Laporan Polis Oleh PPUBNT Terhadap Fitnah Jahat Pakatan Rakyat (Dgn Video)

Kepala Khinzir Yang Menimbulkan Kontroversi dan Salah PahamKerana Ia Digantung Di Gerai Cendol, Bukannya Di Masjid

Pagi tadi, Beberapa orang AJK Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Sdr Nor Azman Jamiltelah membuat laporan agar Polis agar dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik laman blog www.pejuangpro-demokrasi.blogspot.com dan laman web www.tranungkite.net
diatas penyiaran artikel yang bertajuk “Menjadi batu api adalah tugas gerombolan” yang disiarkan pada hari Rabu, 25 Mei 2011.

Kandungan artikel itu ternyata berniat jahat dimana secara terang-terangan pemilik blog ini telah memfitnah dan menuduh tanpa asas dengan mengaitkan UMNO sebagai dalang dalam insiden gerai cendol berdekatan Masjid Lama Sungai Bakap yang disimbah cat merah dengan kepala khinzir digantung di hadapan gerai berkenaan.

PPUBNT juga kesal dengan blog tersebut yang telah cuba menghasut dan mencetus ketegangan kaum dimana dia cuba mengaitkan kes ini dengan isu perkauman dan agama yang amat sensitif sedangkan mereka percaya ia membabitkan seorang individu sahaja yang terlibat.





Berikut AS lampirkan screen shot web TKO dan blog jahanam berkenaan yang sungguh biadap dengan mengaitkan umno sebagai dalang insiden tersebut.










Posted in Labels: |

7 comments:

  1. Def Leppard Says:

    10 SEBAB KENAPA PILIHANRAYA MESTI DIADAKAN PADA TAHUN INI


    Mod...mohon laluan

    Selepas pilihanraya kecil negeri Sarawak, ramai yang berpendapat bahawa Najib tiada pilihan melainkan untuk melengahkan pilihanraya umum ke 13. Sebabnya - Rakan najib di Sarawak telah memberikan prestasi yang buruk setelah DAP memenangi 12 drp 15 kerusi yang dipertandingkan, memperolehi 80% kejayaan, menggadakan jumlah kerusinya yang sebelum ini 6....tetapi pada masa yang sama kita semua lupa bahawa KM Taib Mahmud telah menyapu bersih kesemua 35 kerusi yag ditanding partinya, yakni 100% kadar kejayaan. Dari sudut tactical ini, Najib seharusnya mengadakan pilihanraya umum pada tahun ini juga.

    Saya berpendapat, Najib seharusnya dan memang akan PRU dalam tahun ini juga walaupun mentornya, Dr Mahathir ada mengatakan bahawa Najib patut menunda PRU ke tahun hadapan kerana keadaan negatif unsur perkauman yang melampau. Dalam hal ini, Najib sepatutnya tak perlu dengar nasihat Mahathir pasai PM tu dah memang org dewasa dan tak perlu lagi seorang baby-sitter untuk menjaganya setiap waktu.

    Tanpa berlengah lagi mari kita lihat 10 sebab-sebab tersebut :


    1) KARUNG UNDI KAUM CINA

    Ramai yang mengandaikan bahawa Najib akan postpone pilihanraya ke tahun hadapan kerana pengundi Cina masih lagi degil dan tak mau lagi kepada BN. Bagi saya, ianya merupakan satu andaian yang cetek. Lantaklah dengan undi dari kaum Cina...kalau mereka dah mengabaikan BN dalam pilihanraya umum 3 tahun dulu dan juga menjauhkan BN dalam setiap pilihanraya kecil sebelum ini (13 PRK) termasuk pilihanraya negeri sarawak....memang dah gerenti yang kaum cina tidak akan kembali lagi ke pangkuan BN....melainkan kalau BN hapuskan dasar ketuanan melayu dan cina sebagai hamba nya.

    Tiada satu perkara pun yang Najib telah lakukan (err..ada ke pernah Najib lakukan sesuatu ?) yang telah menyebabkan kaum cina teruja dan membolehkan mereka kembali mengundi BN. Yang bestnya, Najib ternyata tidak mampu menunaikan satu pun permintaan dari kaum cina tanpa menimbulkan rasa marah dari jeneral-jeneralnya di Umno kerana ianya bercanggah dengan polisi-polisi umno yang racist. Seperti yang telah saya katakan dahulu, kaum Cina boleh hidup tanpa bantuan dari kaum lain dan selagi mereka ini terus membayar cukai kepada kerajaan, jangan harap la BN akan dapatkan undi mereka jika itu yang BN mahu.

