Laporan Aktiviti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal (2010)

10 Januari 2010

- 2 Pasukan futsal dariPergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal menyertai kejohanan futsal Piala Pemuda 1 Malaysia anjuran Pemuda UMNO Bahagian Bagan bertempat di Safira Sports Planet, Seberang Jaya.

14 Januari 2010

- Mengurus dan Membantu 2 orang adik-beradik Pelajar Miskin yang keciciran ke Sekolah di Taman Desa Jawi, Jawi.

22 Januari 2010

- Menganjurkan Kursus mengenali IT kepada AJK PPUBNT dan Ketua-Ketua Pemuda Cawangan di Medan Info Desa Sungai Chenaam, Sungai Acheh yang disertai 25 orang peserta.

23-24 Januari 2010

- 3 orang AJK PPUBNT menghadiri Program Retreat Unit Media Baru (UMB) bertempat di Hotel Naza Talya, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

7 Februari 2010

- Menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di Masjid Sungai Kechil yang disertai oleh 180 orang peserta.

27 Februari 2010

- Mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak dengan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa yang diketuai oleh Exco Pemuda UMNO Pusat, Sdr Nazir Hussin di padang Institut Latihan Perindustrian (ILP).

7 Mac 2010

- Menganjurkan Karnival Memancing dan Sukan Rakyat peringkat DUN Sungai Acheh bertempat di Dataran Simpang Tiga, Sungai Acheh.
- Menganjurkan Kuliah Haraki Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di Rumah Pak Cik Chan, Sungai Chenaam, Sungai Acheh


18-21 Mac 2010

- 21 Orang AJK PPUBNT menghadiri Kursus Bela Nusa Peringkat UMNO Bahagian Nibong Tebal bertempat di Kem Biro Tatanegara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak.

4 April 2010

- Menganjurkan Kursus berkaitan Industri Pembinaan dengan kerjasama CIDB dan ABM (Akademi Binaan Malaysia) yang disertai seramai 80 orang peserta di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Nibong Tebal

17 - 25 April 2010

- Membantu jentera BN berkempen di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Selangor

17 April 2010

- Menganjurkan Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Nibong Tebal (Belia dan Sukan) di SMK Jawi yang meliputi acara-acara seperti Pertandingan Futsal Bawah 12 Tahun, Pertandingan Bola Jaring Terbuka, Pertandingan Mewarna, Motivasi Pendidikan, Sukan Rakyat dan Pameran Agensi-agensi Pendidikan/Kerajaan /Swasta.
- Menganjurkan Program Ceramah ‘Pentas Rakyat’ yang disampaikan oleh Dato’ Seri Mohd Khir Bin Toyo dan Encik Zahid Md Arip di Dewan PERDA Sungai Acheh

18 April 2010

- Menganjurkan Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Nibong Tebal (Belia dan Sukan) di SMK Saujana Indah, Nibong Tebal yang meliputi acara-acara seperti Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah, Pertandingan Ping Pong 1 Malaysia, Pertandingan Autoshow dan Motorshow, Pameran kereta Antik dan Audio system, Pameran Agensi Kerajaan, Promosi dan Jualan Pihak Swasta, Sukan Rakyat, dan lain-lain.

20 April 2010

- Menyampaikan sumbangan terhadap pelajar miskin, Adik Nur Syahirah binti Abdul Rahim (19 thn) ke Kolej Matrikulasi di Kampung Changkat Baroh, Changkat

30 April 2010

- Menganjurkan Majlis Sembang-Sembang Agama Siri 5 (Kadun Sungai Acheh) bertempat di Warung Halim, Kampung Batas Pinang, Sungai Acheh

5 Mei 2010

- Menganjurkan Majlis Taklimat Persediaan untuk Persidangan Tahunan Pemuda Cawangan-Cawangan kepada Ketua dan Setiausaha Pemuda Cawangan di Seri Jawi Inn, Jawi.


8 – 9 Mei 2010

- Menghadiri Konvensyen Ekonomi Melayu Pulau Pinang yang diadakan di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh.

30 Mei 2010

- Menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup DUN Sungai Acheh sempena perasmian Gelanggang Sukan Rakyat, Sungai Acheh yang dirasmikan oleh YB Dato’ Razali Bin Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan / Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

6 Jun 2010

- Menganjurkan Pertandingan Futsal antara Pemuda-Pemuda UMNO Cawangan di dalam Bahagian Nibong Tebal di Gelanggang Sukan Rakyat, Sungai Acheh yang disertai oleh 36 buah pasukan.

