Program Sembang-Sembang Agama di Batas Pinang (DUN Sungai Acheh)

Program Sembang-Sembang Agama yang diadakan secara berkala, kali ini memilih Kampung Batas Pinang di DUN Sungai Acheh sebagai tuan rumah pada 30 April 2010. Ustaz Nazri lulusan dari Mesir turut berkesempatan memberikan sedikit tazkirah yang banyak berkisar kepada sirah Rasulullah dan sahabat-sahabat kepada para hadirin untuk dimanfaat bersama.

Walaupun keadaan cuaca yang hujan lebat, namun ia tidak mematahkan semangat kira-kira 50 orang hadirin untuk turut sama hadir didalam majlis ilmu ini. YB Dato' Mahmud Zakaria (ADUN Sungai Acheh) turut sama hadir dengan memberi sumbangan berupa peralatan sukan kepada Gerakan Belia 4B Cawangan Batas Pinang.

InsyaAllah, dari masa ke semasa PPUBNT akan terus menganjurkan program sebegini bagi mendekati anak muda dengan bukan hanya melauli berpolitik sahaja, namun membawa sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama melalui Ilmu keagamaan.





Posted in Labels: |

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    bro tolong update blog pemuda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...