    Tiada gunanya membuang masa dengan memarahi & mengecam pengundi cina sebagai tidak mengenang budi....sepatutnya Najib harus maju ke depan dan mengadakan pilihanraya pada tahun ini. Sesungguhnya, ianya tidak akan memberikan apa-apa perbezaan pun samada pilihanraya umum diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan jika ianya melibatkan kaum cina. Najib memang menyedari tentang jal ini jadi besar kemungkinan dia akan mengadakannya pada tahun ini juga. Banyak cerita-cerita tentang kejayaan & kecekapan DAP dalam menguruskan negeri Pulau Pinang telah memberiakan lebih banyak sebab-sebab untuk kaum cina terus menjauhkan diri dari parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan.

  2. Def Leppard Says:

    2) KARUNG UNDI KAUM INDIA

    Yang menariknya ialah kebanyakkan dari kaum etnik India yang menunjuk perasaan atas nama Makkal Sakhti ketika Pilihanraya umum pada Mac 2008...telah teruja dengan konsep 1 Malaysia. Pengurusan Najib telah berjaya dengan cemerlangnya apabila berjaya memecah belahkan Hindraf yang pada satu ketika dulu begitu hebat dengan ciptaan Makkal Sakhtinya. Sekarang ini Hindraf adalah umpama patung teddy bear..sikit pun tak merbahayakan. Propaganda 1 Malaysia telah berjaya dengan melantun-lantunnya dalam "membrainwash" kaum ethnik India sebab mereka ini percaya habis-habisan yang kerajaan amat serius dengan slogan tersebut.


    Mereka ni tersangatlah bodoh dan bangang ...sampaikan kalau nak compare dengan org Iban di Sarawak, iban tu akan kelihatan pandai macam Einstein. Ha ha ha memang la lawak pasai tak lama dulu kita semua hentam sakan kaum Iban pasai depa pi jual undi utk dapat rm200 waktu pilihanraya negeri Sarawak tak lama dulu. Tapi la ni kaum ethnik India (kebanyakkan la) di Semenanjung telah membuat perkara yang sama tetapi tanpa di bayar satu sen pun ? Memang la bengap. Ternyata Najib memang menceritakan perkara yang benar bahawa kaum ethnik India telahpun kembali semula kepada BN secara besar-besaran....walaupun dia menipu tentang hal kaum ethnik cina.


    Jika sebelum ini BN gagal mendapatkan majoriti dua per tiga atas sebab peralihan undi yang besar dari kaum ethnik India, dengan sekembalinya undi yang sama ini kepada BN akan gerenti juga mengembalikan majoriti dua per tiga. Kalaupun ianya tidak menjadi, peningkatan undi popular semestinya akan bertambah. Atas sebab ini, Najib seharusnya buat announcement untuk pilihanraya umum pada tahun ini...selagi slogan 1 Malaysianya masih di terima kaum India. Tambahan pula, dengan pencennya Samy Vellu yang di benci oleh ramai kaum India, tidak ada sebab untuk kaum India untuk terus membenci BN lagi.

  3. Def Leppard Says:

    3) KARUNG UNDI KAUM MELAYU

    Masalah ini walaupun nampaknya begitu rumit, sebenarnya senang saja penyelesaiannya. Pada ketika Najib boleh mengendahkan pengundi Cina dan pada masa yang sama memegang erat oengundi India, pengundi Melayu lah yang akan menentukan samada Najib akan kecundang atau tidak. Adalah amat-amat penting sekali untuk mempastikan yang undi Melayu yang telah beralih ke pembangkang pada 3 tahun yang lepas di kembalikan kepada BN dalam PRU 13 akan datang ini. Percayalah juga bahawa perancangan-perancangan telah dan akan dijalankan untuk memastikan kembalinya undi melayu ini ke BN terutama sekali pengundi atas pagar.

    Secara ringkas, BN hanya memerlukan 1.2% peralihan undi Melayu kepada BN untuk mengembalikan majoriti 2 per tiganya. Ini amatlah mudah jika di bandingkan parti pembangkang yang memerlukan tambahan 6% peralihan undi daripada jumlah undi yang mereka perolehi pada PRU Mac 2008. Berpandukan dari keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil yang telah lepas, ternyatalah bahawa pengundi Melayu sememangnya telah megubah trend dan mula menyokong pimpinan Najib. Apapun, sebagai backup plan,,,Najib perlu memastikan bahawa pengundi-pengundi muda melayu yang sekarang ini duduk diatas pagar boleh di jadikan sebagai sokongan untuk menguatkan lagi support.


