Pemilihan UMNO Bahagian Nibong Tebal 2013, Biduk berlalu kiambang bertaut.
Posted On Oct 22, 2013 at at Tuesday, October 22, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalCalon-Calon Ketua Pemuda & Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Posted On Sep 23, 2013 at at Monday, September 23, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalUMNO P.Pinang dedahkan taktik kotor memanipulasi keputusan pilihanraya masjid.
Posted On Jul 29, 2013 at at Monday, July 29, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalLaporan Polis Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Nibong Tebal Mengenaii Kebiadaban Terhadap YDP Agong
Posted On Jun 7, 2013 at at Friday, June 07, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal18 Fakta Menarik Di Nibong Tebal yang perlu anda tahu.. @dzainalabidin
Posted On May 13, 2013 at at Monday, May 13, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal1,000 anak muda sedia untuk gempur Parlimen Nibong Tebal
Posted On Apr 14, 2013 at at Sunday, April 14, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalGuan Eng berang projek terowongnya dipertikai CAP
Posted On Mar 20, 2013 at at Wednesday, March 20, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
PULAU PINANG 19 Mac - Hanya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah keras projek pembinaan terowong dasar laut, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyelar pertubuhan itu sebagai mengulangi pendirian Barisan Nasional (BN).
Malah, Guan Eng dalam nada kurang senang mempertikai tindakan CAP membandingkan projek itu dengan kemalangan yang pernah berlaku ketika pembinaan terowong sama di luar negara.
"Adakah hanya kerana pernah berlaku kemalangan ketika pembinaan terowong di luar negara kita tidak boleh laksanakan projek itu di sini?
"Jika begitu, jalan raya pun tidak patut dibina kerana ada juga berlaku kemalangan. Bagi saya ini tidak wajar," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Pameran Kad Prestasi Hijau Pulau Pinang di sini hari ini.
Guan Eng mengulas desakan CAP semalam yang mahu kerajaan negeri membatalkan projek berkenaan kerana risau bahagian pulau menjadi kawasan tidak sihat didiami, selain pelbagai implikasi lain terhadap alam sekitar.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau kesal dengan kritikan Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris terhadap programnya menerusi media tetapi tidak menghadiri sesi dialog berkenaan isu tersebut yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.
Sementara itu, ditanya hasrat CAP yang bersedia mengetuai rakyat negeri ini mengadakan bantahan besar-besaran berhubung isu itu seperti yang pernah dilakukan ketika membantah projek Barisan Nasional (BN) di Bukit Bendera pada 1990-an, Guan Eng berkata:
"Itu hak beliau untuk membantah kerana ini adalah negara demokrasi. Walau bagaimanapun, pintu perbincangan antara CAP dengan kerajaan negeri masih terbuka.
"Projek yang CAP bantah dahulu tidak sama dengan projek terowong. Projek itu hanya memberi keuntungan kepada individu tertentu sedangkan projek ini untuk rakyat."
Ditanya adakah projek terowong dasar laut itu bertentangan dengan dasar hijau yang dilaksanakan kerajaan negeri, Guan Eng sekali lagi menunjukkan reaksi kurang senang dan mendakwa pihaknya mematuhi laporan penilaian kesan alam sekitar (EIA) sebelum mengambil keputusan melaksanakan projek berkenaan. - UTUSAN

Himpunan Anak Muda Nibong Tebal & Pelancaran Jentera Pilihanraya Pemuda & Puteri BN
Posted On Mar 11, 2013 at at Monday, March 11, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong TebalLagu 1 Malaysia berkumandang di Program Datuk Mansor di Nibong Tebal
Posted On Feb 25, 2013 at at Monday, February 25, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Nibong Tebal- Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang sedang menyertai acara senamrobik bersama para peserta maraton anjuran pejabatnya di Padang Awam Jawi di sini hari ini, ternyata terkejut apabila secara tiba-tiba lagu 1Malaysia berkumandang.
Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang pada mulanya tekun mengikut pergerakan seorang pengajar di depan bersama para peserta lain diiringi beberapa lagu.
Bagaimanapun, beliau terus berhenti sebaik sahaja lagu 1Malaysia dimainkan.
