Guan Eng fitnah kononnya BN akan hapus peruntukan sekolah jika rampas PP
Posted On Dec 4, 2012 at at Tuesday, December 04, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
GEORGETOWN
- Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi menafikan dakwaan Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bahawa semua 'program emas' pakatan
pembangkang, termasuk bantuan sekolah, akan terhapus jika Barisan
Nasional (BN) kembali menguasai negeri ini.
Beliau berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana selama ini kerajaan Persekutuan yang ditabdir BN banyak menyalur peruntukan untuk pelbagai program di negeri ini, termasuk membabitkan pendidikan.
"Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sebanyak RM3.8 bilion bagi tujuan pendidikan di seluruh negara tidak terkecuali Pulau Pinang, peruntukan itu tidak termasuk bantuan untuk menaik taraf sekolah.
"Saya nak tanya juga kepada Ketua Menteri, apa bentuk bantuan yang dia bagi untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Agama Rakyat (SAR)dan Sekolah Mubaligh," katanya kepada pemberita hari ini.
Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lim yang memberi amaran kepada anggota parti DAP jika BN kembali berkuasa di Pulau Pinang, Umno akan memastikan semua program emas untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah, tidak ada lagi.
Lim dilapor membuat kenyataan itu dalam ucapannya ketika merasmikan konvensyen DAP semalam.
"Saya juga nak tahu di mana tanah yang diberikan untuk membina SJKC dan SJKT, setiap tahun Kementerian Pelajaran menerima sejumlah peruntukan yang tinggi dan diberikan secara adil untuk semua sekolah di seluruh negara," katanya.