Mansor Ditolak Oleh Masyarakat India Nibong Tebal?
Posted On Dec 22, 2012 at at Saturday, December 22, 2012 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Nampaknya nama Mansor Othman benar-benar menjadi igauan kepada
masyarakat di Nibong Tebal.Mansor yang terkenal dengan aksi suaranya (
rakaman yang telah didedahkan sebelum ini ) semakin tidak senang duduk
kerana diberitakan masyarakat di Nibong Tebal sendiri tidak dapat
menerima beliau sebagai wakil mereka dalam PRU13 nanti khususnya warga
India.
Mansor yang kini merupakan liabiliti kepada Pakatan Haprak di Pulau
Pinang semakin terhimpit kerana perbuatannya sendiri malah berita
perletakan beliau untuk bertanding kerusi parlimen di Nibong Tebal
dilihat sebagai usaha membunuh karier politiknya.
Apa pun laporan terkini dari sahabat blog anak seberang menyatakan
risalah menolak Mansor Othman sudah bertebaran di serata tempat
termasuklah di kedai-kedai kopi dan di estet sekitar Parlimen Nibong
Tebal.
Paling menarik dikatakan orang PKR sendiri sebenarnya menjadi dalang
kepada usaha penolakan Mansor Othman di Nibong Tebal.sejauh mana
kebenarannya anak seberang mungkin ada jawapannya...
Kesian Mansor, bukan kata India, melayu dan cina pun semua pakat tolak
dia. Macamana la Anwar boleh letak Mansor awal-awal dah umum bakal calon
PKR dalam PRU13 di Parlimen Nibong Tebal dan secara tak langsung
mencerahkan harapan UMNO untuk menawan kembali kerusi panas tersebut.
Dikatakan juga, AMK Nibong Tebal juga membuat protes dalam senyap kerana
chegubard tak terpilih sebagai calon hingga dikhbarkan baru-baru ini,
ada ura-ura nak buat sidang akhbar untuk mendesak Anwar Ibrahim agar
memilih juga chegubard dan menyingkirkan Mansor. Namun dibatalkan atas
campurtangan pihak atasan.Baca Seterusnya.
Mansor kena tikam belakang dengan orang sendiri pula tu ! ampa mau ingatlah..
Teringat dalam satu majlis, seorang penceramah ada memberitahu pada firasatnya Tok Non bakal jadi PM satu hari nanti. Betul ke? Pastikan Tok Non menang kali ini untuk kenyataan tersebut menjadi realiti.