Beliau kelihatan terpinga-pinga seketika dan memandang ke arah meja urus setia tetapi terpaksa meneruskan senaman sebaik sahaja melihat para peserta meneruskan pergerakan mereka.
Terdapat juga beberapa peserta cuba 'mengusik' Mansor kerana melakukan pergerakan mengikut rentak lagu berkenaan tetapi tidak diendahkannya.- UTUSAN
PERDA bukan seperti kerajaan DAP bina rumah mampu milik RM400 ribu
Posted On Feb 13, 2013 at at Wednesday, February 13, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
NIBONG TEBAL 9 Feb. - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda)
memperuntukkan RM17 juta untuk membina 140 unit rumah berkembar mampu
milik di Taman Pancur Utama, dekat sini.
Projek membabitkan kawasan seluas 4.4 hektar itu dimulakan sejak Oktober tahun lalu dijangka siap pada April 2014.
Pengerusi Perda, Datuk Azhar Ibrahim berkata, projek tersebut dilaksanakan tanpa membebankan rakyat kerana dijual dengan harga antara RM170 hingga RM200,000 sebuah.
Beliau berkata, Perda tidak membina rumah mewah kerana memahami tanggungjawab sosial untuk membolehkan rakyat negeri ini memilik rumah mampu milik.
"Kita bukan macam kerajaan DAP negeri mahu membina rumah mampu milik kepada rakyat dengan harga RM400,000 seunit, ini semua janji palsu Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk rakyat.
"Macam mana dia nak bina rumah kalau Bajet 2013 itu tidak dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu. Ini semua pembohongan untuk menipu rakyat kerana pilihan raya sudah dekat," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan projek perumahan tersebut di sini semalam.Yang hadir sama Pengurus Besar Perda, Saringat Hassan.
Azhar yang juga Ketua Pembangkang berkata, sejak mentadbir negeri ini pada 2008 tidak pernah Guan Eng membentangkan bajet untuk pembinaan rumah mampu milik di negeri ini.
Sementara itu, beliau berkata, Perda sedang berunding dengan kerajaan untuk membina Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Ara Kuda, Tasek Gelugor tidak lama lagi.
Menurutnya, Perda mempunyai tanah seluas 102.4 hektar untuk tujuan itu.
"Kita masih dalam perbincangan dengan PR1MA kerana tanah itu dibeli Perda dan PR1MA juga perlu membayar kos bagi projek tersebut.
"Hal ini berbeza dengan kerajaan negeri Perak, Johor dan Pahang yang mempunyai tanah untuk ditawarkan secara percuma kepada PR1MA," ujarnya.

BR1M 2.0 bukti kerajaan BN tunai janji kepada rakyat!
Posted On Feb 4, 2013 at at Monday, February 04, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini melancarkan program Bantuan Rakyat
1Malaysia 2.0 peringkat Kebangsaan di Padang Taman Dagang, Ampang.
Beliau berkata, BRIM2.0 ini adalah merupakan satu janji kerajaan BN
kepada rakyatMalaysia. Janji kerajaan BN merupakan satu janji yang
ditepati, tidak seperti parti pembangkang yang hanya pandai menabur
janji, namun sebaliknya gagal dan tidak mampu menunaikan segala janji
yang telah mereka taburkan selama ini.
“Kita menepati janji kita, bila kita janji BRIM 1.0, kita telah tunaikan janji kita. Bila kita janji BRIM 2.0, mulai hari ini, janji yang kita buat akan kita tunaikan kepada rakyat dan mereka yang layak.

Sebab itu, semakin hari rakyat semakin yakin dengan kerajaan BN. Rakyat
Selangor sudah yakin, sebab itu rakyat yang sayangi Selangor harus
menyokong BN. Sudah menjadi hasrat kita, agar kerajaan negeri dan
kerajaan pusat datang dari parti yang sama, Barisan Nasional.
Banyak masalah yang berlaku hari ini di Selangor, terutamanya masalah
bekalan air kerana mereka asyik mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan
pusat wal hal mereka patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah
air, walaupun mereka dating dari parti yang lain di peringkat negeri,
tetapi masalah air ini merupakan masalah hak rakyat yang seharusnya
tidak dijadikan permainan politik oleh pihak kerajaan negeri Selangor,”
ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran BRIM 2.0 di sini, sebantar
tadi.
