Badan Kebajikan Ara Damai.

23 November 2008

 Melancarkan Laman Blog Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal www.pemudanibongtebal.blogspot.com bagi memaparkan info terkini, laporan aktiviti dan program PPUNT serta komentar terhadap keadaan politik semasa tanah air.

10 Disember 2008

 Menganjurkan Majlis Korban Perdana dan Penyampaian Sumbangan Aidil Adha 1429 Hijrah di Pondok Tani, Sungai Setar

12 Disember 2008

 Pasukan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Mengadakan Perlawanan Persahabatan Bolasepak dengan pasukan akhbar KOSMO di Padang Loji Percetakan Utusan Publications Seberang Jaya.

14 Disember 2008

 Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemuda Bahagian di Pejabat UMNO Bahagian

21 Disember 2008

 Mesyuarat Khas Pemuda Bahagian Bersama Ketua-Ketua Pemuda Cawangan di Jawi Inn, Jawi.

28 Disember 2008

 Mengadakan Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun 1429 Hijriah dan Awal Tahun 1430 Hijriah di Masjid Al Amin, Simpang Tiga Nibong Tebal.

 Menganjurkan Majlis Jamuan Makan Malam yang dinamakan “Malam Ukhuwah II” bertempat di Dewan JKKK Simpang Tiga, Nibong Tebal.

6 Januari – 17 Januari 2009

 Membantu Jentera BN berkempen bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
7 Januari 2009
 Menguruskan pembelian pakaian sekolah, peralatan dan pendaftaran sekolah 3 orang adik-beradik yang keciciran sekolah di Taman Bukit Panchor.

13 Januari 2009

 Mengadakan Majlis Penerangan dan Sessi Mengisi Borang kemasukan ke ILP Nibong Tebal Sessi 2009 PPUBNTdi Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh

19 Januari 2009

 Melancarkan Tabung Kutipan Derma Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) bertempat di Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh.

22 Januari 2009

 Mengadakan Majlis Gotong Royong Membaiki Rumah di Taman Harapan, Permatang Tok Mahat

6 Februari 2009

 Mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog bersama Pemuda-Pemuda dari Cawangan Sungai Setar Besar, Cawangan Sungai Setar Kechil, Cawangan Pinggir Laut dan Cawangan Batas Pinang di Warung Mak Siti, Sungai Setar.

14 Februari 2009

 Mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog bersama Pemuda-Pemuda dari Cawangan Taman Seri Acheh dan Tanjung Berembang serta Ceramah dari Saudara Lokman Noor Adam.

15 Februari 2009

 Pasukan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Mengadakan Perlawanan Persahabatan Bolasepak dengan pasukan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Kechil di Padang Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil.

21 Februari 2009


 Menganjurkan Program Pemuda Bersama Masyarakat di Kampung Changkat
 Menyerahkan Kutipan Tabung Derma Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP) sebanyak RM 3,450.00 kepada Wakil Utusan Malaysia

1 Mac 2009


 Menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Piala Ketua Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di Dewan PERDA Sungai Acheh

9 Mac 2009



 Menyertai Perarakan sempena Maulidur Rasul di sekitar Masjid Kapitan Keling, Georgetown.

10 Mac 2009

 Menziarahi Keluarga Encik Roslan di Sungai Chenaam yang mana rumahnya mengalami kebakaran dan beliau turut kehilangan anak perempuannya.

19 Mac 2009

 Menganjurkan Majlis Tahlil dan Penyampaian Sumbangan Kepada Keluarga Allahyarham Adik Mohd Azrul bin Azhari di Kampung Bagan Buaya yang meninggal dunia akibat terjatuh dari bangunan tinggi di sekolahnya.

19-22 Mac 2009

 Menganjurkan Program Khidmat Bantu Pelajar Lepasan SPM dan STPM ke IPTA, IPGM dan IPTS (Panduan Untuk Mengisi Borang Permohonan Secara ‘On-Line’ di EXSARA Cafe, Taman Pekaka, Nibong Tebal.

21 Mac 2009

 Menganjurkan Program Seminar Peluang-Peluang Keusahawanan yang diadakan oleh PUNB (Prosper) yang diadakan di Dewan Seminar, Kompleks Rakan Muda, Jawi.

24 – 28 Mac 2009

 Menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2009 di PWTC, Kuala Lumpur.











29 Mac – 7 April 2009

 Membantu Jentera BN berkempen bagi Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau.





















