Pemuda Bersama Memajukan Sukan Motorcross Di Nibong Tebal

Baru-baru ini, Ketua Pemuda bersama sebahagian AJK PPUBNT bersama-sama membantu didalam menjayakan penganjuran Kejohanan Motocross yang telah diadakan di Litar Motocross Tasek (DUN Sungai Bakap). Ini adalah antara komitmen pemuda UMNO untuk mendekati seberapa ramai golongan muda melalui pelbagai pendekatan contohnya seperti penganjuran Pertandingan Motocross ini.

Penyertaan hampir 100 orang peserta membuktikan bahawa masyarakat di sekitar lembah Tasek meminati sukan ini dimana agak ramai golongan semuda 9 tahun sehingga 48 tahun meminati sukan yang dianggap kurang popular ini.

InsyaAllah, PPUBNT dari masa ke semasa akan cuba untuk terus mendekati golongan muda dengan pelbagai kaedah bagi memastikan rakyat sentiasa sedar bahawa Pemuda UMNO amat dekat dihati mereka.





Posted in Labels: |

2 comments:

  1. Anonymous Says:

    wah wah
    cdz makin mencengkam
    stedy bakal calon yg akan kalih tok mud dan fuad md isa...

  2. apopo dan boboyuki Says:

    apa punya blog....satu malaysia dok kalut tentang kenaikan harga letrik,pppunt dok serok buat motocros.

    kebanyakkan blogger dari umno mahupun pakatan sedang sibuk berbahas tentang implikasi terhadap kenaikan tarif letrik yg terang2 menaikan amarah rakyat terhadap umno.ppunt hatta umno ntebal tak ambil pot lansung.....awat,ahli umno nt dapat harga bumiputra kot bila bayar bil lektrik?

    sila naik motocros disini

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6146

    dan isi minyak motocros disini...

    http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=6139

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...