Gesa polis siasat Wei Aik, ADUN Komtar hina mahkamah.


Klik Untuk Besarkan
Barisan Nasional (BN) menggesa polis menyiasat Adun Komtar, Ng Wei Aik yang didakwa menghina mahkamah apabila mengulas dan mempertikaikan keputusan badan kehakiman itu pada satu majlis makan malam phor thor (hantu lapar) anjuran Persatuan Penjaja Datuk Keramat, 6 September lalu.

Pegawai Khas kepada Pengerusi BN Pulau Pinang, Davi

d Yim Boon Leong berkata, Wei Aik ketika menyampaikan ucapan dalam majlis itu mengutuk keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak rayuan penduduk Kampung Bukit Koman di Raub, Pahang bagi mencabar keputusan Ketua Pengarah Alam Sekitar meluluskan laporan awal penilaian kesan alam sekitar (PEIA) kepada sebuah syarikat melombong emas.

Beliau berkata, Wei Aik juga didapati mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran yang difailkan oleh 10 penduduk tempatan bagi membatalkan lesen operasi sementara (TOL) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) bagi projek kilang nadir bumi, Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng, Pahang.

Menurutnya, tindakan Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang malah dengan secara berani menghina mahkamah secara terbuka.

“Tindakan Wei Aik ini jelas bertentangan dengan Perkara 126 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikaikan keputusan hakim di tempat awam.

"Tindakannya mengutuk institusi kehakiman ini seolah-olah mahu menghasut orang awam supaya menentang badan kehakiman di Malaysia,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi BN di sini semalam.

Boon Leong berkata, perbuatan Wei Aik itu amat berbahaya dan mampu menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman negara selain mewujudkan ketegangan sosial.

Menurutnya, dalam ucapan Wei Aik pada malam itu, beliau juga mengaitkan keputusan mahkamah dengan rasuah namun tidak memberikan sebarang bukti terhadap tuduhannya itu.

“Adakah Wei Aik cuba mengatakan badan kehakiman kita dan hakim yang terlibat dengan kes berkenaan terima rasuah?

“Tindakan Wei Aik ini menjejaskan kebebasan kehakiman dan juga campur tangan dalam isu undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau dan beberapa pimpinan BN negeri membuat tiga laporan di Balai Polis Jalan Patani pagi semalam berhubung tindakan biadab Adun Komtar itu.

Mereka juga akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara supaya mengambil tindakan terhadap pemimpin DAP berkenaan.

Posted in |

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...