Mesra Pemuda Bahagian Bersama Pemuda Kampung Sungai Buaya (DUN Sungai Bakap)








Majlis Sembang Santai Bersama Pemuda Kampung Sungai Buaya yang diadakan baru-baru ini nyata telah memberi respon yang positif. Di kesempatan itu juga, PPUBNT juga telah mengambil insiatif dengan dengan menubuhkan Sayap Penaja Pemuda Cawangan Sungai Buaya (DUN Sg Bakap) yang diadakan menunjukkan pemuda bahagian telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menguatkan lagi kekuatan pemuda di akar umbi di dalam Parlimen Nibong Tebal.

Alhamdulillah, kehadiran lebih 30 orang menunjukkan anak muda di Kampung tersebut mahukan UMNO sebagai wadah perjuangan bagi membela Agama dan Bangsa. Semoga semangat anak muda di sana terus utuh dan jitu dalam merealisasikan perjuangan UMNO yang sebenar dalam membela nasib orang melayu.

Ketua Pemuda Bahagian yang hadir turut menyuntik semangat kepada pemuda cawangan tersebut untuk lebih beristiqamah dalam perjuangan dimana bukan sahaja isu politik yang perlu diperbincangkan, anak muda perlu berani menambah nilai dari segi agama, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Terima kasih kepada ketua cawangan, Encik Ghani yang turut hadir bersama.

Posted in Labels: |

1 comments:

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Says:

    Sdr Apopo, Kalu sembang nak merapu, nak mengutuk, baik sdr tak perlu komen lah kot.

    Dosa yang ada pun tak terpikul, tak perlulah nak tambah beban lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...