Tambahnya, kerajaan pusat akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air
ini tetapi Najib membayangkan bahawa cara yang paling mudah untuk
menyelesaikan masalah ini ialah melalui proses pilihanraya yang bakal
menjelang tidak lama lagi.
“Kita dah tak boleh nak lengah-lengahkan lagi, sebab banyak pemaju
projek perumahan, 430 buah projek tertangguh sebab kurangnya masalah
bekalan air. Banyak pelabur dari luar negara tidak akan melabur di
Selangor, akhirnya rakyat Selangor yang akan rugi.
Kita tidak boleh lagi membiarkan keadaan ini berterusan. Manifesto
merupakan satu janji, tetapi Menteri Besar Selangor kata, ia hanya
manifesto, bukan janji pada rakyat.
Sebagai manusia , apatah lagi pada pemimpin, kita berpegang pada
cakapnya. Pemimpin yang ada nilai diri adalah pemimpin yang pada
percakapannya, boleh dipegang oleh rakyat apatah lagi janji pada rakyat,
mesti ditunai dan dilaksanakannya,” tambahnya lagi.
Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar,
Penyelaras BN Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ahli Parlimen Pandan, Datuk
Seri Ong Tee Keat dan pemimpin-pemimpin masyarat setempat.
“Kita tidak mahu pembangkang menghasut rakyat, dengan mengeluarkan
kenyataan yang tidak berasas atau separuh benar semata-mata untuk
membuatkan rakyat marah pada kerajaan.
Mereka tidak mampu, mereka tabor janji tetapi janji mereka janji palsu.
Tanyalah pada kaum ibu tunggal di Selangor, janji elaun bulanan dapat
atau tidak, tanya juga mereka yang ada kedai-kedai perniagaan, adakah
janji mereka untuk menurunkan cukai pintu sudah dilaksanakan, sebaliknya
cukai pintu ini naik.
Sebahagian besar dari janji mereka tidak ditunaikan dan akhirnya jadi janji kosong,” tambahnya lagi.
Guan Eng tidak boleh tutup mulut rasis & rasuah DAP
Posted On Feb 1, 2013 at at Friday, February 01, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Bekas
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus
Khairuddin percaya DAP tidak mampu untuk menjawab apatah lagi menyangkal
kenyataan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
berhubung isu rasuah dan rasis yang diamalkan parti itu.
Ini kerana tegasnya sehingga kini DAP terutama Setiausaha Agungnya, Lim
Guan Eng terus mengunci mulut walaupun isu rasuah dan rasis yang
dibangkitkan Tunku Aziz itu sudah lama berlarutan.
“Bak kata pepatah berani kerana benar, takut kerana salah. Ini belum
lagi isu kesilapan kira undi. Nampaknya DAP sudah terkena ludah mereka
sendiri.
“Mereka terutama Guan Eng boleh terus tutup mulut tapi rakyat akan terus
buka mata dan fikiran untuk menilai sejauh mana kebenaran kononnya DAP
ini satu parti yang bersih, telus dan ada akauntabiliti”, katanya kepada
UMNO-Online di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan DAP yang
sehingga kini masih berdiam diri berhubung dakwaan oleh bekas Naib
Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkenaan isu rasuah dan
rasis parti berkenaan.
Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah DAP hanya nampak
kesalahan dan kesilapan orang lain umpama mengata kain orang koyak
tetapi kain sendiri makin terlondeh.
“Sebenarnya pelbagai pendedahan serta dakwaan oleh Tunku Aziz menjadi
bukti bahawa parti terbabit telah terkena batang hidung sendiri. Dan
seharusnya Tunku Aziz perlu mendedahkan apa lagi yang belum didedahkan
untuk kepentingan umum.
“Percayalah….bangkai jika ditutup dengan apa sekali pun ianya akan tetap
berbau dan akhirnya diketahui umum juga akhirnya. Apa yang mereka
lakukan hanyalah sekadar untuk menyembunyikan wajah hodoh mereka yang
sebenarnya,” ujar beliau.