2 April 2009

 Menganjurkan Program Ceramah Perdana Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YB Dato’ Najmuddin Ilias Al Hafiz, Penasihat Agama Kepada YAB Menteri Besar Perak yang juga ADUN Batu Kurau di Masjid Sungai Chenaam.











11 – 12 April 2009

 Menganjurkan Program Percambahan Minda Pemuda UMNO Nibong Tebal di Pangkor Inn Resort, Pulau Pangkor, Perak yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Pemuda Cawangan dan AJK Pemuda Bahagian.

17 - 18 April2009

 Menyelaras Peluang-Peluang Melanjutkan Pelajaran ke IKBN, ILP, Pusat Giat Mara Nibong Tebal dan Kolej Komuniti Nibong Tebal.

24 April 2009

 Menganjurkan Program Penerangan Taklimat isu-Isu Semasa yang disampaikan oleh Encik Ramlan Ishak, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam bertempat di Kompleks Rakan Muda, Jawi.

13 Mei 2009

 Mesyuarat Khas Pemuda Bahagian Bersama Ketua-Ketua Pemuda Cawangan di Bilik Mesyuarat, Pejabat UMNO Bahagian, Jawi.

15 Mei 2009

 Menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kemalangan jalanraya (separa lumpuh), Sdr Mohd Hafiz Bin Wahab di Taman Desa Jawi.
 Menganjurkan Majlis Sembang-Sembang Agama PPUBNT Siri 1 (Kadun Sungai Acheh) bertempat di Warung Mak Siti, Sungai Setar Kecil.

23 Mei 2009


 Menziarahi dua orang pemuda yang mengalami kemalangan jalanraya dan kemalangan di tempat kerja bertempat di Sungai Udang dan Sungai Chenaam.

11 Jun 2009

 Menganjurkan Majlis Sembang-Sembang Agama PPUBNT Siri 2 (Kadun Jawi) bertempat di Warung Pak Mat, Kampung Bagan Buaya

14 Jun 2009
 Menghadiri Forum “Politik-Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Matang”di Institut Al-Qayyum, Mengkuang, Bukit Mertajam

19 Jun 2009


 Pasukan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Mengadakan Perlawanan Persahabatan Futsal dengan pasukan Kelab SPRM bertempat di Safira Sports Planet, Seberang Jaya

25 Jun 2009
 Menyertai Program Bersama Dato’ Seri Ahmad Zahid Bin Hamidi (Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang) yang turun ke Bahagian Nibong Tebal.

26 Jun 2009

 Menguruskan Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Miskin ke IPT (UUM) iaitu adik Nasmira binti Abdul Rahman yang diadakan di Pusat Khidmat ADUN Sungai Acheh.

6 – 14 Julai 2009

 Membantu Jentera BN berkempen bagi Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai.

18 – 19 Julai 2009

 Menganjurkan Program Generasi Terbilang 2009 untuk Pelajar-Pelajar Tingkatan 2 di kawasan Bahagian Nibong Tebal (100 peserta) bertempat di ILP Nibong Tebal

18 Julai 2009

 Mesyuarat Khas Pemuda Bahagian Bersama Ketua-Ketua Pemuda Cawangan di Bilik Mesyuarat, Institut Latihan Perindustrian, Jalan Bukit Panchor.

25 Julai 2009

 Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal bertempat di Dewan Khairat Kematian, Sungai Kechil, Nibong Tebal

7 Ogos – 10 Ogos 2009

 Menganjurkan Kursus Asas Membaiki Komputer dengan Kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Sungai Chenaam bertempat di Medan Info Desa, Sungai Chenaam.

8 Ogos – 9 Ogos 2009

 Menganjurkan Program Generasi Terbilang kepada Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 di Seluruh Seberang Perai Selatan bertempat di Pulau Aman.

17 Ogos 2009

 Menganjurkan Malam Mesra bersama Keluarga Semua Ahli Jawatankuasa PPUBNT dan Ketua-Ketua Pemuda UMNO Cawangan dalam Bahagian Nibong Tebal bertempat di Seri Jawi Inn, Jawi.

18 Ogos 2009

 Mengadakan Kursus Taklimat bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) serta pendaftaran ahli RELA mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal bertempat di Seri Jawi Inn, Jawi.

14-22 Ogos 2009

 Membantu jentera Pilihanraya BN berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir (Peti Undi Permatang Tengah) di Permatang Pauh.

