Wifi Percuma Kerajaan Pulau Pinang Hanya Satu Penipuan Dan Pembaziran

Kemudahan internet tanpa wayar (Wifi) yang disediakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan DAP adalah satu penipuan dan pembaziran kerana ia tidak dapat digunakan sepenuhnya dan dipasang di kawasan yang tidak strategik, kata Ketua Pemuda parti Gerakan Oh Tong Keong.

Beliau berkata pemantauan oleh sayap parti itu di beberapa lokasi mendapati kemudahan yang disediakan itu langsung tidak boleh digunakan.

"Ketua Menteri (Lim Guan Eng) mengumumkan talian itu dapat digunakan biarpun dalam lingkungan 100 meter, tetapi (kini) dalam lingkungan 20 meter pun ia tidak dapat digunakan, kebanyakan tempat tumpuan orang ramai dan perumahan yang dikatakan mempunyai kemudahan Wifi juga tidak dapat digunakan, ini merugikan semua," katanya dalam persidangan media di sini Isnin.

Terdahulu Oh bersama Naib Ketuanya H'ng Khoon Leng meninjau kemudahan Wifi di Lorong Argyll di sini, dan mendapati kemudahan itu langsung tidak dapat digunakan.

Beliau berkata kerajaan negeri sepatutnya memperbaiki kemudahan Wifi yang dipasang pada fasa pertama sebelum melaksanakan fasa kedua yang menelan kos kira-kira RM8.49 juta membabitkan pemasangan 750 wifi router.- BERNAMA

Posted in Labels: |

6 comments:

  1. Def Leppard Says: This comment has been removed by a blog administrator.
  2. apopo dan boboyuki Says: This comment has been removed by a blog administrator.
  3. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    maaf, komen yang tak membina dan tidak konsruktif terpaksa dipadamkan bagi mengelakkan kekeiruan pembaca.

    Admin blog akan bertindak tegas selepas ini kerana banyak 'sampah' yang komen bukan-bukan.

    Kami memerlukan komen yang membina. Bukan mencerca. TQ :)

  4. Def Leppard Says:

    Bila ada kritikan ..terus delete. Ha ha aha ....teringat masa tahun lepas ...semua komen yg kritik kena delete. Lepas tu .. blog terus kena tutup pasai tak berani kena kritik. Pattern sama nih..ha ha ha

    Takkan PPUNT tak ada kewibawaan untuk menjawab kritikan pihak lawan ? Berani la sikit bro....

  5. apopo dan boboyuki Says:

    jangan komen dalam b.melayu....b.tamil diutamakan,kerana kami mendapat ketua pemuda negeri yg tak berapa paham b.melayu.

    kp negeri yg baru ni...dah beri amaran....tapi tak berapa keras la.

    hanya komen yg membodek menjilat memuji sampai mampus aje yg akan di beri keutamaan....kalau boleh mulakan ngan yennaday,akhiri nyan wannekem

    hidup pemuda umprono ppinang bukan kerana kerisnya.....tetapi hidup diatas bahasa tamilnya!

  6. Anonymous Says:

    hidup al juburi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...