Beliau seterusnya percaya DAP akan selamanya berdiam diri dan tidak akan
berani tampil untuk memberikan penjelasan yang sepatutnya. -MediaUMNO
Sokongan rakyat kepada BN di Nibong Tebal meningkat
Posted On Jan 23, 2013 at at Wednesday, January 23, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
NIBONG TEBAL - "Pelaksanaan walkabout, ceramah, melawat pesakit dan turun padang pemimpin dan jentera UMNO telah meningkatkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN)."
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menambah:
"Hasil daripada program-program yang dilaksanakan itu menunjukkan UMNO sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.
"Jentera parti telah bersiap sedia. Orang ramai telah menyertai program yang diadakan itu, ini petanda baik kepada BN."
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan Sara Hidup Nelayan di daerah Seberang Perai Selatan di Dewan Perda, Sungai Acheh di sini semalam.
Bajet defisit selama 3 tahun bukti kerajaan DAP tak cekap urus kewangan
Posted On Jan 22, 2013 at at Tuesday, January 22, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
NIBONG
TEBAL – Pembentangan bajet defisit selama tiga tahun berturut-turut
merupakan kesan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Pulau Pinang akibat
memilih pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, keputusan rakyat memilih pembangkang dengan harapan mampu membawa perubahan lebih baik ternyata silap kerana mereka tidak memiliki pengalaman serta kepakaran untuk mentadbir.
Menurutnya, bajet defisit yang dicapai itu menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak cekap untuk mentadbir dan keadaan sedemikian jika dibiarkan berterusan akan menjadi lebih buruk kepada pembangunan.
"Keadaan ini bermakna perbelanjaan negeri termasuk hutang mengatasi pendapatan dan rakyat tidak nampak perubahan yang dibawa oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.
"Secara fizikal kita tidak dapat melihat pembangunan oleh kerajaan negeri. Projek mega yang ada dibuat oleh Kerajaan Persekutuan seperti jambatan, lapangan terbang, landasan berkembar keretapi, jalan raya dan kemudahan pelajaran serta kebajikan.
"Kita sendiri tidak tahu bagaimana DAP mengurus kewangan," katanya.
Zainal Abidin ditemui pada majlis perasmian kursus haji anjuran kariah Masjid Sungai Acheh di sini pada hari Sabtu (12 Jan 2013).
Rabu lalu, Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri, Tan Hing Tiek mendedahkan tentang ancaman bankrap yang sedang dihadapi Pulau Pinang ekoran pembentangan bajet defisit tiga tahun berturut-turut.
Menurut pembentangan bajet oleh kerajaan negeri pada November tahun lepas, Pulau Pinang mencatatkan bajet defisit sebanyak RM262.04 juta iaitu peningkatan RM105.93 juta berbanding bajet defisit 2011 berjumlah RM213.71 juta.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin menjelaskan, rakyat khususnya di Pulau Pinang tidak seharusnya mengambil risiko berterusan untuk memberi mandat sekali lagi kepada DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Katanya, DAP lebih sesuai menjadi pembangkang daripada pentadbir dan tempoh lima tahun mereka memerintah negeri ini sudah cukup untuk dinilai.

PRU13 : BN ramal perubahan besar berlaku di P.Pinang
Posted On Jan 16, 2013 at at Wednesday, January 16, 2013 by Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Pilihan Raya Umum Ke-13 dijangka membawa perubahan besar kepada corak politik di negeri ini ekoran peningkatan sokongan kaum Cina dan India terhadap Barisan Nasional (BN).
Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar berkata, perubahan itu disebabkan rakyat mahukan keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding sekarang.
"Kita semua tahu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng lebih mementingkan soal politik daripada menghargai kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat kepadanya untuk mentadbir negeri ini," katanya kepada pemberita dalam program gotong-royong Komuniti 1Malaysia peringkat negeri di Taman Tun Sardon di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN negeri memberitahu, rakyat lebih bijak bagi menentukan wakil rakyat dan parti yang lebih layak untuk membela mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
"Setiap parti politik mempunyai harapan untuk menang dan dalam dasar demokrasi, keputusan terletak di tangan rakyat.
"Kita perlukan strategi kukuh bagi menarik rakyat untuk mempercayai serta meyakini pemimpin BN," ujarnya.