12 Jun 2010

- Menghadiri Program Rally 1 Malaysia yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

20 Jun 2010

-Mengadakan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal 2010 yang dirasmikan oleh YB Dato’ Mukhriz Bin Mahathir

26 Jun 2010

-Menganjurkan Majlis Ramah mesra Pemuda Cawangan Taman Desa Jawi Bersama Kepimpinan Pemuda Bahagian dan Ketua/Timbalan Ketua Bahagian

4 Julai 2010

-Mengadakan Perlawanan Persahabatan Pasukan Pilihan PPUBNT menentang
Pemuda Cawangan Tanah Kebun dan Sungai Setar Kechil di Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh

10-11 Julai 2010

-Mengelolakan Program Generasi Terbilang kepada Pelajar-Pelajar di Daerah SPS di Pulau Aman

11 Julai 2010

-Menganjurkan program sembang-sembang agama dan penerangan bersama cawangan Batu 3 di kedai Zul, Parit Kasa

12 Julai 2010

Menganjurkan Program 'Jom Tengok Bola' di Layar Besar Sempena Final World Cup 2010
di Dataran Sungai Acheh

17 Julai 2010

-Menganjurkan Program Sembang-Sembang Agama dan Penerangan Isu-Isu Semasa bersama cawangan Jalan Baru Sungai Acheh di Gelanggang Badminton Jalan Baru

18 Julai 2010

-Menganjurkan Program Sembang-Sembang Agama dan Penerangan Isu-Isu Semasa bersama Cawangan Changkat di Kampung Changkat Baruh (DUN Jawi)

25 Julai 2010

-Menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Ketua UMNO Bahagian Bawah 25 tahun di Gelanggang Sukan Rakyat, Sungai Acheh

1 Ogos 2010

-Menganjurkan Program Sembang-Sembang Agama dan Penerangan Isu-Isu Semasa bersama Cawangan Kampung Besar (DUN Sungai Bakap)di perkarangan Dewan JKKK Kampung Besar

28 Ogos 2010

-Majlis Ehya' Ramadhan iaitu dengan mengadakan Tazkirah dan Majlis berbuka puasa di Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat, solat terawih di Surau Taman Rantau Damai dan Moreh Kerang di Hutan Lipur,Bukit Panchor.

29 Ogos 2010

-Menganjurkan Program Konvoi Penghayatan Kemerdekaan sekitar Parlimen Nibong Tebal dan seterusnya Majlis Berbuka Puasa di Masjid Lama Sungai Bakap peringkat DUN Sungai Bakap.

12 September 2010

-Membantu UMNO Bahagian Menjayakan Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Nibong Tebal

24 September 2010

-Membantu Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sungai Acheh, JKKP Sungai Acheh dan KRT Sungai Acheh

26 September 2010

-Menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan doa selamat untuk Isteri Ketua Bahagian
Yang akan menjalani pembedahan di Masjid Simpang Tiga, Sungai Acheh.

4 Oktober 2010

-Ziarah Pemuda Prihatin- Mengunjungi 2 Keluarga yang ditimpa musibah 1) Anak dilanggar lari masih di ICU 2)Pelajar patah kaki akibat kemalangan

7-10 Oktober 2010

-4 Orang Wakil Pemuda Bahagian Menghadiri Kursus Wira Satria di Melaka

8-10 Oktober 2010

3 orang Wakil Pemuda menyertai Kursus Pemantapan Unit Media Baru di Aseania Hotel, Langkawi

16 Oktober 2010
Membantu Pusat Khidmat Parlimen & Pejabat Dan Belia Sukan menganjurkan Kejohanan Futsal 1 belia 1 Malaysia di Gelanggang Sukan Rakyat, Sungai Acheh

19 Oktober 2010

-Ziarah Pemuda Prihatin-Menziarahi Mangsa Rumah yang terbakar di Kampung Sungai Setar

24 Oktober 2010

-Menganjurkan Kursus Asas Sembelihan bersama Pejabat KEMAS Daerah di Perkarangan Surau Sg Setar Kechil.

-Menganjurkan Malam Mesra Pemuda di Kampung Tanah Kebun, Sungai Acheh

30 Oktober 2010
-Menghadiri Kursus Perdana Kebangkitan Melayu Pulau Pinang di Jerejak Resort

Posted in Labels: |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...