    Pengundi kaum melayu yang muda dan tanpa pengalaman ...termasuklah juga sebilangan pengundi-pengundi tua amat mudah sekali di "brainwash" memggunakan tektik-tektik kotor seperti skandal seks Anwar dan yang terbaru ini ialah konspirasi Kristian. Dalam 100 orang pengundi Melayu, sudah tentunya akan terdapat sebilangan kecil yang akan mempercayai fitnah-fitnah tersebut. Sepandai-pandai Raja Petra pun akhirnya berjaya ditipu dan diperangkap oleh Najib di dalam interview yang membersihkan nama Najib mengenai tuduhan membunuh Altantuya.....habis jatuh credibiliti RPK. Kalau RPK pun boleh kena main oleh BN, maka tak ada masalah langsung untuk mempengaruhi pengundi-pengundi melayu yang muda nih.


    Walaubagaimanapun, semua tektik-tektik kotor tu semua mempunyai jangkahayat yang pendek dan akan tamat tak lama lagi....jadi seharusnya Najib perlu bertindak sekarang. Kalau lambat, terpaksalah Najib mereka-reka cerita atau skandal yang lain pulak untuk ganti cerita yang dah expired. Fakta sebenarnya ialah Utusan Malaysia telah di berikan sepenuhnya kuasa imuniti di dalam mengapi-apikan rasa benci kepada kaum cina dan kristian. Setiap hari pasti keluar cerita pasal hal perkauman ini dalam utusan....jadi memang jelas benarlah Najib akan panggil PRU dalam tahun ini juga. Lagipun kaum cina tidak lagi boleh dikudakan dalam segi ekonomi sebabnya kerana sekarang bukannyalagi tahun 1969, kaum Melayu (sebetulnya kaum melayu UMNO) telah menjadi sangat kaya.

  4. Def Leppard Says:

    sambungan ...


    Sebenarnya UMNO dan MCA begitu kecewa kerana kaum melayu dan kaum cina tidak mahu lagi bergaduh antara mereka walaupun di letakkan di atas pentas oleh BN. Kini, kaum melayu dan kaum cina dah sedar dengan tektik kotor BN dan tidak ingin terpedaya lagi dengan tipu helah api perkauman yang di bawa oleh BN. BN terpaksa mencari tektik terbaru iaitu mereka sekarang mengapi-apikan ugama pula ...syabas UMNO / PERKASA sebab ini memang idea yang paling fresh sekali. Jika sebelum ini kontroversi Allah gagal di tengah jalan, Utusan Malaysia sekali lagi mencuba nasib dengan sokongan padu UMNO untuk memperkudakan kaum Kristian. Utusan telah menuduh yang DAP dengan beberapa orang paderi sedang merancang untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan akan melantik seorang Kristian sebagai Perdana Menteri.


    Walaupun "Konspirasi Kristian" ini sungguh tak masuk akal, ianya amatlah serious kepada ramai orang Melayu dan akan menyebabkan mereka ini mengalihkan undi mereka kepada BN.Dan seperti biasanya Najib yg memang opportunist telah mengambil kesempatan ini dengan muncul sambil kelihatan seolah-oleh menenangkan semua yang terlibat macam lah dia hero. Kumpulan Kristian pulak telah di kambing hitamkan oleh UMNO...malang sungguh nasib mereka kerana mereka terpaksa menjelaskan keadaan walaupun mereka sebelum ini tidak pernah pun mempersoal tentang agama rasmi malaysia.


    Dan percayalah apabila saya katakan yang krisis ini belum berakhir walaupun setelah pertemuan PM Najib dengan kumpulan Kristian. Utusan Malaysia (UMNO), PERKASA (Mahathir), Hishammuddin (pupu najib) dan ramai lagi kumpulan-kumpulan yang tidak di kenali akan wujud secara tiba-tiba untuk mengambil giliran membantai Kristian...kasi isu tu sentiasa panas dan pada masa yang sama mengalihkan pandangan org ramai dari masalah UMNO. Masa ni lah yang memang best sekali untuk untuk mengadakan PRU iaitu semasa pembangkang dalam keadaan huru-hara .

  5. Def Leppard Says:

    Boleh jadi blogger part time ?

  6. Anonymous Says:

    apa hang merepek ni lepat?
    org crita pasal repot polis..
    hang melalut entah ke mana..

  7. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    Admin terpaksa padam komen yang biadap dan maki hamun dari golongan yang tak bertanggungjawab

    sila fokus pd topic dan beri komen membina..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...