Majlis Penyerahan Jersi untuk Pertandingan Futsal Piala Dato Mahmud anjuran PPUBNT / Majlis Penerangan Pemuda

7 Januari 2011, Bertempat di Dewan PERDA Sungai Acheh, telah diadakan Majlis Penyerahan Jersi Bolasepak sempena pertandingan futsal Piala YB. Dato Mahmud Bin Haji Zakaria, anjuran Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal. Penyerahan jersi adalah sebanyak 21 set kepada persatuan-persatuan belia serta pasukan futsal dan bolasepak yang berada dalam DUN Sungai Acheh.

Sebanyak 40 pasukan telah menyerahkan borang penyertaan pada malam tersebut untuk permainan akan berlangsung pada 9 Januari 2011. Cabutan undian perlawanan juga diadakan pada malam tersebut.

Dalam ucapan YB. Dato pada majlis tersebut, Beliau amat berpuas hati dengan jumlah penyertaan yang amat menggalakan itu dan akan terus memberikan komitmen serta perhatian terhadap golongan pemuda di dalam Kadun Sungai Acheh.

Pada malam tersebut juga turut diadakan penyerahan borang keahlian Umno oleh 5 orang bekas pemimpin pelajar SMKSA mewakili rakan-rakan 'batch' mereka.




Posted in Labels: , |

4 comments:

  1. Anonymous Says:

    amboi tok mud punya jaga pemuda...
    pemuda pun punya jaga tok mud baik punya..
    fuad pemuda tak jaga ka?
    nampak sgt pemuda tak ngam dgn mantan ketua pemuda mereka sendiri iaitu fuad..

  2. Anonymous Says:

    tau tak pa..
    pemuda kadun sg bakap terkapai-kapai
    dek permainan politik jijik fuad mat isa...

    langsung x dak ikhtiar nak buat program dgan pemuda dun sg bakap

    itulah dasar perjuangan x ikhlas dan lebih mementingkan diri daripada segalanya..

    kepada tok non...
    tolong perati2 la tengok penyelaras dun sg bakap ni..
    x dak apa yg dia buat...hanya lebih kepada politik diri dan individu tertentu sahaja..
    program juara rakyat baru ni di kompleks rakan muda adalah program juara rakyat yg PALING GAGAL pernah dibuat

    elok tukar dan ganti sahaja penyelaras dun sg bakap dengan org yang ikhlas dan dapat berjuang demi parti...
    setakat la pun ramai org yg tak boleh terima dia sbagai calon yb di sg bakap..

    hangus dan ranap la umno dan bn.

    MAT SENTOL 2057

  3. Anonymous Says:

    SOKONG ANON 307.. Cikgu Zul atau Hj Edarudin adalah antara calon yg layak utk di prtimbangkan..

  4. Anonymous Says:

    ada lagi antara calon yg layak,Hashim Chik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...