30 Ogos 2009


 Menganjurkan Program Penghayatan Kemerdekaan Peringkat DUN Sungai Bakap meliputi program Konvoi Bermotosikal, Tazkirah dan Majlis Berbuka Puasa.









31 Ogos 2009

 Menganjurkan Majlis Berbuka Puasa PPUBNT Bersama Masyarakat di Surau Al Mustaqim, Tmn Bukit Panchor.

 Menganjurkan Solat Terawih PPUBNT (Siri 1) bersama Masyarakat di Surau Nurul Hakim, Jalan Baru , Sungai Acheh pada 31 Ogos 2009.

5 September 2009

 Menganjurkan Solat Terawih PPUBNT (Siri 2) bersama Masyarakat di Surau Tanjung Berembang.

6 September 2009

 Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Anak Yatim & Miskin KADUN Sungai Acheh di Masjid Permatang Tok Mahat.

15 September 2009

 Menganjurkan Solat Terawih PPUBNT (Siri 3) bersama Masyarakat di Surau Taman Cenderawasih pada.

1 Oktober 2009


 Barisan Jawatankuasa PPUBNT mengadakan kunjungan ramah mesra terhadap Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPS, Puan Raihan Bin Mamat yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan.

3 – 11 Oktober 2009

 Membantu jentera BN berkempen pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

13 – 16 Oktober 2009

 Menghadiri Perhimpunan Agung UMNO ke-60 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

17 Oktober 2009
 Program Ziarah Pemuda Prihatin. Menziarahi Saudara Adnan Bin Mohd Hanafiah yang terlantar koma kerana kemalangan di Kampung Sepulau, Tasek.

 Program Ziarah Pemuda Prihatin. Menziarahi seorang warga emas iaitu Encik Ismail Sheriff yang tinggal sebatang kara di Kampung Sepulau, Tasek.



 Program Ziarah Pemuda Prihatin. Menziarahi sepasang suami isteri warga emas yang uzur dimana isterinya buta dan suaminya lumpuh di Kampung Kepala Gajah, Simpang Empat.

19 Oktober 2009

 Mengadakan perjumpaan bersama semua Ketua-Ketua Pemuda Cawangan di DUN Sungai Acheh bagi merangka strategi menguatkan lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Pemuda.

30 Oktober – 1 November 2009

 Barisan Exco PPUBNT Menghadiri Kursus Bela Nusa anjuran UMNO Negeri Pulau Pinang di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik, Pahang.

7 November 2009


 Menganjurkan Majlis Sembang-Sembang Agama Siri 3 (Kadun Sungai Bakap) bertempat di Warung Nizam, Kampung Lima Kongsi, Sungai Bakap.

20 November 2010

 Mengadakan Majlis Ramah Mesra dan Sesi Dialog bersama Pemuda-Pemuda dari Cawangan sekitar DUN Jawi bertempat di Dewan KRT Taman Bukit Panchor, Jawi.

22 November 2009

 Menganjurkan Konvoi Bermotosikal yang disertai oleh 120 orang Putera UMNO ke Pusat Rekreasi Air Terjun Ulu Paip, Kulim serta dipenuhi acara disana dengan program seperti motivasi, riadah dan taklimat kerjaya.

29 November 2009

 Menganjurkan Majlis Sembang-Sembang Agama Siri 4 (KADUN Sungai Acheh) di rumah Pak Cik Chan, Sungai Chenaam

30 November 2009

 Mengadakan Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PPUBNT yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Pemuda bagi membincangkan Program Karnival Kerjaya yang dirancang.

6 Disember 2009

 Menganjurkan Malam Mesra Pemuda yang menghimpunkan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan-Cawangan di Seri Jawi Inn, Jawi.

14 Disember 2009


 Mengadakan Lawatan Pesakit Kronik terhadap Saudara Mohd Azwan Bin Mohd Zaki (19 thn) di wad ICU, Hospital besar Pulau Pinang akibat kemalangan jalanraya.

19 Disember 2009

 Menganjurkan Karnival Kerjaya dan Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh.

29 Disember 2009

 Mengadakan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PPUBNT untuk ‘post mortem’ Karnival Kerjaya dan Pendidikan serta perancangan tahun 2010 di Bilik Mesyuarat Pejabat Ketua Pemuda Bahagian, Taman Seri Acheh.

Posted in Labels: |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...